Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Apa pendapat Islam tentang gambar ni ?
Bagi saya yang hina dan dhoif ini , gambar ini seolah olah dan ianya sememangnya mempersendakan islam .
Orang yang buat gambar ni sepatutnya memohon kemaafan kepada umat islam kerana telah mempersenda agama islam .
Seandainya jika benar , lukisan ini adalah dari situasi sebenar ,
ada beberapa komentar yang saya ingin tampilkan .
Pertama ;
Of course sujud mereka tak sah sebab diselindung disebalik kain . Dahi bertutup , hidung pun ditutup jugak ? almaklumlah pakai topeng . Untunglah muka diorang hensem ~
Bila sujud tak sah , confirm solat pun tak sah .
Kedua ;
Pakaian yang keterlaluan , pakai seluar dalam kat luar ? sudah nama pun seluar dalam , pakainya kat dalam , apehe pakai kat luar pulak dah ?
Nak tanya , kalau kita pergi Haji pakai kain warna merah , orang lain warna putih , boleh tak ?
tak , sebab ianya akan menyebabkan fitnah berlaku . Boleh menyebabkan huru hara .
Pakai spender dalam solat . Cuba pikir apa yang akan timbul dalam minda orang yang bersolat disebelah , belakang , atau sekeliling ?
Khusu'kah solat mereka ?
Wallahu'alam . Minta penjelasan 'alim Ulama' tentang perkara ni .