Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Definisi
•
Tamadun berasal daripada kalimah arab “maddani’’
yang membawa dua maksud iaitu peribadi akhlak yang baik dan pembukaan sebuah kota .
•
Civilization yang bermaksud tamadun berasal dari
bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar .
Ciri-Ciri Tamadun Islam
•
Rabbani.
•
Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
-Wahyu al-Quran dan as-Sunnah sesuai dengan fitrah
manusia.Jikalau ditanya kepada kita, apakah hukuman selayaknya diberikan kepada
pembunuh.Maka jawapan kita ialah bunuh. Bunuh balas bunuh = Hudud.
•
Tidak membebankan.
-Syariat Allah tidak membebankan dan kebiasaanya dan keadaan
tertentu diberi rukhsoh. Sekiranya membebankan tidak melampau batas.
Misalanya bab puasa. Tidak ada orang yan berpuasa mati. Bahkan yang banyak
makan yang mati.
•
Sempurna dan menyeluruh.
- Al-quran menceritakan daripada benda sekecil semut bahkan
lebih kecil daripada nyamuk hingga ke alam semesta. Di dalam islam terkandung
adab memasuki tandas hatta kepada pembinaan sebuah negara.
•
Seimbang.
-Tidak meninggalkan urusan dunia disamping mementingkan
urusan akhirat.
•
Sesuai sepanjang zaman.
-Al-Quran yang ada pada zaman nabi adalah al-Quran yang sama
ada pada tangan kita.
•
Terbuka dan toleransi.
-Bebas mengamalkan adat budaya (cth: kain pelikat dll) yang
tidak melanggar syariat.
•
Kesatuan dalam kepelbagaian.
-Islam bukan milik individu, semua bebas menganutinya.Tidak
kira warna kulit,bangsa,tutur bahasa berlandaskan konsep Ummah.
Perlaksanaan Ke Arah Kemajuan Tamadun
•
Menghayati sirah Nabawi.
- Nabi seorang hakim yang adil,panglima peperangan, seorang
suami yang romantik dan lain-lain.
- Salahudin Ayubi menakhluki beberapa tempat dari tentera
salib berlandaskan sistem peperangan yang pernah dilaksanakan oleh Nabi.
•
Menerapkan nilai-nilai agama.
•
Membangunkan tradisi ilmu.
-Sultan al-Fateh memanfaatkan gerhana pada 22 Mei 1453 untuk
mendapatkan Kota Konstatinopel. Tentera Salib menyifatkan, gerhana sebagai
sesuatu yang malang .
•
Peranan cerdik pandai.
- Cth: 23 orang termasuk ulamak dan hukamak berkumpul di
sebuah hotel untuk menyelesaikan masalah. Pihak KUIM tempat saya belajar juga menghantar wakil melihat program tersebut.
Faktor Perkembangan Tamadun
•
Kedudukan geografi yang strategik.
•
Peranan agama.
•
Komitmen dalam etika dan nilai moral.
•
Ekonomi.
•
Kesatuan masyarakat.
•
Interaksi dengan tamadun lain.
Faktor Kejatuhan Tamadun
•
Perpecahan organisasi pentadbiran.
-
Berlaku penyelewangan kuasa dalam kerajaan Melayu
Melaka sehingga Portugis berjaya menguasai Melaka dengan mudah.
•
Ketidaksamaan ekonomi.
•
Keruntuhan nilai moral.
•
Bencana alam.
-
Kaum Ad kaum Nabi Hud musnah disebabkan angin kencang.
-
Kaum Nuh musnah disebabkan banjir besar.
-
Firaun musnah ditenggelamkan dalam laut merah.
Sesi Soalan
1). Adakah tamadun lain mengikut tamadun Islam?
- Ya, misalanya sebagai contoh mereka mendakwa bahawa ilmu
matematik seperti kubik dan algebra berasal daripada mereka. Tetapi perkara ini
dapat disangkal kerana ilmu ini diasaskan oleh al-Khawarizmi.
2). Mengapa nabi Muhammad S.A.W tidak diturunkan membina
bangunan?
Dalam satu majalah, Majalah “IMAN” isu nombor 2, mengapa
nabi tidak diutus membina jambatan? Kerana orang jahiliyah sendiri mahir dalam
bidang tersebut. Mereka hanya lemah dalam pembinaan kerohanian.
Tamadun terdahulu, kaum Thamud hebat dalam mengukir rumah daripada bukit.
Tetapi, mereka tidak ikut terhadap apa yang disampaikan oleh nabi mereka.
Bukanlah nabi mereka yang mengajar dalam pembinaan rumah tersebut tetapi kaum
itu sendiri.
Tambahan lagi, diwaktu sirah nabi Muhammad, sudah wujud
tamadun besar iaitu Tamadun Parsi dan Tamadun Rom.
Kesimpulan
•
Tamadun dalam erti kata lain adalah pencapaian manusia
dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip,
seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang,
politik dan sebagainya yang bersumberkan al-Quran dan as-sunnah.
•
Terdapat pandangan menyatakan tamadun Islam terletak
pada keluasan empayar. Pendapat ini salah! Empayar merujuk kepada kawasan yang
dijajah secara kasar dan secara rampasan. Sedangkan kita tahu, bahawa Islam itu
bukannya “TERRORIST”.
Wallahu'alam