Saturday, September 22, 2012
Bertemu Ustaz Don :)
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Berjumpa dengan ulama itu nikmat. Apalagi ulama itu seorang yang kita cintai ilmunya kerana kita cintakan nabi Muhammad S.A.W.
Peluang diberi kepada saya, untuk berjumpa ulama muda bernama Don Daniyal Don Biyajid. Ustaz Don ketika saya temui di studio TV al-Hjirah. Kami sampai ke sana dari Shah Alam lebih kurang 2-3 minit rancangan yang dikendalikan beliau akan keudara. Masuk je kami ke dalam studio tersebut kelihatan kelibat Ustaz Don sedang bersedia untuk ke udara.
Tahu tak siapa yang beri salam kepada siapa?
Ya. Ustaz Don yang setart dulu.
Banyak orang kenamaan yang saya temui apabila bertemu tidak memberi salam melainkan orang yang memberi sapaan salam terdahulu kepada dirinya. Berbeza dengan ustaz Don.
Seusai 30 minit Ustaz Don Episod Sujud bahagian 3, Ustaz Don ditemuramah oleh wartawan sebuah majalah nombor 1 Malaysia. "Saya tidak mahu ada sebarang gambar mendedahkan aurat artikel saya." Ustaz Don ketika ditemuramah sempat menegur vlogger nombor 1 kita,
"Bila jumpa dia kirim salam kat dia." Video dia buat bagus. Tapi...ada benda tak betul dalam video dia. Orang yang mengaji dia tau la..."
Begitu hikmah Ustaz Don menegur. Dalam satu siri 30 minit Ustaz Don, Ustaz Don menegur seorang hamba Allah yang mengaji, "Puan, sedap bacaan puan tetapi... saya belajar macam ni."
Ya Allah, berilah hikmah kepada kami :)
Dalam siri wawancara bersama Ustaz Don tersebut, Ustaz Don menyebut bahawa as-Syeikh Fuad Kamaluddin tidak menyalahkan menonton filem bollywood tetapi pandai-pandai lah jaga diri. Ketika itu, ustaz Don sedang mengulas yang dia juga manusia biasa meminati Linkin Park tetapi tidak mengikuti budaya mereka. Antara yang Ustaz Don sebutkan rapper yang dia minati ialah Boona.
Saya ingat lagi, seusai tamat sesi temuramah, saya baru tahu bahawa besok hari ustaz Don bakal
pergi ke umrah buat kali pertama. Ustaz Don berkemas-kemas untuk bersiap. Kotak separa besar diangkat Ustaz Don. Namun Ustaz Don tidak mahu ditolong. "Dosa saya pun saya tanggung.". Subhanallah. Moga Allah perbanyakkan lagi umat seperti Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid al-Hafiz!
#Artikel diatas telah diolah gaya bahasa kata-kata Ustaz Don. Sebab saya tak ingat susun kata Ustaz Don. Sorry :)
Wednesday, June 13, 2012
Etika berpakaian
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Monday, May 7, 2012
Mengapa dia ke Neraka...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Monday, April 23, 2012
Tamadun
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Friday, March 30, 2012
dr.Black Jack
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Peristiwa yang menyayat hati inilah disamping membalas jasa Dr.Honma menjadi pendorong untuk dia menjadi seorang manusia yang berskapel dan menjadi permintaan orang ramai dalam pembedahan kerana dia bukan insan yang biasa, dia bukan Black Jack, tetapi dia Dr.Black Jack!
Hand of god
‘El pibe de oro’ (the golden boy) atau nama sebenarnya Diego Armando Maradonna, beliau seorang pemain bola yang hebat dalam World Cup 1986. Apa pula kaitan dengan animasi Dr.Black Jack? Kiranya, Madonna ni hebat kerana dianugerahkan nama gelaran. Dr.Black Jack juga tidak ketinggalan memiliki nama gelaran.
Kedengaran agak bodoh, tetapi itulah jalan ceritanya. Dr.Black Jack memiliki nama gelaran kerana dia tersangat hebat dalam bidang kedoktoran walaupun dia tidak memiliki lesen dalam bidang kedoktoran. Saya suka mengaitkan kisah Dr.Black Jack ini dengan pahlawan agung islam Khalid al-Walid.
Khalid al-Walid telahpun dipecat oleh khalifah Umar bin al-Khattab kerana mahu menukar pemikiran umat Islam bahawa mereka menang dalam peperangan kerana kehendak Allah dan bukan kerana makhluk iaitu Khalid al-Walid. Asal Khalid al-Walid masuk berperang je confirm menang. Asal menang je confirm sebab Khalid al-Walid jadi panglima peperangan.
Berbalik kepada kisah Dr.Black Jack, mengapa saya buka kisah Khalid al-Walid? Jalan kisahnya hampir sama, asal Dr.Black Jack masuk bilik pembedahan je, confirm pembedahan laksana dengan jayanya. Dari situ timbul gelaran untuk Dr.Black Jack; the hand of god.
Bayaran Pembedahan hand of god
Sewaktu nabi Muhammad menghantar Muadz bin Jabal menjadi gabenor, nabi ada memesan:
“Permudahkan jangan memayahkan, gembirakan jangan menakutkan.”
Lelaki yang hebat dalam bidang kedoktoran tanpa memiliki lesen yang sah ini juga terkenal dengan bayaran pembedahannya itu. Doktor bedah yang berwatakan pendiam tetapi cool ini mengenakan bayaran yang terlampau tinggi dan agak sukar dipenuhi tuntutan oleh orang awam.
Namun begitu, masih ramai orang yang bergantung harapan pada the hand of the god ini. Jangan ditanya mengapa, anda sudah tahu jawabannya. Seolah-olah dia mampu menyelamatkan nyawa setiap penyakit kritikal yang dibedahnya. Sepertinya dia malaikat maut yang kedua. Jadi tidak hairanlah mengapa dia digelar the hand of the god.
Nabi menyuruh kita permudahkan dan jangan memayahkan. Tetapi, lelaki bertangan tuhan ini seperti mahu ‘mencekik darah’.Disini, saya tampil untuk memberi pandangan.
Pandangan saya menyatakan, Dr.Black Jack sengaja meletakkan keadaan yang tertekan kepada yang orang yang mahu pesakit dibedah kerana mahu menguji kesungguhannya berkorban harta.
Kita seperti bola angin yang ditekan kedalam air, makin ditekan semakin sakit dan apabila dilepas, akhirnya bola itu akan naik keatas dengan lajunya. Itulah keupayaan manusia apabila dia tertekan.
Apabila kita belajar berkenaan syariah, akan ada salah satu prinsip umum syariah islam iaitu beban yang sedikit. Islam itu mudah tetapi jangan dipermudahkan. Tidaklah kerana islam itu mudah lantas tiada bebanan langsung. Bahkan dalam surah al-Baqarah, Allah kata Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang kita tak tertanggung. Bebanan itu nampak beban, tetapi ianya dapat dilaksanakan oleh kita. Misalanya puasa, tidak akan ada orang yang berpuasa mati kelaparan. Tetapi orang yang berbuka puasa makan banyak tu ada kes kematian.
Apa yang
Jangan menonton animasi ini hanya berhibur dan kemudian mengkritik, “apalah Dr.Black Jack ni tamak!” tetapi hayatilah pengajaran disebalik cerita. Tidak semua orang yang dikenakan upah yang mahal. Malah, ada sesetengah keadaan Dr.Black Jack beri perkhidmatan secara percuma. Bukanlah bermaksud Dr.Black Jack sudah terlalu kaya sehingga tidak mahu menerima wang lagi tetapi atas dasar hubungan sesama manusia.
Kesimpulan
Wujudkah lelaki bertangan tuhan? Mampu melambatkan proses kematian? Oh tidak! Itu semua hanya disebabkan pengalaman dan mungkin anugerah tuhan. Malaikat sendiri belum tentu berupaya mengambil nyawa seekor semut tanpa keizinan Allah. Malaikat sendiri tidak mampu mempercepatkan proses kematian tanpa keizinan Allah . Malaikat tidak berupaya melambatkan proses kematian jika tidak diizinkan Allah. Dimana diri kita?
Sekiranya anda mengaku atau mempunyai sahabat yang bertangan tuhan, nyatakan kepadanya “mampukah anda menahan matahari daripada terbit atau terbenam?”
Saturday, March 10, 2012
Pantun Perlembagaan
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Assalamu’alaikum membuka perbincangan ,
Pantun dikongsi hasil penulisan ,
Undang Undang bertulis empat bahagian ,
Perlembagaan persekutuan kami persembahkan .
Nabi dilahirkan dibulan mulia ,
Rabiul awwal dimusim bunga ,
Perlembagaan persekutuan sumber utama ,
Undang-undang bertulis di
Di langit , Ahmad nama baginda ,
Muhammad nama dimuka bumi ,
Perlembagaan persekutuan terkandung kuasa ,
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri .
Sekiranya Rasulullah bersama kita ,
Melihat wajahnya tidak terkata ,
Duduk bersamanya indah belaka ,
Perlembagaan persekutuan boleh dipinda ,
Parlimen persekutuan meluluskan akta ,
Jika dewan bersetuju dua pertiga .
Nabi berasal dari kabilah terkemuka ,
Keturunan Quraisy kedua ibu bapa ,
Ada peruntukan yang boleh dipinda ,
Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja .
Baginda di bawa ke kubur bapa ,
Di usia muda bersama ibu tercinta ,
Perjalanan pulang ibu meninggal dunia ,
Ada peruntukan yang boleh dipinda ,
Hak orang melayu dan Bumiputra ,
Sensitif lain-lain perkara .
Nabi Muhammad seorang yang kacak ,
Indah wajahnya daripada bulan yang menghiasi ,
Pindaan kedudukan Sabah dan Sarawak ,
Persetujuan oleh YDP Negeri .
( i ) Perlembagaan sebagai undang-undang utama persekutuan
Rasulullah ikon tokoh negarawan ,
Tidak membunuh walaupun panglima ,
Undang-undang dibuat tetapi bertentangan ,
Adalah batal tidak diterima .
Jika ingin syafaat baginda ,
Banyakan selawat janganlah malas ,
Undang-undang dibuat sebelum merdeka ,
Tertakhluk kepada perkara 16 .
( ii ) Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan .
Sunnah nabi jadi ikutan ,
100 pahala syahid di kurnia ,
YDPA bertindak sebagai ketua Persekutuan ,
Jawatan setanding presiden dan raja .
Buah labu baginda gemari ,
Daging pula dibahagian kaki ,
YDP Agong melantik YDP Negeri ,
Wilayah Persekutuan YDPA mengetuai .
Balingan batu sehingga luka ,
Di Taif baginda bersedih duka ,
Ahli majlis terdiri oleh raja – raja ,
Termasuk YDP Negeri sahaja .
Rasulullah bukan manusia biasa ,
Baginda terpelihara melakukan dosa ,
Namun baginda melakukan kesilapan ,
Surah Abasa sebagai misalan ,
Keahlian majlis untuk YDPA ,
Jika majlis bersidang 2 perkara ,
(a) melantik YDPA dan timbalan ,
(b) Perbincangan isu polisi kebangsaan .
( iii ) Islam Sebagai Agama Persekutuan
Kita tergolong umat akhir zaman ,
Hanya menanti Qiamat tiba ,
Agama Islam agama persekutuan ,
Tertakhluk dalam perkara tiga .
Yahudi tua cacat penglihatan ,
Islam kerana akhlak yang nabi tonjolkan ,
Agama lain boleh diamalkan ,
Syarat dikenakan – tiada pendakyahan .
(iv) Kebebesan Asasi
Baginda seorang ketua keluarga ,
Mendidik keluarga menjadi berguna ,
Baginda seorang ketua negara .
Mentadbir negara kukuh beragama ,
Baginda ketua segala perkara ,
Contohi baginda perolehi pahala ,
Pahitnya hempedu , manisnya di syurga ,
Peruntukan di dalam bahagian dua ,
Kebebasan diri , pengabdian dan kerja paksa ,
Perlindungan dari dibicarakan atas tuduhan yang sama ,
Kebebasan bergerak dan hak sama rata ,
Kebebesan berhimpun , menubuh persatuan dan bersuara ,
Hak kebebasan dalam beragama ,
Hak terhadap pelajaran dan harta .
( v ) Hubungan Antara Persekutuan dan Negeri
( a ) Pembahagian kuasa pemerintahan dan perundangan
Yaasin dan Toha nama gelaran ,
Disisi Allah hamba ‘Abdihi ,
Kehakiman persekutuan sistem kehakiman ,
Mentadbir undang-undang persekutuan dan negeri .
Memilih miskin namun kaya pekerti ,
Memilih senyuman walau di hutang darah ,
Mahkamah dibawah pentadbiran negeri-negeri ,
Mahkamah Anak Negeri dan Syariah .
Hati Rasulullah tidak
Pada nasfu yang pelbagai perihal ,
Senarai persekutuan tersangat luas ,
Keselamatan , siasatan dan lain-lain hal .
Lafaz ummati detik kematian ,
Mengingatkan umat yang tercinta ,
Pemergian Rasulullah satu kehilangan ,
Sahabat bercucuran air mata ,
Senarai 2 jadual 9 ,
Senarai negeri terkandung perkara ,
Hukum syarak , tanah pertanian dan perhutanan ,
Dan banyak perkara yang membina .
Di hadapan nabi suara rendahkan ,
Meninggikan suara satu larangan ,
Surah al-Hujurat didalam al-Quran ,
Jika berlaku percanggahan ,
Antara undang-undang negeri dan persekutuan ,
Undang-undang persekutuan lebih diutamakan .
Kepala baginda letak di riba ,
Sebelum wafat disisi Isteri kesayangan ,
Senarai tiga senarai bersama ,
Perkara tersenarai perkara kebajikan .
( b ) Kuasa Parlimen membuat Undang-Undang untuk Negeri .
Simpulan rambut tersembunyi dalam perigi buta ,
Rasulullah disihir Yahudi Laknatullah ,
Parlimen berkuasa undang-undang adat dan agama ,
Berkuasa juga bab hartanah .
Apabila Rasulullah “ditutupi” bumi ,
Perjuangan disambung khalifah yang mengetuai ,
Perihal hartanah terkecuali ,
Sabah dan
( c ) Peruntukan Kewangan
Tanpa Rasulullah satu kehilangan ,
Ibarat rembulan tanpa mentari ,
Hasil negeri kuasa persekutuan ,
Kegunaan agama kuasa negeri .
Wallahu'alam
Muhammad Irfan Bin Abdul Rani , Diploma Undang-Undang dan Syariah , Kolej Universiti Islam Melaka 2012
Thursday, February 9, 2012
Pantun Manusia dan Masyarakat Islam
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Jahala jahil tidak memahami ,
Huru-hara hidup tidak selamat ,
Tiada utusan dan kitab suci ,
Rosak akidah pegangan sesat .
Bermula di Hijaz hadhari islam ,
Menukarkan corak kehidupan masyarakat ,
Zaman jahiliyah akhlak terbenam ,
Datang nabi memimpin dunia akhirat ,
Arab Jahiliyah dua kategori ,
Badwi digurun dan pedalaman ,
Dipersisiran pantai si puak hadhari ,
Perilaku yang jahat jadi amalan ,
Lelaki sejati lelaki berani ,
Meminum arak sehingga mabuk ,
Wanita tidak dapat mewarisi ,
Harta pusaka walaupun habuk ,
Menanam bayi sejurus dilahirkan ,
Bayi ditanam berjantina perempuan ,
Takut anak menari separuh pakaian ,
Menjatuh maruah menurut sangkaan .
Diinjak-injak maruah wanita ,
Dalam hal harta tak terkecuali ,
Berkahwin banyak dalam satu masa ,
Atau dengan orang yang digemari .
Kabilah merompak barang dagangan ,
Wajib merompak mencari makan ,
Peniaga hanya pentingkan keuntungan ,
Riba dan penindasan dijalankan .
Empat kepercayaan sesat beragama ,
Agama Wathani menyembah berhala ,
Agama Majusi api dipuja ,
Animesme pula menyembah dunia ,
Turut percaya bab karut belaka ,
Yahudi nasrani diubah manusia .
Waraqah Bin Naufal pendeta yang buta ,
Uthman bin Huwairith agama diturut ,
Abdullah bin Jahsh pengikut hunafa ,
Agama hanif mereka menganut .
Taksub terhadap kabilah kendiri ,
Syeikh dianggap menyatukan ahli ,
Ahli terdiri suku tersendiri ,
Memiliki peraturan dan identiti .
Syeikh dilantik ahli kabilah ,
Dilantik atas sepakat masyarakat ,
Fikiran matang berani dan gagah ,
Pandai berpidato antara syarat .
Semangat as-sobiah semangat kesukuan ,
Semangat melampau pencetus peperangan ,
Berstruktur dari sesebuah kumpulan ,
Sistem kabilah berasas keturunan .
Setiap puak tinggal dalam kelompok sendiri ,
Mempunyai peraturan yang kabilah tetapkan ,
Perasaan kesukuan sifat yang dikeji ,
Sifat kesukuan punca persengketaan .
Sifat yang keji faktor geografi ,
Bumi yang panas dan tanah yang tandus ,
Membela maruah kabilah dan diri ,
Hidup bekerjasama masalah dikambus .
Peperangan al-Basus penuh bahang ,
Antara bani Bakar dan bani taghlib ,
Sebab yang kecil 40 tahun berperang ,
Bani Bakar membunuh si bani taghlib .
Nabi Muhammad berketurunan pemerintah ,
Qusai Bin Kilab pemimpin dikenali ,
Lebih kurang 100 tahun mentadbir Makkah ,
Sebelum kelahiran nabi terpuji .
Telaga zam-zam wujud berkait rapat ,
Sirah nabi Ismail merengek kehausan ,
Berlari mencari air di merata tempat ,
Kerana si ibu tiada susu dibadan .
Insan kelahiran lembah Bakkah ,
Hari ke 12 di musim bunga ,
Tarikh termaktub pada Tahun Gajah ,
Muhammad terpuji dinamakan datuknya .
Abdullah ke Syams pergi berdagang ,
Singgah di Yathrib sebelum pulang ,
Sakit pula datang menyerang ,
Syaibah pun kurang anak seorang .
HalimatusSa'diah ibu sususan ,
Memelihara nabi satu harapan ,
Walaupun susu tiada dibadan ,
Mulut diputing susu berlebihan ,
Unta yang uzur pecut kehadapan ,
Membawa nabi ke kampung halaman ,
Halimatus Sa'diah tercengang kehairanan ,
Rahmat nabi keatas seluruh kehidupan .
Aminah Binti Wahab ibu baginda ,
Suratan ilahi meninggal dunia ,
Yatim piatu nabi menimpa ,
Ketika genap enam tahun usia .
Wallahu'alam :)
Monday, January 9, 2012
Hantu , ada hantu , mana Hantu ?
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Harini saya nak share satu perbualan antara saya dengan seorang hamba Allah yang mengadu kat saya . Diharap yang membaca ni tak ada penyakit lemah semangat bila duduk sengsorang dalam bilik . Penceritaan dalam cerita ni telah diolah , kerana saya tak berapa nak ingat jalan cerita nye...
Hamba Allah : Assalamu'alaikum , apa pandangan awak kalau kita , ter ... ternampak arwah roh orang yang kita kenal ?
Penulis : Ok , menurut buku yang saya baca , awak kenal bukan dengan Tuan Guru Harun Din ?
Hamba Allah : Kenal sangat .
Penulis : Ok , beliau menyatakan didalam satu buku beliau , " Menjawab Persoalan Berkaitan Makluk Halus " , roh tidak akan kembali ke alam nyata . Di dalam kubur , sama ada roh sibuk dialam kubur , di azab atau sedang menikmati juadah bayangan syurga .
Saya berikan contoh saya pulak , dahulu kita dari alam rahim , dan alhamdulillah kita sekarang berada di alam nyata . Soalan saya , boleh atau tidak kita kembali ke dalam rahim ibu kita ?
Hamba Allah : Tak boleh ...
Penulis : So , macam tu jugaklah dengan roh . Kalau roh dah dialam barzakh , macammana dia nak kembali ke dalam dunia .
Hamba Allah : Saya tanya soalan ni bukan apa , baru-baru ni saya ada bermimpi satu mimpi , saya bermimpi , berjumpa dengan seorang perempuan dengan wajah yang cantik mendakwa dirinya sebagai tunang saya . Tiba-tiba , wajahnya bertukar menjadi wajah yang sangat hodoh dan tangan kanannya mencengkan dadanya sendiri . Apa tafsiran mimpi tersebut ?
Penulis : Wallahu'alam , saya tak tahu , saya bukan berilmu sangat .
Hamba Allah : Ok takpa , hmmm ... saya duduk dalam bilik ( asrama ) sensorang kadang-kadang terdengar orang main bukak tutup lampu , paip air terbukak sendiri lah ...
Penulis : Saya nak tanya, abang ada atau tidak suka duduk dalam bilik sengsorang ?
Hamba Allah : suka jugak , rasa sunyi je .
Penulis : Abang ada tak tetiba je menangis ?
Hamba Allah : Ada , tetiba saya terjaga daripada tidur , saya menangis secara tiba-tiba !
Penulis : Mintak maaf , dalam buku yang saya baca ( Ustaz Sharhan Shafie ) , menangis tiba-tiba adalah salah satu tanda daripada jin . Abang ada tak mimpi jatuh dari tempat tinggi ?
Hamba Allah : Pun ada , jatuh dari gunung misalannya .
Penulis : Hmm , itupun tanda jugak .
Hamba Allah : Ada hamba Allah cakap , saya kemungkinan ada orang ''hantar'' . Saya geram kenapa diorang yang hebat-hebat ilmu diorang tak cakap yang saya ni di''hantar'' .
Penulis : Begini , Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang nabi yang teragung , dan baginda juga pernah disihir . Nabi S.A.W hanya mengetahui diri baginda disihir setelah Jibrail A.S turun memberitahu tentang perkara sebenar .
Kalau nabi yang mulia pun tak tahu tentang dirinya disihir ( atau di''hantar'' ) , takkan kita ( manusia biasa ) boleh tahu ?
Hamba Allah : Terus terang saya cakap , yang saya ni tak solat . Al-Quran pun saya jauh . Saya ni jugak gilakan perempuan . Saya nak jadi normal ...
Penulis : Gila perempuan ? macam mana tu ?
Hamba Allah : Ermm ,, kadang kakang suka tengok yang lawa . Kadang-kadang terpikir pasal seks .
Penulis : Hmmm ... , saya rasa abang ni patut pergi berubat . ( menurut satu laman sesawang , gilakan seks a.k.a nafsu tinggi berkemungkinan ada penghuni didalam badan . )
Hamba Allah : Darus Syifa ?
Penulis : Tak kisahlah kat mana pun . Saya nak tolong abang pun tak pandai , saya ni bukannya pandai dalam agama pun .
Hamba Allah : Ok takpa ...
Cerita berhenti setakat itu sahaja ...
Wallahualam , saya bermohon kepada Allah daripada kesalahan fakta berkenaan alam ghaib ...