Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kita sering dengar , tentang kehebatan wali - wali .
Tak payah di negara Arab , kat
Betulke apa yang kita dengar , orang terbang atas angin , jalan atas air tu dikira wali ?
dan
Betulke apa yang kita dengar , wali ni hanya makan yang ringan - ringan je ?
Erti kata lain , zuhud bebenor . Apakah itu erti zuhud ?
Adakah zuhud ni hanya ambik yang ringan - ringan je .
Tak boleh pakai seluar jeans la , pakai jubah je setiap hari la ,
Makan tiap - tiap hari ikan kering la .
Adakah itu sifat seorang wali ?
Oh tidak !
Apa erti zuhud ?
Zuhud tu gabungan beberapa perkataan ,
'' perhiasan '' , '' hawa'' , dan '' dunia '' .
dan penafsiran ulama' , wali itu mereka yang meninggalkan perhiasan , meninggalkan hawa dan meninggalkan dunia .
Meninggalkan dunia woo bukan meninggal dunia .haha
Adakah salah untuk berhias ?
orang gila pun berhias . Jadi , kalau kita tak suka berhias , maknanya ....
Adakah salah untuk mengambil dunia ?
Tak salah ? kalau ambil dunia tu salah , kenapa Nabi tak larang para sohabat ?
Sedangkan , para sohabat tu kaya raya wei .
Maksud meninggalkan disini ialah , jangan letak
Wali hanya makan ala kadar , makan yang standard orang miskin . Betulkah ?
Imam Shafie ketika makan di rumah Imam Ahmad , beliau makan banyak oo . Atau bahasa kita , mentekedarah .
Anak Imam Ahmad hairan . Bagaimana seorang wali makan begitu banyak ?
Maka , Imam Shafie menyatakan , bahawa , beliau dah berapa hari tak makan sebab status kehalalan makanan diluar
Imam Shafie menambah , dia yakin bahawa makanan dirumah Imam Ahmad berstatus halal !
Kita jangan cepat tuduh orang yang dia ni wali ni sebab kita ada ternampak dia jalan atas air .
Kita terperasan dari jauh , ada sorang hamba Allah ni berjalan relaks je dalam hujan waktu malam dan tak basah . Kita pun cop dia ni wali . Padahal , hamba Allah tu pakai payung warna hitam . Kita mana nak perasan .
Senang tak nak jadi wali ?
senang susah ?
senang jawabannya .
Mengapa senang ? sebab , karamah yang paling besar ialah istiqamah , yakni konsisten atau berterusan membuat sesuatu pekara .
Ada satu kisah ,
seorang Prof bertanya kepada pelajarnya ,
" berapakah berat sebuah air didalam gelas ini ? "
Pelajar - pelajar dia yang bijak semua beri jawaban .
Tapi , tak seorang pun dapat beri jawaban yang menepati kehendak prof ...
Jawaban sebenarnya ialah , bukan pada berat air tu tapi seberapa lama kita mampu memegang , kita mampu beristiqamah menggenggam segelas air itu !
Biar lah kita buat pahala sedikit setiap hari tetapi istiqamah melakukannya .
Misalnya , kita baca quran 4 baris setiap hari dan kita amalkannya setiap hari .
Jangan jadi orang yang baca 4 helai quran dan besok , lusa , tulat dan sebagainya dia tinggal , tahun depan dia sambung lagi !
Erti kata lain , niat tak ikhlas .
Kita baca quran sebab nak bagi orang dengar suara kita .
Kalau takda orang , jangan harap dia nak baca quran .
1 . Berniat baik tapi dia tak buat .
dapat 1 pahala .
Yang kita pulak , '' alah , action je lebih , buat tak ."
Tak payah lah kata macam tu . Kita niat je Allah dah bagi pahala .
Orang perempuan janganlah pulak marah bila suami pasang niat nak tambah madu .
tu niat je , dapat pahala . Haha
Tapi niat tu kena azam lah . Bukan hanya cakap nak buat nak buat . Lama - lama , meluat .haha
yang kedua , nabi kata
berniat baik dan buat pulak pahala tu .
pahala dari lingkungan 10 pahala hingga 700 pahala . Dan Allah boleh beri lebih dari tu !
yang ketiga ,
berniat jahat tetapi tak buat .
dapat 1 pahala .
Kita janganlah pulak nak dapat pahala guna cara ni . Takut dah terbiasa sebut nanti dah jadi biasa buat dosa pulak .
dan yang ke4 pulak ?
dia berniat jahat dan dia laksanakan niat jahatnya itu .
1 dosa dia dapat tak diganda .
Kesimpulannya ,
orang yang terbang
Kalau dia terbang sekalipun , tapi tak solat ... nampak sangat menipunya .
Superman , dia boleh terbang , tapi ada dia solat ? haha
wali itu seorang manusia biasa yang istiqamahnya .. LUAR BIASA !
Sesetengah wali memang dikurniakan kehebatan tersendiri . Itu anugerah Allah !
wallahu'alam .