Sunday, October 4, 2009

Natijahnya apa?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Apa khabar? Sihat seperti biasa bukan? Alhamdulillah. Jam di komputer ini menunjukkan pukul 2:14PM pada tarikh 5 Oktober 09, Sepatutnya tempat saya bukan disini. Tetapi jangan risau, sebentar sahaja.

Setelah selesai solat Zohor, Allah tiba-tiba melontarkan secebis dari ilmuNya kedalam kotak pemikiran saya yang kecil. Setelah mengambil sedikit udara dan berfikir sebentar, inilah hasilnya..

******

Di sebuah musolla terbuka;

Ketua Biro Imam ; Syeikh, malam ni jadi imam maghrib boleh? Osman yang sepatutnya menjadi imam tiba-tiba sakit perut.

Syeikh itu ; Insya-Allah, ana cuba..

Lagi 30 minit azan maghrib akan dikumandangkan, rasa gentar bercampur takut didalam dada syeikh itu memikirkan 'lagu apa yang hendak dibawa nanti?' dan 'ayat apa ya?'. Akhirnya azan dikumandangkan oleh seorang yang masih muda dari kumpulan 'Band of Muazzin'. Azan itu sedikit sebenyak menenangkan jiwa.

"Saf!" muazzin mengajak para jemaah berdiri dan memenuhkan saf hadapan yang masih kontang. Syeikh itu melangkah kaki dengan bergetar menuju ke sejadah yang tiada rakan sebelah. Dia menerima mikrofon klip dari muazzin yang baru selesai melaungkan iqamat. 'Allahuakbar', takbir dilaungkan sebagai pemula ibadah.

Ayat yang dibacakan mengenai perlian Allah kepada orang mu'min agar para mu'min memperbanyak berzikir. Syeikh itu menarik2 suaranya, hampir-hampir pecah, tetapi tidak pecah. Ingin sekali syeikh itu menitikkan airmata yang sudah lama kering itu tetapi tidak mampu, begitu juga para jemaah. Waktu maghrib itu disempurnakan dengan bacaan al-Ma'thurat dan solat sunat rawatib. Malam itu, ramai yang menemui syeikh itu dan memuji-muji bacaannya yang dimana sekiranya tidak disandarkan kepada Allah, sudah pasti sia-sia. Kemudian mereka berjalan seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.

******

Panjang juga cerpen ini, tetapi tidak mengapa. Kepada pembaca yang setia saya berterima kasih banyak-banyak.

Jadi, apa kaitannya? Heh, sudah pasti ada. Bermula dari apabila syeikh itu meletakkan perkara teknikal (dalam bab ini tarannum/lagu) sebagai sebuah perkara yang diuatamakan dan sehinggalah orang-orang yang memuji bacaannya dan berjalan seperti biasa.

Kita lihat kembali monolog si Syeikh tadi 'lagu apa yang hendak dibawa nanti?', secara automatik dia sudah meletakkan lagu sebagai apa yang hendak disampaikannya dalam solat tadi. Tetapi apabila dia meletakkan 'Ya Allah, terimalah amalku ini dengan ayat yang aku bacakan nanti sebagai saksi yang aku bersungguh-sungguh' (dalam solatnya yang lain mugkin) insya-Allah natijahnya akan berlainan meskipun apa yang dilakukan adalah sama.

Sama juga seperti apa yang tercatat dalam sebuah buku berjudul 'Ibadatul Mu'min' (Bahasa Indonesia - Meminta dan Mencinta) Karangan Muhammad Amru Khalid. Dia menceritakan (berdasarka dalil sudah pasti) tentang dua orang yang solat bersebelahan, dibelakang imam tetapi perbezaan antara solat mereka bagaikan langit dan bumi.

Apabila seseorang itu meletakkan perkara yang biasa sebagai natijah (contoh; menunaikan tanggungjawab, melepaskan amanah), maka apa yang dia akan peroleh hanya sebahagian kecil dari ganjaran, tetapi apabila dia meletakkan perkara yang lebih tinggi/hebat sebagai natijah (contoh; untuk taqarrub dengan Allah, memuaskan iman) , maka baginya adalah ganjaran yang lebih besar.

Sekadar sebuah teori, segala salah minta sangat-sangat untuk diperbetulkan, dan minta doakan saya agar sentiasa berada selandasan dengan Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muhammad al-Fatih, Solahuddin al-Ayubi dan mereka yang lain.

Friday, September 18, 2009

Salam AidilFitri


Bismillahirrahmanirrahim ...

Allahumma Solli Ala' Muhammad


Assalamualaikum kami ucapkan,
Untuk bersama-sama ke Syurga yang dijanjikan,
Habis Ramadan Syawal pula diraikan,
Perbuatan yang lama jangan pula dilakukan.

FITRI , FITRI juga,FITRAH dah ke belom?
hahaha

Thursday, September 17, 2009

Sedekah sebelum menangis tak sudah sudah !


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Satu hari Fatimah,anak Nabi Muhammad S.A.W. di datatangi oleh Fakir Miskin meminta makanan sewaktu ketiadaan Saidina Ali,suaminya.

Fatimah yang ketiadaan makanan setelah mencari didapur , memberi loket Hadiah perkahwinannya dari Ali kepada Fakir Miskin itu untuk Fakir Miskin itu membeli makanan.


Fakir Miskin itu kemudiannya menjual loket itu dibandar.

Kebetulan,yang membeli Loket itu ialah Abdul Rahman bin Auf.

Abdul Rahman Bin Auf ini mengetahui pemilik sebenar loket ini ialah Fatimah.

Lalu,beliau memulangkan kembali kepada ayahanda Fatimah yakni, Nabi Muhamad S.A.W untuk diberikan kembalikan kembali kepada anaknya.


Wallahualambissawab,
Hanya Allah boleh menjawab.


Sedekah merupakan amalan yang mulia di sisi Allah.
Ganjarannya kita akan dapat kembali ,cuma CEPAT atau LAMBAT.
Contohilah sifat Fatimah,moga selamat dunia akhirat.





Dari Ka,ab bin 'Ajarah ra,katanya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya,ujarnya :"Ya,Ka'ab bin 'Ajarah!sebenarnya tidak akan dapat masuk syurga segempal daging dan darah yang tumbuh dari keharaman,bahkan api neraka lebih tepat baginya.Ya,Ka'ab bin 'Ajarah!manusia ini ibarat dua orang pengembara,seorang sedang berupaya melepaskan dirinya dan berhasil memerdekakan dirinya,dan seorang lagi sedang berusaha mencelakakan dirinya.Ya ,Ka'ab bin 'Ajarah!solat itu satu pengorbanan,puasa sebagai penangkal dan sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti halnya gumpulan salju lenyap dari puncak bukit batu"

(Hadis riwyat Ibnu Hibban dalam sahihnya)


Dan dari Ibnu Mu'adz bin Jabal katanya:"Saya dalam perjalanan bersama dengan Nabi SAW-sampai pada akhir keterangannya disebutkan sebuah,katanya(Nabi bersabda):Mahukah kalian saya tunjuki pintu-pintu kebajikan?"tentu ,ya,Rasulullah,jawab saya.Maka sabdanya lagi:"Puasa itu penangkal dan sedekah itu pemadam kesalahan seperti air memadamkan api".

(Riwayat At-Turmizi dan dikatakan hadis hasan sahih)


Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir dan Al-Baihaqi katanya:Sabda Rasulullah SAW sesungguhnya sedekah itu menolong orangnya panas di kuburan;Sesungguhnya orang Mukmin dihari kiamat kelak hanya akan mendapat teduh dibawah naungan sedekahnya."

(At-Tabarani dalam Al-Kabir dan Al-Baihaqi dari A'qabah bin 'Amir)



Diriwayatkan dari Maimunah binti Sa'din bahawa ia pernah berkata:Ya,Rasulullah,berikanlah keterangan kepada kami tentang sedekah,maka sabdanya :"Bahawa sesunggugnya sedekah itu penyanggah dari api neraka bagi sesiapa yang melakukannya dengan ikhlas semata-mata kerana ingin memperoleh keredhoan Allah 'Azza Wa Jalla".
(Riwayat At-Tabarani)


Artikel ini pula dipetik dari Surat Khabar Siasah 2-8 ramadan bahagian renungan

Ramadan Al-Mubaraq Pencetus Kegembiraan bagi Yang Beriman


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , apa yang bestnya dalam puasa ni ? , letih lah . nak korek hidung dalam dalam pun tak boleh .

Haha . wah . haru biru . Bulan puasa ni best , dalam satu riwayat nabi kata ;

" Seandainya umatku tahu rahmat didalam ramadan , mereka pasti mahu bulan ramadan pada setiap bulan "

seterusnya,


اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ ، وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, (pertama kegembiraan) apabila berbuka dan (kedua kegembiraan) apabila menemui Allah. Maka Allah akan memberinya balasan maka itulah kegembiraan" -riwayat Bukhari (3393)-

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu"
-riwayat Bukhari (36)-

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانِ فَكَفَّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَااجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرِ.

"Solat yang lima, Jumaat keJumaat, Ramadan keRamadan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar". -riwayat Muslim (233)-

Dan dari Ibnu Mu'adz bin Jabal katanya:"Saya dalam perjalanan bersama dengan Nabi SAW-sampai pada akhir keterangannya disebutkan sebuah,katanya(Nabi bersabda):Mahukah kalian saya tunjuki pintu-pintu kebajikan?"tentu ,ya,Rasulullah,jawab saya.Maka sabdanya lagi:"Puasa itu penangkal dan sedekah itu pemadam kesalahan seperti air memadamkan api".

(Riwayat At-Turmizi dan dikatakan hadis hasan sahih)


Seterusnya kita pergi ke hadith ini ;

" Rejab bulan Allah , Syaaban bulan aku dan Ramadan bulan Umatku ."

( Hadis status Dhaif )

Apa yang hebatnya bulan ramadan ni sampai Nabi kata ramadan bulan umatku ?

Anda tahu jawapannya . Takpa lah saya bagitau .hehe



Lailatul Qadar lah .

Apa itu lailatul Qadr ?

itu ialah malam yang
lebih baik dari 1000 bulan ( 83 Tahun)


Firman Allah ;

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara .

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Al-Qadr : 97 : 3 hingga 5 )


Wallahu'alam