Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ramai jugak yang nak tau , ada tak cara supaya kita tak diganggu oleh makhluq - makhluq yang agak halus dan comel ni . Jadi saya akan kongsikan sedikit lah . Apa yang terbatas di benak pikiran saya .
1 . Menyebut nama Allah ketika ditempat gelap , misalannya dibawah tangga atau lorong-lorong gelap . Lorong haji Taib tak da kena mengena . Kat situ banyak kekasih gelap bukan tempat gelap .
Katakan lah , masa kita rilek je meneran dalam tandas , tiba-tiba blackout . Jangan pulak kita sebut nama Allah dalam tandas .
Kena faham jugak , ada beza tandas dan bilik air .
Tandas ialah tempat dimana kita membuang sisa sisa kumbahan yang agak wangi baunya . huhu . Manakala bilik air , tempat untuk kita mandi . Kalau dalam bilik air tu mengaji la selama mana pun . Tak salah pun . Melainkan bilik air tu dah jadi bilik untuk menakung ''air pancut yang panas '' , maka tak boleh lah sebut nama Allah kat situ .
Begitu jugak situasi bilik air kita yang bercampur dengan tandas . Tak boleh sebut nama Allah kat situ secara lafaz . Kalau dalam hati , silakan .
Tanda-tanda jin pada diri kita ialah , tiba-tiba je bulu roma meremang naik . Jadi , ada sorang hamba Allah ni masa dalam tandas , tiba-tiba je bulu roma tengkuk dia meremang .
Maka , dengan cepat - cepat dia lafazkan , dia baca kalimah basmalah . Tiba-tiba dia teringat , tak boleh lafaz kalimah Allah dalam tandas , maka dia insaf dan dia pun ucap , astaghfirullahal 'azim . Lagi sekali ???
2 . Jangan menyakiti binatang tanpa sebab , misalannya anjing dan kucing . ( Khusus berwarna hitam )
Kadang-kadang kita ni tak pasal-pasal nak cekik binatang . Sebab apa nak cekik ? sebab diorang comel . Ye ke ? yeee ... macam baby baru lahir tu kan , kalau boleh nak cubit , tangan tu pusing sampai 360 darjah .
Macam tu jugak dengan saya , saya selalu dibuli disebabkan kecomelan saya . HUHU . ni gurau jea . Jangan marah ye . hehe
3 . Elakkan tidur sendirian , jikalau terpaksa , maka jagalah adab untuk tidur , seperti berwudhuk , berdoa dan sebagainya .
Sebab tu , kalau siapa yang single tu , kahwinlah . Kalau nak kahwin pulak , kena lah cari yang suci bersih keturunannya . Bukan maksud saya , cari yang hot muka takda jerawat .
Maksud saya , cari yang keturunannya , tak pernah ambil saka . atau jin .
Tapi sayang , kita tak .. dah lah memilih jodoh . Lepas tu , terpaksa tidur sengsorang . Nak tidur tu melompat pulak atas katil . Mentang-mentang lah tilam ori berspring . dia terjun atas tilam tu terbang sampai ke siling .
4 . Jangan " memancut " ditempat yang berlubang .
Memancut , apakah itu ? aiseh , buat -buat tanya pulak . yang tu-lah . yang apa lagi .
yang kadang-kadang warna lutsinar , kadang -kadang warna kuning .
Jin tu rileks tengah rehat-rehat dengan anak isteri , kita pi pancut "air panas'' kat tempat berlubang tu . tu habitat dia . Mana lah dia tak hangin semacam . Korang bayangkan lah , dah la kena air panas , hancing pulak tu .
Selalu yang buat macam ni orang lelaki lah . Kalau nak kau ''punya'' bengkak dan tak boleh bersama Isteri , silakan lah buat .
Orang melayu kita , masa nak kencing kat hutan atau tepi jalan raya ( eii , tepi jalan raya pun boleh jadike ??? tak malu ! ) , ada satu ayat yang diungkapkan :
" Datuk , anak cucu tempat kencingggg "
Kalau jin tu bercakap , dia akan balas ,
" Bila masa pulak aku berkahwin dengan nenek kau ? "
Kaedah dah betul , tapi doanya salah . Aiseh ,
ni doa dia , amalkan InsyaAllah .
" Salam sejahtera kepada #Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
( Surah as-Saffat ayat 79 )
# atau boleh juga dibaca , ditukarkan dengan nama nabi Sulaiman .
5 . Jangan membunuh ular sewenang wenangnya .
Firaun yang kejam tu pun , bila tangkap Masyitah , ada bicara mahkamah . Kita terus kasi ''lenjun'' ular tu . Silap haribulan , kita yang k.o dulu . Sebab kita kena faham , ada 3 golongan jin :
- jin yang terbang .
- jin yang jenis tak bergerak , dia duduk je kat satu tempat , atau penunggu dan jin yang berpindah randah
- jin yang jenis menyamar menjadi binatang seperti anjing dan ular .
Tanyalah dulu ;
" Kau ni ular ke jin , kalau kau jin , baik kau pergi . Kalau tak , aku bunuh ! "
Kalau kata tak suka cakap dalam bahasa Melayu , cakap dalam bahasa omputih ,
" Are you snake or ginie ? if you ginie , better you go out . If you dont want , i kill you ! "
Kalau rasa-rasa english education korang lemah , apa masalahnya cakap bahasa arob ?
" Hal anta thu'banun aw jin ? "
Sebab ada hadith dari Nabi Muhammad SAW ;
daripada Abi Said al-Khudri , beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ;
" Sesungguhnya di Madinah terdapat segolongan jin yang telah memeluk islam . Oleh itu , sesiapa yang melihat ular di dalam rumahnya , halaulah ia keluar sebanyak tiga kali . Jika ia tetap berdegil , bunuhlah kerana dia adalah syaitan . "
( Hadith Riwayat Muslim : 2236 )
Al-Nawawi R.H berkata ;
" Maksud hadith itu ialah , sekiranya ia tidak mahu pergi setelah diperintahkan keluar , sebenarnya ia bukan jin penunggu rumah yang menyerupai ular dan bukan pula jin yang telah memeluk islam . Oleh itu , tidak mengapa kamu membunuhnya dan Allah tidak akan mendatangkan sebarang bahaya ke atas kamu . Berbeza dengan jin penunggu rumah yang menyerupai ular dan jin yang telah memeluk islam . "
( Rujuk Syarah Muslim , jilid 14 ms 236 )
6 . Memakai minyak wangi .
Ini , khas untuk lelaki .
Habis , orang perempuan tak boleh pakai minyak wangi ke ?
Boleh , tapi bukan dengan melampau-lampau sehingga boleh menyebabkan , lelaki pun terbau minyak wangi tu .
'' tapi badan saya semerbak berbau kuat . "
Hilangkan bau tu , bukan sembunyikan bau tu dengan minyak wangi . Ada faham ?
Jin kafir sememangnya tak menyukai bau yang wangi .
Habis , tetiba kalau ada bau kapur barus ? Wallahu'alam , saya tak berani nak cakap siapa tu . Tapi jin memang tak suka bau wangi seperti kasturi .
7 . Menutup aurat bagi kaum perempuan .
Orang perempuan ni kalau tak tutup aurat , bukan sahaja dapat perhatian daripada seorang lelaki . Bahkan dapat perhatian daripada ''seekor lelaki '' .
Hati-hati wahai yang tak suka menutup aurat !!!
Wallahu'alam .