Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , kalau seseorang isteri tak setuju suaminya kahwin lain , sudah dikira berdosakah ?
Suami saya berkata dia nak kahwin dengan orang yang ''ketiga'' tapi setelah mendapat persetujuan saya . Jadi , saya tak izinkanlah .
Tapi Suami saya ni selalu berhubung dengan orang yang ''ketiga'' tu hanya melalui sms dan tak pernah jumpa bagi menjaga syariat .
Saya jadi serba salah , saya memang tak suka dimadukan . Tapi saya jadi sakita hati bila baca sms suami saya dan orang ''ketiga'' asyik berjanji untuk berkahwin . Apa nasihat ustaz sebagai orang lelaki ?
Saya difahamkan suami anda berserban , tetapi nafsu tak kenal sesiapa .
Orang - orang yang selamat ialah orang - orang yang benar bertaqwa .
Hal yang demikian , jika suami memang mampu dari aspek zahir dan batin , silakan .
Tak apa , biarkan dia berkahwin lain . Itu haq dia .
Tapi kalau suami anda tak mampu , batalkan sahaja niatnya untuk berkahwin lain kerana perbuatan berhubung dengan perempuan yang bukan mahram membawa ke arah maksiat .
Mak cik sebagai isteri mungkin kena koreksi diri , muhasabahkan diri mengapa suami mencari teman yang baru .
Sentiasalah berbaik sangka terhadap suami makcik .
Terakhir , mintalah bantuan , mengadulah pada Yang Esa untuk petunjukNya .