Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allah humma Solli A'la Muhammad .
Mungkin sudah terlambat untuk saya postkan artikel ni ...tapi percayalah..kalau anda tahu maksud sebenar namaCafe nie pasti anda yang beragama Islam+ yang terbaik tidak akan sama sekali makan di Cafe yang bernama Starbuck...Starbuck dikatakan mempunyai hubungan diplomatik yang cukup , cukup erat dari Negara Haram..yakni Israel...kalau anda perasan melalui namanya sahaja sudah cukup menjelaskan..Baiklah..mari kita pisahkan namanya..Star dan Buck..erm..apa ada pada nama???mula -mula kita translate Bucks...

Ya ...Bucks bermakna Dolar..dan dolar pula adalah matawang..Apapula maksud Star ???

Star Of David
Ada paham tak maksud STAR tu ???StarBuck tu bila dicantum maksudnya bermakna Duit untuk Israil...Umat Islam sudah lama tertipu dengan permainan mereka..Akan tetapi..sejauh mana Umat Islam yang memboycot cafe ini?
wallahualam bissawab ,...
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Setiap manusia itu sentiasa memiliki sifat- sifatnya yang tertentu.Ada yang baik , dan ada yang bertentangan dengan syarak...Bagaimanakah jika warna disamakan dengan unsur alam ..??contoh;Merah berasal dari unsur apiBiru berasal dari unsur airKuning berasal dari unsur tanahPutih berasal dari unsur anginBoleh paham...???Bagaimana pula jika saya kaitkan warna ( telah disamakan dengan unsur alam ) dengan sifat dalam diri kita..Contoh ;Merah = BeraniBiru = BersemangatKuning = Lemah LembutPutih = tulus ikhlasBila kita nampak seseorang itu dengan pandangan warna Merah..kita merasakan bahawa dia seorang yang berani atau sebagainya..Saya ada satu cadangan... bagaimanakah jika kita mencampurkan satu warna dengan warna yang lain...contoh;merah + putih = merah keputihan ...yang bermakna ...jujur serta berani memperjuangkan yang haq...itu yang kita nampak bukan...ada faham semua???bagaimanakah pula jika saya campurkan semua warna...Merah + Putih+ Biru + Kuning = ??? Jawapannya kelabu bukan???warna nya sudah jadi berubah menjadi warna yang tidak digemari orang ramai..hanya sesetengah orang je yang suka akan warna kelabu...
walaupun kelabu = Berani + Semangat +Lemah lembut + Tulus ikhlas...Untuk makluman anda semua..warna kelabu inilah warna yang sesuai untuk Pejuang Agama Allah ...walaupun hakikatnya warna ini buruk dan dibenci orang ramai...akan tetapi warna inilah yang TERRRR baik ..jika kamu benar benar memikirkannya semula.. Cuba kalian merenungkan kembali...Untuk makluman semua..sifat yang dikaitkan dengan warna itu hanyalah contoh sahaja...Saya bukan pakar...jadi maaflah kalau salah fakta..
apapun..Wallahualam..
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah,
Allahumma Solli A'la Muhammad .
Dalam surah al-Rahman ada termaktub ayat yang menerangkan gambar diatas...Sains dalam Quran...Untuk makluman , gambar diatas ialah Cats Eye nabula yang berada digalaksi atau dikatakan langit dunia..wallahulamFirman Allah dalam surah Rahman ayat yang ke37 yang bermaksud ;"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; "Subhanaallah , ia membenarkan ayat Quran "lalu menjadilah ia merah mawar ..."ketahuilah , Keagungan Allah berada dimana -mana sahaja....
Walaubagaimanapun , paling penting adalah ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Qiamat semasa kehancuran yang berlaku dilangit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun dapat membantu kita kecuali Allah SWT .
Wallahu'alam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kali ini , mari kita ikuti kisah seorang pengemis yang kelaparan meminta meminta kepada suami ( suami kepada isteri yang cantik )pada suatu hari , ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan di ruang tamu , datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka ."Tolonglah encik , saya tersangat lapar , sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi ,"rayu pengemis itu.Dengan muka bengis , si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .Dalam hati si suami itu berkata " Aku membina perniagaanku hingga berjaya bukan untuk orang lain akan tetapi untuk diri dan keluargaku ."Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedeqah .Beberapa tahun kemudian , perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin . Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya . Setahun kemudian isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan suami yang baru .Pada suatu hari , sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan , tiba - tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan . Mendengar rayuan itu , si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan .Setelah memberi makan sepinggan nasi kepada pengemis , si isteri menangkup muka sambil menangis . Si isteri mengadu kepada suami barunya bahawa si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seseorang pengemis .Suami yang baru itu menjawab dengan tenang " Demi Allah , sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!"Begitulah ceritanya..tak semestinya kita hidup sentiasa diatas..kekadang kita juga akan merasa dibawah..oleh itu..hiduplah kita berbudi bahasa dan tolong menolong..Sesuai dengan Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas Malik ;Barang siapa yang mempunyai harta , maka bersedeqahlah dengan kekayaanmu ,Barang siapa yang mempunyai ilmu , maka bersedeqahlah dengan ilmu ,Barang siapa yang mempunyai tenaga , maka bersedeqahlah dengan tenaganya .
Adakalanya kalau kita berada diatas orang takkan "jelous" dan kacau ..sebab duduk rumah Flag orang tak pandang!haha