Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Friday, March 30, 2012

dr.Black Jack

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Seorang anak kecil yang dapat diselamatkan melalui pembedahan terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan bom. Namun tidak bagi ibunya, ibunya tidak dapat diselamatkan oleh doktor pakar yang bernama Dr.Honma .


Peristiwa yang menyayat hati inilah disamping membalas jasa Dr.Honma menjadi pendorong untuk dia menjadi seorang manusia yang berskapel dan menjadi permintaan orang ramai dalam pembedahan kerana dia bukan insan yang biasa, dia bukan Black Jack, tetapi dia Dr.Black Jack!



Hand of god


‘El pibe de oro’ (the golden boy) atau nama sebenarnya Diego Armando Maradonna, beliau seorang pemain bola yang hebat dalam World Cup 1986. Apa pula kaitan dengan animasi Dr.Black Jack? Kiranya, Madonna ni hebat kerana dianugerahkan nama gelaran. Dr.Black Jack juga tidak ketinggalan memiliki nama gelaran.


Kedengaran agak bodoh, tetapi itulah jalan ceritanya. Dr.Black Jack memiliki nama gelaran kerana dia tersangat hebat dalam bidang kedoktoran walaupun dia tidak memiliki lesen dalam bidang kedoktoran. Saya suka mengaitkan kisah Dr.Black Jack ini dengan pahlawan agung islam Khalid al-Walid.


Khalid al-Walid telahpun dipecat oleh khalifah Umar bin al-Khattab kerana mahu menukar pemikiran umat Islam bahawa mereka menang dalam peperangan kerana kehendak Allah dan bukan kerana makhluk iaitu Khalid al-Walid. Asal Khalid al-Walid masuk berperang je confirm menang. Asal menang je confirm sebab Khalid al-Walid jadi panglima peperangan.


Berbalik kepada kisah Dr.Black Jack, mengapa saya buka kisah Khalid al-Walid? Jalan kisahnya hampir sama, asal Dr.Black Jack masuk bilik pembedahan je, confirm pembedahan laksana dengan jayanya. Dari situ timbul gelaran untuk Dr.Black Jack; the hand of god.



Bayaran Pembedahan hand of god


Sewaktu nabi Muhammad menghantar Muadz bin Jabal menjadi gabenor, nabi ada memesan:


“Permudahkan jangan memayahkan, gembirakan jangan menakutkan.”


Lelaki yang hebat dalam bidang kedoktoran tanpa memiliki lesen yang sah ini juga terkenal dengan bayaran pembedahannya itu. Doktor bedah yang berwatakan pendiam tetapi cool ini mengenakan bayaran yang terlampau tinggi dan agak sukar dipenuhi tuntutan oleh orang awam.

Namun begitu, masih ramai orang yang bergantung harapan pada the hand of the god ini. Jangan ditanya mengapa, anda sudah tahu jawabannya. Seolah-olah dia mampu menyelamatkan nyawa setiap penyakit kritikal yang dibedahnya. Sepertinya dia malaikat maut yang kedua. Jadi tidak hairanlah mengapa dia digelar the hand of the god.


Nabi menyuruh kita permudahkan dan jangan memayahkan. Tetapi, lelaki bertangan tuhan ini seperti mahu ‘mencekik darah’.Disini, saya tampil untuk memberi pandangan.


Pandangan saya menyatakan, Dr.Black Jack sengaja meletakkan keadaan yang tertekan kepada yang orang yang mahu pesakit dibedah kerana mahu menguji kesungguhannya berkorban harta.


Kita seperti bola angin yang ditekan kedalam air, makin ditekan semakin sakit dan apabila dilepas, akhirnya bola itu akan naik keatas dengan lajunya. Itulah keupayaan manusia apabila dia tertekan.


Apabila kita belajar berkenaan syariah, akan ada salah satu prinsip umum syariah islam iaitu beban yang sedikit. Islam itu mudah tetapi jangan dipermudahkan. Tidaklah kerana islam itu mudah lantas tiada bebanan langsung. Bahkan dalam surah al-Baqarah, Allah kata Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang kita tak tertanggung. Bebanan itu nampak beban, tetapi ianya dapat dilaksanakan oleh kita. Misalanya puasa, tidak akan ada orang yang berpuasa mati kelaparan. Tetapi orang yang berbuka puasa makan banyak tu ada kes kematian.


Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah apabila sesuatu perkara itu apabila kita dapat melalui cabaran atau tekanan, maka mudah untuk kita hargai. Tetapi, jika sesuatu perkara itu kita dapat secara free atau turun temurun maka lihatlah pengabaian yang kita lakukan. Tidak payah pergi terlalu jauh, lihat sahaja pada agama anutan kita. Adakah secara warisan atau pencarian?



Jangan menonton animasi ini hanya berhibur dan kemudian mengkritik, “apalah Dr.Black Jack ni tamak!” tetapi hayatilah pengajaran disebalik cerita. Tidak semua orang yang dikenakan upah yang mahal. Malah, ada sesetengah keadaan Dr.Black Jack beri perkhidmatan secara percuma. Bukanlah bermaksud Dr.Black Jack sudah terlalu kaya sehingga tidak mahu menerima wang lagi tetapi atas dasar hubungan sesama manusia.



Kesimpulan


Wujudkah lelaki bertangan tuhan? Mampu melambatkan proses kematian? Oh tidak! Itu semua hanya disebabkan pengalaman dan mungkin anugerah tuhan. Malaikat sendiri belum tentu berupaya mengambil nyawa seekor semut tanpa keizinan Allah. Malaikat sendiri tidak mampu mempercepatkan proses kematian tanpa keizinan Allah . Malaikat tidak berupaya melambatkan proses kematian jika tidak diizinkan Allah. Dimana diri kita?


Sekiranya anda mengaku atau mempunyai sahabat yang bertangan tuhan, nyatakan kepadanya “mampukah anda menahan matahari daripada terbit atau terbenam?”

Wednesday, December 21, 2011

Cin Cin Cin Ta Ta

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Cinta memang indah , tetapi payah .

Cinta , bermadah-madah akhirnya kalah .

Ramai yang mengadu menghadapai masalah cinta . Sampai sanggup nak tukar kursus semata-mata nak bertentang mata dengan dia .

Ada jugak yang sanggup menghabiskan kredit talifon bimbitnya walaupun dikenakan charge yang agak mahal . Yang si ''pencintanya'' 017 , yang dicintanya pulak 019 . Kan Membazir dah kat situ .Tetapi takpe , diorang tak reti matematik ...

Ada jugak yang pada asalnya anti kepada kaum perempuan , saya pun tak tahu lah sebab apa dia anti . Dalam ramai-ramai geng dia , dia sorang je yang anti tetapi dialah orang pertama yang ada awek . Nampak tak penangan cinta ?

Saya sebenarnya bukanlah Dr.Love ataupun bahasa melayu digelar Dr.Cinta . Tak sampai pun ketahap itu walaupun ramai yang mengadu problem berkenaan cinta kepada saya .

Ada yang mengadu , berkongsi masalahnya , bahawa dia sudah jatuh cinta . Jatuh cinta dengan yang lebih tua daripadanya . Terpulanglah , kita sendiri mahir sirah nabawiyyah kan ? kita sendiri ditekankan ketika kecil bahawa perbezaan umur nabi Muhammad S.A.W dan siti Khadijah Khuwailid ketika berkahwin ?

Cantik itu subjektif . Jangan pilih dia , jangan jatuh cinta kat dia hanya kerana si dia cantik , ataupun muka dia jambu macam mamat korea .

Saya selalu tekankan kat kawan-kawan , bercinta biarlah ke gerbang pernikahan , maksud saya sampai ke syurga . Ini tak , bercinta hanya kerana keseronokan nafsu .

Pilih yang beragama , kalau pilih cantik , cantik tu akan dimakan dek tanah . Kita tak akan dapat rasa kecantikan tu selama-lamanya . Pilihlah yang wajahnya jika kita lihat sahaja , hati kita menjadi tenteram walaupun hakikat sebenar wajahnya penuh dengan ulat , misalannya . Itulah dia orang soleh !

Cinta tak kenal usia . Dah kubur kata '' mesti marey " pun boleh bercinta lagi .

Cinta jugak tak kenal tempat . Dekat facebook , pun boleh jatuh cinta . Sampai terciptanya '' Cinta Muka Buku . "

Tetapi awas , sekiranya sudah tiba tempoh matang , clash kecewa ... kita bakal memandang buruk kepada cinta . Sedangkan cinta itu fitrah , cinta itu indah , cinta itu bahagia .


Perlu diingatkan , cinta tu tak bersalah , yang salah ialah orang yang menggunakan cinta tersebut , cara melaksanakan cinta tu yang salah . Atas dasar nafsu serakah ataupun ikhlas kerana Allah ?

Saya suka memetik kata-kata Saidina Ali R.hu ,

" Cintailah sesuatu perkara tersebut sekadarnya , boleh jadi , sesuatu yang kamu cinta itu menjadi sesuatu yang kamu benci ... "

Saya sangat setuju dengan mutiara hikmah yang disampaikan oleh beliau . Really !

Seorang remaja mengadu masalah yang sama , remaja ni bercinta dengan seorang gadis bertudung labuh . Selalu bermain massage . Satu hari , bila si remaja ni dapat tau yang si gadis bertudung labuh ni bakal mendapat tunang , makanya dia kecewa . Semenjak tu , kata dia , dia memandang sinis kepada gadis-gadis bertudung labuh yang lain . See ?

Sohabatku , bercintalah dengan ikhlas . Nescaya kamu akan ikhlas bercinta .

Cintakan sungai , sungai kan kering .♪♫♪
Cintakan bunga , bunga kan layu .

Cintakan makhluk , makhluk kan mati .♪♫♪
Cintakan Allah , cinta Abadi ...


Ingatlah pesanan terakhir ku ,

'' Cinta ibarat 'chinese phone' , tiada guarantee ! "

# Artikel ini ditaip pada hari Khamis , 22Disember2011 , Kolej Universiti Islam Melaka .

Friday, January 21, 2011

Jubah Akatsuki



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/01/jubah-akatsuki.html

Ustaz,satu jubah ni diadaptasi dari anime. Jubah itu mempunyai gambar awan. Sedang jubah itu digunakan untuk meminta sesuatu selain daripada Allah. Saya syak benda tu sebagai jin . Wajarkah jubah itu digunakan didalam solat mahupun diluar solat? Ustaz boleh taip pada images "jubah akatsuki".




Jawapan;

Jika benar sebagaimana yang saudara katakan iaitu jubah itu dipakai oleh orang yang menjalankan upacara menyembah jin –dengan stail dan corak yang sama atau hampir sama-, tidak haruslah orang Islam memakainya –dalam solat atau diluar solat- berdalilkan hadis Nabi –SAW-;

من تشبَّه بقومٍ فهو منهم

“Sesiapa meniru satu kaum/golongan, ia dari kalangan mereka”

(HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Berkata Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Syarahnya (Faidhul-Qadier), hadis no. 8593).

Berkata Imam al-Qurthubi;

“Jika suatu pakaian telah khusus (menjadi identiti) orang-orang fasik dan orang-orang tidak berakhlak, dilarang orang lain selain mereka untuk memakainya kerana orang yang tidak mengenalinya akan menyangka ia (yakni si pemakai itu) adalah sebahagian dari mereka. Maka timbullah sangkaan buruk terhadapnya yang menyebabkan berdosa kedua-dua mereka iaitu orang yang menaruh sangkaan buruk dan orang yang menjadi sasaran sangkaan (kerana ia menjadi penyebab kepada sangkaan buruk itu)”.

(Faidhul-Qadier, hadis no. 8593).


Pada zahirnya pakaian itu kelihatan tiada sebarang lambang atau corak yang menyalahi Syarak. Namun jika benar dakwaan saudara bahawa ia dipakai oleh golongan yang meminta pertolongan dari jin , tidak selayaknya ia dipakai oleh orang beriman.

Adapun jika dakwaan itu tidak benar, ia kembali kepada hukum asal bagi perkara-perkara keduniaan dalam Islam (termasuk pakaian) iaitu harus.

Kaedah Fiqh yang diamalkan oleh para ulamak menyebutkan;

“Asal pada setiap perkara adalah harus selama tidak ada dalil Syarak yang melarangnya”.

Wallahu a’lam.


Friday, November 19, 2010

Hukum berkawan dengan Non-Muslim



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ustaz , saya suka sangat sangat kawan dengan orang muslim . Boleh tak terangkan batas - batas pergaulan antara umat islam dengan umat lain ?


Baik korang kawan dengan aku , aku pon Hot apa ? haha

Orang Islam harus berkawan dengan orang bukan Islam, tetapi hanya sekadar berkawan, bukan terteman rapat. Ada perbezaan di antara berkawan dan berteman rapat.

Berkawan hanya sekadar bertegur sapa dan saling berlaku baik sebagai sesama insan (termasuk tidak menzaliminya dan merampas haknya).

Adapun berteman rapat ialah berkasih sayang sesama saudara seaqidah, berkongsi iman dan ilmu, bersama-sama dalam jamaah/toifah al-haq, saling nasihat-menasihati kerana Allah, berkongsi matlamat dan tujuan yang sama untuk agama dan ummah. Berteman rapat tidak harus melainkan dengan orang Islam yang taat kepada Allah.

Sabda Nabi -SAW-;

"Seseorang itu berada di atas agama teman tapatnya (khalillihi). Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman rapat" (al-hadis). Kesimpulannya, berkawanlah dengan sesiapa sahaja, namun berteman rapat hanya sesama saudara Islam yang taat.

Wallahualam

Wednesday, August 4, 2010

Belia Zaman Dahulu ....




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Hari ini ..saya mahu memperkenalkan 2 0rang Remaja . Remaja yang boleh dijadikan ikutan remaja pada zaman kini . Siapa remaja tersebut ? Mari kita baca...



Remaja pertama ;

Rabiah Raie
...sewaktu kecil ..beliau tidak pernah melihat Rasulullah ... Ayahnya sewaktu pergi berjihad memberikan nafkah kepada isterinya sebanyak 30ribu Dinar . Ayah nya juga berpesan duit ini boleh dibuat modal untuk perniagaan .


Sewaktu ayah pergi berjihad...Ibu Rabiah menghantar Rabiah pergi ke pondok... dari pada Rabiah ilmunya kosong dan pulang menjadi Tok Guru . Ibu Rabiah menghantar Rabiah menuntut ilmu Quran dan Hadis menggunakan duit yang 30 ribu dinar tu lah ..

Setelah lama menghilang sewaktu pergi berjihad...ayah Rabiah pulang kerumah ...Beliau melihat rumahnya seperti dahulu ...Ayah Rabiah masuk ke dalam rumah ...lalu " wahai isteriku , kemana kau habiskan wang sebanyak 30 ribu dinar ? "
Ibu Rabiah menjawab , '' sebelum aku menjawab... sila lah abang ke misjid . "

Ayah Rabiah kemudian ke misjid menunaikan solat jemaah..setelah selesai berjemaah ... Ayah Rabiah melihat di misjid ada banyak tiang yang dipenuhi dengan majlis ugama..setiap tiang terdapat tok guru dan penuntut ilmu ....tetapi..satu tiang ni ..Ayah Rabiah melihat ..ada banyak penuntut ilmu..tetapi tak nampak pun Tok Gurunya..sebab banyak sangat penuntut ilmu ... Ayah Rabiah tanya kepada salah seorang jemaah yang ada disitu ... "Tok guru mana yang mengajar di tiang ni?" Jawab jemaah pula ; "Tok guru ni ? ni Tok guru yang paling muda sekali "

Ayah Rabiah pulang kerana perasaan ammarahnya masih ada ..dia nak tuntut 30 Ribu Dinar dari isteri nya.. apabila pulang..

Ayah Rabiah : wahai isteriku ..aku sudah pergi ke masjid..sekarang...kemana 30 ribu dinar aku kau laburkan ?
Ibu Rabiah : Apakah abang tidak pergi ke misjid ?
Ayah Rabiah : Sudah tentu aku pergi .
Ibu Rabiah : Kalau begitu ...apa yang engkau lihat ?
Ayah Rabiah : Aku lihat terdapat banyak tiang masjid yang terdapat majlis ilmu .
Ibu Rabiah : Dan lagi ?
Ayah Rabiah : Aku lihat satu tiang itu , terdapat banyak penuntut ilmu sehinggakan tidak ternampak Tok Guru yang mengajar ..
Ibu Rabiah : dan kalau begitu..engkau kembali ke masjid dan bertanyakan akan nama Tok Guru tersebut .


Setelah sampai ...Ayah Rabiah bertanya kepada jemaah disitu .."Siapakah nama Tok Guru yang mengajar disitu ? "

Lalu dijawab ..." Rabiah Raie " ....Alangkah terkejut si Ayah Rabiah itu tadi lalu pulang dalam keadaan tawadhu' ...


Ibu Rabiah : Sekarang ...aku bertanya pula ...apakah yang kamu lihat dimisjid tadi ?
Ayah Rabiah : ......( diam )
Ibu Rabiah : Sekarang...apa yang kamu mahu ? Rabiah Raie menjadi seorang Tok Guru atau duit 30 ribu Dinar tersebut ? untuk jawapanmu itu...aku bagitau ...duitmu itu aku gunakan untuk belanja Rabiah pergi berjuang menuntut ilmu ...








Ok...kisah kedua pulak... siapa ? oh...siapa lagi kalau bukan ....

Remaja kedua ;

Mus'ab Bin Umayy...
Siapa dia ? dia adalah sahabat Nabi yang dahulunya kufur... saya cerita dengan ringkas ye..

Musab Bin Umayy ni lahir dalam keluarga yang kaya ... pakaian nya masyaallah..sangat hebat dan mahal .... nak tahu kaya tak kaya Musab ni.. minyak attarnya sahaja... sahabat boleh bau haruman yang kuat sedangkan tiada sesiapa disitu... ini bukan kisah seram ye..kisah betul ni..Bila dah bau je ..baru Mus'ab lalu...rupa rupanya ..haruman tu bau minyak attar Musab la..

Tapi bila Musab Bin Umayy ni masuk islam ..subhanallah..iman nya sangat tinggi .. Ibu beliau yang masih kufur berkata .."kalau hang tak nak keluar islam ..nanti ceq merajuk tak nak makan "
Nak tahu apa jawab Mus'ab..? " kalau ibu mati hidup balik mati hidup balik dan mati hidup balik sebanyak helaian di rambut ibu..aku tetap tak nak keluar dari nikmat islam "

..haha ..amacam ? layan tak ?haha

Tapi yang sedihnya..apabila syahid je Musab Bin Umayy dalam sebuah peperangan ...nak tutup jasad dia dengan kain milik dia.. tutup muka nampak kaki ..tutup kaki nampak muka... Nabi kemudian menangis ..lalu menyuruh Sahabat mengambil daun daun menutup kaki Mus'ab .

Wallahua'lam...



Friday, July 2, 2010

Solat Qasar ; Berapa lama diboleh menunaikannya ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Ustaz tahu tak dalil pasal kalau pergi sambung belajar kat tempat yg jauh contohnye kita kat KL sambung blaja kat Kedah..boleh solat Qasar sepanjang 3 tahun study ?
member saya bagitahu benda ni..saya rasa macam tak btol je ...

Pertama , kalau hangpa nak belajar kat Kedah , hangpa kena belajar bahasa Kedah dulu..haha
Ok ...macam ni..Kau salah tanya orang..Aku bukannya pakar pun bukan pakar dengan masalah Hukum hakam ni..Jadi masalah ni saya rujuk kitab ( macam la artikel lain aku tak rujuk kitab ..haha ) Siri Panduan Solat Qasar , Jamak , Solat Jinazah dan Solat Orang Sakit siri Satu oleh Al-Ustaz Shamsudin Othman .

Mengikut Imam Shafie , seseorang yang tinggal di suatu tempat lebih daripada 3 hari ( tidak termasuk hari tiba dan pulang ) , dia dianggap sudah bermukim dan orang yang bermukim tidak boleh solat qasar kecuali dia menjalankan tugas tertentu dan dia berniat akan meninggalkan tempat itu sebaik sahaja tugasnya selesai . Bagi yang demikian , dibolehkan solat Qasar selama 18 hari .
Sila rujuk Akmal Hj Md Zain ms 235...

( kalau rujuk kitab Doraemon , memang takkan jumpa masalah hukum ni..haha )


Tempoh 18 hari itu adalah berdasarkan sebuah Hadith daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ;

" Nabi SAW bermukim dalam salah satu perjalanan selama 19 hari dan bersolat dua dua rokaat . Maka kami pun apabila bermukim 19 hari kami bersolat dua rokaat , dan kalau lebih daripada itu kami akan cukupkan " .

Yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Nabi SAW bermukim di Mekah sewaktu pembebasan Mekah . Dan 19 hari yang dimaksudkan itu adalah termasuk hari baginda berangkat meninggalkan Mekah untuk melanjutkan perjalanan ke Hunain . Ertinya tempoh bermukim yang sebenar ialah 18 hari .

Tetapi Imam Abu Hanifah berpendapat solat Qasar dibolehkan selama mana orang itu belum selesai menjlankan tugasnya disesuatu tempat , dan dia tidak bermaksud untuk tinggal menetap atau bermastautin di tempat itu ..
**[ Rujuk Akmal Hj Md Zin , ms 235 ]



Tapi ingat solat qasar tu hanya boleh dilakukan dengan Syarat 92 kilometer dan niat yang murni.. kalau nak pi konsert Super Junior , jangan harap boleh buat Qasar ..Tapi Nasuha boleh..haha ..haha

Sunday, June 27, 2010

Soalan ( Remeh Temeh ) tentang Remaja .


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Bersambung dari Entri lalu ;


Soalan keenam ,
Ustaz , mengapa Remaja suka ber''couple'' ?

Baiklah , satu point je saya nak bagi . Nafsu ! . Dah itu sahaja lah jawapan dari saya . The End . Haha .

Nafsu ni nak terangkan macam mana ye ,...ha , macam ni nafsu ni kalau tak dididik dan dijinakkan macam kita jinakkan seekor singa , susah wooo ... Tak banyak tak puas ..sudah banyak pun tak puas..Itulah Nafsu !

Hasil Kajian ; Kaum wanita ini merasakan dirinya memerlukan tanggungan . So , Kalau makhluk ni salah pilih highway , nak ipoh tapi ikut jalan Johor Bharu .Faham faham sudahlah..haha


Kalau Lelaki kenapa pulak suka ber"couple" ? Saya pun tak ingat dari mana saya belajar...Haha. Hasil kajian mendapati bahawa lelaki menyukai apa benda yang tiada pada dirinya .Tetapi ada pada jantina yang lain . Apakah bendanya ? Lu fikir lepas tu zikir la sendiri .

Diorang bukan tak tahu ayat Quran ,


"Dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu keji dan jalan menuju kesesatan " .

( Surah Al Isra' : 32 )

Allah tak kata "Dan janganlah kamu berzina" . Allah kata " Dan Janganlah kamu menghampiri zina "

Bila dalam Quran kata Jangan ! maka ia telah menjadi 2 Hukum . Hukum pertama , Makruh Tahrim iaitu Makruh yang "5 cm " lagi nak masuk longkang Haram . Manakala hukum kedua , direct Haram la . Dalam Kes hampiri zina ni ...hukumnya jelas Haram!!! .

" Alah Ustaz , kitaorang bukannya buat apa apa , setakat duduk duduk sahaja . Lagipun , kitorang bukan dalam rumah , kitorang duduk kat tempat awam ...semua orang nampak . "

Bila ada makhluk perosak yang menggunakan ayat power ni.. Bagilah dalil ayat 32 surah Al- Isra' . Lepastu , explain la apa penyebab hampiri zina .Contohnya bercouple dan menonton "BlueCah" .

Bukan tak boleh bercouple , boleh tapi kenalah kahwin dahulu . Alahai , korang balik rumah pi dengar lagu Kasih keKasih dari Inteam ..dah la syok ..jawapannya menepati kehendak korang . Dah kahwin nak buat apa , buat jelah . Dua dua merasa nikmat , pahala dapat , ketaqwaan pun meningkat .Haha.Sesuai dengan hadith Rasulullah SAW ;

" Perempuan perempuan iaitu isteri kamu merupakan tempat kamu bercucuk tanam , buatlah apa yang kamu suka mengikut selera terhadap ladang kamu itu ."


Ha , yang ni baru terbaik dari ladang .

"Wahai para pemuda , siapa yang mampu berkahwin , sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan . Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah "

( Riwayah Bukhari )


Couple itu hanya selepas Kahwin . Ingat kawanku!!!Ingat Couple Ingat Api Neraka .





Soalan Ketujuh ,
Remaja sekarang ni sudah luntur akhlaknya . Jadi , bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ?

Lumrah dunia , sepatutnya gunalah Bleach jenama Al-Quran dan Assunnah , insyaallah tak akan luntur keimanan . Ni tak , guna peluntur jenama XXX , meluntur kan iman lagi adalah .

Ok ok , gurau je lah . Merujuk soalan anda , kita boleh check dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud ;

"Sesiapa yang melihat kemungkaran , maka ubahlah ia dengan tangannya , apabila ia tidak mampu , dengan lidahnya dan apabila tidak mampu , dengan hatinya . Demikian itu adalah selemah lemah Iman "

Maksud hadith ni ..
point pertama ; cegah guna tangan ...bukan penampar tau tapi guna kuasa ..tangan dalam hadith ni bermaksud kuasa...
point kedua ; cegah guna lidah ...ni tugas semua sebenarnya tapi khas untuk alim U'lama lah .
point ketiga ; cegah dengan hati... kita hanya mampu membenci dengan iman kita dan itu selemah lemah Iman .Makna kalau kita buat bodoh je dengan kemungkaran..siap la korang kena belasah Munkar Nankir nanti..


" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia , menyuruh yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah ."

( Surah Ali Imran ayat 116 )


Ini adalah tugasan Free dan wajib daripada Allah . Jika kita mentaati kita akan mendapat percutian ke Syurga tanpa balik balik . Akan tetapi , jika mengingkari , ketahuilah Azab Allah itu sepedih pedihnya !!! .



Soalan kelapan ,
Ustaz , mengapa Remaja suka mengumpat dan mencela ?

Wah , soalan HOTS ni!. Eh , kau tak sedar ke yang kita ni pon sedang mengumpat si Remaja ? Haha . Tapi tak mengapa sahabatku , Mengumpat sebegini dibenarkan syarak sebab dikau mengumpat meminta Fatwa .

Saya malas nak ulas panjang lebar..haha..Beginilah , cuba bayangkan , time darurat kita dihutan bertiga dengan 2 orang sahabat karib kita . Salah seorang karib kita suka mengumpat . Ditakdir Sahabat karib kita yang lagi sorang ni almarhum . Sahabat kita yang suka mengumpat ni dah pucat sebab terlalu lapar . Kita pon kata ; " Makanlah jom jenazah kawan kita ni sekadar alas perut " . Apa jawab Pengumpat tadi ? dia mesti berkata ; " Katakan TAK NAK kepada daging JENAZAH !

So , macam tulah mengumpat . Mengumpat dikatakan sama dengan memakan daging saudaranya sendiri .Nauzubillah hi min zalik .

Korang yang tak nampak tak "nampak" daging Jenazah kawan kita time mengumpat mesti nampak daging kentucky kan ???


Dari Abdullah Bin Mas'ud , bersabda Rasulullah SAW ;

" Seorang mukmin bukanlah seorang yang suka mencela , pengutuk , kata katanya keji dan kotor . "





Soalan Kesembilan ,
Ustaz , ada orang tanya saya , mengapa remaja sukakan hiburan ?


Eceh... kau yang tanya lepas tu kata orang lain yang tanya .Haha..Takdalah , gurau je .
Begini , semua orang suka akan hiburan . Sedangkan Rasulullah SAW sendiri menggalakkan hiburan . Oppps...tapi bukan goyang dangdut tau!!!

"Tidaklah dalam kalangan umatku mereka yang tidak melagukan Quran " .

Fitrah manusia sukakan hiburan . Tapi mesti ada garis panduan . Soalan anda ni penerangan nya luas..kalau nak jawab kena buat berjilid jilid buku..haha . Saya rasakan anda maksudkan hiburan yang digemari Remaja ialah hiburan yang berunsurkan Maksiat ..betul tak ? kalau salah Im sorry...haha

Saya pernah menyoal remaja tentang permasalahan yang kau tanya pada aku . Apa remaja ni jawab ? " Sesuai dengan jiwa kitorang ." "Ia menenangkan. "

Padahal Allah SWT berfirman ;

" Hanya mengingati Aku jiwa kamu akan tenang . "

( surah Ar-Rad : 28 )


Aduh ! kepala aku sudah runsing untuk menyoal diri ku sendiri..Nak jawab soalan yang sendiri tanya pon sakit kepala aku!haha

Saturday, June 19, 2010

5 Soalan ( Remeh Temeh ??? ) Tentang Remaja


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Soalan Pertama ,

Ustaz , saya lihat ramai remaja kini mengabaikan solat . Mengapa ya boleh jadi macam tu ?

Terima kasih makhluk yang bertanya , dalam menjawab soalan ini ingin saya menegaskan bahawasanya bukan sahaja remaja yang mengabaikan kefarduan Solat , akan tetapi mereka yang 5cm nak ke kubur pun kabur akan hal ini . Saya ringkaskan jawapan ye ;

1 . Alpa dengan dunia yang bersifat tidak daim .
( Korang rujuk la kamus , daim ni apa benda ,..hahaha )


2 . Kurang diberi penekanan akan hal solat ini semenjak dibangku kanak kanak lagi seperti mana yang Rasulullah mahukan .


3 . Terlalu banyak berkawan dengan kawan yang negatif.

ya ...memang tak dinafikan lagi..kalau kawan kawan kita ni jahat tak mustahil kita ni pon nantinya jahat..benda benda ni dah banyak saya lalui..kawan kawan saya ..kawan dengan saya elok sahaja ...tapi bila berpisah ( pindah kelas ) , kawan dengan budak budak negatif...maka ...menjadilah kawan saya itu seorang budak yang diakui dan diiktiraf kenakalannya .

4 . Kurang mengetahui dosa mengabaikan solat .

Kita boleh lihat kisah Nabi Musa didatangi seorang perempuan yang mengaku telah berzina . Nabi Musa halau perempuan tu sebab tak redho . Maka turunlah Jibril dan berkata ; " Kenapakah kamu menghalau wanita tersebut yang mahu bertaubat ? Tahukah kamu ada dosa yang lebih besar daripada dosa perempuan tadi ? iaitu Meninggalkan solat dengan sengaja ."

Nauzubillah himinzalik....


Nak dapatkan syurga itu memang pahit sebab manisnya terletak di Syurga .

Saya selalu ingatkan rakan Facebook saya mahupun rakan di myspace ...

" Wahai sekalian budak budak HOTS , solatlah kamu sebelum kamu dicampakkan kedalam Neraka yang HOTS " !





Soalan Kedua ,
Ustaz , mengapa Remaja sekarang lebih menceburi bidang sosial Kemaksiatan ?

Syukran jazilan kepada empunya badan yang bertanya , saya ingat subjek sosial hanya terdapat pada Sains sosial ...rupa rupanya , subjek sosial kemaksiatan pon ada jugak ? haha..
Ok , berbalik kepada soalan , mengapa ya ? saya tanya anda balik . Tak dapat jawab la ? Baiklah saya bagitahu...cuba kita cek diri kita . Opsss..saya tak suruh hangpa pi medical check up .. maksud saya..kita renung diri kita. Adakah kita dalam golongan Amar makruf nahi mungkar membanteras dan membantu remaja tersebut ke arah ihdinassirotol mustaqim ? atau kita sekadar membenarkan perbuatan tersebut ??? " Alah... standard la tuh ..budak budak memang macam tu "

Tidak !!!! jangan sesekali bahkan banyak kali cakap macam tu . Paling kurang iman kita berkata " Aku cukup benci dengan perbuatan maksiat itu ! ."

Sebenarnya saya baru nak jawab soalan anda ..yang tadi tu muqaddimah sahaja .haha. Ok , remaja nilah waktu paling banyak dugaannya , baru nak jenguk mengenali dunia , jadi kalau salah pembimbing , maka almarhumlah dia kedalam kancah maksiat . Ini juga didorong oleh Tenaga Pengajar Mata Pelajaran Sosial kemaksiatan iaitu Iblis laknatullah , syaitan dan kuncu kuncunya . Kepakaran beliau ialah mengaburi mata manusia , semua menjadi syok apabila mata telah dimagis syaitan ...




Soalan ketiga ,
Ustaz mengapa Remaja suka habiskan duit di Siber Kafe ?

Menarik soalan kau tu . Kan bagus kalau duit tu dihabiskan di Kafe Kafe yang lain. Mengapa pilih Siber kafe juga ? Sebenarnya remaja memang suka melepak . Benda benda lagha pasti menjadi Bullitin Utama mereka .

kebanyakan mereka yang menjadikan Siber Kafe sebagai Sarang Ke-geng-an mereka bukannya tiada internet di rumah . Jangan jangan internet kat rumah diorang lagi laju dari di Siber .
" Lepak kat CC best , ada kawan kawan boleh bising bising . Kitorang boleh main game sama sama " . Ya , ini antara keluhan yang keluar dari mulut mereka .

Bahkan ada yang lebih teruk lagi , CC menjadi sarang mereka untuk melepaskan hawa nafsu..tempat mereka untuk berzina mata .. Bukak laman web yang bernama " Plaza Peransang " ... Kalau nak tengok kat rumah "line tak clear" . Tapi kalau CC , ada geng ..silap silap taukeh kedai tu pun sama , satu " ukhuwah " .

Kebanyakan Remaja yang dimaksudkan ialah berstatuskan RemaJANTAN ..haha

Mudah mudahan mereka tidak dibangkitkan dari golongan yang ke 8 , iaitu mereka dibangkitkan dengan kaki diatas manakala kepala dibawah ..Neraka adalah destinasi R&R mereka atas sebab melakukan zina tanpa sempat bertaubat...



Soalan Keempat ,
Ustaz , mengapa banyak Remaja di luar sana berikonkan artis negara dalam dan luar ? Apa , Nabi kita tak cukup hebat ke ?

Uishh..Kalau nabi tak hebat , kenapa apa yang disabdakan baginda beribu tahun yang lampau kini menjadi kenyataan ? Tak kira la..remaja ni remaja yang diluar sana ke remaja didalam rumah ke..semua sama...menjadikan artis sebagai ikon . Sebab apa artis ? sebab Remaja suka akan hiburan . Hiburan dan manusia dah kena gam ...Apa apa ajelah .haha. Tapi bagi saya , mereka mengambil "imegresen" lain sebagai contoh sebab tak kenal Nabi , tak kenal Sahabat. Tak kenal maka tak cinta . Kita boleh ambil contoh akhlak Saidina Ali memandangkan Ali adalah kanak kanak terawal memeluk Islam .

http://abuqawliy18.blogspot.com/2010/11/fatimah-mengidam-sebiji-buah.html


Soalan kelima ,
Ustaz , mengapa Remaja suka berfesyen ???

Erm..soalan ni lain macam je ? Orang gila je tak suka berfesyen .Haha..( Maaf terasa ) ...
Saya sendiri pun berfesten . Siap serban setinggi menara Misjid lagi .haha . Islam itu bersifat Murunah ..so , tak salah berfesyen . cumanya , perlu lah mematuhi peratuhan yang disyariatkan Islam .

Firman Allah ;

" Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.... "

( Surah An Nur : ayat 31 )





Soalan keenam ,
Ustaz , mengapa Remaja ....?

Eh , ni soalan tak habis ke apa ni ? Salah soalan kau ni..sepatutnya koma tu buang..maka bila dibuang..soalan jadi berbunyi ;

" Ustaz mengapa Remaja ? " haha...

Semestinya saya dilabelkan remaja ( pada tarikh artilkel ditulis - 20 / 06 /2010 ) kerana tarikh lahir saya ditetapkan semenjak azali ialah pada 21 /09 / 1992 . Remaja menurut abad ini Remaja generasi X dan berumur dalam lingkungan 15 hingga 27 tahun . Wallahualam .


http://abuqawliy18.blogspot.com/2010/06/solan-remeh-temeh-tentang-remaja.html

Thursday, May 27, 2010

Remaja


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya kaji kepada semua readers .Tajuk entri saya kali ni berkenaan Remaja..Remaja hari ini terkenal dengan masalah sosial nya . Remaja yang cukup terkenal dengan sikap nya yang negatif mewarisi sikap nakalnya dari mana ???


Remaja ...siapakah Remaja? ada pakar yang menyatakan golongan remaja ini adalah berumur diantara 15 hingga 27 tahun..kalau tak silap saya...
akan tetapi ini bukanlah apa yang saya nak sampaikan . Saya nak sampaikan sikap - sikap remaja yang saya kenali melalui pengalaman saya .

berbalik kepada soalan saya tadi , dari manakah Remaja mewarisi sikap nakalnya ? Kajian mendapati masalah ini berpunca semenjak Remaja itu masih dalam buaian . Ya, masalah ini berpunca semenjak remaja ini masih bertitle Bayi .

Menurut Ustaz Hassan Din al-Hafiz , seorang bayi itu akan mewarisi sikap ibunya sewaktu dalam kandungan lagi . Maknanya , kalau ibunya seorang yang suka baca quran , maka bayinya itu akan mengikuti jejak langkahnya . Bayi juga akan mewarisi sikap bapanya TETAPI selepas bayi itu menghirup seteguk nafas iaitu selepas lahir .


Mengikut apa yang saya kaji , Remaja lebih cenderung kepada hiburan ;

1 . Muzik ;
Khususnya muzik yang menyalahi akidah . Mereka suka mendengar lagu yang berentak ala- ala disko . Haha.. wah..menarik tu . Yang menjadi masalahnya , kebanyakan lagu yang di hak ciptakan berkenaan lagu cinta kepada manusia kepada sang kekasihnya . Penyanyinya pulak aduai...tersekang mata Remaja kita melihat aurat nya . Jelas sekali ianya amat bertentangan dengan syariat .




Sebenarnya saya dah terangkan dah Hal Muzik ini dalam artikel yang lalu . Sila klik
Muzik Hiburan Akhirat . Mereka mendakwa muzik mampu menenangkan jiwa..Oh silap...muzik hanya memendamkan perasaan dijiwa..yang menenangkan jiwa kita hanyalah Zikrullah ...dan Zikrullah yang paling Tip Top ialah Solat!!!

2 . Bergaya ;
Hasil pemerhatian saya . Hampir semua remaja suka bergaya ;
*memakai topi
-yang ni tak salahla..saya pon pakai ..cumanya diharapkan janganlah taksub dengan topi berlogo negara luar yang masih kafir .

* berseluar pendek
-yang selalu berseluar pendek ni selalunya lelaki la...perempuan bukannye seluar pendek tapi akal nya saja yang pendek . Yang saya tak boleh tahan tu..seluar pendek bentuk bunga...haha

* bertelefon bimbit yang terbaru
-Nak membazir apasal ? talifon lama elok lagi...kononnya up-date la..ikut arus zaman..pi lah..membazir duit je tau..membazir tu amalan syaitan nirrajim...

*berambut Unik
-huhu...nak kena ulas jugak?unik tu... ada yang berambut KLCC , kita pegang pun berdarah..haha ..Macam saya kata..tak ada masalah berfesyen..tapi di sekolah jangan lah buat..ikut undang - undang yang ditetapkan...
Macam - macam jenis rambut dah saya jumpa...( saya tak jumpa hantu rambut ) ...tapi mostly yang paling banyak ..memang rambut yang memacakkan..haha


* bertindik

-Nak tau tak apa Ustaz Tahir kata kat budak -budak lelaki yang bertindik ni? Bodoh...
ya ..jawapan yang ringkas tapi padat..haha
Kalau korang nak tahu ...orang lelaki Barat bertindik sebab dia nak bagitahu yang dia "gay" ...haha...jadi orang melayu ni rupanya bertindik sebab dia Khunsa ke?haha

Sebenarnya..memang kita dilahirkan fitrah suka bergaya..Tak dinafikan , saya pun suka bergaya . Berfesyen tak menyalahi Islam selagi batas - batas syariat terjaga . Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan. Wallahualam .

3 . Tarian .
Saya boleh mengkelasfikasikan antara tarian yang diminati kebanyakan remaja kita kini ,
* Shuffle - lebih kepada aktiviti kaki
* Tecktonic - lebih kepada aktiviti tangan
* Breakdance - lebih kepada aktiviti kepala

Saya tak berani menghukum melalakukan aktiviti ini sebab saya bukannya PAKAR . Apapun , macam saya katakan tadi..selagi mana ianya tidak melalaikan dan menyalahi syarak maka , ianya dibenarkan . Wallahualam.

Mereka menyuruh kita jangan bencikan tarian mereka...kononnya seni . Saya kata ."Baiklah , saya tak benci , Shufle satu penyakit mematahkan kaki , Tecktonic satu penyakit mematahkan tangan , manakala Breakdance satu penyakit mematahkan kepala . Amalkan ini dan anda akan hidup sehat di dalam Hospital .Insyaallah "


4 . Cinta .
Perasaan cinta sememangnya wujud dalam diri . Perasaan suka menyuka yang terlampau ini akhirnya memakan diri dengan membawa kepada Zina hati . Kata orang , dari mata turun ke hati ...ye ternyata memang benar .Pandangan mata memang amat bahaya .

Nak cerita bab mata sekejap.. ada sahabat Nabi yang HOTS dan gagah sedang mandi..diintai oleh sahabat nabi yang lain . Oleh sebab pandangan mata yang CEMBURU dari sahabat nabi itu tadi , maka sahabat Nabi yang HOTS itu pengsan secara tiba -tiba .

Ok , berbalik kepada kisah cinta ini .. Dari mata turun ke hati ..saya sambungkan Dari hati turun ke dada , dari dada turun ke KAMI JAIS!!!..haha.. so hati-hatilah wahai remaja ku..jangan biarkan perasaan cinta merasuki dirimu . Kalau kau dirasuk hantu insyaallah boleh menghalau hantu itu..akan tetapi kalau cinta yang merasuki mu ....bye bye je la..


5. Artis

Ha , yang ni memang confirm . Takda nak berdolak dalih nya . Seorang artis mampu mempengaruhi sejuta orang sekilas kilat .haha.. Tambah - tambah , artis tu pelaku maksiat .


6 .Teknologi

Games dan komik macam - macam ada , ada genre ganas ,bersahaja dan lucah tahap neraka . Remaja kita sanggup menghabiskan masa usia mudanya semata mata untuk benda benda lagha seperti itu sehingga sanggup untuk memonteng sekolah la.Macam macam hal lagi .

Bukan games dan komik sahaja , sebab kita dalam sub-topic teknologi ,jalur lebar internet juga termasuk . Menonton video lucah or pornographic menjadi perkara biasa. Bila dah sangap tengok video BLUE tu , nak pulak pasangan SEKS nya nanti macam mana yang ditonton nya itu . Padahal dianya biasa saja . Mana tak datang masalah JAHILIYYAH moden zaman sekarang ...benda -benda lucah diorang dah selalu tengok .

Untuk Penonton Wayang Lucah , kajian mendapati melihat benda - benda lucah macam tu boleh menyebabkan buta . Jadi , kalau takde angin atau ribut , anda menjadi buta....Tahniah la.Ini baru azab dunia ..belum azab neraka lagi .

7 . Berborak dan Melepak

Standardlah , perkara yang lagha siapa yang tak suka ? Kalau dah melepak tu mula lah mengumpat..,Cerita pulak hal kekasihnya . Lelaki dengan perempuan sama sahaja ...yang membezakan mereka ialah Taqwa ..dan jantina .hehe

Selalunya , yang saya nampak la , remaja melepak serta berborak kebiasaanya pada waktu malam . Oh ye kalau nak tahu ..Nabi Muhammad tak pernah berborak selepas isyak . Nabi Muhammad benci kita berborak lepas isyak ...Jadi..janganlah berborak KOSONG pada sebelah malam..Kalau dah ghairah sangat...selit-selit la pasal kerja sekolah sikit .


8 . Rokok

Remaja ...suka sangat meniru ...Mereka sebenarnya keliru , mana satu yang haq ,mana satu yang batil...mana satu yang betul ..mana satu yang salah ...mana satu yang halal ..mana satu yang haram ...Dah tu , beristiqamah pulak dengan sikap egonya bahawa rokok itu halal bahkan ianya membuktikan kejantanan . Sedangkan Yusuf Al-Qadrawi dalam fatwa Muasiarat nya mengatakan Hukum haram adalah lebih layak untuk ROKOK .
Mungkin mereka mengikut Ulama yang mengharuskan rokok ..eh..ada la Ulama yang mengharuskan..tetapi ianya jelas sekali ditolak ..bukan Ulama tu yang ditolok..pandangan dia yang ditolak sebab..rokok memang tidak baik untuk kesihatan .



9. Rem-pit

Remaja laa ni , apa depa kata ..pacak ? pacak konon..pacat adalah..tapi yang miracle tu boleh pulak dorang Mat Rem ( bukan nama sebenar ) membonceng motor dan mempacakkan diri mereka ke "sirotol mustaqim' ke jalan yang lurus . Kononnya dah dapat hidayah Allah melalui jalan yang lurus..buat pacak 180 darjah....360 darjah pon ada jugak..ada...tapi bila kemalangan sahaja... darah muda ..biasalah bile dah dapat lesen motor tu..kegembiraan nya tak terasa ...kalau boleh nak bawak sampai 400 km / minit ..haha...
Ada Ustaz kata kita boleh bawak laju sebab ada hal yang tak dapat dielakkan dengan syarat kenalah baca doa kenderaan..Maybe remaja kita ikut petua ni...haha
Rem-Pit dan Rem-Maja tak dapat dipisahkan...kecuali PACAK yg memautkan..haha



Selama ini , usaha saya dalam berdakwah yang saya lakukan terhadap Remaja tidak berjaya . Tapi saya rasa lega kerana saya sudah menjalankan tugas saya sebagai "pendakwah" .Saya ambil beberapa kaedah untuk memperbaiki akhlak Remaja ,

1 . Saya campurkan dengan humour .
Belia kini suka sangat hiburan . Jadi saya ambil kesempatan melakukan hiburan yang tak menyalahi syarak . Ya , hiburan itu adalah jenaka yang bermesej . Apa orang kata , masuk air..Ya masuk air ,itulah saya.. haha

2 . Puji remaja tersebut .
Ayat fouvarite saya , "Aku tak mampu berkata -kata melihat gambar kau ...mungkin sebab kau HOTS ???"haha

3 . Senantiasa Berjubah .
Berani tak diorang buat maksiat kalau ada "Pak Imam JR " lalu depan diorang ??? Ya , kebanyakan mereka takut dengan jubah ...bukan sebab jubah saya warnanya macam silat..sebab..Jubah itu adalah sunnah nabi..dan sunnah nabi adalah sangat sangat hebat...

4. Mengikuti Kehendak mereka .
Yang ni dalam perancangan...Nak buat tapi badan saya tak mengizinkan..haha..Idea ni saya pinjam berpandukan dari idea kawa saya . Dia nakMASTERED semua benda yang dibuat oleh kawan-kawan dia . Lepas tu , saya kembangkan benda tu kepada benda yang unik , Bila Remaja tengok sampai terpukau , dia comfirm nak minta jadi Tok Guru ...Maka saya pon berkata ; " Nak belajar ? Moh le kita ke surau dulu...Kita solat berjemaah...lepastu ..baru aku ajar ...tak solat jemaah ..tak nak ajar... "


Kesimpulannya , saya simpulkan ..dengan satu solan " Kemanakah arah remaja kita kini ??? " tiga tanda soal tu..bermakna tiada berpenghujung masalah sosial ni. Cuma ada dua kesudahan ...
sejak kecil lagi , sudah dididik dengan Masjid..dan isi Masjid
... dan biarkan sahaja dia bermesra dengan dunia...NAFSI - NAFSI
...fuh..nak buat kesimpulan ayat amat mudah rupanya berbanding nak simpulkan tali..haha


Siapapun anda..walau tua pun anda..kita akan muda juga..bukan Imam Muda..tp kita yang bakal muda diakhirat kelak ...