Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , kalau kita dah bertaubat sesetengah dosa ni , boleh ke kita buat dosa - dosa yang lain ?
Uish , boleh . Siapa kata tak boleh ?
Boleh sangat lah kalau kau dah ghairah sangat nak masuk neraka .
Sekarang , saya tanya engkau dan saya tanya pada diri saya sendiri .
Adakah kita termasuk orang yang beriman ?
Kita lihat apa firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 133
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
kita ni manusia , bukan malaikat . Selagi nama manusia pasti buat silap .
Kita lihat misalnya , sohabat nabi yang paling mulia , Abu Bakr as-Siddiq ,
Abu Bakar suatu ketika membincangkan perkara ilmu dengan satu sohabat yang lain. Nak jadi cerita , berbincang punya berbincang , tak sealiran jawaban mereka berdua . Abu Bakar kata ni , sohabat kata tu . Last - Last , Abu Bakar ter-Tinggikan suara dia .
Abu Bakar kata , '' kau tengking aku balik " dengan nada paksa .
Sohabat kata '' tak mahu . '
Abu Bakar jadi takut , '' aku tengking kau , kau tengking aku balik , "
'' tak mahu ''
" Kalau kau tak mahu tengking aku balik , maka , aku akan jumpa Rasulullah S.A.W "
Bila Abu Bakar jumpa Rasulullah , mengadu kisah yang berlaku .
" Aku takut , aku takut aku akan didakwa di mahkamah Allah kerana aku telah menengking hambaNya " menangis Abu Bakar teresak - esak .
Rasulullah bertanya kepada sohabat ,
" kenapa kau tak mahu tengking Abu Bakar ? "
" Aku amat menyayangi Abu Bakar , mana mungkin aku akan tengking dia . "
" sohabatku , kalau begitu , cukuplah kau berkata kepada Abu Bakar , ''wahai Abu Bakar , aku sudah ampunkan kau "
Kisah yang saya sampaikan ni membuktikan , wali Allah yang teragung iaitu Abu Bakar hanyalah manusia biasa yang taubatnya luar biasa .
Manusia dalam bahasa arab ialah an-nas , singkatan daripada an-nasiah yang bermaksud pelupa .
Bukan melayu je mudah lupa tetapi seluruh manusia mudah lupa . Kalau tuan - tuan nak tau , tupai pun mudah lupa jugak , dia selalu lupa buah oak yang dia sembunyikan .
Tetapi itu tupai , kita bukan tupai , kita manusia .
kita lupa apa ? kita lupa untuk mengingati Allah .
kita lupa apa ? kita lupa untuk amal ma'ruf nahi mungkar .
kita lupa apa ? kita lupa untuk bertaubat .
Berbalik kepada topik soalan ,
kita kena faham betul - betul konsep sebenar taubat ni .
Kita kena faham bahawa taubat dari dosa hukumnya wajib .
Kita kalau nak bertaubat ;
1 . Sesal segala dosa yang dibuat .
Kalau sesal satu dosa je tu bukan taubat tu tahu buat .
2 . Tinggalkan segala maksiat .
3 . Berazam dengan ikhlas tak mengulangi dosa .
sebab apa saya kata berazam dengan ikhlas ?
sebab , ada yang bertaubat kononnya untuk memikat anak dara sebelah rumah .
Kalau bertaubat macam ni , confirm tak lama istiqamah baiknya .
4 . Kalau kita berdosa meninggalkan amalan yang fardhu , kita ganti balik amalan fardhu tu semampunya , ikut kemampuan kita .
tu kalau berdosa dengan Allah , kalau berdosa sesama manusia , apa mau buat ?
first , kita kena bayar ganti rugi barang yang kita ada pinjam kat orang tu .
walaupun barang tu memang dah nak arwah time kita pinjam tetapi bila lepas je kita pinjam tinggal ''tanam'' je .
Kedua , kalau memohon maaf dapat menyelesaikan masalah , pohonlah kemaafan .
Tapi , kalau kita bagitau dia yang kita ada umpat dia akan bertambah lagi masalah , maka elakkanlah .
Wallahu'alam bissawab .