Thursday, November 11, 2010
Hukum mendera kanak - kanak
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , apakah hukum mendera kanak - kanak sehingga mati ?
Huiyo , ini bukan dera dah , ini siap karate budak tu ..
Apapun ,
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ;
" Seseorang wanita diseksa oleh Allah disebabkan dia telah menyeksa seekor kucing dengan mengurungnya sehingga mati , maka masuklah dia ke dalam neraka , kerana ketika dia mengurung kucing itu tidak diberinya makanan dan minuman , tidak juga dilepaskann untuk mencari makanan sendiri daripada binatang - binatang bumi yang menjadi mangsanya .
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar )
Mahfum daripada hadith ini ialah menyeksa seekor kucing pun sudah berdosa besar sehingga si penyeksa masuk dalam neraka apatah lagi menyeksa seorang insan . Sudah pasti dosanya lebih berganda - ganda . Apatah lagi kalau insan yang dibunuh itu besar kemungkinan menjadi seorang Ulama atau pemimpin terkemuka .
Wallahu'alam
Isteri yang TIDAK mencium Syurga
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , benarkah perempuan yang meminta cerai daripada suaminya , tidak mencium bau syurga ? Ada dalil tak menunjukkan demikian ?
Ya , memang benar seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab sebab yang diharuskan oleh syarak , maka dia sama sekali tidak akan masuk ke dalam syurga .
Hal ini seperti dalam hadith ;
" Mana - mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sesuatu sebab yang menyusahkan dirinya tidak akan mencium syurga . "
Mesti ada makhluk yang berkata , " alah , syurga confirm masuk yang tak dapat bau syurga je ."
Tidak ! isteri yang menuntut cerai tanpa sebab yang harus oleh syarak tidak akan mencium ke dalam syurga walaupun isteri itu deria hidungnya jelas mahupun tersumbat .
Menurut lafaz hadis yang lain ;
" Syurga itu haram ke atas dirinya ."
( riwayat Abu Dawud dan al-Tarmizi )
Tetapi , jika seseorang itu meminta cerai daripada suami ada alasan yang munasabah , seperti selalu dizalimi dan disakiti tubuhnya , suami kaki judi atau kaki botol , tidak menunaikan solat dan sebagainya . Maka , tidaklah berdosa jika si isteri meminta cerai daripada suami yang berkeadaan sedemikian .
Bagaimanapun , hal ini sebaik -baiknya dirujuk kepada Pegawai di Unit Undang - undang Keluarga di Jabatan atau pejabat Agama Islam terdekat .
Wallahu'alam .
Bercatur ? didalam bulan Puasa ?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kami sekumpulan pemuda bujang tinggal sebumbung . Untuk mengisi masa lapang biasanya kami bermain catur termasuk juga dalam waktu bulan ramadan . Sahkan puasa kami hanya kerana kami bermain catur ?
Alhamdulillah , kamu semua duduk didalam rumah . Saya salah baca tadi , saya baca tinggal atas bumbung . hehe
Apapun , merujuk kepada soalan anda ; Menurut pendapat dalam mazhab Hanafi , Maliki dan Hambali , bermain catur itu hukumnya haram secara mutlak sama ada bertaruh atau tidak . Adapun dalam mazhab Syafie , hukumnya adalah makruh dengan syarat tidak dicampur dengan pertaruhan .
( Rujukan : Fath Al-Mu'in pada Hamisy I'anah Al-Talibin Juzuk iv halaman 285 )
Mengenai ibadah puasa , adakah sah puasa ? Menjawab persoalan anda , kita rujuk al-hadith ;
" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi sebarang pahala kecuali lapar dan dahaga . "
Ini bererti , pahala kita rosak . Namun begitu bagi saya , elok kalau kita melakukan sesuatu yang makruh berbanding yang haram seperti mengumpat . Tapi kalau sambil main catur pun duduk mengumpat lagi . Tak tahulah nak cakap apa .
Wallahu'alam
Label:
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)