Friday, July 9, 2010

Malaikat Jibril


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Harini ..artikel fasal Malaikat yang menurunkan wahyu ..siapa ?

Jibril A.S adalah malaikat yang ditugaskan oleh Allah Taala untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi - Nabi A.S .

Firman Allah Taala ;

" Barang siapa yang menajadi musuh Jibril , maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hatimu dengan Izin Allah , membenarkan wahyu yang terdahulu daripadanya untuk menjadi petunjuk dan berita gembira bagi orang orang yang beriman ."

( Surah Al-Baqarah : 97 )

Walaupun wahyu dah tak de..hangpa jangan ingat Malaikat Jibril "menganggur" pulak..ada tugas lain lagi..Menyampaikan wahyu ni tugas utama...tugas sampingan kita tak tahu..

Jibril juga bertugas sebagai Ketua Para Malaikat dan mengetuai para Malaikat lain menurunkan malam Lailatul Qadar . Didalam kitab 'Mengenal Malaikat' karangan oleh Zainudin Yusro menyatakan Malaikat Jirbil juga menurunkan musibah kepada Pelaku Maksiat .


Nama Jibril -

Jibril diberi nama dengan Ruhul Amin sebagaimana yang termaktub di dalam Firman Allah Taala ;

" Sesungguhnya wahyu itu adalah diturunkan dari Tuhan seru sekalian alam , yang membawanyya turun ialah Ruh Amin pada hatimu , supaya engkau dapat memberi peringatan ( kepada manusia ) "

( Surah Al- A'syura )


Bagaimana pula Sayap Jibril ?

Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat Jibril mempunyai enam ratus sayap , katanya ;

" Rasulullah SAW melihat Jibril AS dan dia mempunyai enam ratus kepak "

( Riwayat Muslim )



Wahyu pertama Rasulullah bila ?

Bila je Rasulullah SAW genap berusia 40 tahun , Allah taala telah melantik Baginda SAW sebagai utusanNya untuk seluruh alam sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi ingatan agar manusia dapat keluar dari kegelapan jahil kepada cahaya ilmu .

Perlantikan ini berlaku pada tahun 610 M , iaitu bersamaan dengan 17 Ramadan taun 13 sebelum Hijrah . Ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhalwat di gua Hira' beribadat menurut syariat Nabi Ibrahim . Pada suatu hari , beliau telah didatangi oleh seseorang yang berkata :

" Bergembiralah wahai Muhammad , aku Jibril dan engkau Rasulullah ( utusan Allah ) kepada umat ini . "

Kemuidan Jibril berkata :

" Bacalah! "

Rasulullah menjawab ;

" Aku tidak boleh membaca . "

Sememangnya Rasulullah SAW seorang yang buta huruf ( ummi ) . Mendengar jawapan itu , Jibril AS memeluk Baginda SAW . Kemudian Jibril berkata lagi .

" Bacalah ! "


Baginda menjawab ;

" Aku tidak boleh membaca "


Jibril memeluk untuk kali kedua , kemudian berkata lagi ;

" Bacalah !"


Baginda menjawab :

" Aku tidak boleh membaca ."


Kemudia Jibril memeluknya buat kali ketiga , dan berkata lagi ;

" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ( makhluk ) ,
Yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah ,
Bacalah Tuhanmu itu Maha Pemurah ,
Yang mengajarkan tulis menulis dengan pena ,
Mengajar manusia apa apa yang belum diketahui . "

( Surah Al-Alaq : 1- 5 )


Kemudia Baginda SAW mengulangi apa yang disebutkan oleh Jibril AS diatas . Selepas menerima wahyu pertama ini , Baginda pun pulang ke rumah dalam keadaan menggeletar kerana ketakutan akibat pengalamannya pertama kali bertemu dengan malaikat . Sesampainya dirumah dia berkata kepada isterinya Saiyidinah Khadijah :

" Selimutkan aku ... Selimutkan aku ..."


Maka Sayyidinah Khadijah pun menyelimutkan Baginda SAW sehingga hilang rasa menggeletarnya itu . Kemudian Rasulullah SAW menceritakan pengalaman pertama baginda kepada Saiyyidanah Khadijah . Ketakutan yang dialami oleh baginda kerana sebelum ini Baginda tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Jibril . Saidatina Khadijah menenangkan baginda dengan menyatakan bahawa Allah mahu memilihnya untuk hidayah bukan untuk menyakitinya .

Lalu Saidatina pun pergi la jumpa sepupunya ...Waraqah Bin Naufal , seorang pendeta buta yang banyak membaca kitab kitab yang terdahulu serta luas pula ilmu pengetahuannya . Waraqah berkat ;

" Sesungguhnya engkau telah didatangi oleh Namus ( Nama bagi Jibril ) yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa AS "



Wahyu tak diturun melalui SMS atau Facebook ..tetapi ?

Jibril lah yang menurunkan wahyu..siapa lagi ...tetapi bagaimana caranya ?

Adakalanya ...dia menjelma sebagai manusia dan adakalanya dia berbunyi seperti bunyi nyaring sebuah loceng .

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah Hadith Rasulullah SAW dari Aisyah R.A bahawa Harith bin Hisyam R.A telah bertanya SAW ;

" Wahai Rasulullah SAW , bagaimanakah cara wahyu itu diturun kepada tuan ? "

Lalu Rasulullah menjawab ;

" Kadang - kadang dia datang kepadaku bagaikan suara nyaring dari bunyi loceng , dan itulah yang paling berat bagiku . Kemudian suara itu lenyap dari pendengaranku dan aku telah mengingat apa yang dikatakannya . Tetapi kadang kadang dia datang menjelma sebagai seorang lelaki , kemuidan dia berkata kepadaku , dan akupun ingat apa yang dikatakannya itu ."

( Riwayat Bukhari )

Sayyidinah Aisyah R.A pernah berkata ;

Sesungguhhnya aku pernah melihat Rasulullah SAW ketika didatangi wahyu padanya , iaitu pada suatu hari yang sangat sejuk cuacanya . Setelah selesai , keningnya benar benar bercucuran peluh . "


Di dalam sebuah Hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunia dan Hakim dari Ibnu Mas'ud R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;

"Sesungguhnya Ruhul Qudus membisikan ke dalam Qalbuku bahawa seseorang itu tidak akan mati sehingga dia memperoleh cukup rezeki yang telah ditentukan untuknya . Maka dari itu , takutlah kepada Allah dan berbuat baiklah dalam mencari Rezki . "

Wallahualam

Friday, July 2, 2010

Solat Qasar ; Berapa lama diboleh menunaikannya ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Ustaz tahu tak dalil pasal kalau pergi sambung belajar kat tempat yg jauh contohnye kita kat KL sambung blaja kat Kedah..boleh solat Qasar sepanjang 3 tahun study ?
member saya bagitahu benda ni..saya rasa macam tak btol je ...

Pertama , kalau hangpa nak belajar kat Kedah , hangpa kena belajar bahasa Kedah dulu..haha
Ok ...macam ni..Kau salah tanya orang..Aku bukannya pakar pun bukan pakar dengan masalah Hukum hakam ni..Jadi masalah ni saya rujuk kitab ( macam la artikel lain aku tak rujuk kitab ..haha ) Siri Panduan Solat Qasar , Jamak , Solat Jinazah dan Solat Orang Sakit siri Satu oleh Al-Ustaz Shamsudin Othman .

Mengikut Imam Shafie , seseorang yang tinggal di suatu tempat lebih daripada 3 hari ( tidak termasuk hari tiba dan pulang ) , dia dianggap sudah bermukim dan orang yang bermukim tidak boleh solat qasar kecuali dia menjalankan tugas tertentu dan dia berniat akan meninggalkan tempat itu sebaik sahaja tugasnya selesai . Bagi yang demikian , dibolehkan solat Qasar selama 18 hari .
Sila rujuk Akmal Hj Md Zain ms 235...

( kalau rujuk kitab Doraemon , memang takkan jumpa masalah hukum ni..haha )


Tempoh 18 hari itu adalah berdasarkan sebuah Hadith daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ;

" Nabi SAW bermukim dalam salah satu perjalanan selama 19 hari dan bersolat dua dua rokaat . Maka kami pun apabila bermukim 19 hari kami bersolat dua rokaat , dan kalau lebih daripada itu kami akan cukupkan " .

Yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Nabi SAW bermukim di Mekah sewaktu pembebasan Mekah . Dan 19 hari yang dimaksudkan itu adalah termasuk hari baginda berangkat meninggalkan Mekah untuk melanjutkan perjalanan ke Hunain . Ertinya tempoh bermukim yang sebenar ialah 18 hari .

Tetapi Imam Abu Hanifah berpendapat solat Qasar dibolehkan selama mana orang itu belum selesai menjlankan tugasnya disesuatu tempat , dan dia tidak bermaksud untuk tinggal menetap atau bermastautin di tempat itu ..
**[ Rujuk Akmal Hj Md Zin , ms 235 ]



Tapi ingat solat qasar tu hanya boleh dilakukan dengan Syarat 92 kilometer dan niat yang murni.. kalau nak pi konsert Super Junior , jangan harap boleh buat Qasar ..Tapi Nasuha boleh..haha ..haha

Tuesday, June 29, 2010

Islam bukan Agama Logikal


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Apakah kamu beriman ???

Apakah kamu Islam ???
Apakah kamu Umat Islam yang Beriman ???

Jika ya jawapan kamu ...
Apakah kamu akan mengiyakan fakta berkenaan Isra' Mikraj ?
Peristiwa Nabi pergi menghadap Allah di Sidratul Muntaha ....

Percayakah kamu bahawa Nabi Muhammad lah "angkasawan" pertama yang berjaya menjelajah sampai ke syurga ?

Jika kamu Islam..logik atau tidak logik apa yang disandarkan Nabi SAW , kamu mesti percaya seyakin yakinnya .

" Asyhaduanna muhammadar rasulullah..." ...apakah Tafsir nya ?
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...? itu maksudnya..saya tanya tafsir ayat ini ... Tafsir kepada ayat ini ialah.... Aku percaya seyakin yakinnya apa yang dibawa oleh Muhammad itu sama ada melalui percakapan atau perbuatan atau lain lain .


Jadi kalau Nabi Muhammad kata baginda di Israk mikrajkan dalam masa satu hari ...Adakah anda percaya ?
Kalau nak ikut logik lah..jarak Makkah dengan Palestin tu jauhnya ..pergh... 2 bulan pergi balik . Zaman dulu bukannya ada Ferrari ataupun Porshe ...dulu pakai unta ...

Bila Nabi ceritakan peristiwa dia diisrak mikrajkan dalam satu hari , tergelak bahak Penduduk kampung .. Abu Jahal dengan niat nak bagi jatuh air muka memanggil Abu Bakar As-Siddiq .Sepertimana kita tahu.. Abu Jahal bertanya ; apakah kamu percaya wahai Abu Bakar tentang hal Muhammad diisrak mikrajkan ? Maka Abu Bakara berkata ; Kalau ada yang lebih pelik dari hal ini pun aku tetap percaya ....

Subhanallah...

Korang agak agak lah..boleh percaya tak Nabi diisrak mikrajkan dalam masa satu hari ? Angkasawan dunia nak sampai ke luar bumi pun lama ...Inikan pulak Nabi Muhammad yang zamannya tidak berteknologi...

Saya nak kaitkan dengan Tajuk Entri ni ..

Korang pernah makan tupai ? pernah ?uish..sodap kan ? Bawak bawak lah bertaubat ..tupai tu haram oiii... Apasal haram ? tupai pengotor ke ? Tidak bukan ? Tupai makan buah dipokok sahaja ..tak makan buah yang jatuh dari pokok . . .

Itik Nila pulak macammana ??? Itik Nila boleh makan tak ? Kalau itik Nila tak makan macam mana dia nak hidup ? betul tak ? Haha.. Itik Nila ni halal dimakan ..Akan tetapi ..kalau nak dibandingkan Itik Nila dengan Tupai..Itik Nila ni uishh..takpayah nak cerita ...pengotor yang teramat sangat . Siap boleh berenang dalam najis orang...Tapi bila itik tu dibuat panggang..ya Allah..sodapnya.tak terkata..haha


itu berkenaan makan ...

ok , kedua ...
Kenapa bila kita berwuduk lepastu kita terkentut..wajib tak ambik wuduk ? Wajib .........Habis tuh kenapa kita hanya berwuduk tapi tak basuh punggung kita ? yang menyebabkan batal , punggung kita tapi kenapa perlu basuh muka ? tangan , kaki dan lain lain ? pelik ? ya memang pelik..tapi itulah yang perlu kita patuhi..Syariat Nabi ..


Ok , ok ...berbalik kepada peristiwa Israk Mikraj ...

Kita ambil contoh yang ketiga pula ,

Kita ada hal 2 hari meeting di Indonesia ...kita pun bungkus lah beg..tengah tengah lipat kain tu ..seekor semut pun terlipat sekali dalam lipatan kain ...dari Shah Alam pergi la ke KLIA ...lebih kurang 40 minit insyaallah sampai...nak tanya ..Kalau ikut logik..seekor semut mampu tak sampai ke KLIA dalam masa 4o minit ? tak mampu bukan ..tapi semut ni tadi dah sampai ke KLIA dalam masa 40 minit sahaja ! mengkagumkan..Kalau nak diikutkan logik 100 tahun pun belum tentu semut Shah Alam boleh sampai KLIA . Lepas sampai di Indonesia , Kita pun bukak beg tu , ambil kot yang terlipat tuh ,..terjatuhlah semut , terjumpa dengan semut lain..Kita pulak pi Meeting..

Semut Shah Alam : Eh , aku kat mana ni , tadi kat rumah Tuan aku ...ni jadi lain pulak ...Eh ada semut lain la..baik tanya dia ...Bang semut , bang semut..kita kat mana ni ?

Semut Indonesia : Oh ,ya pak..kita ini di Indonesia ..

Semut Shah Alam : Apa ? Mana mungkin? tadi aku kat Shah Alam ..

Semut Indonesia : Waduh waduh ...gawatnya cakap sama ini semut tua.. Kita di Indonesia..Loh kalau enggak percaya ..loh boleh lihat papan tanda di gedung gedung sekeliling kita ini ...

" HOTEL YOGJOKARTA " ...

Semut Shah Alam : Apa in ? Ngapa in gua bisa berbicara bahasa Indonesia ? Ni mesti sebab aku selalu tengok cerita Indon kat TV Tuan rumah aku...kalau tak..habis aku...


Akibat ketakutan , Semut Shah Alam kembali duduk dalam beg . Bila Kita habis meeting , kita balik Shah Alam...kita bukak Beg..

Semut Shah Alam : IM FREE!!!
Anak Semut : oh ayahku , kemana kau menghilang 2 , 3 hari ni ?
Semut Shah Alam : Ayah pergi ke Indonesia .
Anak Semut : ahaha...ayah jangan buat lawak lah..Ayah dah tua...nak jalan dari seksyen 18 hingga ke 19 tu pun dah boleh arwah dah .

Amacam ? lebih kurang sama tak dengan kisah Nabi Muhammad ni ? Kenapa kamu tidak percaya peristiwa Israk Mikraj ? Nabi Muhammad bukannya naik Kancil...Nabi Muhammad naik Buraq...kepak buraq kiri kanan panjangnya ....perghhhhh..tak terkata...cukup panjang ..lajunya ? ferrari pun tak dapat kejar..


Maka , fikir fikirkan lah wahai hamba Yang beriman ...


Ingat tuh..tak semua benda dalam Islam berdasarkan logikal ..contoh last..Saya budak Hots , tapi kenapa tak ada Aweks ???haha

Sunday, June 27, 2010

Soalan ( Remeh Temeh ) tentang Remaja .


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Bersambung dari Entri lalu ;


Soalan keenam ,
Ustaz , mengapa Remaja suka ber''couple'' ?

Baiklah , satu point je saya nak bagi . Nafsu ! . Dah itu sahaja lah jawapan dari saya . The End . Haha .

Nafsu ni nak terangkan macam mana ye ,...ha , macam ni nafsu ni kalau tak dididik dan dijinakkan macam kita jinakkan seekor singa , susah wooo ... Tak banyak tak puas ..sudah banyak pun tak puas..Itulah Nafsu !

Hasil Kajian ; Kaum wanita ini merasakan dirinya memerlukan tanggungan . So , Kalau makhluk ni salah pilih highway , nak ipoh tapi ikut jalan Johor Bharu .Faham faham sudahlah..haha


Kalau Lelaki kenapa pulak suka ber"couple" ? Saya pun tak ingat dari mana saya belajar...Haha. Hasil kajian mendapati bahawa lelaki menyukai apa benda yang tiada pada dirinya .Tetapi ada pada jantina yang lain . Apakah bendanya ? Lu fikir lepas tu zikir la sendiri .

Diorang bukan tak tahu ayat Quran ,


"Dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu keji dan jalan menuju kesesatan " .

( Surah Al Isra' : 32 )

Allah tak kata "Dan janganlah kamu berzina" . Allah kata " Dan Janganlah kamu menghampiri zina "

Bila dalam Quran kata Jangan ! maka ia telah menjadi 2 Hukum . Hukum pertama , Makruh Tahrim iaitu Makruh yang "5 cm " lagi nak masuk longkang Haram . Manakala hukum kedua , direct Haram la . Dalam Kes hampiri zina ni ...hukumnya jelas Haram!!! .

" Alah Ustaz , kitaorang bukannya buat apa apa , setakat duduk duduk sahaja . Lagipun , kitorang bukan dalam rumah , kitorang duduk kat tempat awam ...semua orang nampak . "

Bila ada makhluk perosak yang menggunakan ayat power ni.. Bagilah dalil ayat 32 surah Al- Isra' . Lepastu , explain la apa penyebab hampiri zina .Contohnya bercouple dan menonton "BlueCah" .

Bukan tak boleh bercouple , boleh tapi kenalah kahwin dahulu . Alahai , korang balik rumah pi dengar lagu Kasih keKasih dari Inteam ..dah la syok ..jawapannya menepati kehendak korang . Dah kahwin nak buat apa , buat jelah . Dua dua merasa nikmat , pahala dapat , ketaqwaan pun meningkat .Haha.Sesuai dengan hadith Rasulullah SAW ;

" Perempuan perempuan iaitu isteri kamu merupakan tempat kamu bercucuk tanam , buatlah apa yang kamu suka mengikut selera terhadap ladang kamu itu ."


Ha , yang ni baru terbaik dari ladang .

"Wahai para pemuda , siapa yang mampu berkahwin , sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan . Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah "

( Riwayah Bukhari )


Couple itu hanya selepas Kahwin . Ingat kawanku!!!Ingat Couple Ingat Api Neraka .





Soalan Ketujuh ,
Remaja sekarang ni sudah luntur akhlaknya . Jadi , bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ?

Lumrah dunia , sepatutnya gunalah Bleach jenama Al-Quran dan Assunnah , insyaallah tak akan luntur keimanan . Ni tak , guna peluntur jenama XXX , meluntur kan iman lagi adalah .

Ok ok , gurau je lah . Merujuk soalan anda , kita boleh check dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud ;

"Sesiapa yang melihat kemungkaran , maka ubahlah ia dengan tangannya , apabila ia tidak mampu , dengan lidahnya dan apabila tidak mampu , dengan hatinya . Demikian itu adalah selemah lemah Iman "

Maksud hadith ni ..
point pertama ; cegah guna tangan ...bukan penampar tau tapi guna kuasa ..tangan dalam hadith ni bermaksud kuasa...
point kedua ; cegah guna lidah ...ni tugas semua sebenarnya tapi khas untuk alim U'lama lah .
point ketiga ; cegah dengan hati... kita hanya mampu membenci dengan iman kita dan itu selemah lemah Iman .Makna kalau kita buat bodoh je dengan kemungkaran..siap la korang kena belasah Munkar Nankir nanti..


" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia , menyuruh yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah ."

( Surah Ali Imran ayat 116 )


Ini adalah tugasan Free dan wajib daripada Allah . Jika kita mentaati kita akan mendapat percutian ke Syurga tanpa balik balik . Akan tetapi , jika mengingkari , ketahuilah Azab Allah itu sepedih pedihnya !!! .



Soalan kelapan ,
Ustaz , mengapa Remaja suka mengumpat dan mencela ?

Wah , soalan HOTS ni!. Eh , kau tak sedar ke yang kita ni pon sedang mengumpat si Remaja ? Haha . Tapi tak mengapa sahabatku , Mengumpat sebegini dibenarkan syarak sebab dikau mengumpat meminta Fatwa .

Saya malas nak ulas panjang lebar..haha..Beginilah , cuba bayangkan , time darurat kita dihutan bertiga dengan 2 orang sahabat karib kita . Salah seorang karib kita suka mengumpat . Ditakdir Sahabat karib kita yang lagi sorang ni almarhum . Sahabat kita yang suka mengumpat ni dah pucat sebab terlalu lapar . Kita pon kata ; " Makanlah jom jenazah kawan kita ni sekadar alas perut " . Apa jawab Pengumpat tadi ? dia mesti berkata ; " Katakan TAK NAK kepada daging JENAZAH !

So , macam tulah mengumpat . Mengumpat dikatakan sama dengan memakan daging saudaranya sendiri .Nauzubillah hi min zalik .

Korang yang tak nampak tak "nampak" daging Jenazah kawan kita time mengumpat mesti nampak daging kentucky kan ???


Dari Abdullah Bin Mas'ud , bersabda Rasulullah SAW ;

" Seorang mukmin bukanlah seorang yang suka mencela , pengutuk , kata katanya keji dan kotor . "





Soalan Kesembilan ,
Ustaz , ada orang tanya saya , mengapa remaja sukakan hiburan ?


Eceh... kau yang tanya lepas tu kata orang lain yang tanya .Haha..Takdalah , gurau je .
Begini , semua orang suka akan hiburan . Sedangkan Rasulullah SAW sendiri menggalakkan hiburan . Oppps...tapi bukan goyang dangdut tau!!!

"Tidaklah dalam kalangan umatku mereka yang tidak melagukan Quran " .

Fitrah manusia sukakan hiburan . Tapi mesti ada garis panduan . Soalan anda ni penerangan nya luas..kalau nak jawab kena buat berjilid jilid buku..haha . Saya rasakan anda maksudkan hiburan yang digemari Remaja ialah hiburan yang berunsurkan Maksiat ..betul tak ? kalau salah Im sorry...haha

Saya pernah menyoal remaja tentang permasalahan yang kau tanya pada aku . Apa remaja ni jawab ? " Sesuai dengan jiwa kitorang ." "Ia menenangkan. "

Padahal Allah SWT berfirman ;

" Hanya mengingati Aku jiwa kamu akan tenang . "

( surah Ar-Rad : 28 )


Aduh ! kepala aku sudah runsing untuk menyoal diri ku sendiri..Nak jawab soalan yang sendiri tanya pon sakit kepala aku!haha