Thursday, April 14, 2011
6 Ilmuwan Astronomi Islam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Islam adalah pemacu kegemilangan dan tamadun umat manusia , di puncak kegemilangan islam , pengajian ilmu bersinar terang di setiap pelusuk dunia dan menghasilkan cendikiawan serta tokoh-tokoh ilmuwan yang terunggul dan diakui kecemerlangannya sehingga masa kini .
Ilmu sains bintang atau lebih dikenali sebagai astronomi , sistem ini , sistem pengukuran tarikh yang teratur , iaitu sistem kalender yang mampu membolehkan penentuan tarikh sesuatu peristiwa yang betul berpandukan ilmu astronomi ini .
Beberapa amal ibadat islam bergantung kepada pengamalan kalender yang betul . Tarikh haji , tarikh permulaan dan berakhir puasa , pengiraan tempoh kelayan membayar zakat juga adalah berdasarkan kalender ini .
Satu tahun hijrah ialah lebih kurang 11 hari lebih pendek dari satu tahun Masihi . Selain itu , terdapat banyak lagi amal ibadat yang waktunya ditentukan berdasarkan kalender ini .
Nama - nama para ilmuwan yang telah mengharumkan dan memartabatkan islam di bidang astronomi ? antaranya , ermm .
Jom kita tinjau ,
1 . Al-Khawarizmi ;
* Menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zamannya .
* Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi .
* Mencipta alat penentu kedudukan bintang , sukatan masa dan jam matahari .
2 . Ulugh Beg ;
* Nama sebenar : Mohammad Taragay ibnu Shah Rukh .
* Cucu kepada Timurlane , panglima Mongol yang amat terkenal .
* Tempat Lahir : Soltaniyah , Iran .
* Pemerintah , guru , saintis , dan ahli astronomi .
* Membina pusat pengajian ilmu di Samarkand serta sebuah balai cerap bernama Zurkhani Zij .
* Mengenalpasti dan membina zij yakni jadual menerangkan tentang kedudukan 1, 012 butir bintang secara tepat .
* Mencatit kaedah - kaedah dan teori sfera geometri dan trigonometri .
3 . Al-Sufi ;
* Dikenali nama Azaphi di dunia barat .
* Kitabnya yang terkenal ialah al-Kawakib , as-Sabit , al-Musawwar , keterangan tentang kedudukan buruj bintang .
* As-Sufi mengeksplorasi bukan hanya kedudkan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri , menggambarkannya , serta menghurai pantulan sinar dan warnanya .
* Menghitung tahun matahari dengan tepat .
* Saintis pertama yang menerangkan tentang kewujudan nebula dan galaksi di angkasaraya .
* Mengenal pasti galaksi Andromeda M31 .
* Menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab .
* Sebuah kawah dibulan yang berdiameter 47 km dan kedalamannya 3.7 m telah dinamai dengan nama beliau ( Azophi Crater )
4 . Al-Idrisi ;
* Menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II , lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim , laluan perdagangan , teluk , tasik , sungai , bandar - bandar besar , bukit , dan lembah serta gunung - ganang .
* Mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat .
* Menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan .
* Beberapa abad lamanya , Eropah menggunakan peta al-Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher Columbus .
5 . Al-Kindi ;
Hasil kerja belia ialah kajian tentang optik ( mata ) , gelombang , mono-graf pasang surut , peralatan astronomi , ruang dan waktu serta kaedah perhitungan untuk bulatan .
* Seorang ahli matematik yang agung ;
- telah mengulas dan menerangkan tentang manuskrip pernomboran India ,
- kesepaduan angka ,
- garis dan pendaraban nombor ,
- kuantiti bandingan ,
- kira - kira perkadaran dan masa ,
- kaedah - kaedah pengangkaan ,
- pembatalan dalam satu ungkapan persamaan
- teori keselarian .
* Menulis 16 buah buku berkenaan falak , fizik 12 buah , arithmatik 11 buah dan geometri 32 buah .
6 . Al-Battani ;
* Seorang ahli astronomi dan matematik .
* Mempelajari bidang ini daripada bapanya Jabir Ibn Sinan al-Battani yang juga seorang ahli sains .
* Membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat .
* Menemui longtitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy .
* Mengira diameter matahari dan orbit bulan .
* Memperkenalkan penggunaan trigonometri dalam matematik .
Banyak lagi sebenarnya ilmuwan islam yang memperjuangkan agama . Tetapi , ilmu saya terhad sampai disini . InsyaAllah , jikalau ada lagi ilmuwan yang saya tahu . Akan saya nukilkan didalam ini .
Wallahu'alam .
Label:
Dokumentari,
Ulama'
Pijak batu , kasi gegar otak ?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Harini ,
saya nak memperingatkan kembali tuan-puan dan diri saya sendiri khususnya , tentang hadith yang menerangkan satu azab didalam yang akan dihadapi , yang bakal mengazabkan penghuni neraka .
Daripada No'man bin Basyir ;
" Paling kecil seksaan keatas seseorang itu di neraka apabila mereka itu diletakkan satu ketulan batu dibawah tapak kakinya ."
ketulan batu tu , ada juga sesetengah ulama menterjemahkan sebagai selipar .
Tak kiralah , batu ke selipar , yang penting azab !
Berbalik kepada hadith , batu yang dimaksudkan dalam hadith tu besar mana ?
jawabnya ialah batu kerikil yang tuan tuan baling time jamrah tu .
Besar mana batu kerikil tu ? ada besar penumbuk ?
Besar biji kopi je .. tapi azab dia , .. pergh .
Batu besar biji kopi je . Kalau batu besar kepala orang , kena cari atas bukit nun .
Dari tadi saya dok cakap pasal azab , azab , azab .
Apa azabnya ?
Bila mana , batu kecik tu diletakkan dibawah telapak kaki .
Maka , menggelegaklah otak , menggigil kepala otak kita .
Menggigil weyh . Pergh . Azab tu .
Ketika itu , ada ahli neraka yang diazabkan dengan azab sedemikian , menyangka , itulah seberat - berat azab didalam api neraka .
Walhal , itulah selemah - lemah , seringan - ringan azab didalam api neraka .
Kalau batu yang kecil tu pun sudah menyebabkan kita terseksa yang amat sangat .
Apatah lagi , apatah lagi azab - azab neraka yang lain . Nauzubillahi minzalik
Wallahu'alam bissawab .
Label:
Rukun Iman
Subscribe to:
Posts (Atom)