Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , boleh tak cerita pasal Tukku Paloh . Salasilah dia dari keturunan saya . Serius , saya tak tipu .
Ok , kau keturunan dia ? Ustaz tak kesah . Ustaz punya keturunan lagi hebat . Nabi Adam kau kenal ? haha
ok , Siapa dia Tukku Paloh ni ?
Memang nama i/c dia Tokku Paloh Bin Tokku Tuan Besar ke ? oh tidak . Ini just nama gelaran sahaja .
Mana dia dapat gelaran Tukku Paloh ? dia dapat gelaran Tukku Paloh ni sebab di Paloh , beliau mempunyai kuasa penuh .
Nama sebenar Tukku Paloh ialah Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus .
Beliau dilahirkan pada tahyn 1817 Masihi atau 1236 Hijriah di Kampung Cabang Tiga , Kuala Terengganu .
Bernasab ke 32 sebelah bapa keluarga al-Idrus yang susur galurnya bertemu dengan Saidina Husin , cucu baginda Nabi Muhammad SAW .
Rupa parasnya , dia berjanggut tanpa berjambang . Tidak tinggi tapi berisi .
Pendidikan awalnya oleh bapaknya . Bapaknya mengajar anak - anak muridnya dan anak - anaknya termasuklah Sayid Abdul Rahman atau Tukku Paloh di Masjid yang didirikan di dalam Kampung Cabang Tiga .
Apabila beliau telah master dalam pelbagai ilmu ugama . Beliau pulang setelah 10 tahun menuntut ilmu di Makkah al-Mukarramah dan terus mengajar di masjid di kampungnya .
Dia ni ulama yang tersohor dan terkenal di Terengganu kerana berkecipung dalam arena pentadbiran dan politik di Terengganu .
Sememangnya , beliau berpengaruh kuat pada zaman Sultan Zainal Abidin III yakni sultan yang ke sebelas .
Kalau nak tahu , dia ni penasihat utama dan pertama sultan dalam pelbagai persoalan .
Bukan setakat tu , dia ni khalifah tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal dan memperluas syahadat Tukku yang disusun ayahnya Tukku Tuan Besar .
British ingin inginkan Terengganu . Maka , mereka berhadapan dengan Sultan .
Maka , sultan pun berkata ;
" Terengganu ini ada tuannya , maka , silalah berunding dengan tuannya "
Tukku Paloh lah tuan nya !
Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung diatas armada British terpaksa dibatalkan oleh British . Kapal Armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya ! wow !
ini merupakan salah satu karamah yang Adianugerahkan kepada Tukku Paloh .
British yang cuba menjajah tanah Terengganu sekitar awal abad ke20 atas alasan ingin memajukan Terengganu yang rata - rata 10 , ooo orang bekerja sebagai nelayan , tukang dan petani berhadapan dengan Tukku Paloh di rumah Tukku Paloh sendiri .
" Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami , saya menolak walau atas alasan apa sekalipun . Tetapi , kalau hendakkan tanah , silakan . Isilah ke dalam armada Tuan sebanyak mana pihak British mahu . Ambil-lah tanah ."
Pergh , British bila dengar ayat ni keluar dari mulut Tukku Paloh , diorang jadi bengang lah . Cepat - cepat diorang nak beredar tetapi dengan kuasa Allah kerusi tu melekat seketika dekat punggung diorang .
" Sudahlah tuan - tuan hendak ambil Tanah Terengganu , kerusi rumah saya pun tuan - tuan hendak ambil "
Diorang ( British ) ni pun " Aku bosan dengan katamu , aku rasa buang masa ." Eh silap .hehe
British pun pulang dengan perasaan berang dan takut akan kelebihan Tukku Paloh ni .
Tak berapa lama lepas tu , diorang datang lagi bawak geng ke persisiran pantai Kuala Terengganu . Tanpa memberitahu sebarang amaran diorang terus attack dengan cara melepaskan tembakan meriam dan senapang dan mengarah ke arah pantai dan ke udara .
Serangan yang bertujuan menggertak akhirnya mengorban seorang makhluk yang bernama kambing .
Kes ni Sultan Zainal Abidin serahkan kepada Tukku Paloh . Tukku Paloh bersama orang kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong , Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam dan pengikut - pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai dari pagi sampai malam .
Oleh sebab itu , British tak berani buat kacau lagi .
Mengikut laporan , angkatan perang British itu nampak " beribu - ribu pahlawan " Terengganu lengkap dengan senjata bersedia untuk melancarkan serangan balas .
Tokku Paloh berjuang menentang British habis-habisan . Beliau berpegang kepada firman Allah SWT bermaksud :
" Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba - hambaKu yang soleh ."
( Al-Anbia : 105 )
Beliau juga berpegang kepada falsafah :
" Perjuangan tidak kenal hidup atau mati "
Adik - Beradik Sayid Abdul Rahman :
* Sayid Zain - dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar yang memerintah dari 1839 sehingga 1875
* Sayid Ahmad - lebih dikenali sebagai Tuan Ngah Seberang Baroh .
* Sayid Mustaffa - Ulama' , ahli Majlis Mesyuarat Negeri . Salah seorang dari Empat pembesar yang pernah diwakilkan memengang tampuk pemerintahan negeri sewaktu Zainal Abidin III melawat Siam pada Ogos 1986 .
Pada 1 Zulhijjah 1336 Hijrah yakni pada tahun 1917 Masihi , beliau telah meninggal dunia pada usia 100 tahun .
Semasa hayatnya , Tukku Paloh meninggalkan 23 orang anak daripada lapan orang isteri . Semasa hayatnya , Tukku Paloh sentiasa berpoligami sebanyak empat orang , dan isterinya seramai 13 orang kesemuanya .
Wallahu'alam .