Tuesday, February 1, 2011
Tafsir Surah an-Nazi'at ayat 25 dan 26
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Alhamdulillah , kita menyambung lagi pengajian kita berkenaan Tafsir surah yang ke 79 ,
surah an-Nazi'at ,
tanpa membuang masa , mari kita pergi kepada ayat yang hendak ditafsirkan inshaallah .
Sebelum ni kita telah membincangkan dari ayat 17 hingga 24 . Maka , apa kata , kita pergi kepada ayat yang ke 25 pula .
" Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya. "
Kita dah belajar pada entri sebelum ini , dimana Firaun mengaku dirinya Tuhan yang tertinggi . Maka kita akan pergi pula kepada episod akhir kisah ini . Bukan kisah Doraemon tapi kisah Firaun . Bagaimana kesudahan kisah ini ?
Kisah yang cukup popular ,
Musa terpaksa lari ke Palestin bersama pengikut pengikutnya kerna tidak ada apa - apa lagi yang boleh dilakukan . Peranan baginda telah tamat . Tak ada apa yang boleh dilakukan . Berhadapan pulak dengan laut merah .
disaat itu , Firaun bersama kuncu - kuncunya mengejar dari belakang .
Macam mana nak buat , disaat situasi sebegini ?
Allah perintahkan nabi Musa A.S acu tongkat kearah laut . dan laut pun terbelah .
Bila laut terbelah , Nabi Musa A.S menyeberangi laut merah ni dan akhirnya berjaya melepasi laut merah .
Tetapi tidak bagi Firaun ! Firaun mati kelemasan dalam kekafiran . Saat Firaun dan kuncu - kuncunya melepasi laut merah . Laut merah yang terbelah tu bercantum semula menjadi seperti sedia kala .
Firaun sewaktu lemas mengaku beriman kepada Allah tetapi keimanan yang diucapkan itu tak serupa bikin dengan hatinya .
Seandainya , Nabi Allah Musa selamatkan Firaun , maka , Firaun akan menjadi zalim seperti biasa .
Maka , berakhirlah episod hidup Firaun , bertepatan dengan ayat 25 ini tadi .
" Allah menyeksa Firaun didunia dan akhirat . "
Nabi Musa dah tak ada jalan , dah berbuih mulut bak kata kita untuk berda'wah kepada Firaun ni tapi masuk telinga kanan , keluar telinga kiri .
Firaun beserta kerajaannya pulak kejar Nabi Musa yang larikan diri bersama orang beriman .
Disaat Musa tak ada jalan keluar , Allah sendiri yang membantu nabi Musa .
Firman Allah ;
" Sesiapa yang memusuhi waliKu akanKu isytiharkan perang keatasnya . "
( hadith Qudsi )
Allah kalau hancurkan orang yang melawan Dia , sekejap je . Tak sampai setengah jam .
Peristiwa tahun gajah , Abdul Mutalib yang dirampas lembunya meminta kembali lembu miliknya dari Abrahah .
Abrahah pelik , kenapa Abdul Mutalib ni tak minta Kaaba tapi dia hanya minta lembu ?
maka , ini jawab Abdul Mutalib ;
" Lembu itu milik aku , aku tuannya tetapi Kaabah itu tuannya Allah , maka Allah akan menjaganya ."
Tak lama , Abrahah nak dekat je Kaabah ni maka Allah turunkan sekelompok burung ababil untuk memusnahkan mereka . Tak lama sekejap je . Kisah ni dimuatkan didalam al-quran surah al-Fil .
Peperangan Mu'tar misalnya , 3000 tentera lawan dengan 30 000 kafir kristian .
Seminggu lawan nih tapi tentera islam yang syahid , tujuh orang je manakala tentera Kristian yang mati katak ? banyak ...
Khalid Al-Walid yang mengetuai peperangan mengundur dari peperangan .
Orang kafir dalam peperangan ni tak kejar pun tentera islam . Sebab apa ?
Tentera islam hanya 3ribu tetapi mereka 30 000 pun tak dapat ditewaskan setelah berminggu minggu . Maknanya , orang kafir ni da penat melawan .
Tak lama lepas tu , peristiwa Tabuk pulak ,
30 000 lawan 100 000 .
Orang islam lawan tentera Rom .
Bila Nabi Muhammad sampai ke kawasan peperangan , satu pihak musuh pun tak ada . Mana mereka pergi ?
Tentera kafir Rom ni dah dapat perkhabaran tentang kehebatan tentera Islam waktu melawan di peperangan Mu'tar .
3 ribu lawan 30 ribu pun orang kafir dah penat , inikan pulak dia bawak 30 ribu tentera islam .
Tentera Rom dah lemah semangat , diorang cabut awal - awal .
Nabi Muhammad patah balik ke Madinah . Hebohkan peristiwa tentera Rom cabut lari dalam peperangan . Nabi Muhammad main minda umat arab .
Orang arab zaman dahulu banyak jadi balaci kepada tentera Rom . Mereka anggap Rom sebuah negara yang hebat dan mustahil untuk dikalahkan .
Kalau tentera Rom yang hebat pun kalah dengan Nabi Muhammad , maka , nabi Muhammad lagi hebat !
Berduyun duyun orang musyrik masuk islam setelah berita Rom cabut lari tersebar .
Jadi kita lihat , bahawa , pertolongan Allah itu sangat sangat dekat .
Islam tak akan kalah walaupun hampir dikalahkan kerana pertolongan Allah itu muncul sewaktu islam hampir kalah .
" Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya). "
Sungguh , ayat 15 hingga ke 26 ni menceritakan kisah Nabi Musa berhadapan dengan Firaun . Atau lebih tepat lagi kisah Firaun yang melampaui batas .
Syed Quthub , pengarang kitab Fi Zilal Quran menyatakan bahawa jangan pandang pengajaran dalam ayat ni sebagai Firaun tetapi pandanglah sebagai Firauniah atau lebih mesra dikenali sebagai perangai Firaun ( Firaunisms ) .
Sebab apa ? sebabnya ,
Firaun dah mati ditelan zaman , tapi tidak perangainya . Apa perangai Firaun ?
tak lain tak bukan , takbur , rasa diri dah besar sangat , menolak islam dengan kasar dan lain lain sifat yang bercanggah dengan syariat .
Wallahu'alam
Label:
Al-Quran
Subscribe to:
Posts (Atom)