Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Bagaimana untuk mendapatkan khusuk yang sebenar benar benar khusuk didalam solat ?
Kita kena faham bebetol konsep khusuk .
Khusuk terbahagi kepada dua , iaitu khusuk lahiriah dan khusuk Bathiniyah .
Khusuk Lahirirah ialah solat khudu' mengikut tuntuntan nabi S.A.W . Makna kata kalau solat subuh 10 rakaat , nak cari pahala lebih sebab dah pencen . Tak diterima .
Khusuk Batiniyah pulak , solat dengan penuh pengharapan , cemas , takut , dan ihsan .
Saya ada beberapa tips , kita boleh cuba amalkan untuk mendapatkan ia ;
1 . Hati ikhlas dan ihsan .
2. Wudu' dan tatacara solat kena betul lah , kalau wudu' pun dah tak betul, solat jangan harap nak betul .
Jangan berwudu macam nak berlawan dengan Muhammad Ali ( bertinju ) .
Jangan bertakbir bermacam-macam fesyen . Ada fesyen tangkap , bangau menawan a.k.a gitu-gitu Apek , gaya ultraman dan macam - macam lagi !
3 . Kena ada sifat Ihsan . Kena yakin seyakin yakinnya yang Allah melihat apa yang kita buat .
4 . Elakkan melakukan perkara yg makruh .
Contoh ; merokok , eh silap , merokok haram .haha . seperti memakan petai atau bawang kerana ia mnjejaskan persikataran alam didalam dewan solat. Adapun perkara ini boleh ditangani dengan menggoreng bawang bagi mengelakkan bau yang kuat . Tapi kalau petai goreng tak pernah dengar lagi .
Kalau lelaki makruh pakai baju kuning yea .
Macam tu jugak makruh untuk solat ketika nasi telah pun dihidang .
5 . Pastikan pakai pakaian yang seeloknya ketika menghadap Allah tak kira didalam rumah or dimasjid .
Ciri-Ciri pakaian Islam ;
* Menjauhi perkara yang haram :
- baju berkainkan nipis menampakkan aurat .
- baby size untuk bapak size
* Bukan pakaian yang haram :
- Emas ( termasuk cawan , tempat duduk dan lain-lain ) dan sutera bagi lelaki .
* Tidak melampaui batas :
- Memakai baju santa atau sami atau paderi atau seangkatan dengannya .
Firman Allah ;
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
( Surah Al - 'Araf : 7 : 31 )
Pakai pakaian yang bersih daripada kotoron yang mmbuatkan tak sah solat . Elakkan juga daripada memakai seluar yang ketat kerna hukum memakainya ternyata makruh . Bahkan cuba mengelak daripada memakai baju T-shirt yang bertulis depan mahupun belakang .
6 . Terlebih dahulu mengeluarkan angin dan qada' segala hajat .
Cuba bayangkan kalau kita berkemut kemut didalam solat , adakah ianya membawa kekusyukan? Jika kita menjadi ma'mum , pasti akan berkata " Bila imam nak habis ni ? "
CeTengok Menteri Pasola dalam laksamana Doremi ? macam mana muka dia ? Euww kan ?
7 . Suci zahir dan batin . Pastikan keadaan diri kita ini tidak berhadas atau sebagainya . Hati juga perlu dibersihkan . Tinggalkan dunia sementara didalam solat yang hanya 10 minit .
Hati pun kena bersih , jangan nak solat pun boleh kutuk orang . Imam laju pun bising , Imam perlahan lagi la bising .
8 . Berusaha memahami ayat ayat yang dibaca . Ya , solat yang sempurna ialah solat yang difahami bacaannya . Jikalau tersalah baca pun , kita akan faham yang kita sudah tersalah arah .
9 . Doa , memohon agar hati ini kekal mengingati Allah .
Berdoa dengan doa dari al-quran ayat 8 surah Ali Imran ;
" (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "
Sesetengah ulama menyatakan tidak sah solat yang tiada kekusyukan berdasarkan surah al-Maun ayat 5 ;
" (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, "
Hmm , justeru itu , marilah kita berusaha bersungguh - sungguh untuk menggapai waktu solat yang khusuk . Paling penting solat yang waktu . Ibadah nawaffil hanya untuk menampung yang fardhu .
Cuba bayangkan ;
1 solat fardhu bersamaan 10 minit
5 solat fardhu bersamaan 50 minit .
hanya 1 jam daripada 24 jam sehari kita mengingati Allah didalam solat . Tidak cukupkah lalai 23 jam ? Tidak mahukah khusyuk hanya satu jam sehari ?
Perlu diingatkan , untuk khusyuk solat , tidak perlu ;
1 . Menutup mata didalam solat ketika mengantuk .
2 . Memasang lagu . Alasan diberikan lagu akan menenangkan jiwa menyebabkan kita cepat tersentuh . Saya tanya anda . Kita tersentuh kerana sebuah lagu atau kerana mengabdikan diri kepada Allah ?
Wallahualam