Monday, May 24, 2010
Hakikat Khusyuk dalam Solat
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Daripada segi bahasa , kata khusyuk diertikan sebagai tunduk , rendah hati , takluk dan tunduk hati ataupun tunduk badan . Khusyuk , sekiranya dikaitkan dengan suara , bererti diam dan sekiranya dihubungkan dengan pandangan mata , bererti rendah . Menurut pengertian syariat , tunduk itu ada kalanya dalam hati atau dengan badan seperti diam atau kedua - duanya .
Khsuyuk bererti jiwa raga tunduk dan penuh taat dalam mengerjakan solat di hadapan Allah . Raga tenang dan merunduk keana berasa rendah diri di hadapan ALlah . Semua ini dapat dilakukan apabila seseorang itu berasa di bawah pengawasannya .
Secara sederhana , Thalib membahagikan khusyuk kepada dua bahagian ;
1. Khusyuk lahiriah , iaitu melakukan gerak geri solat dan ucapannya sesuai dengan tuntutan dan ajaran Nabi Muhammad .
2. Khusyuk bathiniah , iaitu melakukan solat dengan hati penuh harapan , cemas , takut , berasa ihsan atau diawasi dan suasana mendorong terciptanya perlaksanaan lahir batin dalam melakukan solat yang khusyuk .
A'lim Ulama' menjelaskan bahawa hakikat khusyuk yang antara lainnya mencakup ;
01. Imam al-Ghazali ;
* kehadiran hati
* Mengerti apa yang dibaca dan dilakukan
* Mengagungkan Allah
* Berasa gentar terhadap Allah
* Berasa penuh harapan kepada Allah
* Berasa malu padanya
02. Ibnu Abbas ;
* Takut mati ,
* Tenang anggota badan dan hati
03. Ali Bin Abi Talib ;
" khusyuk itu tempatnya dihati , dan yang mesti khusyuk itu adalah hati itu sendiri ."
04. Ibnu Kathir ;
* Membulatkan hati untuk solat
* Menghindarkan soal lain
* Utamakan solat dari hal-hal dunia .
05. Ibnu Araby Allah ;
" Tunduk , merendahkan dan menghinakan diri di hadapan Allah SWT ."
06. Al-Ustaz Ahmad Mustafa ;
" Merendahkan diri , takut , tetap dan tenang anggota badan dan hati semata- mata kerana Allah S.W.T ."
07. Syeikh Tantawi dan Jauhary ;
* Merendahkan diri dan tunduk , tidak berpaling kanan mahupun kiri .
* Tidak menggerakkan tangan keika solat .
* Hanya memusatkan kemahuan dengan hati kepada Allah .
* Merenung maksud dari apa yang diucapkan iaitulah bacaan zikir dan doa .
08. Assyahid Sayid Quthub ;
" Hati yang sedang solat merasa gentar dan takut dihadapan Allah , hingga menjalar kekhusyukan yang terdapat di dalam hati itu kepada anggota badan , terbayang pada paras muka dan nampak pada gerak geri solat serta fikiran tidak terganggu dengan persoalan dunia ."
09. Imam Malik ;
* Menghadap dengan penuh perhatian atas solat itu .
10 . Mutaqil ;
* Tidak mengetahui orang dikanan dan kirinya .
11. Imam Syafie ;
Seorang Mushalli haruslah menitik beratkan pandangan ke tempat sujud sebab itu lebih menzahirkan hati dan lebih memusatkan fikirannya .
Didalam Al-Quran , Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 45 hingga 56 yang bermaksud , " ... Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat , kecuali bagi orang -orang yang meyakini mereka akan kembali kepadaNya." Dan secara khusus , Allah memerintahkan supaya khusyuk dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud , " dirikan solat untuk mengingatiKu."
Dalam sebuah hadith nabi , Nabi Muhammad mengatakan yang khusyuk adalah pekerjaan hati . Dengan kata lain , seandainya seseorang hatinya khusyuk , maka seluruh anggota badannya juga akan khusyuk . Dalam hal ini m Nabi Muhammad sering berdoa dengan kalimat ," Ya Allah ! Aku mohon perlindunganMu daripada hati yang tidak khusyuk ."
Para Ulama berbeza pendapat mengenai kewajipan khusyuk semasa solat . Sebahagian ulama sufi berpendapat khusyuk itu termasuk salah satu diantara syarat sah solat . Sedangkan ulama Fiqh berpendapat khusyuk dalam solat hanyalah sunnah . Alasannya , khusyuk itu bukan sebahagian daripada solat dan ketiadaannya tidak membatalkan solat . Selain itu , khusyuk merupakan perbuatan hati yang bersifat individual . Perbuatan hati ini tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah solat .
Al-Kahlani mengatakan tidak perlu memperselisihkan kewajiapan khusyuk dalam solat kerana memang tidak ada nilainya solat yang dilakukan tanpa kusyuk . Malahan , Allah mengukur kejayaan orang yang beriman itu dengan kekhusyukan . Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 12 yang bermaksud , " Sesungguhnya beruntunglah orang orang beriman iaitu orang orang yang khusyuk dalam solatnya ."
Secara ringkas , kalangan alim ulama memberikan beberapa cadangan supaya kita lebih khusyuk dalam solat dengan melakukan perkara- perkara berikut ;
* ketika solat , hendaklah ia merenungkan ia sedang dihadapan Allah yang maha Kuasa , yang maha mengetahui apa yang tersimpan dalam fikiran dan hati .
* Menghayati makna apa yang dibaca .
* Memasukkan erti bacaan tersebut ke dalam hati .
* Tidak tergesa gesa dalam ucapan dan amalan solat .
* Menundukkan muka ke tempat sujud .
* Menjauhkan dariapada segala hal yang menanggu ketenteraman hati .
Thalib secara teknikal dan menyeluruh , merangkum pelbagai hadis yang mengajar cara- cara bagi melakukan solat dengan lebih khusyuk . Menurut Thalib , supaya seseorang mampu khusyuk dalam solat , sebaik baiknya lakukanlah 20 langkah berikut :
1. Apabila lapar , makan terlebih dahulu .
2. Tidak menahan kentut kentut , buang air besar mahupun kecil .
3. Tidak mengantuk.
4. Hawa tidak panas .
5. Berpakaian bersih dan kemas .
6. Melakukan solat pada awal waktu.
7. Pergi ke masjid dengan tenang dan didahului dengan doa , sekiranya solat dimasjid.
8. Tempat solat mestilah suci daripada kekotoran.
9. Tidak ada gambar di tempat solat.
10. Tempat solat tidak bising .
11. Ketika solat , tidak ada urusan duniawi yang menganggu fikiran .
12. Tidak tergesa -gesa melakukan bacaan dan gerakan solat .
13. Menyedari bacaan yang diucapkan.
14. Rukuk dan sujud dengan tenang .
15. Tidak menoleh ke kanan mahupun ke kiri .
16. Melihat tempat sujud.
17. Tidak mengusap pasir ditempat sujud.
18. Tidak menguap.
19. Tidak meludah kecuali terpaksa.
20. Melurus dan merapatkan saf dalm solat berjemaah.
Wallahualam...
ohoho..kaorang hanya khusyuk dalam tidor saje kan ???haha
Tuesday, April 27, 2010
Kisah Pemuda yang terjatuh dompetnya di Liang Lahad
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kali ni saya mengambil satu kisah yang dimuatkan dalam kitab yang dikarang oleh Ustaz Safwan Fathy ...Ustaz yang pernah terkenal suatu ketika dahulu dibeberapa corong radio.
Diceritakan pada suatu masa dahulu , ada seorang wanita meninggal dunia . Adik lelakinya hadir di upacara pengkebumiannya . Tiba - tiba dompetnya terjatuh ke dalam liang dan terkambus bersama mayat kakaknya tersebut .
Setelah pulang ke rumah , adik wanita itu sedar akan kehilangan dompetnya dan cuba mengingat di mana ia telah tercicir . Akhirnya , dia dapat menyedari dengan pasti bahawa dompetnya yang berharga itu jatuh kedalam liang kubur kakaknya .
Dia pun telah mengambil keputusan hendak menggali kubur itu secara senyap - senyap .
Kubur digali semula dengan menggunakan cangkul . Tanah diangkat sedikit demi sedikit . Apabila telah nampak mayat kakaknya yang berbalut dengan kain kapan , alangkah terkejutnya si adik melihat api yang bernyala-nyala membakar mayat kakaknya hingga kain kapan itu terbakar .
Dia segera mengambus semula kubur itu . Lalu , dia segera pulang ke rumah ibunya . Lelaki itu amat bersedih denagan peristiwa malang yang berlaku atas mayat kakaknya .
" Ibu ! bolehkah ibu beritahu apakah gerangan dosa kakak semasa hayatnya ? " tanya lelaki itu kepada ibunya .
" Mengapa anak bertanya sedemikian ? "
Lelaki itupun memberitahu ibunya dengan apa yang baru disaksikan dengan mata kepalanya .
" Kakakmu memang degil . Ibu selalu nasihatkan dia supaya segera solat bila masuk waktunya . Tetapi dia suka melambat - lambatkannya . Inilah mungkin dosa yang menyebabkan kuburnya dibakar dengan api ..., " jawab ibu dengan sedih berlinangan air matanya membasahi pipi .
" Ya , memang sedih , wahai ibuku . Ini baru seksa dikubur . Bagaimana pula dahsyatnya seksa di akhirat kelak ...," ujar si anak dengan suara terputus - putus sambil mengesat air mata kesedihan yang mengalir di pipi .
Ibu dan anak tidak tahan menahan kesedihan . Dan mereka diam tidak berkata apa-apa . Beberapa ketika kemudian , ibu kelihatan mengingatkan sesuatu . Lalu dia berkata ," Anakku! Betapa dahsyatnya azab yang bakal diterima oleh orang yang meringankan solat lima waktu .
" Nabi SAW telah menceritakan melalui peristiwa Israk , bagina melihat sekumpulan manusia masing - masing menganggkat batu tersebut , lalu menghempapkan batu tersebut ke kepala mereka . Aduh !!! kepala pecah , berdarah . Kemudian , kepala yang pecah elok semula . Tetapi anehnya , wahai anakku , mereka bertindak seperti mula - mula tadi , menganggkat batu besar dan menghempapkan kembali di kepala masing - masing . Aduh ! Dahsyatnya...! "
" benar , ibu . Itulah dahsyatnya pembalasan seksa atas orang - orang yang meringankan solat lima waktu ketika hidup di dunia ini , " ujar si anak dengan penuh keinsafan ."
oh ...Syiak Nor kata..kalau zaman sekarang kisah ni berlaku , kita kena buat balik la i/c ..haha
Label:
Kisah Iktibar
Sunday, April 11, 2010
Kisah Khadam terselamat dari Bahaya...
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Pada suatu masa dahulu , di Kufah iaitu sebuah bandar lama di Iraq , ada seorang khadam yang terkenal dengan kejujurannya . Kerja khadam tersebut sebagai pembawa barangan dari satu tempatke satu tempat yang lain . Dia membawa barang dengan menggunakan seekor keldai .
Sekali peristiwa semasa dalam perjalanan , dia bertemu dengan seorang Hamba Allah yang tidak dikenali . " Kemana anda hendak pergi ? "tanya hamba Allah itu kepada Khadam .
Setelah diberitahu tempat yang khadam hendak tuju , hamba itu berkata , " saya pun hendak ke sana . Saya boleh menemani anda bejalan kaki. Tapi jika anda membenarkan saya menaiki keldai anda , saya amat gembira . Saya sedia membayar sedinar .
Khadam itupun bersetuju dan mengizinkan lelaki tersebut menunggangu keldainya. Setelah beberapa waktu kini mereka tiba di dua persimpangan jalan .
" jalan manakah yang anda hendak ambil ?" tanya lelaki kepada khadam .
" jalan yang besar itulah ...!" sahut khadam .
" Tidak , saudara ! kita ambil jalan yang satu lagi . Jalannya dekat serta ada banyak rumput untuk keldai . " lelaki itu memberi cadangan .
"Saya tidak pernah berjalan di jalan ini , " ujar Khadam .
" Saya pernah dan kerap kali berjalan melalui jalan ini ," kata lelaki cuba meyakinkan hati khadam .
Akhirnya khadam pun percayalah dengan kata - kata lelaki itu. Mereka pun mengikuti jalan tersebut . Setelah berjalan beberapa jam mereka pun sampai ke pangkal jalan yang tebal hutannya . Alangkah terperanjatnya si Khadam bila terpandang di situ banyak tengkorak berselerak .
" Tengkorak siapa ini ? ujar si Khadam dalam hatinya .
Kemudian , dengan tidak semena - mena Hamba Allah itu melompat turun dari keldai sambil menghunus pisaunya dan berteriak , " Aku akan bunuh kau ..! "
" Tolong jangan bunuh saya , " teriak khadam . "Saudara boleh ambil keldai ini dengan barang -barang yang dibawa "
" Ahh !!! Jangan cuba merayu...Aku akan bunuh kau . Dan barang- barangmu pasti aku ambil . " ujar lelaki tersebut dengan bengisnya .
" Baiklah! kalau saudara memang berniat hendak membunuh saya , bunuhlah , cuma saya berharap benarkan lah saya solat terlebih dahulu ," rayu khadam kali terakhir kepada lelaki tersebut .
" Ikut suka hati kaulah .Sekalian orang yang aku bunuh sebelum inipun mereka meminta serupa dengan yang kau minta . Tetapi solat mereka itu tidak memberi kesan kepada mereka .
"Khadam itupun mulailah bersolat dengan kusyuk .Tetapi selepas fatihah , dia tidak dapat mengingat sebarang surah walaupun dia berusaha mengingat ayat al-Quran .
Dalam keadaan yang demikian , tiba- tiba khadam itu dapat mengingat ayat 62 al-Namlu yang bermaksud ;
" Sesiapakah yang memperkenankan permohonan orang yang menderita , apabila dia memohon kepada-Nya , dan yang menghilangkan penderitaanya."
Ketika Khadam sedang membaca ayat ini dan air matanya menggenangi dua kelopak matanya , seorang yang berkuda tiba - tiba muncul di tempat itu . Dia memakai kopiah yang bergemelapan dan memegang sebilah lembing . Lalu dia menikam lelaki durjana yang tidak berperikemanusiaan itu dengan serta merta . Api bernyala - nyala kelihatan di tempat jatuhnya badan si durjana itu .
Khadam itupun sujud dan bersyukur ke hadrat Allah Azza wa jalla yang menyelamatkan dirinya. Seketika kemudian , dia meluru kearah orang yang menunggang kuda tadi seta meminta agar dia mengenalkan dirinya .
"Aku adalah hamba -Nya yang telah menyahut seruan orang yang teraniaya . Anda sekarang sudah terselamat dan boleh pergi ke mana sahaja yang anda suka ."
Setelah berkata demikian , maka orang yang berkuda itupun memacu kudanya dan ghaib dari pandangan mata ..
Oleh itu , kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah seharusnya mengabdikan diri dengan keadaan yang kusyuk untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Label:
Kisah Iktibar
Saturday, April 10, 2010
Apakah maksud Star Buck?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allah humma Solli A'la Muhammad .
Mungkin sudah terlambat untuk saya postkan artikel ni ...
tapi percayalah..kalau anda tahu maksud sebenar namaCafe nie pasti anda yang beragama Islam+ yang terbaik tidak akan sama sekali makan di Cafe yang bernama Starbuck...
Starbuck dikatakan mempunyai hubungan diplomatik yang cukup , cukup erat dari Negara Haram..yakni Israel...
kalau anda perasan melalui namanya sahaja sudah cukup menjelaskan..
Baiklah..mari kita pisahkan namanya..
Star dan Buck..erm..apa ada pada nama???
mula -mula kita translate Bucks...

Ya ...Bucks bermakna Dolar..dan dolar pula adalah matawang..
Apapula maksud Star ???

Star Of David
Ada paham tak maksud STAR tu ???
StarBuck tu bila dicantum maksudnya bermakna Duit untuk Israil...
Umat Islam sudah lama tertipu dengan permainan mereka..
Akan tetapi..sejauh mana Umat Islam yang memboycot cafe ini?
wallahualam bissawab ,...
Subscribe to:
Posts (Atom)