Showing posts with label Penghinaan terhadap Islam. Show all posts
Showing posts with label Penghinaan terhadap Islam. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Superhero Solat . OMG !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Apa pendapat Islam tentang gambar ni ?


Bagi saya yang hina dan dhoif ini , gambar ini seolah olah dan ianya sememangnya mempersendakan islam .

Orang yang buat gambar ni sepatutnya memohon kemaafan kepada umat islam kerana telah mempersenda agama islam .

Seandainya jika benar , lukisan ini adalah dari situasi sebenar ,

ada beberapa komentar yang saya ingin tampilkan .

Pertama ;

Of course sujud mereka tak sah sebab diselindung disebalik kain . Dahi bertutup , hidung pun ditutup jugak ? almaklumlah pakai topeng . Untunglah muka diorang hensem ~

Bila sujud tak sah , confirm solat pun tak sah .

Kedua ;

Pakaian yang keterlaluan , pakai seluar dalam kat luar ? sudah nama pun seluar dalam , pakainya kat dalam , apehe pakai kat luar pulak dah ?

Nak tanya , kalau kita pergi Haji pakai kain warna merah , orang lain warna putih , boleh tak ?

tak , sebab ianya akan menyebabkan fitnah berlaku . Boleh menyebabkan huru hara .

Pakai spender dalam solat . Cuba pikir apa yang akan timbul dalam minda orang yang bersolat disebelah , belakang , atau sekeliling ?

Khusu'kah solat mereka ?


Wallahu'alam . Minta penjelasan 'alim Ulama' tentang perkara ni .

Monday, August 23, 2010

Aduh, Umat Islam ditipu lagi ?



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Anda ingat peristiwa Jinn dalam gua Hira' ?






atau lebih tepat lagi ...

eh , silap ..ni Green Goblin cerita Spiderman .hehe


Mempersembahkan ...jeng jeng jeng...





Jika umat Islam sebelum ini tertipu dengan Jinn di Gua Hira' ..kali ni apa pula ?



Baru baru ni tersebar video yang sangat sangat sangat bijak ... "ANGEL 2008" ..macam best ..best pun tak setanding dengan cerita Upin dan Ipin .hehe...


Dalam Video tersebut TERRRlihat satu cahaya bewarna putih di atas Kaabah .wow ?


Bersepah sepah video ni dalam FB atau blogger ..kat Youtube tak payah cerita lah..dah pelbagai username dah yang post video ni ...


Sesetengah orang menyatakan ianya hanya refleksi semata mata ...
Terpulang pada iman masing masing , cahaya apakah itu? , ...


Bagi saya ...tak mustahil malaikat turun ke bumi ..sebab ..dah memang tugas mereka untuk turun pada malam lailatul qadr diketuai oleh Jibrail A.s


tetapi untuk kita nampak mereka ...mati hidup balik mati hidup balik mati hidup balik sebanyak bulu kambing biri biri nescaya sukar untuk kita melihat malaikat ..dalam video ni pulak ...sangat hebat .. gambar cahaya sportlight , dia kata Malaikat.haha





korang nak tau tak ..kan ada gambar ..malaikat landing atas Kaabah tu kan .. itu sememangnya hoax semata mata ..kalau orang kita panggil '' kecik kecik menyusahkan orang " haha..


Sebab apa aku video tu penipu ?


pertama ; cahaya yang terbang dilangit boleh kita buat sendiri ...acukan kamera kearah lampu ( yang menyala ) dan akan nampak sinaran ...sinaran itulah cahaya yang digunakan dalam kamera ni ...


kedua ; paling kukuh ... bukti ni yang menafikan Malaikat diatas Kaabah hanyalah photoshop semata - mata ..

sila lihat gambar kaabah dibawah dan bandingkan dengan Kaabah dalam video ...





kenapa saat Malaikat diatas Kaabah gambar dalam video dipausekan ? sedangkan saat itulah yang kita tunggu tunggu ...nak tengok "malaikat" bergerak.... Aku tengok dah macam " Malaikat " tengah baring ...aik ? malaikat penat ke ?haha...


satu lagi , kenapa dalam video , Kaabah tu tiada langsung kain putih dekat keliling ..tapi bila zoom je gambar "Malaikat" atas Kaabah , tiba tiba je ada ..erm..menarik sangat sangat ...

Dunia sekarang sangat maju ..sampai umat Islam mundur dalam kemajuan umat lain ..

Kawan - kawan , mari perbanyakkan doa qunut nazilah , bagi kesedaran mereka yang mengenakan umat Islam sedemikian rupa ...


Wallhualam bissowab ...

Wednesday, January 27, 2010

Penghinaan Islam didalam permainan Video


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


'Video Game' atau dalam Bahasa Melayu 'Permainan Video' makin mejadi kegilaan ramai kanak kanak dan remaja terutamanya permainan video PC, PS2 dan PS3,XBox dan bermacam macam lagi.Tapi tahukah anda ada terdapat permainan video yang secara secara terang-terangan menghina Islam??

Sebenarnya Game ni dah lama , cuma apa yang saya jumpa menerusi perbualan orang di laman web yang lain hanyalah gambar , kemungkinan gambar boleh di edit. Jadi saya kaji , dan telah terjumpa video di Youtube.Ternyata memang benar Game ni menghina Islam !!!

Berhati-hati dengan permainan2 ini!!! Benarlah firman Allah:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
( Suratul Baqarah : ayat 120 )





satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg
menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan
pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu
hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu

ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini
permulaannya...

" wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
[dalam bahasa inggeris]

dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya... klau tak
silap kitab bible... pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat
kemusnahan yg tercatit didalam bible...

Tujuh ayat kemusnahan dlm Bible:
1) Wrath ( Murka )
2) Sloth ( Kemalasan )
3) Lust ( Nafsu )
4) Gluttony ( Kerakusan )
5) Greed ( Ketamakan )
6) Pride ( Kebanggaan )
7) Envy ( Iri Hati )

Gambar pintu Kaabah yang sebenar dan bandingkan gambarnya di dalam permainan ini...


Perhatikan gamba dibawah ini

Pintu Kaabah:






Helah Penghinaan:












sumber : Petikan Buku




Bukti:


Devil May Cry 3 : Penghinaan Pintu Kaaba

Keterangan;
Video ini adalah benar dan disiasat sendiri oleh saya ( penulis blog surau ) untuk mengetahui benarkah permainan ini ada menghina Rumah Suci Allah .Ternyata benarlah pernyataan yang saya baca di http://petikanbuku.blogspot.com/ .

Berikut adalah Comment saya dengan Si Upload di Youtube.com ;


Narupan18 (saya) :

they open kaaba door?
Kaaba is holy
Allah will push them to Hell in the Last Day
I am Muslimes...

Terjemahan Narupan18 :

Mereka buka Pintu Kaaba?
Kaaba ini suci
Allah akan mencampakkan Mereka(yang mencipta permainan ini) ke dalam Neraka pada Hari Terakhir (kebangkitan)
Aku adalah Beragama Islam


rocketboy2011
(si Upload):

Its a flippin game retard.
allah aint guna do shit.


Terjemahan Rocketboy2011 :

Ini merupakan permainan ciptaan Filipina yang terbantut.
Allah tidak akan menggunakan kesialan.



Kawan kawan saya ada yang dah main game ni ( masa tak tahu game ni hina Islam ) ...

1 . Aku akui pernah main game ni tetapi aku tidak sampai ke tahap ni...
Subhanallah aku hampir terlalu taksub dengan game ni.
- Hamba Allah


Wallahualam


P/ S : Aku memang tak pernah main game ni...sebab time game ni keluar aku takde pon konsol Ps 2 / xbox...haha