Saturday, February 13, 2010

Anda Ikhlas jika anda kata anda Ikhlas ???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




ARTIKEL KALI INI ADALAH HASIL COPY PASTE dan diolah


Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNya , ia tidak diketahui Malaikat sehingga ia tiada kuasa menulisnya .

Tidak juga diketahui oleh Syaitan sehingga ia tidak mampu merosakkannya .



IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas ( ikhlas yang tidak ikhlas ): Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

" Awak jangan risau , pertolongan saya ni ikhlas kerana Allah S.W.T , saya tak akan minta ganjaran punya "

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Suka saya membawa kata-kata Sahal bin Abdullah dalam membawa makna ikhlas:

قال سهل بن عبد الله: لا يصح الإخلاص إلا بترك سبعة: الزندقة والشرك والكفر والنفاق والبدعة، والرياء، والوعيد.

Maksudnya; tidak sah keikhlasan itu kecuali dengan meninggalkan tujuh perkara : Zindik, Syirik, Kufur, Nifak, Bid’ah, Riya’, Dosa besar.



Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Wallahualam...

P/ S : berkata "saya ikhlas / saya suka baca surah al ikhlas" lain tau...haha..owh ada lagi... , kalau nama kita Ikhlas , tak salah tau cakap yang "saya ni Ikhlas"..haha

Saturday, February 6, 2010

Syaitan , Seteru kita yang nyata


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Alhamdulillah , sudah agak lama saya tidak berblog... Hari ini diberikan sedikit ruangan oleh Allah untuk sya menyampaikan ilmu yang saya dapat di majlis majlis ilmu .
Walaupun agak sedikit , mari kita bersama - sama membacanya mudah-mudahan diberikan taufik oleh Allah dalam menyampaikan dakwah .Insyaallah.


Topik harini yang sudah saya tuliskan di tajuk bermaksud " Syaitan ( bekas Iblis , Jin ) adalah musuh kita yang nyata "

Iblis itu menurut sesetengah ulama ialah nama syaitan sewaktu berada di syurga.
Iblis merupakan ketua kepada Malaikat di langit , kalau tak silap saya.
Persoalannya , kenapa Iblis dihalau dari syurga ?

Berfirman Allah dalam surah Sod ayat 71-74

" Ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat - Malaikat : Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada Tanah ."-71

" Apabila Aku sempurnakan kejadian nya dan kutiupkan ruhku ( ruh ciptaan Ku ) kepadanya , maka meniaraplah mereka sujud kepadanya "-72

" lalu sujud malaikat semuanya , sekaliannya "-73

" Kecuali Iblis , ia sombong , lalu menjadi kafir " -74

dalam keempat-empat ayat ini ada 2 persoalan yang kita boleh kongsi bersama

1 . Bagaimanakah Iblis dikatakan kafir kerana tidak sujud kepada Adam sedangkan dalam ayat ke 72 , Allah hanya memerintah bahawa hanya Malaikat yang sembah kepada Adam .
Contohnya beginilah , orang cina yang duduk lama diperkampungan orang Melayu sehinggakan pakaiannya orang Melayu , minum pun macam orang Melayu sehinggakan pertuturan pun Melayu .

Bila ketua kampung panggil kesemua orang Melayu untuk bermesyuarat , orang Cina ni pun turut datang bermesyuarat kerana dia merasakan dia sudah jadi Orang Melayu .Tetapi hakikatnya dia masih orang cina dan masih mengamalkan agama berhala .


Macam tu jugak Iblis . Iblis menjadi ketua Malaikat di langit dan hidup dalam berkelompok Malaikat sehinggakan perwatakannya seakan-akan menjadi Malikat yang dijadikan daripada cahaya sedangkan Iblis lahir dari Api .


2 . Persoalan kedua ni sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Iblis sebenarnya tetapi kita kongsikan jugak bersama.

Persoalannya ialah bagaimanakah sujud yang digambarkan di surah Sod ayat 72 ini ? Ulama bersependapat sujud yang dimaksudkan ialah rukuk dan pendapat ulama yang paling kuat ialah sujud sebenar-benar sujud kerana ia dasar dari perintah Allah , wajib dilaksanakan .Wallahualam.




Allah berfirman lagi dalam ayat yang seterusnya surah Sod ;

" Berfirman Allah : Hai Iblis , mengapakah engkau tidak mahu sujud kepada orang yang Kuciptakan dengan kedua tanganKu ( kekuasaanKu ) , sombongkah engkau atau engkau termasuk orang-orang yang tinggi ? " -75

" Sahut Iblis : saya lebih baik daripadanya, saya Engkau ciptakan dari api dan dia engkau ciptakan dari Tanah . " -76

" Berfirman Allah : keluarlah engkau dari dalam syurga , sesungguhnya engkau terusir ( dibuang ) " -77

itulah sebabnya Iblis dibuang dari syurga , kerana sifat takbur dan bangga diri . Syaitan tak pikir tu bahawa Tanah boleh padam api...Kalaulah dia berfikir , nescaya takkan dia diusir dari syurga .
Wallahualam.


Syaitan juga berjanji kepada Allah untuk menyesatkan semua cucu cicit , semua keturunan Adam . Sesuai dalam surah Sod : ayat 82 .

" Berkata Iblis : Demi kekusaanMu , sungguh akan kusesatkan mereka ( Adam dan anak-anaknya ) semuanya " -82



Apakah Kelebihan Syaitan ?


1.Syaitan mampu menghiasi mata kita ;

dalam surah al Hajr ayat 39 yang bermaksud

" Berkata Iblis : Hai Tuhanku ! Demi , sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka ( kejahatan yang ada ) dibumi , ( sehingga mereka pandang baik ) dan demi , akan kesesatkan mereka semuanya . "


2. Syaitan mampu melihat manusia;


syaitan juga boleh melihat kita sedangkan kita tidak mampu untuk melihat mereka .

Dalam surah al A-raf ayat 27 yang bermaksud ;

" Hai anak - anak Adam , janganlah kamu terpedaya oleh Syaitan , sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapakmu dari syurga , sedang ia menanggalkan pakaian keduanya , supaya terbuka kemaluannya . Sesungguhnya syaitan itu dan belantaranya melihat kamu sedang kamu tiada melihatnya . Sesungguhnya syaitan - syaitan itu menjadi wali bagi orang - orang yang tiada beriman ."


3. Syaitan mencuri maklumat dari Malaikat ;

Dahulu , syaitan berupaya mencuri Maklumat dari langit ( malaikat di langit ) . tapi semenjak kelahiran Nabi Muhammad , Allah memuliakan baginda SAW dengan menjadikan petir untuk menghapuskan syaitan dari mencuri maklumat dilangit .Kalau tak percaya , tengok kat luar rumah bila kilat , kadang kala bila kilat petir tapi langit cerah je...

Ilmu apakah yang syaitan curi ?nak tahu ? jum kita baca;

malaikat Harut dan Marut adalah malaikat yang dikurniakan ilmu Sihir dari Allah dengan tujuan untuk menguji keimanan orang - orang Mukmin .
Maka , syaitan yang mempunyai kedengaran yang tajam pun mencuri ilmu tersebut , padahal Marut dan Harut tidak pernah sama sekali mengajarkan ilmu Sihir kepada syaitan .



4 . Syaitan berupaya berjalan dalam darah manusia ;

dalam hadis nabi yang bermaksud
" Sesungguhnya syaitan itu berjalan melalui pembuluh darah manusia"


5 . Syaitan senantiasa berdamping dengan semua manusia dari kecil ;

Nabi juga bersabda ;

"Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan didunia melainkan diganggu oleh syaitan kecuali Nabi Isa "

Syaitan ( khusus ) yang menganggu kita semenjak bayi digelar sebagai Qarin .
Qarin nabi SAW sudah diislamkan.



Kelemahan Syaitan ?

syaitan tidak mampu bertahan lama dalam menzahirkan diri kepada manusia
;

Tak percaya tengok lah kes histeria...muncul kan diri je..lepas tu rasuk dan larikan diri...

Macam kitalah , kita tak boleh ghaib tapi syaitan ghaib dan kita menzahirkan badan kita tetapi syaitan tidak mampu. Itulah sebabnya tak payah takut dengan diorang ni.



Bilakah syaitan datang ?

1. Solat

soalan ini pernah ditanya oleh Sahabat lalu bersabda Nabi SAW yang bermaksud ;

" Sesungguhnya syaitan dalam setiap urusan kamu "


jadi tak hairanlah kalau waktu solat pun dia kacau...


Orang yang suka akan ilmu hitam ni kenapa ? kan ilmu hitam itu ilmu yang dilarang oleh Islam kerana ia berunsurkan syaitan...orang yang jumpa bomoh ni nak apa dari bomoh ? nak kebal taknak mati... Ok , kalau badan kita kebal macam mana nak mati Syahid ?


2 . Menguap

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

menguap boleh menjatuhkan maruah kita , Syaitan akan datang untuk menjatuhkan maruah kita , bila kita menguap sampai terkeluar bunyi dari mulut maka syaitan akan ketawa berdekah -dekah .
Dikatakan juga, sukan yang menjatukan maruah adalah dilarang sama sekali didalam Islam.

3 . Muzik

berkata Imam Ghazali ,
" setiap benda yang HARUS kalau dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk "

Kalau kita asyik dengan bernasyid sampai Quran pun tak pegang maka apalah erti kita beribadat sepenuh hari ?

P/s : hati-hati ye... syaitan berada dibelakang anda..HEHE

Wednesday, January 27, 2010

Menutup Aurat menjauhi Zina


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Harini saya taknak bagi tahu hukum menutup aurat sebab saya rasa semua orang Islam dah tahu hukumnya ,,,
Wajib ye anak - anak sekalian, eh terbagitau pulak..haha


Yang saya nak kongsikan kepada READERS semua ialah Kenapa Islam menyuruh kita menutup aurat ?

Firman Allah dalam surah Al- isra' ayat 32 yang bermaksud ;

" Dan jauhilah kamu zina , sesungguhnya zina itu keji lagi menyesatkan "

bukankah menunjukkan ( membuka ) aurat tu menghampiri zina ?


Satu lagi firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59,

Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka , supaya mereka lebih mudah dikenali orang kerana itu mereka tidak diganggu .

Saya nak memfokuskan tajuk cerita ni kepada perempuan..
lelaki senang...aurat lelaki tutup dari pusat hingga lutut...tapi kalau boleh tutup sampai habislah..

Dimana aurat wanita ?
dalam gambar ini juga terdapat suruhan Allah terhadap aurat Wanita.

sumber gambar : Seleksi Buku


bersabda Rasulullah SAW ,

"...dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang- lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias) , mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..." (Sahih Muslim).
Satu lagi , adakah korang semua masih ingat akan peristiwa Isra' dan Mikraj ???
peristiwa dimana Rasulullah SAW melihat perempuan yang diganting rambutnya dengan otak yang mendidih dalam api neraka ....
sebab apa perempuan itu diazab sedemikian rupa ???
Ini kerana dia tidak menutup rambutnya semasa di dunia dari lelaki yang ajnabi .


Zaman sekarang ni dah ada dah benda - benda macam nie... aduhai , malang betul kita ...nampaknya jadi macam Marut dan Harut lah kita ni....

ok...berbalik kepada aurat perempuan...aurat perempuan ialah semua anggota kecuali muka dan tapak tangan...saya pasti semua perempuan dah tahu..tapi...
perempuan yang sempurna auratnya ditutup hanyalah sedikit...

Perempuan ada 3 jenis

1 . Tutup aurat sempurna
2 . Tutup aurat tidak sempurna
3 . langsung tidak tutup aurat

Dari iklan rejoice hingga ke program entah apa-apa di rangkaian televisyen , ketiga - tiga jenis perempuan ni kita dapat lihat...

macam - macam fesyen ada tapi adakah ianya dibenarkan syariat,,,?
yang nampak PUSAT MEMBELI BELAH lah..
yang nampak GUNUNG KINABALU la... ( istighfar )...

Tapi harini saya nak fokuskan kenapa memakai pakaian yang ketat , Islam melarangnya ?
Kan aku dah kata tadi ...ianya menghampiri zina...hehehe

Ok ok...

Pakai pakaian yang ketat boleh menyebabkan kita ;

1 . Tak selesa .
Apabila kulit tak mampu bernafas . Peluh yang keluar melalui pori pori menyebabkan korang kurang selesa untuk bergerak kerana pakaian ketat akan melekat pada kulit .

2 . Bakteria .
Pemakaian yang ketat boleh menyebabkan peluh terkumpul seterusnya memudahkan pembiakan bakteria.
Peluh yang banyak akan meningkatkan kelembapan kerana bakteria gemar berada di tempat yang lembap .

3 . Gatal -gatal .
Bagi yang kuat berpeluh ditambah pula memakai pakaian ketat , mudah akan mengalami kegatalan pada kulit . Byangkan saja peluh yang banyak mengalir dan lama kelamaan kulit menjadi kemerahan lantas melecet .

4 . Bau .

Baju yang ketat malah penuh dengan peluh yang terperangkap bakal mengundang bau- bau yang masyuk .
lama kelamaan , kawan korng pun hilang akibat bau korng yang " enak " tu...hehehe

5 . Jerawat .
Pemakaian ketat akan menutup liang liang minyak sehingga menimbulkan masalah jerawat terutamanya jerawat yang muncul di belakang tubuh .

6 . Pergerakan .

korang akan mengalami kejang otot , sakit pinggang , sakit dada kerana sukar bernafas dan sebagainya.Ini juga diakibatkan oleh pemakaian pakaian yang ketat.

7 . Kesuburan .
Pamakaian seluar yang ketat pula boleh merosakkan buah zakar ( kaum lelaki ) manakala kaum perempuan pula boleh menyebabkan masalah bau kelembapan .


Kita rehat tengok video ni kejap

Aurat - Ustaz Zaharudin Abdul Rahman



nah , baca juga Bicara Aurat

Ada lagi,...haha ..Apakah Suara kaum Hawa itu aurat ??? baca pula artikel ni Hawa : Aurat atau bukan???

Wallahualam bissawab,,..

P/S : saya ada pantun untuk orang yang tak tutup aurat nih

Anak pak Ali lidahnya kelat ,
Kerana lidahnya terputus urat ,
Pakai baju tak tutup aurat ,
Pahala kurang dosa yang melekat .

Penghinaan Islam didalam permainan Video


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


'Video Game' atau dalam Bahasa Melayu 'Permainan Video' makin mejadi kegilaan ramai kanak kanak dan remaja terutamanya permainan video PC, PS2 dan PS3,XBox dan bermacam macam lagi.Tapi tahukah anda ada terdapat permainan video yang secara secara terang-terangan menghina Islam??

Sebenarnya Game ni dah lama , cuma apa yang saya jumpa menerusi perbualan orang di laman web yang lain hanyalah gambar , kemungkinan gambar boleh di edit. Jadi saya kaji , dan telah terjumpa video di Youtube.Ternyata memang benar Game ni menghina Islam !!!

Berhati-hati dengan permainan2 ini!!! Benarlah firman Allah:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
( Suratul Baqarah : ayat 120 )





satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg
menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan
pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu
hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu

ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini
permulaannya...

" wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
[dalam bahasa inggeris]

dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya... klau tak
silap kitab bible... pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat
kemusnahan yg tercatit didalam bible...

Tujuh ayat kemusnahan dlm Bible:
1) Wrath ( Murka )
2) Sloth ( Kemalasan )
3) Lust ( Nafsu )
4) Gluttony ( Kerakusan )
5) Greed ( Ketamakan )
6) Pride ( Kebanggaan )
7) Envy ( Iri Hati )

Gambar pintu Kaabah yang sebenar dan bandingkan gambarnya di dalam permainan ini...


Perhatikan gamba dibawah ini

Pintu Kaabah:






Helah Penghinaan:












sumber : Petikan Buku




Bukti:


Devil May Cry 3 : Penghinaan Pintu Kaaba

Keterangan;
Video ini adalah benar dan disiasat sendiri oleh saya ( penulis blog surau ) untuk mengetahui benarkah permainan ini ada menghina Rumah Suci Allah .Ternyata benarlah pernyataan yang saya baca di http://petikanbuku.blogspot.com/ .

Berikut adalah Comment saya dengan Si Upload di Youtube.com ;


Narupan18 (saya) :

they open kaaba door?
Kaaba is holy
Allah will push them to Hell in the Last Day
I am Muslimes...

Terjemahan Narupan18 :

Mereka buka Pintu Kaaba?
Kaaba ini suci
Allah akan mencampakkan Mereka(yang mencipta permainan ini) ke dalam Neraka pada Hari Terakhir (kebangkitan)
Aku adalah Beragama Islam


rocketboy2011
(si Upload):

Its a flippin game retard.
allah aint guna do shit.


Terjemahan Rocketboy2011 :

Ini merupakan permainan ciptaan Filipina yang terbantut.
Allah tidak akan menggunakan kesialan.



Kawan kawan saya ada yang dah main game ni ( masa tak tahu game ni hina Islam ) ...

1 . Aku akui pernah main game ni tetapi aku tidak sampai ke tahap ni...
Subhanallah aku hampir terlalu taksub dengan game ni.
- Hamba Allah


Wallahualam


P/ S : Aku memang tak pernah main game ni...sebab time game ni keluar aku takde pon konsol Ps 2 / xbox...haha