Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Siapakah orang yang bertaqwa ?
Yang boleh terbang je ke ? maknanya , si Superman tu bertaqwa ?
Siapakah orang yang bertaqwa ? Yang mintak apa saja dikabulkan doanya ? macam si "Mi" dalam filem Laksamana Doremi ?
Maka , harini , saya nak berkongsi sedikit berkenaan ciri-ciri orang yang bertaqwa .
Berdasarkan dalil dari surah al-Baqarah ayat 2-5 .
Rata - rata semua umat islam hafaz ayat ni . Tetapi berapa ramai yang mentadabbur maksud ayat ni ?
" Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; "
1 . Menjadikan al-quran sebagai petunjuk orang yang bertaqwa ;
Taqwa ertinya memelihara atau melindungkan diri dari sesuatu yang ditakuti atau yang dibimbangkan . Kalau taqwa kepada Allah ?
Taqwa kepada Allah ialah memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada seksa , azab , dan kemurkaan Allah dengan menjadikan undang - undang Allah , sebagai pentadbiran dan menjalankan hukum-hukum Allah .
Nampak tak ? orang yang bertaqwa itu , dia nak jalankan undang-undang Allah walaupun tak logik dimata akal manusia.
Ayat ketiga pulak , ada 3 ciri Allah ceritakan tentang perihal orang yang beriman ,
2 . Beriman kepada perkara-perkara ghaib .
Apa benda perkara-perkara ghaib ni ?
benda - benda atau perkara-perkara yang ghaib ni ialah benda - benda yang kita tak nampak dengan mata kasar kita .
Kalau kita perhatikan , rukun iman kita tu hampir semua perkara ghaib . Beriman dengan Kitab-kitab ( Al-quran ) je bukan perkara ghaib .
Sebab tu , Allah turunkan ayat ni ,
walaupun kita tak pernah nampak Allah , kita tak pernah nampak nabi Muhammad , tak pernah nampak Malaikat , tak pernah nampak benda -benda ghaib ni , kita wajib percaya kerana ia ada dalil nas dari al-quran dan al-hadith .
3 . Mengerjakan Solat ;
Kalau mengaku wali sekalipun , dekat dengan Allah tetapi kat rumah , surau atau masjid , langsung tak solat , tak kena tu .
4 . Bersedekah atau Membelanjakan harta ke jalan Allah ;
Sedekah tu bahasa arab , bahasa melayu , kita panggil derma .
Kalau kita lihat , Umar al-Khattab sentiasa berlumba , race dengan apa yang dilakukan Abu Bakar as-Siddiq . Umar sedekah sebahagian hartanya , tetapi Abu Bakr , beliau hanya tinggal Allah dan Rasul setelah bersedekah .
Kita tak boleh buat macam tu , tak sama iman kita dengan beliau .
Yang paling penting , bersedekah , sedikit ke banyak ke . Terpulanglah .
Saya teringat satu hadith , " barangsiapa yang mengajak kawannya berjudi , maka hendaklah dia bersedekah . "
Baik tak baik bersedekah ? baik la . Menghapuskan dosa . InshaAllah .
5 . Yaqin dengan kitab - kitab dan al-quran ;
Pertamanya , kita wajib menjalankan pentadbiran , hukum-hukum Allah yang termaktub dalam al-quran dan as-sunnah .
Bagaimana pula kalau kitab Injil kalau kita terjumpa Injil yang ori ?
Tidak , kerana ajaran Injil atau bible hanya sesuai digunakan pada zaman itu sahaja .
Kita tidak wajib mengikuti ajaran kitab kitab ,tersebut tetapi wajib mempercayai itu adalah kitab -kitab Allah .
6 . Yaqin dengan hari akhirat ;
Kita semasa di alam roh , mengaku bahawa Allah sebagai tuhan supaya Allah tak mengecop hati kita sebagai orang -orang yang lalai dihari hari akhirat kelak . Persoalannya , adakah janji itu berkekalan didalam hati ?
Kita berada pada ayat yang terakhir ingin dibincangkan . Ayat kelima ada dua lagi ciri orang - orang yang bertaqwa ;
7 . Tetap mendapat hidayah ;
Iman kita bukan seperti iman nabi , bila iman menaik , ia akan terus menaik dan tidak akan menurun sebab para nabi , para rasul , mereka ni maksum .
Makcik makcik yang namanya Mak Som pun belum tentu maksum .
Kita ? iman kita berbeza , sekejap tinggi , sekejap rendah .
Bila pergi motivasi , iman naik sampai meletup termometer .
Bila habis motivasi , menurun balik .
8 . Orang yang berjaya ;
Berjaya dari segi apa ?
Berjaya dari segi akhirat lah .
Orang yang berjaya ni , sebenarnya dia ialah orang yang ikhlas dalam berilmu , beramal , dan menyebarkan ilmu ugama .
Paling penting , dia ialah orang yang berakhlaq .
Sesiapa yang berjaya mendapat akhirat , InsyaAllah , dunia pun menyertainya .
Perasan atau tidak , Allah menjelaskan dalam ayat ketiga tadi , Allah suruh dirikan solat . Bila tiba ayat kelima , baru berjaya . Nampak tak ?
Even dalam azan sekalipun , kalimat Hayya alas solah didahulukan sebelum kalimat Hayya alal Falah ..
Wallahu'alam