Saturday, April 10, 2010

Warna = Sifat


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,




Setiap manusia itu sentiasa memiliki sifat- sifatnya yang tertentu.Ada yang baik , dan ada yang bertentangan dengan syarak...

Bagaimanakah jika warna disamakan dengan unsur alam ..??
contoh;

Merah berasal dari unsur api

Biru berasal dari unsur air

Kuning berasal dari unsur tanah

Putih berasal dari unsur angin

Boleh paham...???

Bagaimana pula jika saya kaitkan warna ( telah disamakan dengan unsur alam ) dengan sifat dalam diri kita..

Contoh ;

Merah = Berani

Biru = Bersemangat

Kuning = Lemah Lembut

Putih = tulus ikhlas

Bila kita nampak seseorang itu dengan pandangan warna Merah..kita merasakan bahawa dia seorang yang berani atau sebagainya..

Saya ada satu cadangan... bagaimanakah jika kita mencampurkan satu warna dengan warna yang lain...contoh;

merah + putih = merah keputihan ...yang bermakna ...jujur serta berani memperjuangkan yang haq...itu yang kita nampak bukan...

ada faham semua???bagaimanakah pula jika saya campurkan semua warna...

Merah + Putih+ Biru + Kuning = ??? Jawapannya kelabu bukan???warna nya sudah jadi berubah menjadi warna yang tidak digemari orang ramai..hanya sesetengah orang je yang suka akan warna kelabu...walaupun kelabu = Berani + Semangat +Lemah lembut + Tulus ikhlas...
Untuk makluman anda semua..warna kelabu inilah warna yang sesuai untuk Pejuang Agama Allah ...walaupun hakikatnya warna ini buruk dan dibenci orang ramai...akan tetapi warna inilah yang TERRRR baik ..jika kamu benar benar memikirkannya semula..

Cuba kalian merenungkan kembali...
Untuk makluman semua..sifat yang dikaitkan dengan warna itu hanyalah contoh sahaja...Saya bukan pakar...jadi maaflah kalau salah fakta..

apapun..Wallahualam..

Thursday, March 25, 2010

langit Merah di langit ???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah,


Allahumma Solli A'la Muhammad .





Dalam surah al-Rahman ada termaktub ayat yang menerangkan gambar diatas...Sains dalam Quran...
Untuk makluman , gambar diatas ialah Cats Eye nabula yang berada digalaksi atau dikatakan langit dunia..wallahulam

Firman Allah dalam surah Rahman ayat yang ke37 yang bermaksud ;

"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; "


Subhanaallah , ia membenarkan ayat Quran "lalu menjadilah ia merah mawar ..."


ketahuilah , Keagungan Allah berada dimana -mana sahaja....


Walaubagaimanapun , paling penting adalah ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Qiamat semasa kehancuran yang berlaku dilangit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun dapat membantu kita kecuali Allah SWT .

Wallahu'alam

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Pengemis dan Isteri Cantik

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Kali ini , mari kita ikuti kisah seorang pengemis yang kelaparan meminta meminta kepada suami ( suami kepada isteri yang cantik )


pada suatu hari , ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan di ruang tamu , datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka .

"Tolonglah encik , saya tersangat lapar , sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi ,"rayu pengemis itu.

Dengan muka bengis , si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .Dalam hati si suami itu berkata " Aku membina perniagaanku hingga berjaya bukan untuk orang lain akan tetapi untuk diri dan keluargaku ."

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedeqah .

Beberapa tahun kemudian , perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin . Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya .

Setahun kemudian isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan suami yang baru .

Pada suatu hari , sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan , tiba - tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan . Mendengar rayuan itu , si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan .

Setelah memberi makan sepinggan nasi kepada pengemis , si isteri menangkup muka sambil menangis . Si isteri mengadu kepada suami barunya bahawa si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seseorang pengemis .

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang " Demi Allah , sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!"

Begitulah ceritanya..tak semestinya kita hidup sentiasa diatas..kekadang kita juga akan merasa dibawah..oleh itu..hiduplah kita berbudi bahasa dan tolong menolong..

Sesuai dengan Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas Malik ;

Barang siapa yang mempunyai harta , maka bersedeqahlah dengan kekayaanmu ,
Barang siapa yang mempunyai ilmu , maka bersedeqahlah dengan ilmu ,
Barang siapa yang mempunyai tenaga , maka bersedeqahlah dengan tenaganya .

Adakalanya kalau kita berada diatas orang takkan "jelous" dan kacau ..sebab duduk rumah Flag orang tak pandang!haha

Friday, March 19, 2010

Nabi Nuh; Nabi Nuh meraung tanpa henti


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,



Allahumma Solli Ala' Muhammad


Adakah anda tahu Nuh bukanlah nama sebenar Nabi Nuh meskipun seringkali nama Nuh digunakan didalam Al-Quran...

percaya atau tidak Nuh itu nama gelaran yang Allah taala beri kepada Nabi Nuh...

Apakah maksud Nuh ?
Nuh adalah nama dalam bahasa arab yang bererti " raungan atau tangisan yang berterusan "

nak tahu kenapa Nabi Nuh diberi julukan sedemikian ???

Kisah Nabi Nuh diberi julukan Nuh ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya . Rupa anjing itu lain dari yang lain tidak seperti anjing-anjing yang biasa . Anjing itu bermata empat , dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk nabi Nuh sendiri pada zaman itu . Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti dihadapannya dengan aga kehairanan .

Nabi Nuh kemudian memulakan bicara " Wahai anjing , aku lihat muka engkau ini begitu hodoh , mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain . Mengapa jadi begini ?"

lalu , anjing itu menjawab " Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku sebegini rupa . Kau fikir aku yang hendak mukaku hodoh begini ? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau ! "

Nabi Nuh pun meraung ( menangis ) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu . Nabi Nuh menangis tanpa henti - henti . Terasa benar kesalahannya mengkritik Tuhan . Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu . Tidak henti - henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT dengan tidak sengaja .

Sejak daripada itu namanya pun dipanggil Nuh ( raungan ) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabdikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT .