Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Sebagaimana yang kita tahu , Umar Al Khattab seorang yang tegas dan berani sehingga kan Syaitan takut nak menganggu Umar ...
Namun begitu..Umar amat menyayangi keluarganya...
mari kita hayati Kisah ini...
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari , anak Umar bin Al-Khattab pulang dari Sekolah sambil menangis . Ketika ditanya oleh ayahnya , anak itu menjawab "Teman - temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku . Kata mereka lihatlah anak Amirul Mukiminin bajunya bertampal seperti ini ."
Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya . Oleh sebab itu beliau mengirim sepucuk surat kepada bendahari Negara . meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong .
Maka bendahari mengirimkan surat jawapan yang berbunyi " Wahai Umar , adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan dapat hidup sampai bulan depan ? Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu ? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu kepada Allah ?"
Membaca surat itu maka Umar tersungkur menangis , lalu berkata Umar kepada anaknya " Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun untuk sejam lagi "
Kalau kita,...sampai pecah anak tekak.."nak jugak!!!" ahaha..betul tak remaja ku???
Friday, March 19, 2010
Thursday, March 18, 2010
Hukum membalikkan tangan sewaktu Doa Menolok Bala
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli A'la Muhammad
Pernahkah anda terlihat ketika Imam membaca sesuatu doa , telapak tangannya mengadap ke lantai dan tangan nya mengadap ke langit ?
Doa yang dimaksodkan tak lain tak bukan ...Doa Menolak Bala..
persoalannya ..apakah Nabi Muhammad pernah berbuat demikian ???
ada..
Nabi pernah buat membalikkan tangannya ketika berdoa sewaktu Solat minta Hujan..
Nabi minta hujan..sebab sewaktu tu kemarau yang panjang...
Ulama mentafsirkan bahawa kiranya Nabi membalikkan tangannya sewaktu memohon tolak bala ....
jadi ..Ulama bersepakat bahawa SUNAT membalikkan tangan sewaktu memohon tolak bala...
Kita time kenduri dah tak larat nak makan , penanggah nak taruk lagi nasi dalam pinggan kita , tangan kita macam mana ? ha , macam tu la jugak kita dengan Allah .
Nak faham dengan lebih lanjut ?
layan saja video ni...
Ulasan Ustaz Azhar Idrus tentang DOA TOLAK BALA
Tuesday, March 16, 2010
Kerajaan Iblis di Segi Tiga Bermuda ???
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad

pelik tak anda mengenai tajuk diatas ???
pelik...sebab tiada fakta yang menjelaskan apakah The Bermuda Triangle itu?
Saya sarankan anda beli tajuk buku Kisah Kisah Benar Jinn yang diterbitkan oleh Darul Numan..buku i ada menceritakan kisah-kisah misteri Jinn yang mungkin anda tidak pernah dikhabar...
pelbagai kajian dibuat untuk mengungkap misteri Segitiga bermuda , satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk Ghaib dan markas kejahatan . Di tempat itu pula terdapat singgahsana pusat kerajaan Iblis yang dikutuk Allah SWT , dan bahwasanya jinn termasuk di dlaam struktur pemerintahan maharaja Iblis.
Menurut pendedahan Muhammad Isa Dawud , masyarakat Jinn adalah masyarakat yang sanagat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi , jauh meninggalkan manusia , khususnya dalam menggali dan mengolah benda - benda alam dan unsur - unsur perlombongan .
Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkan nya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia... kecuali di masa Nabi Sulaiman A.S .
Sebuah buku karangan Muhammad Isa Dawud yang berjudul “Dialog dengan Jin Muslim” mengemukakan bahwa segitiga bermuda merupakan kawasan hunian para jin (halaman 83-96).
Jin yang bernama Musthafa melaporkan kepada Muhammad Isa Dawud ;
" Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting. Amerika , Inggeris dan Jerman bermaksud membongkar rahisa Segitiga Bermuda , disamping satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda , disamping satelit - satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya . Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia bermuda . Ini disebabkan keajaiban yang ada disana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata . Sebab disana terdapat sebuah kerajaan Iblis yang sudah sangat tua sekali usianya . Bagaimanapun , mereka tidak akan membahayakan sesiapa sahaja yang tunduk kepada Allah SWT . Sesungguhnya bila seorang Muslim melawati daerah maut itu , dan ia membaca ayat ayat Al-Quran , nescaya Iblis bersama kuncu -kuncunya tidak akan dapat mencelakakannya .
Wallahualam...
Monday, March 15, 2010
Kisah Pemuda dengan Sebiji Epal
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Alhamdulillah...kita sebagai umat Islam sewajibnya memiliki sifat Sabar...
kita hayati kisah Pemuda yang termakan sebiji epal....
( maafkan saya jika penyusunan cerita ini tidak teratur atau sedikit lari dari cerita asalnya )
Seorang pemuda yang bermusafir sedang lapar lalu terlihat makanan berupa sebiji epal bergolek hanyut di sungai . Lalu , dia mencapai buah tersebut dan memakan nya hanya beberapa suapan . Pemuda tersebut kemudiannya terfikir dari manakah sumber makanan yang telah dia makan .
Dia kemudiannya mengikuti arus sungai untuk memohon Halal pemilik buah keatas sebiji buah epal yang di makannya . Setelah berjumpa dengan Ladang yang dipenuhi dengan banyak buah Epal , dia mencari pemilik ladang tersebut dan ingin memohon ampun dan halal keatas makanan yang telah dimakannya .
Setelah berjumpa , dia memohon maaf atas kesilapannya itu .
" mashaallah , hebatnya dia ni , hanya sebiji epal sanggup datang begini jauh . " kata pemilik ladang .
Pemilik ladang tersebut tidak akan memaafkan dia kerana memakan sebiji buah Epal KECUALI jika dia bekerja di ladang epalnya yang besar selama 12 tahun .Ada riwayat menyatakan ianya 8 tahun .Pemilik Ladang menyuruh Pemuda ini menguruskan ladangnya untuk menguji sejauh manakah iman dan tahap sabar pemuda tersebut .
Pemuda itu menerima tawaran tersebut dengan rela hati asalkan darah yang mengalir didalam badannya bukanlah Haram . Setelah 12 tahun bekerja , sekali lagi pemuda tersebut memohon maaf atas kesilapannya memakan sebiji buah epal yang hanyut di sungai 12 tahun yang lalu.
Namun , permohonannya untuk memohon maaf ditambah satu syarat lagi oleh Pemilik Ladang kepada Pemuda tersebut iaitu dia hendaklah mengahwini anak perempuannya yang tidak cukup sifat seperti PEKAK , BISU dan BUTA serta tidak cantik . Pemuda tersebut redho dan menganggap itu sebagai Jodoh dari Allah . Setelah dikahwinkan,Pemuda tersebut terkejut kerana tiada kecacatan pada Isterinya seperti yang dikatakan Mentua nya malahan wajah Isterinya cantik menawan dan berseri .
Mentuanya (Pemilik Ladang ) memberitahu Pemuda tersebut bahawa inilah ganjaran yang Allah berikan hasil kesabaran nya selama 8 tahun bekerja . Pemilik Ladang tersebut juga memberitahu , apa yang dikatakan kepada anak mentua nya tentang anak perempuannya itu hanya lah Qiasan;
*Buta:Tidak pernah melihat benda yang kotor dan kemungkaran .
*Pekak :Tidak pernah mendengar benda yang keji .
*Bisu : Tidak pernah bercakap tentang hal yang menyakitkan hati atau sebagainya .
Persoalannya , siapa pemuda tersebut ? ya , jawabannya ialah Abu Soleh . Siapa pula Abu Soleh ? Abu Soleh ialah seorang ayah yang soleh kepada seorang anak yang soleh . Siapa anak yang soleh tersebut ? Tidak lain tidak bukan , anak yang dilahirkan setelah bernikah dengan perempuan ini ! Siapa ?
Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani .
Cerita ini berlaku sebelum zaman Rasulullah S.A.W .
( Cerita ini adalah intipati Tazkirah Imam Subri Bin Abdullah , imam surau kawasan rumah penulis )
Inilah antara kehebatan kesabaran ....Jadi , ada orang nak nikahkan kita dengan anak nya yang cacat...terima sahaja lah...maybe dia nak test kita..tapi kalau benar... Kirim salam lah ek dengan pasangan korang tu.hehe

Label:
Kisah Iktibar,
Ulama'
Subscribe to:
Posts (Atom)