Wednesday, June 2, 2010

Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kita seringkali "mengumpat" Yahudi Laknatullah...Boleh ke tak kita bercerita kan tentang Yahudi ni sebenarnya?????


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka".

Maka , jawabnya boleh …Cuma ..janganlah sampai nak kaji alat sulit diorang..itu melampaulah..haha

Diceritakan juga ..yahudi ni..hati dia ..pergh..sekeras titanium.haha..sebab memang tak nak dengar kata walaupun dah ada bukti yang sangat jelas...

Asal Yahudi ???
Kita asal dari kampung . Kampung kita , syurga. . Moyang kita ? Adam A.S
Kita satu keturunan dengan Yahudi… pecah keturunan kemudian…
Macam Nabi Muhammad , asal dari Nabi Ibrahim …Nabi Ibrahim lahir Nabi ismail lahir pula Nabi ishak … Nabi Ismail lahirkan bangsa arab …Nabi Ishak lahirkan bangsa Bani Israil ..bermakna ..kita dengan Yahudi itu bersaudara…

Apakah itu Yahudi ?
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

Apakah Israel ?
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Ada juga pendapat bahawa IS itu bermaksud Hamba dan RAEL itu pula bermaksud Allah …



Kisah kedatangan Yahudi ke Palestin

Ada kisah yang tercatat dalam Quran … ketika Nabi Musa dan Bani Israil lari dari Firaun … lalu mukjizat berlaku…laut merah atau ( persisiran ) teluk suez terbelah setelah Musa berdoa ……Nabi Musa dan Bani israil selamat menyeberangi laut tersebut dengan selamat . Lalu , ketika Firaun sudah sampai dipertengahan laut , laut merah bercantum semula…Firaun memohon taubat tapi sudah tidak diterima lagi taubatnya…

Dipendekkan cerita…

Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.
Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.


Dipendekkan cerita lagi… setelah kewafatan Nabi Musa …tampuk kepimpinannya diganti oleh anak muridnya yang bernama Yusha’ Bin Nun, juga seorang nabi . Kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel lah faktor mereka berjaya memasuki tanah Palestin.


Dalam Quran terdapat banyak cerita tentang Israil ni…

Contohnya ayat 122 surah yg ke2 … ayat yang selalu dilafazkan didalam solat oleh Imam Muhammad al-Hafiz

Ya baniii israaail laz kurunik’matiyallatiii an a’m tu alaikum ..
Wa anni Faddhol tukum a’lal a’lamin

Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).

Dan lain2…


Apakah layak Israel memerintah ?

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia. – Surah An Nisa ayat 53

Kita tengok sekarang..Ya Allah..bermacam macam jenis penderitaan makhluk Asing ni "mengusik" umat Islam diTanah Suci Palestin..setiap hari...mereka memang tak layak ,,..cukup tak layak mentadbir bumi ini!...

Kita seringkali tertanya tanya , kenapa Palestin yang dikecam Yahudi ???
Dalam persoalan ini , menurut kajian , Palestin dahulunya negara Islam yang melanggar syariat...maka Allah memberikan bala kepada negara mereka...Wallahualam...
Malaysia kemungkinan tak lama lagi jika keadaan sosial kita masih dalam keadaan sebegini teruk...
Apapun , jika kita dilanda musibah..maka...

Bismillahhirrahmanirrahim...

Allazi na iza asobathum musibatun qolu ; innalillah hi wa inna ilaihi rojiun...
Surah AlBaqarah ayat 156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Entri ni saya ceritakan secara ringkas ( banyak copy paste ..haha ) ..jadi.kalau nak lebih mendalam...maka .."membaca amalan mulia" haha...apapun..suka saya nak sebut..tajuk buku ni... Bani "IsRael Is not Real!!!"

Saturday, May 29, 2010

Pantun Sahabat Nabi


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Kali ni entri saya ...saya muatkan satu pantun..pantun ni memang cukup saya suka..baca 2 hingga 3 kali sehari pun tak bosan..ada mesej...

Pantun ni dibuat oleh sayalah..haha

Pantun ni jugak telah mendapat johon dalam segmen pantun nasihat bersama Kak Dj Siti Rohani Surani , Dj IKIM.fm ..hehe..promote sket..ekeke



Nabi Muhammad contoh teladan ,

Kerana Akhlaknya ialah Al-Quran ,

Hendaklah kita mengingati Tuhan ,

Kerana ia menjana ketenangan .


Abu Bakar pengganti Nabi ,

Sebagai Imam juga pemerintah ,

Hendaklah kita mengingati mati ,

Kelak hidup diredai Allah .


Umar Al-Khattab pentadbir yang ulung ,

Sifat ammarahnya kerana Allah ,

Tiada guna pangkat digulung ,

Jika tidak bersyukur kepada Yang Maha Pemurah .


Uthman Bin Affan ahli korparat ,

Seorang warak dermawan pula ,

Jika hendak dihormati masyarakat ,

Hiduplah kita berbudi bahasa .


Ali Bin Abi Talib pemuda berani ,

Kanak kanak terawal memeluk Islam ,

Syariat Islam mesti ditaati ,

Elakkan hati menjadi kelam .


Bilal Bin Rabbah muazzin pertama ,

Senantiasa berwuduk dan bersuci ,

Hambakan diri sentiasa kepada Yang Esa ,

Kelak syurga kita duduki .


Hamzah Bin Abdul Mutallib pengatur strategi ,

Asadullah berperang di jalan Ilahi ,

Kepada Syaitan jangan dimaki ,

Kepada manusia apatah lagi .


Abu Hurairah perawi Hadis ,

Majlis ilmu sentiasa dihadiri ,

Hafazlah kalamullah sehingga fasih ,

Untuk akhirat juga duniawi .



Abdul Rahman Bin Auf peniaga berwawasan ,

Seorang Jutawan lagi dermawan ,

Berhati-hati memilih kawan ,

Elak hidup dalam kemaksiatan .


Yang sedihnya ...saya tak hantar alamat rumah ...patutlah 4 bulan menunggu hadiah tak sampai - sampai ....kawan saya kata ," patut la menang...sebab tak bagi alamat rumah . "...hahaha

Nabi Nuh ; Nabi Nuh bertemu Iblis

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Entri kali ni mengisahkan ...benda yang Syaitan akan gunakan untuk menjatuhkan kita sebagai manusia ...so , hayati cerita ni betul betul....



Abdul Farij Ibnul Jauzi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a , ia berkata ; Ketika Nuh a.s menaiki perahu , ia melihat seorang tua yang tidak dikenalinya lalu Nuh a.s bertanya : " Mengapa kamu masuk ? "

Orang tua itu menjawab : " Aku masuk untuk merebut hati para sahabatmu sehingga hati mereka bersamaku dan jasad mereka bersamamu ."

Kemudian Nuh berkata kepadanya : "Keluarlah wahai musuh Allah!"

Iblis menjawab : " Lima hal , aku akan membinasakan manusia dengannya . Saya akan ceritakan yang tiga diantaranya sedangkan yang dua tidak akan saya sebutkan ."

Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nuh bahawa Nuh tidak perlu penjelasan tentang tiga perkara tersebut tetapi perintahlah Iblis menjelaskan tentang dua perkara tersebut .

Iblis berkata : " Dua hal yang akan saya hancurkan manusia dengannya ialah hasad dan tamak . Kerana hasad , saya dilaknati dan dijadikan syaitan terkutuk dan kerana tamak dibolehkan bagi Adam A.S syurga seluruhnya lalu saya dapatkan keperluan darinya sehingga dirinya diusir dari syurga "


Oleh sebab itu..kita diminta supaya dijauhkan diri dengan Hasad dan Tamak kerana kesudahannya Suuil khatimah...

Kalau dah sudah tu maknanya dah habislah...dan habis itu bermakna ...Jumpa lagi di entri yang akan datang...hehe

Thursday, May 27, 2010

Remaja


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya kaji kepada semua readers .Tajuk entri saya kali ni berkenaan Remaja..Remaja hari ini terkenal dengan masalah sosial nya . Remaja yang cukup terkenal dengan sikap nya yang negatif mewarisi sikap nakalnya dari mana ???


Remaja ...siapakah Remaja? ada pakar yang menyatakan golongan remaja ini adalah berumur diantara 15 hingga 27 tahun..kalau tak silap saya...
akan tetapi ini bukanlah apa yang saya nak sampaikan . Saya nak sampaikan sikap - sikap remaja yang saya kenali melalui pengalaman saya .

berbalik kepada soalan saya tadi , dari manakah Remaja mewarisi sikap nakalnya ? Kajian mendapati masalah ini berpunca semenjak Remaja itu masih dalam buaian . Ya, masalah ini berpunca semenjak remaja ini masih bertitle Bayi .

Menurut Ustaz Hassan Din al-Hafiz , seorang bayi itu akan mewarisi sikap ibunya sewaktu dalam kandungan lagi . Maknanya , kalau ibunya seorang yang suka baca quran , maka bayinya itu akan mengikuti jejak langkahnya . Bayi juga akan mewarisi sikap bapanya TETAPI selepas bayi itu menghirup seteguk nafas iaitu selepas lahir .


Mengikut apa yang saya kaji , Remaja lebih cenderung kepada hiburan ;

1 . Muzik ;
Khususnya muzik yang menyalahi akidah . Mereka suka mendengar lagu yang berentak ala- ala disko . Haha.. wah..menarik tu . Yang menjadi masalahnya , kebanyakan lagu yang di hak ciptakan berkenaan lagu cinta kepada manusia kepada sang kekasihnya . Penyanyinya pulak aduai...tersekang mata Remaja kita melihat aurat nya . Jelas sekali ianya amat bertentangan dengan syariat .




Sebenarnya saya dah terangkan dah Hal Muzik ini dalam artikel yang lalu . Sila klik
Muzik Hiburan Akhirat . Mereka mendakwa muzik mampu menenangkan jiwa..Oh silap...muzik hanya memendamkan perasaan dijiwa..yang menenangkan jiwa kita hanyalah Zikrullah ...dan Zikrullah yang paling Tip Top ialah Solat!!!

2 . Bergaya ;
Hasil pemerhatian saya . Hampir semua remaja suka bergaya ;
*memakai topi
-yang ni tak salahla..saya pon pakai ..cumanya diharapkan janganlah taksub dengan topi berlogo negara luar yang masih kafir .

* berseluar pendek
-yang selalu berseluar pendek ni selalunya lelaki la...perempuan bukannye seluar pendek tapi akal nya saja yang pendek . Yang saya tak boleh tahan tu..seluar pendek bentuk bunga...haha

* bertelefon bimbit yang terbaru
-Nak membazir apasal ? talifon lama elok lagi...kononnya up-date la..ikut arus zaman..pi lah..membazir duit je tau..membazir tu amalan syaitan nirrajim...

*berambut Unik
-huhu...nak kena ulas jugak?unik tu... ada yang berambut KLCC , kita pegang pun berdarah..haha ..Macam saya kata..tak ada masalah berfesyen..tapi di sekolah jangan lah buat..ikut undang - undang yang ditetapkan...
Macam - macam jenis rambut dah saya jumpa...( saya tak jumpa hantu rambut ) ...tapi mostly yang paling banyak ..memang rambut yang memacakkan..haha


* bertindik

-Nak tau tak apa Ustaz Tahir kata kat budak -budak lelaki yang bertindik ni? Bodoh...
ya ..jawapan yang ringkas tapi padat..haha
Kalau korang nak tahu ...orang lelaki Barat bertindik sebab dia nak bagitahu yang dia "gay" ...haha...jadi orang melayu ni rupanya bertindik sebab dia Khunsa ke?haha

Sebenarnya..memang kita dilahirkan fitrah suka bergaya..Tak dinafikan , saya pun suka bergaya . Berfesyen tak menyalahi Islam selagi batas - batas syariat terjaga . Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan. Wallahualam .

3 . Tarian .
Saya boleh mengkelasfikasikan antara tarian yang diminati kebanyakan remaja kita kini ,
* Shuffle - lebih kepada aktiviti kaki
* Tecktonic - lebih kepada aktiviti tangan
* Breakdance - lebih kepada aktiviti kepala

Saya tak berani menghukum melalakukan aktiviti ini sebab saya bukannya PAKAR . Apapun , macam saya katakan tadi..selagi mana ianya tidak melalaikan dan menyalahi syarak maka , ianya dibenarkan . Wallahualam.

Mereka menyuruh kita jangan bencikan tarian mereka...kononnya seni . Saya kata ."Baiklah , saya tak benci , Shufle satu penyakit mematahkan kaki , Tecktonic satu penyakit mematahkan tangan , manakala Breakdance satu penyakit mematahkan kepala . Amalkan ini dan anda akan hidup sehat di dalam Hospital .Insyaallah "


4 . Cinta .
Perasaan cinta sememangnya wujud dalam diri . Perasaan suka menyuka yang terlampau ini akhirnya memakan diri dengan membawa kepada Zina hati . Kata orang , dari mata turun ke hati ...ye ternyata memang benar .Pandangan mata memang amat bahaya .

Nak cerita bab mata sekejap.. ada sahabat Nabi yang HOTS dan gagah sedang mandi..diintai oleh sahabat nabi yang lain . Oleh sebab pandangan mata yang CEMBURU dari sahabat nabi itu tadi , maka sahabat Nabi yang HOTS itu pengsan secara tiba -tiba .

Ok , berbalik kepada kisah cinta ini .. Dari mata turun ke hati ..saya sambungkan Dari hati turun ke dada , dari dada turun ke KAMI JAIS!!!..haha.. so hati-hatilah wahai remaja ku..jangan biarkan perasaan cinta merasuki dirimu . Kalau kau dirasuk hantu insyaallah boleh menghalau hantu itu..akan tetapi kalau cinta yang merasuki mu ....bye bye je la..


5. Artis

Ha , yang ni memang confirm . Takda nak berdolak dalih nya . Seorang artis mampu mempengaruhi sejuta orang sekilas kilat .haha.. Tambah - tambah , artis tu pelaku maksiat .


6 .Teknologi

Games dan komik macam - macam ada , ada genre ganas ,bersahaja dan lucah tahap neraka . Remaja kita sanggup menghabiskan masa usia mudanya semata mata untuk benda benda lagha seperti itu sehingga sanggup untuk memonteng sekolah la.Macam macam hal lagi .

Bukan games dan komik sahaja , sebab kita dalam sub-topic teknologi ,jalur lebar internet juga termasuk . Menonton video lucah or pornographic menjadi perkara biasa. Bila dah sangap tengok video BLUE tu , nak pulak pasangan SEKS nya nanti macam mana yang ditonton nya itu . Padahal dianya biasa saja . Mana tak datang masalah JAHILIYYAH moden zaman sekarang ...benda -benda lucah diorang dah selalu tengok .

Untuk Penonton Wayang Lucah , kajian mendapati melihat benda - benda lucah macam tu boleh menyebabkan buta . Jadi , kalau takde angin atau ribut , anda menjadi buta....Tahniah la.Ini baru azab dunia ..belum azab neraka lagi .

7 . Berborak dan Melepak

Standardlah , perkara yang lagha siapa yang tak suka ? Kalau dah melepak tu mula lah mengumpat..,Cerita pulak hal kekasihnya . Lelaki dengan perempuan sama sahaja ...yang membezakan mereka ialah Taqwa ..dan jantina .hehe

Selalunya , yang saya nampak la , remaja melepak serta berborak kebiasaanya pada waktu malam . Oh ye kalau nak tahu ..Nabi Muhammad tak pernah berborak selepas isyak . Nabi Muhammad benci kita berborak lepas isyak ...Jadi..janganlah berborak KOSONG pada sebelah malam..Kalau dah ghairah sangat...selit-selit la pasal kerja sekolah sikit .


8 . Rokok

Remaja ...suka sangat meniru ...Mereka sebenarnya keliru , mana satu yang haq ,mana satu yang batil...mana satu yang betul ..mana satu yang salah ...mana satu yang halal ..mana satu yang haram ...Dah tu , beristiqamah pulak dengan sikap egonya bahawa rokok itu halal bahkan ianya membuktikan kejantanan . Sedangkan Yusuf Al-Qadrawi dalam fatwa Muasiarat nya mengatakan Hukum haram adalah lebih layak untuk ROKOK .
Mungkin mereka mengikut Ulama yang mengharuskan rokok ..eh..ada la Ulama yang mengharuskan..tetapi ianya jelas sekali ditolak ..bukan Ulama tu yang ditolok..pandangan dia yang ditolak sebab..rokok memang tidak baik untuk kesihatan .



9. Rem-pit

Remaja laa ni , apa depa kata ..pacak ? pacak konon..pacat adalah..tapi yang miracle tu boleh pulak dorang Mat Rem ( bukan nama sebenar ) membonceng motor dan mempacakkan diri mereka ke "sirotol mustaqim' ke jalan yang lurus . Kononnya dah dapat hidayah Allah melalui jalan yang lurus..buat pacak 180 darjah....360 darjah pon ada jugak..ada...tapi bila kemalangan sahaja... darah muda ..biasalah bile dah dapat lesen motor tu..kegembiraan nya tak terasa ...kalau boleh nak bawak sampai 400 km / minit ..haha...
Ada Ustaz kata kita boleh bawak laju sebab ada hal yang tak dapat dielakkan dengan syarat kenalah baca doa kenderaan..Maybe remaja kita ikut petua ni...haha
Rem-Pit dan Rem-Maja tak dapat dipisahkan...kecuali PACAK yg memautkan..haha



Selama ini , usaha saya dalam berdakwah yang saya lakukan terhadap Remaja tidak berjaya . Tapi saya rasa lega kerana saya sudah menjalankan tugas saya sebagai "pendakwah" .Saya ambil beberapa kaedah untuk memperbaiki akhlak Remaja ,

1 . Saya campurkan dengan humour .
Belia kini suka sangat hiburan . Jadi saya ambil kesempatan melakukan hiburan yang tak menyalahi syarak . Ya , hiburan itu adalah jenaka yang bermesej . Apa orang kata , masuk air..Ya masuk air ,itulah saya.. haha

2 . Puji remaja tersebut .
Ayat fouvarite saya , "Aku tak mampu berkata -kata melihat gambar kau ...mungkin sebab kau HOTS ???"haha

3 . Senantiasa Berjubah .
Berani tak diorang buat maksiat kalau ada "Pak Imam JR " lalu depan diorang ??? Ya , kebanyakan mereka takut dengan jubah ...bukan sebab jubah saya warnanya macam silat..sebab..Jubah itu adalah sunnah nabi..dan sunnah nabi adalah sangat sangat hebat...

4. Mengikuti Kehendak mereka .
Yang ni dalam perancangan...Nak buat tapi badan saya tak mengizinkan..haha..Idea ni saya pinjam berpandukan dari idea kawa saya . Dia nakMASTERED semua benda yang dibuat oleh kawan-kawan dia . Lepas tu , saya kembangkan benda tu kepada benda yang unik , Bila Remaja tengok sampai terpukau , dia comfirm nak minta jadi Tok Guru ...Maka saya pon berkata ; " Nak belajar ? Moh le kita ke surau dulu...Kita solat berjemaah...lepastu ..baru aku ajar ...tak solat jemaah ..tak nak ajar... "


Kesimpulannya , saya simpulkan ..dengan satu solan " Kemanakah arah remaja kita kini ??? " tiga tanda soal tu..bermakna tiada berpenghujung masalah sosial ni. Cuma ada dua kesudahan ...
sejak kecil lagi , sudah dididik dengan Masjid..dan isi Masjid
... dan biarkan sahaja dia bermesra dengan dunia...NAFSI - NAFSI
...fuh..nak buat kesimpulan ayat amat mudah rupanya berbanding nak simpulkan tali..haha


Siapapun anda..walau tua pun anda..kita akan muda juga..bukan Imam Muda..tp kita yang bakal muda diakhirat kelak ...