Wednesday, July 20, 2011
Meletakkan Akhirat didalam hati .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kisah Abdullah bin Makthum , telah menyebabkan nabi ditegur . Namun , nabi bila nampak Abdullah , nabi tersenyum manis ,
" Selamat bertemu , dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku . "
Tengok , ada nabi marah ? hebat betul akhlaq nabi . Sebab apa ? sebab , akhirat berada dalam hati , bukan berada dihujung jari .
Pakar Motivasi mana pun , confirm ada masalah keluarga , Nabi Muhammad pun ada masalah keluarga. nabi Muhammad lagi Pakar dari mana - mana motivasi .
Rasulullah ada masalah dengan isterinya , Aishah , Abu Bakr kebetulan dengar minta terus minta izin daripada Rasulullah nak penampar anaknya .
" Rileks Bro , biar aku yang uruskan ."
Tengok - tengok , Aishah sempat begurau dengan nabi .
Nak ceritanya , memang mukmin tu bermasalah lah . dia tak da berda'wah dalam keadaan senang lenang .
" Dunia itu penjara buat umat islam . "
Bukankah penjara penuh peraturan ?
Kita tengok , Umar masa dia jadi khalifah , nak berkhutbah ni , tapi dia datang lambat . Sohabat tanya kenapa dia datang lambat ?
Umar menyatakan dia hanya ada satu jubah je ! jubah dia tadi basuh . tu yang lambat .
Itupun jubahnya ada 13 tompok jahitan .
Berbeza dengan Uthman pulak , Uthman ada banyak jubah .
Abu Zar al-Ghifari bertanyakan hal mengapa Uthman begitu banyak jubah , Abu Zar lebih gemar terhadap tampuk pemerintahan dan kesederhanaan yang dibawa Umar al-Khattab .
Maka Uthman menjawab , '' aku nak menjaga penampilan . "
Salman al-farisi , dia punya hati dia memang full akhirat . Sampai saat dia meninggal dunia , dia hanya meninggalkan 7 dirham . ( sikit tuuu ) , itupun Salman kata , dia telah melanggar sunnah nabi SAW . ye lah , nabi kan wafat tak meninggalkan harta .
Zaid bin Harithah seorang hamba , tetapi nabi lantik dia jadi ketua kepada 3 ribu orang islam bersama Jaa'far bin Abi Talib , dan Abdullah ibn Rawahah al-Ansari . Walhal , ramai lagi bangsawan , dalam tentera . Sebab apa ?
sebab , nabi nak buang sikap kebendaan , dan muatkan akhirat dalam hati tentera .
Usamah bin Zaid bin Harithah ( anak Zaid bin Harithah ) , berumur 18 tahun , anak kepada seorang hamba . Sohabat nabi yang lain bantah perlantikan dia sebagai panglima perang , sebab ada banyak lagi orang yang hebat .
" Kalau kamu bantah dia , kamu membantah perlantikan ayahnya , "
Nabi memilih Usamah untuk mendidik jiwa orang islam dengan cara mematahkan tembok keduniaan , nabi pilih Usamah bukan kerana umur muda , pangkat atau sebagainya tetapi kerana Taqwa !
Julaibib , nak kahwin pun nabi rekomenkan , bakal bapak mentua tak setuju pada awalnya . tetapi anak dara nya berkata .
" kan Rasulullah yang rekomenkan . "
Anak dara ni tak pandang dunia , tapi dia pandang pada taqwa . Walhal , Julaibib seorang hamba !
Abdullah bin Mas'ud atau lebih dikenali sebagai Ibnu Mas'ud , nabi minta sukarela dari sohabat untuk baca al-quran di hadapan Ka'bah , semua macam cuak . Ibnu Mas'ud suka rela untuk baca al-quran depan Ka'bah . Ka'bah masa tu dikawal ketat oleh Quraisy .
Bila Ibn Mas'ud baca je al-quran , dia disepak oleh orang Quraisy sehingga berdarah telinganya . Teruk tu ! Sakit woo ~ Sampai naik biru muka Ibn Mas'ud .
'' Siapa nak baca buat kali kedua ? " tanya nabi sambil merawat luka Ibn Mas'ud .
Semua naik cuak tengok Ibn Mas'ud macam tu .
" Kalau diorang tak nak , biar aku yang pergi . "
Fuyoo , hebat tu iman beliau .
Abdullah bin Mas'ud ni dia keding tau . Apabila dia dihina kerana keding . Nabi bersabda ;
" Iman dia keras lagi dari bukit Uhud . "
Weyh , nak cakap la , batu dekat bukit uhud tu .. keras ! Inikan pulak bukit ... "
Berbalik kepada kisah Umar al-Khattab ,
Umar adalah orang pertama yang membuat pasukan polis . Umar suruh general cari orang yang paling bertaqwa untuk jadi polis .
Syarat pertama untuk jadi polis ialah paling bertaqwa . Nampak tak , akhirat dijaga insyaAllah Allah akan jaga kita .
Seorang Syeikh , bernama Rajab , orang Syria , berkulit putih , lawa beb . Lepak rehat jap berdekatan dengan Ka'bah , tetiba nampak orang hitam tawaf di Baitullah al-Haram .
" Hitamnya . " Syeikh Rejab berbisik dalam hati ( Syeikh Rajab ni kan putih )
Tiba- tiba datang seorang lelaki berkulit hitam duduk sebelah Syeikh Rejab ,
" Syeikh , apa warna Ka'bah ? "
"Hitam," jawab Syeikh Rejab .
" Warna lantai ? "
" putih , " jawab Syeikh Rajab .
" Syeikh , jadi putih pun tak guna kalau kena pijak . "
Syeikh tu kemudian pandang kiri dan kanan dah tak ada orang !
Kita ambil pula kisah Abu Zar al-Ghifari , Abu Zar al-Ghifari ni satu hari dia tersasul mengatakan kepada Bilal R.A ;
" Wahai anak hitam . "
Nabi yang dengar pun bersabda ;
" Semuanya kurang belaka , tiada kelebihan bagi anak mak putih dengan anak mak hitam . "
Abu Zar lantas bersujud dan bersumpah tak nak bangun sehingga dipijak oleh Bilal R.A .
Islam mementingkan akhirat disamping mengambil dunia . Dunia ibarat alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT .
Saya sudahi artikel kali ini dengan satu persoalan ;
" Mengapa Islam mula - mula turun kat Makkah ? Kenapa tak turun kat Shah Alam atau Kelantan ? Mengapa di Makkah ? "
Orang quraisy ada sifat yang tak ada pada orang lain .
Iaitu dalam masalah duit , orang Quraisy tak akan berkira , tetapi diorang pentingkan pangkat . <---- Pulak dah .
Satu lagi sikap mulia orang quraisy ni , diorang suka layan tetamu . Diorang sanggup sembelih unta yang diaorang pakai untuk keluar bekerja sebab dah takda benda lain untuk dimakan .
Hatim at-Toie , hidup sebelum nabi lahir , suka memberi makan percuma kepada orang musafir . Dia sembelih seminggu , seekor unta . Sanggup cacakkan khemah pada padang pasir , dah habis si musafir makan , isteri Hatim tolong basuhkan .
Ketika berlaku peperangan , anak Hatim at-Toie ni ditangkap , nabi suruh lepaskan anak Hatim at-Toie ni kerana nabi sangat malu dengan sikap pemurah Hatim at-Toie .
Kesudahannya , Islam kalau nak berjaya , kalau nak naik mesti dengan sikap pentingkan orang lain .
Kalau kita lihat Ikramah anak Abu Jahal yang juga sepupu nabi SAW ketika cedera parah dan kehausan dalam peperangan Yarmouk bersama Haris bin Hisyam , dan Suhail bin Amar .
Khalid al-Walid memberikan satu satunya bekalan air kepada Ikramah , Ikramah melihat Suhail kehausan dan beri air kepada Suhail , Suhail lihat Haris kehausan dan beri kepada Haris . Haris pulak suruh beri kepada sohabat yang lain .
Sehingga diorang semua syahid tanpa meminum air !
Wallahu'alam .
Label:
Sohabat
Dunia dihujung jari
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Dunia , dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah menyusur tangga ke angkasa . fu yehh . eh apsal ternyanyi lagu haram dadah ni ?
dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah nak melupakan dia , ibarat budak yang diberi aiskrim .
Aiskrim tu memudaratkan , buat kanak-kanak jadi batuk batuk . Kalau kita ambil aiskrim dari budak tu , pasti diorang nangis . Kalau dibiarkan , memudaratkan diorang . Dunia juga begitu !
Paderi Kristian , sebahagian dah tahu Islam tu agama yang benar , bahkan Injil juga membenarkan , tetapi sebab diorang dah biasa dengan hadiah , sebab tu diorang melambatkan diri bahkan tidak mahu menerima islam . Hanya kerana benda !
Bagaimana mahu menghapuskan sifat suka kan benda ?
Kita ada sebuah anak patung , masa kecik kita begitu sayang dengan anak patung tu , bawak pergi zoo , pergi taman ... , tiba masa kita dah besar , kita nak pergi kolej , perlu ke kita anak patung ? silap-silap , ada yang buat tak endah je dengan anak patung tu ( macam cerita Toy Story 3 jeh . haha )
Apa masej disebalik kisah ni ?
Ilmu ! ilmu itu menyebabkan berusaha memasukkan iman dalam dada kita insyaAllah ianya membantu kita meninggalkan dunia secara automatik .
Zaid bin Harithah , isterinya , Zainah binti Jahasy seorang wanita yang kaya . Sedangkan Zaid seorang hamba . Isterinya dok merendah rendahkan Zaid . Memang tabiat orang arab , diorang memandang kepada kebendaan .
Yusuf Estes yang lahir di MidWest juga seorang yang kuat kepada agama Kristian , diberi tanggungjawab oleh bapa untuk bisnes bapanya di Amerika .
Masa Yusuf Estes menguruskan syarikat ayahnya , ada seorang pekerjanya bernama Muhammad yang bekerja sebagai Akauntan .
Muhammad ni time masuk je waktu solat , dia terus solat . Yusuf Estes ni dia memang benci kan islam , anti islam tetapi dengan Muhammad , dia suka . Muhammad ni jaga solat , kerja dia pun tertib dan kemas .
Satu hari kawan Muhammad nak pindah rumah , Muhammad pun kena pindah sekali la sebab tak mampu bayar sewa . Kiranya , Muhammad kena berhenti kerja lah .
So , Yusuf Estes ni punyalah sayang kat Muhammad , dia suruh Muhammad tumpang rumah dia disamping mempunyai agenda yang tersembunyi .
Yusuf Estes ni dia ajak seorang paderi , untuk temankan Muhammad untuk mermutadkan Muhammad .
Muhammad ni seorang yang rajin pergi solat di masjid time subuh , so paderi tu macam berminat nak ikut Muhammad pi masjid . dia pun pi ikut Muhammad .
Lepas je tengok Muhammad solat di masjid , paderi nak masuk islam , maka Imam di masjid tersebut pakaikan jubah dan serban pada paderi tersebut .
Bila paderi dan Muhammad balik rumah , Yusuf Estes terkejut lah , orang suruh Paderi murtadkan orang , dia pulak yang ''murtad'' .
Maka subuh tu jugak Yusuf Islam tergerak hati pergi bersujud dibelakang rumah . Dia mengadu kepada tuhan ,
" ya Tuhan , jika engkau wujud , berikanlah aku panduan . "
Lepas sujud , dia naik mandi bersihkan diri apa semua , pukul 11 pagi dia masuk islam bersaksikan Pete si bekas Paderi dan Muhammad .
Jadinya , nak perjuangkan iman ni bukan mudah , kena bersihkan hati dengan quran , dengan ilmu , dengan zikir , dengan mengingati mati .
Kena yakin dengan perjuangan dan da'wah yang cuba disampaikan .
Kalau kita bukak al-quran surah an-Nisa' ayat 97 , kisah ni memuatkan pasal sohabat nabi yang mengambil dunia . DIorang tak sahut panggilan hijrah .
Segelintir kecil tak nak berhijrah , alasan susah nak cari rezqi kat tempat baru .
Dalam peperangan badar , Abu Jahal paksa diorang ni jadi tentera . Akhirnya dibunuh dalam peperangan . Malaikat terkejut , " eh , ni bukan orang islam ke , apehe pi tolong Abu jahal , orang Kafir ? "
Maka balasan diorang ialah Neraka Jahanam ..
Tahniah !!! .

Subscribe to:
Posts (Atom)