Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Puasa Enam


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Saya nak puasa enam Ustaz , tapi ... saya belum qada' lagi puasa wajib saya . Guano Ustaz ?


Tak kiralah , anda ni musafir ke , atau haidh ke waktu bulan Ramadan , wajib qada' puasa . Ada banyak pandangan para Ulama tentang hal ni , mana satu nak buat ??? moh le kita check .

1 . Qadha' dahulu baru tunaikan yang sunat .

Maksudnya apa ? maksudnya , kita utamakan hutang kita yang lebih besar kerana ia lebih penting .

2 . Puasa enam dulu kemudian Qadha ,

Ada dalam satu riwayat menyatakan isteri - isteri Rasulullah menggantikan puasanya pada bulan syaaban tahun hadapan . Menunjukkan disini , keutamaan menggantikan puasa , luas , bila - bila je boleh puasa . Sedangkan puasa sunat enam , hanya pada waktu syawal .

Saya cakap memang senang , sebab saya bukan perempuan , saya lelaki . Orang perempuan ni ada hari-hari Allah bagi cuti a.k.a ABC . Jadi , perempuan ABC ni diaorang nak puasa jugak . Tapi kalau puasa enam lepastu , terus nak direct dengan puasa qadha' . Tak larat !

3 . Puasa Qadha , diniatkan sekali dengan puasa sunat ,

Korang mesti tak pernah dengar kan perkara ni ? atau rasa was-was ?

Ada ibadah yang perlu dilakukan dengan dalil yang jelas . dan Ada juga ibadah yang dilakukan berdasarkan qiyas dan ijtihad . Justeru , perkara ni diharuskan berdasarkan qiyas keatas solat terawih . Boleh dirujuk dalam bab al-Umur Bimaqasidiha , kitab al-Ashbah wa al-Nazair karangan Imam al-Sayuti .

Perkara ini juga telah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Syeikh Abdul Karim Zaidan dalam bukunya al-Mufassal fi-ahkam al-Marah . Beliau berpendapat , HARUS mengumpulkan niat fardhu dengan sunat .

Dalam buku Fatwa Majmak Fiqah Kuwaytiyyah , Himpunan Fatwa Ulama' Antarabangsa , juga telah membincangkan perkara ini . Mereka mengharuskan perkara ni . Namun , mereka bersepakat menyatakan perkara ini termasuk dalam hal khilafiyah yang menjadi perselisihan .

Ulama mengharuskan 2 dalam 1 niat beribadah tetapi bukan dengan wajib dengan wajib . Maksudnya , kita puasa qadha' disekalikan niat berpuasa nazar wajib . Maka , tak boleh macam tu .

4 . Puasa Qadha' dalam bulan Syawal , dapat pahala enam sekali .

Ada juga pandangan sebegini , maknanya , katakankanlah perempuan yang haidh ni dia kena ganti sebanyak 15 hari , sebanyak lima belas hari tu dia ganti dalam bulan syawal , dia sanggup tak pergi sale kat kompleks , dia sanggup tak pi open house rumah kawan-kawan dia . InsyaAllah , ada pahala sunat enam tu .

Ha , saya baru teringat , ada satu lagi pendapat , iaitu , puasa qadha je tak yah puasa sunat . HUHU . gurau jeh . Nak puasa , puasa je , tak yah nak kata orang ni tak betul , orang tu tak betul .
Cumanya , menurut pandangan Ustaz Gunawan Che Abdul Aziz , Ustaz Mohd Izhar Ariff dan lain- lain, pandangan terhadap nombor satu tu dah kira molek lah . Saya pun berpandangan sebegitu . Kita lari daripada khilaf .

Syeikh Ibnu Uthaimin R.A menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa hari Arafah atau Asyura , tetapi masih berhutang puasa Ramadan , maka puasanya sah . Tetapi , jika dia berniat untuk puasa ganti , maka ada 2 pahala . Satu pahala sunat dan kedua , pahala ganti puasa . Tetapi berbeza dengan puasa enam .

Bukan kah ada hadith nabi :

" Sesiapa yang berpuasa ramadan , disusuli dengan puasa enam hari syawal , seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun . "

( HR Muslim 1984 )

Syeikh Ibn Uthaimin menyatakan , sesiapa yang tak habis ( ganti ) puasa ramadan , maka dia tidak dikira sebagai berpuasa ramadan . ( Fatawa al-Siyam m/s 438 )

Wallahu'alam .

Tapi bila dah habis puasa enam , jangan lah puasa enam lagi kononnya nak tambah pahala setahun lagi =_="

Monday, August 29, 2011

Mercun Raya Walaweyhh


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Asal balik kampung je raya , asal raya je balik kampung la .

Dah syok-syok balik , main mercun pulak dah .

Dah syok syok main mercun , putus jari .

Lepas tu insaf . Nasihat pulak kat kawan , jangan main mercun .


Maknanya , kalau tak putus , dia tetapi akan main meneruskan cita cita murni untuk memekakkan telinga jiran tetangga tok nenek dia . Mentang mentanglah jiran tok nenek dia semua pekak .

Tak cukup tu , dia pergi main mercun lagi time orang nak berkhutbah raya .

Jemaah menjerit : Bising lah !!!

Dia tak puas hati , dia menjerit balik , '' mercun mana boleh kasi slow . "

Dia yang ganggu orang , lepastu , dia marah balik .

Apa nak marah ? memang yang main mercun tu salah . Berbahaya la weh . Bukan setakat bahaya , bising pulak tu . Bukan setakat merbahayakan dan bising kepada diri sendiri . Tetapi , kepada orang lain jugak .

Bukankah ada hadith nabi SAW yang bermaksud ;

" Tidak boleh ( menimbulkan ) bahaya , dan tidak boleh pula membahayakan orang lain . "

( Hadith Riwayat Ibn Majah dari kitab al-Ahkam 2340 )

Maknanya , salah dari sisi agama tu satu hal , bahkan salah juga disisi undang-undang negara .

Ada banyak lagi benda yang boleh dimain , macam ps2 , ps3 , pc . Kenapa perlu cari yang memudharatkan ?

Wallahu'alam .

Sunday, August 21, 2011

Saya sayang Laila

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Dalam bulan puasa ni , nabi suruh kita cari kekasih bernama Laila .

Nabi suruh cari kekasih ? kau bawak hadith dhoif ni !!! Couple tu haram !

haha . Rileks derr . bukan Laila , awek yg tip top tu . Lailatul Qadar la . Huhu .

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Qadar ?

al-Qadr ialah hari dimana , kita ditetapkan , ditakdirkan Allah untuk menerima jodoh , dituliskan ajal maut , musibah dan sebagainya . Korang boleh check benda ni dalam kitab Tafsir at-Tabari .

Lailatul Qadr , bukan malam lailatul qadr . Lailat tu dah bermaksud malam . Berapa kali nak malam ? haha

Macam tu jugak perkataan Syak wa sangka , Hasad dengki .

Syak tu bahasa arob sangka tu pulak , bahasa Melayu ...

Nasib baik tak , Siak Surau suka nangka . huhu .


Nabi bersabda ;

Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan .

( HR Bukhari )


Nabi suruh kita cari lailatul Qadr dengan bersungguh sungguh . Macam kita nak pilih baju raya , ada tak kita ambil je baju raya tu terus bayar ?

Tak bukan , kita mesti pilih size dulu , lepastu , warna . Corak nya . Satu baju kita nak beli sama dengan satu hari lamanya . Masjid kemana , solat kemana ...

Kita kena cari Lailatul Qadr ataupun malam al-Qadr , macam mencari barang yang tercicir . Kita tak akan cari dengan sambil lewa .

Katakan lah , kita dah balik shopping , sedar - sedar , anak kita dah hilang . Ada tak kita kata ," biarkanlah ... anak boleh buat lagi . " ? tak ada kan ?


Cuma , saya kat sini nak ambil peluang lah . Nak tegur diri saya dan semua .

Mana boleh kecoh-kecoh kat orang tentang date korang dengan Lailatul Qadr tu . Maknanya , korang diam-diam je lah dulu kalau dah terjumpa Lailatul Qadr . Jangan nak kecoh-kecoh kat orang . Ni tak , pi tulis pulak dalam fb .

Sebab apa , saya kata jangan tulis ? sebab menimbulkan fitnah , menimbulkan kucar kacir dan huru hara .


( Gambar hiasan je )

Confirm ke air tu beku secara tiba-tiba ? kau dah letak dalam freezer , memang la beku .

Pokok kat rumah kau tu bukan ruku' . Tapi layu , berapa hari dah kau tak bagi dia makan ? kau ingat dia puasa jugak ke ?



Betul , memang betul ada perkongsian dari pengalaman beberapa orang Ulama silam tentang tarikh lailatul qadr . Mereka menyatakan kalau puasa start sekian sekian sekian maka lailatul qadar akan muncul pada tarikh sekian sekian sekian . Itu based pengalaman ulama' .

Takkan tak faham hadith nabi , yang nabi iktikaf sungguh-sungguh 10 malam terakhir ?


Kita tak , akhir Ramadan bukan sibuk dengan Lailatul Qadr tapi sibuk di Lailatul Kamdar . huhu .
Bila kita cakap pasal ni , saya teringat satu selingan . Kisah antara Nujum Masai dan Pak Belalang .

Nujum Masai : Jika tuan bijak bestari , marilah jawab soalan hamba .

Pak Belalang : Silakan .

Nujum Masai : Apakah , 1 . Banyak-banyak , 2 . Sedikit - sedikt , 3 . Kadang-kadang , 4 . Jarang-jarang ?

Pak Belalang : Itu senang saja , jawabannya ialah solat .

Nujum Masai : Jelaskan .

Pak Belalang : Baiklah .

1 . Banyak-banyak ; iaitulah pada minggu first solat terawih , pada solat sunat raya dan solat Jumaat . Mereka ini digelar sebagai ahli sunat wal Jumaat .

2 . Sedikit-Sedikit ; iaitulah pada solat jemaah .

3 . Kadang-Kadang ; iaitulah pada solat Subuh .

4 . Jarang-Jarang ; iaitulah pada solat Qiam .

Waallahu'alam

Wednesday, August 10, 2011

Matlamat Puasa


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , boleh tak ustaz tolong berikan pandangan ustaz berkenaan '' Ramadan dan Guru Praktikal " ?


InsyaAllah , saya akan usahakan , setakat kemampuan saya .

Kita sendiri tahu , sendiri maklum bahawa ada pelbagai jenis watak , ada macam macam karenah manusia dalam dunia ni . Ada yang pemarah , ada yang periang , ada yang pendiam .

Sifat ini juga turut ada pada seorang guru atau bakal guru kerana mereka hanyalah seorang makhluq .

Ramadan , bulan penuh kemuliaan dan sarat dengan keberkatan . Justeru itu , mari kita munafaatkan sebaik baiknya bulan ramadan ni dalam mendidik jiwa kita daripada yang baik ke arah yang lebih lebih baik . Be the best among the best .

Sebagai umat islam , kita perlu faham , mengapa kita perlu berpuasa .

Supaya kita berjaya mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa . rujuk surah al-Baqarah ayat 183 .

Disebalik pengorbanan yang kita lakukan , pasti ada matlamat yang hendak kita kecapi .

Misalannya , kita sebagai seorang guru , kita pasti mahu mendidik anak murid menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri .

Begitu juga dengan bulan Ramadan . Pasti ada matlamat disebalik semua ini . Antaranya , yang saya dapat kongsikan disini ;

1 . Melatih diri bersifat sabar .

Sesungguhnya Allah bersama orang yang Sabar .

Lumrah 'alam , kalau anak-anak murid kita bawah umur tu , tak duduk diam ketika cikgu tengah mengajar . Jangan-jangan , kita dulu lebih teruk daripada budak-budak tu . Jaranglah ada budak-budak kalau cikgu mengajar tu dia teliti je dengar . Jarang ... Sebab , memang fitrah budak-budak tu buat silap .

Kita sebagai guru , atau bakal guru kenalah pandai , kena tahu cara memberi pendidikan yang terbaik buat anak anak murid .

Orang tua pernah berkata :

" Jaga seorang anak pun boleh jadi gila . "

Fahamkan kata-kata tersebut . Saya amat terkesan dihati dengan perkataan mereka . Memang mendalam maksudnya . Betul sangat apa yang mereka ungkapkan . Jikalau jaga seorang anak pun sudah boleh hilang kewarasan , apatah lagi ratusan anak ?

Maka , daripada sekaranglah kita kena bermula , khususnya pada Madrasah Ramadan .

Ada " spiesis " cikgu yang suka membawa mulut terhadap anak-anak muridnya yang kurang bijak , ada cikgu yang suka pilih kasih , ada yang mengajar kerana duit semata-mata .

Kita hapuskan sikap negatif , kita ambil yang jernih buang yang keruh . Amalkan puasa secara bersunguh-sungguh , mudah mudahan kita menjadi golongan yang bersabar .

Kalau kata , kita ni pemarah , dalam bulan ramadan , bila kita nak marah , cuba ingatkan kita sedang berpuasa . Kalau kita marah marah , nanti pahala berkurang , berkurang dan berkurang . Bukankah sudah rugi disitu ? InsyaAllah , akan terbantut marah kita tu .

Bukankah ada hadith yang bermaksud ;

" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak ada pada puasanya kecuali lapar dan dahaga . "

Kita bukan manusia yang terpelihara daripada melakukan dosa .

Apa faedah nya jika ketika kita sedang berpuasa , kita bermaksiat pada Allah .

Maksiat , bukan sahaja berasmara berzina , atau buat perkara yang mengghairahkan .

Apa apa sahaja benda yang Allah larang dan apa apa sahaja perkara yang Allah perintahkan tetapi kita tidak laksanakan , itulah maksiat .

2 . Menjiwai perasaan orang-orang yang lemah :

Bakal guru sekalian , ramadan mendidik kita merasai kesulitan kelaparan dan penghayatan dalam kehidupan orang-orang yang kurang bernasib baik . Misalannya , mereka yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan , ataupun yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .

Kita dahulu merupakan seorang murid hingusan , dan dihadapan kita ialah seorang guru yang berpenat lelah mengajar , dan mendidik kita bermula dengan huruf A , B , C hatta ke angka 999 . Namun , adakah kita menghargai dan mengerti pengorbanan guru tersebut ? yang bersusah payah kerana kita ? Sanggup keluar dari rumah dipagi hari walaupun pada bulan ramadan yang panas terik sehingga kering air tekaknya kerana mengajar kita .

Roda yang bawah akan naik keatas , dan roda yang atas akan turun kebawah . Maka , suatu hari nanti , insyaAllah , kita juga turut merasai pengorbanan tersebut .

3 . Menjaminkan sihat tubuh badan :

Semua pakar doktor sedunia bersetuju , bahawa segala penyakit berpunca daripada makanan .

Berpuasa , dapat membersihkan darah , melancarkan sistem penghadaman , dan membuang sisa kuman dalam badan .

Perkara ini mungkin dipandang sambil lewa , acuh tak acuh oleh kita dek kerana sibuk dengan profession guru kita . Maka , Ramadan , menjadualkan kita supaya kita menjaga pemakanan kita .

Wallahu'alam

Tuesday, July 26, 2011

Amalan Bulan Puasa


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Bila masuk je bulan rejab , mesti dengar doa ni kan ?


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا شهر رمضان

" Ya Allah Ya Tuhan kami,anugerahkanlah keberkatan untuk kami, dalam bulan Rejab, dan dalam bulan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga bulan Ramadan "

( Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas )

Tapi bila kita berdoa lain pulak .

" Ya Allah , sampaikan aku sampai ke bulan raya puasa . Baju Raya tak sempat pakai . "

Puasa , hmmm , nak tau jugak , macam mana salafus soleh menyambut ramadan .

Saya nak kongsikan Amalan bulan puasa ( ABP : bukan Anugerah Bintang Popular yee ) ,

Nak tau jugak bagaimana si sohabat menyambut ramadan , pada zaman Rasulullah .

Bagaimana pula , si tabiin ? tak pernah melihat nabi Muhammad , tetapi menyambut ramadan .

Bertambah bagaimana lagi , si tabi' tabiin , menyambut ramadan , tanpa melihat nabi Muhammad , dan para sohabat .

Maka , solafus soleh menyambut ramadan dengan ilmu bukan dengan makan .

kita situasi diMalaysia , lain . Makan je kerja . Sampai nak solat pun tak khusu' , dalam tengah solat asar tu boleh pikir '' ha , aku lupa beli burger , beli la lepas ni " , walhal dekat keliling dia ada Apam Balik , apam tak balik -balik , kuih seri muka , kuih tak ada muka , kuih sampan , kuit Ferri , semua ada .


Sebelum saya pergi kepada amalan yang di buat pada bulan ramadan . Saya nak share dulu satu doa' ;

Apabila nabi berbuka puasa ; nabi akan berdoa :

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Zha-ha-bazh-zoma-'uu , wab-tallat-uu-ru-quu , wa-tha-ba-tal-aj-ruu-InsyaAllah .

" Telah pergi segala kepayahan ( letih ) , keringlah peluh , thabitlah ada pahala padanya . "

( Hadith Riwayat Abu Dawud , jilid 2 , halaman 306 , nombor 2357 , Hasan )

Baik , saya nak kongsikan Amalan Ramadan , yang boleh kita buat dan insyaAllah bila kita berterusan dengan amalan-amalan ini di bulan-bulan yang lain , itu tanda , kita telah berjaya di bulan Ramadan .

1 . Ihya'ullail atau Qiyamullail .

jam 4.30 pagi tu apa kata kita bangun , ambil kesempatan ni untuk kita mengadu kepada Allah .
jam 5.30 pagi stop la , masak apa yang patut . Jangan la pulak masak makanan yang boleh buat perut kita sakit .

2 . Bersedekah .

" Sebaik-sebaik sedekah ialah dibulan ramadan . "

sedekah apa ni yang nabi maksudkan ?

rujuk surah al-Insan ayat 9


(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati):

"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, "

Bagi makan bukak puasa , bukan untuk ponteng puasa . Ada beza tu .

Kepada siapa yang molek diberi makan pada bulan puasa ?

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

( Surah al-Insan ayat 8 )

3 . Duduk di Masjid sehingga terbit matahari ;

senang faham , iktikaf lah .

daripada Anas bin Malik ;

" Sesiapa yang solat fajar , kemudian dia tunggu sampai syuruk , dan bersolat dua rakaat ( sunat isyraq ) , sama pahala dengan haji dan umrah , sempurna , sempurna , sempurna . "

3 kali sempurna tu . Sempurna bukan Sampoerna . Sampoerna tu rokok . =_=

" ... kemudia dia tunggu ... "

Tunggu tu buat apa ?

kita boleh berzikir , duduk termenung . Berdoa pun boleh .

Apa salahnya , sambil duduk-duduk tu kita baca al-quran ?

Kita baca al-quran , bukan tak baca tapi time tadarus je .

Usahkan semua tu , tidur pun dapat pahala .

apapun , nabi akan iktikaf 10 ramadan terakhir untuk mencari lailatul qadar .

Tapi kalau kita , 10 malam terakhir bukan cari lailatul qadar tapi cari Lailatu Kamdar . Ada beza tu .

4 . Mengerjakan Umrah ;

" Barangsiapa yang umrah ketika ramadan , sama dengan 1 pahala haji , seperti melaksanakan haji bersama aku ."

5 . Berdoa ;

- Ketika 1/3 malam .
- Ketika hendak berbuka .
- Hari Jumaat , disebut dalam Fathul Bari , karangan Ibn Hajar , katanya , lepas asar mustajab doa pada hari jumaat .


Bagaimana pula kita menyambut ramadan tanpa melihat Nabi Muhammad , Sohabat , Tabiin , Tabi' Tabiin ? Lu Pikir la sendiri .

Wallahu'alam .

Thursday, June 30, 2011

Simbolik Isra' Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


27 Rejab , adalah tarikh yang bermakna buat umat islam . Semua orang tahu kisah ini . Kisah wahyu perintah solat terus melalui Allah .

Mengapa ?

Solat adalah perkara yang paling penting , tak sama macam ibadat - ibadat yang lain .

Kalau puasa , korang boleh cuti jikalau sedang bermusafir . Tapi solat ? kena buat jugak cuma diringankan .

Walau apapun alasan , sakit macam mana pun , kena solat jugak .

Ustaz , saya tak boleh solat fardhu secara berdiri .

Maka , solat fardhu secara duduk .

Ustaz , saya tak boleh solat fardhu secara duduk ,

Maka , solat fardhu secara baring .

Ustaz , saya tak boleh solat secara baring ,

Maka , solat fardhu pakai mata .

Ustaz , saya tak boleh solat pakai mata ,

Maka , solat fardhu pakai hati .

Ustaz , saya tak boleh solat pakai hati ,

Hati pun tak boleh , innalillahiwainna ilaihiroji'un .

Even muallaf pun dititikberatkan kes solat , walau tak tahu baca , just ikut secara jasad . Ataupun macam kita koma atau tertidur . Bila kita sedar je cepat - cepat kita kena solat .

Satu lagi kes , A ni orang kafir masuk islam ketika berumur 21 . Maka , dia tak wajib qada' solat .

B ni islam , keluar islam ketika berumur 20 untuk berkahwin dengan orang kristian . Bila B ni berumur 30 tahun , dia masuk islam kembali . Maka dia wajib qada' solat dia 10 tahun yang dia tinggal .

Betapa solat dititik beratkan dalam islam , sehingga ia diberikan sendiri secara direct !

Kalau kita sendiri pun , nak bagi barang yang mahal dan urgent , kita sendiri bagi kat orang yang kita nak bagi .

Baik kita pergi ke bab seterusnya ,

Kita sedia maklum yang salah satu azab yang dipertunjukkan oleh Allah SWT tentang seksa meninggalkan solat .

Mengapa azab orang yang meninggalkan solat ialah menghentakkan batu besar diatas kepala diri sendiri ?

ceTengok , player yang main penalti tu , dah hebat , penalti tu pulak senang , tapi tendang - tendang tak gol . Apa player tu buat ?

" bodohnya aku , main penalti pun tak gol , '' sambil mengetuk atau menghentak kepalanya dengan tangan sendiri .

Nampak tak ? di dunia kita dah buat macam tu apatah lagi di akhirat kelak .

" Bodohnya , solat lima waktu yang ringkas tu pun susah aku nak buat .."

Baik , kita undur balik kisah ke buraq , jibrail dan waktu malam .

Mengapa ? ye , ada simbolik disebalik 3 benda ni . 3 benda ni penting dalam menjalani kehidupan .

Kenapa Nabi Muhammad naik Buraq ? apehe tak terus terbang naik ke sidratul Muntaha ?

Buraq adalah simbolik kenderaan yang terbaik . Sunnah nabi adalah benda yang terbaik buat kita . Kalau untalah kita pilih setelah ada Honda Sivic , kita tunggang unta jugak, agak agak bila kita akan punch Card ?

Nak beli apa-apa pun ikut la kemampuan kita . Pandai - pandai la fikir ye .

Bukankah nabi SAW bersaba ;

daripada Anas bin Malik :

" Permudahkan dan jangan menyusahkan ... "

Pilih kenderaan yang terbaik untuk bantu perjalanan kita pergi kedai , hantar anak ke sekolah , dan yang paling penting ; kenderaan dalam menuju Allah .

yang kedua ,
Jibrail , siapa Jibrail ni ? dia ni yang membimbing nabi . kalau apa - apa yang nabi tak tahu , Jibrail akan bagitahu .

Ada seorang perempuan tua yang terlalu bongkok tetapi banyak barang kemas memanggil manggil nabi untuk bertanya. Macam macam barang kemas ada , Zhulian ada , Poh Kong , Habib Jewel , sewel ...

Jibrail kata : itulah gambaran dunia sekarang yang terlalu uzur dan sekarang ini hanya menanti saat qiamat .

Jadi dalam kehidupan kita dalam menuju Allah , kita memerlukan seorang guru untuk menerima nasihat atau ilmu . Nabi Muhammad yang hebat itu pun memerlukan guru inikan pula kita yang hina lagi dhoif .

dan yang terakhir ialah waktu malam .

Apehe nabi diperjalankan waktu malam ? apasal tak waktu siang , semua orang nampak lagi senang penduduk Makkah nak menerima da'wah .

Sebab , malam adalah waktu sesuai untuk bermunajat kepada Allah . Orang lain tidor kita bermunajat , merintih kepada Allah . Allah dekat dengan hambaNya pada waktu malam .

Wallahu'alam .

Friday, September 18, 2009

Salam AidilFitri


Bismillahirrahmanirrahim ...

Allahumma Solli Ala' Muhammad


Assalamualaikum kami ucapkan,
Untuk bersama-sama ke Syurga yang dijanjikan,
Habis Ramadan Syawal pula diraikan,
Perbuatan yang lama jangan pula dilakukan.

FITRI , FITRI juga,FITRAH dah ke belom?
hahaha

Thursday, September 17, 2009

Ramadan Al-Mubaraq Pencetus Kegembiraan bagi Yang Beriman


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , apa yang bestnya dalam puasa ni ? , letih lah . nak korek hidung dalam dalam pun tak boleh .

Haha . wah . haru biru . Bulan puasa ni best , dalam satu riwayat nabi kata ;

" Seandainya umatku tahu rahmat didalam ramadan , mereka pasti mahu bulan ramadan pada setiap bulan "

seterusnya,


اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ ، وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, (pertama kegembiraan) apabila berbuka dan (kedua kegembiraan) apabila menemui Allah. Maka Allah akan memberinya balasan maka itulah kegembiraan" -riwayat Bukhari (3393)-

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu"
-riwayat Bukhari (36)-

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانِ فَكَفَّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَااجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرِ.

"Solat yang lima, Jumaat keJumaat, Ramadan keRamadan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar". -riwayat Muslim (233)-

Dan dari Ibnu Mu'adz bin Jabal katanya:"Saya dalam perjalanan bersama dengan Nabi SAW-sampai pada akhir keterangannya disebutkan sebuah,katanya(Nabi bersabda):Mahukah kalian saya tunjuki pintu-pintu kebajikan?"tentu ,ya,Rasulullah,jawab saya.Maka sabdanya lagi:"Puasa itu penangkal dan sedekah itu pemadam kesalahan seperti air memadamkan api".

(Riwayat At-Turmizi dan dikatakan hadis hasan sahih)


Seterusnya kita pergi ke hadith ini ;

" Rejab bulan Allah , Syaaban bulan aku dan Ramadan bulan Umatku ."

( Hadis status Dhaif )

Apa yang hebatnya bulan ramadan ni sampai Nabi kata ramadan bulan umatku ?

Anda tahu jawapannya . Takpa lah saya bagitau .hehe



Lailatul Qadar lah .

Apa itu lailatul Qadr ?

itu ialah malam yang
lebih baik dari 1000 bulan ( 83 Tahun)


Firman Allah ;

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara .

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Al-Qadr : 97 : 3 hingga 5 )


Wallahu'alam