Sunday, August 1, 2010

Hukum Bertindik






Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Apakah hukum bertindik dan memakai anting anting ?


Imam Ghazali mengharamkan tindik telinga sama ada lelaki mahupun perempuan , kerana hal itu menyakitkan yang tiada bersebab suatu hajat dan tidak ada suatu rukhsoh yang sampai kepada dari segi syarak .

Adapun Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Syeikh Ramli menyatakan harus bertindik bagi anak lelaki dan anak perempuan .




Golongan Hanabilah pula membolehkan bagi anak perempuan dan makruh bagi anak lelaki .

Lelaki yang memakai anting anting hukumnya haram kerana ia merupakan perhiasan khusus bagi perempuan , tambahan pula jika anting anting diperbuat daripada emas . Perlu diketahui , pemakaian anting anting bagi kaum lelaki adalah amalan yang dilakukan oleh golongan homo seksual di Amerika Syarikat .

Sabda Rasulullah SAW ;

" Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan tersebut " .

Wallahualam ...

Saturday, July 24, 2010

Berkata baik atau "shhhh"



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




" Shhhhh , jangan bising ...!"



Hangpa semua suka bercakap ? Berapa kilometer anda bercakap setiap hari ? Apakah yang anda cakap itu kesemuanya bermanfaat ? Renung - renungkan ...

Lidah adalah salah satu anggota manusia yang penting dan sangat sangat berguna . Selain digunakan untuk "melantak" makanan dan minuman ...

lidah berperanan untuk seseorang itu berkata kata . Adalah mustahil untuk seseorang itu berkata kata dengan jelas tanpa menggunakan lidah . Tak percaya , cuba korang semua try ...haha



Daripada Abi Hurairah RA berkata , bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda ;
" Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah berkata yang baik atau diam , barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah menghormati tetangganya , barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah menghormati tetamunya . "

Kata orang , lidah tidak bertulang , maka lebih senang mengatakan apa apa tanpa berfikir . Bahaya lidah ini sebenarnya benar sekali .

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda , maksudnya ;
" Tiada akan lurus keimanan seorang hamba , sehingga lurus pula hatinya , dan tiada akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya , dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga , selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya .
"

Antara bencana lidah ;

1 . Berkata kata yang tidak mendatangkan apa apa faedah .

2 . Mengambil tahu tentang orang lain .

3 . Berbual bual tentang hal berkaitan maksiat .

4 . Bantah membantah dan petengkaran .

5 . Pertelingkahan , iaitu bila seseorang itu menyatakan tentang ketidakpuasan hatinya , ekoran dari pertelingkahan .

6 . Memaki , mencela dan bercakap sesuatu yang kotor .

7 . Melaknat , walaupun binatang atau benda , apatah lagi manusia .

8 . Bersenda gurau , yang mengecilkan orang lain , menipu atau melampaui batas .
9 . Menghina atau mengejek .
10 . Membocorkan rahsia .

11 . Membuat janji kosong .

12 . Mengumpat , iaitulah menyebut apa apa pun kekurangan yang berkaitan dengan orang itu , dan jika orang itu mendengarnya , akan menjadikan kemarahan .

13 . Mengadu domba .

14 . Bermuka muka antara dua orang , atau menghasut dua belah pihak supaya bermusuhan .

15 . Bertanya yang bukan bukan , sehingga memberatkan orang yang menjawab .



Bidalan Melayu menyebutkan bahawa " Lidah tidak bertulang ". Lidah ni kalau cakap lah sampai 400 kilometer confirm takkan penat ...rasa best je cakap ...cumanya ..tekak kering je nanti..kalau dah minum air...confirm bercakap balik ..


Kawan - kawanku ..berkatalah yang baik baik sahaja daripada " pot pet pot pet " atau "shhhh"

Friday, July 23, 2010

Zulqarnain itu bukan namanya ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kisah Zulqarnain turut dimainkan didalam Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 83 hingga 98 . Hangpa semua boleh baca sendiri la..haha..


Fokus entri kali ni .. " Zulqarnain itu bukan namanya ? " ....betul kah begitu ?

Habis tu dalam Quran dia tak panggil pon Zulqarnain ni Mawi ke Syahir ke ..

Allah panggil Zulqarnain je . Ya, benar..Al-Quran hanya menyebutkan nama manusia besar yang menguasai dunia dari belahan barat sehingga ke Timur itu sebagai Zulqarnain..

Takda nama lain . Menurut kajian Para Ulama dan ahli sejarah ia bukan nama sebenar , tapi hanya gelaran saja . Lebih lebih lagi jika dia bukan bangsa Arab , sedang nama yang dipakainya adalah Bahasa Arab .

Zulqarnain bermaksud orang yang mempunyai dua tanduk .


beberapa kemungkinan Zulqarnain dipanggil Zulqarnain .Tapi perkara ini hanya Allah Taala yang mengesahkannya bukanlah SIRIM mahupun JAKIM .

Pertama , kerana dia dapat menguasai dua kawasan yang sangat besar yakni disebelah barat dan timur hasil dari keberaniannya dan usahanya yang sangat gigih .

Kedua , dia sebagai seorang yang sangat kuat , gagah berani sehingga diibaratkan dengan haiwan yang berani seperti kerbau dan Banteng ( Nasihat saya sila lihat gambar Banteng di Internet jika tak pernah dengar nama haiwan ni ) . Kedua dua haiwan kuat ini sememangnya mempunyai dua tanduk .

Ketiga , kemungkinan di atas kepala raja perkasa itu memakai mahkota berupa tengkolok yang mempunyai dua bucu bersilang ke kiri dan kekanan sehingga menyerupai tanduk . Pada zaman dahulu mahkota seperti itu hanya dipakai oleh raja dalam satu satu kaum dan terbuat daripada emas . Dengan demikian orang ramai dapat mengetahui siapa yang menjadi raja di antara kaumnya .




kita lihat diatas kepala wanita tersebut..mungkin..inilah tanduk yang dimaksudkan penulis..
yang lelaki tu pakai tengkolok bukan tanduk..haha



Kemungkinan yang ketiga ini sangat besar kerana kaum yang didatanginya tiba tiba memanggilnya dengan

" Wahai orang yang punya dua tanduk ( Ya Zulqurnain )! " .

Kaum itu tidak tahu nama sebenar Zulqurnain , yelah ..baru je diorang jumpa..dahlah bahasa pun saling tak memahami .

Jadi untuk memudahkan kaum tersebut , mereka memanggil " Wahai tuan yang mempunyai dua tanduk ! " apabila dilihatnya diatas kepala sang penakhluk itu bertenggek sebuah mahkota berbucu dua seperti tanduk . Tentunya ada orang yang memahami bahasa Panglima Zulqurnain dan kaum terasing itu yang menjadi Juru Bahasa .


Tutup kepala atau mahkota berbucu dua menyerupai dua tanduk masih dapat disaksikan pada masa ini , yakni pakaian adat Minangkabau .
Sehingga dalam kalangan sesetengah kaum itu tersiar dongeng bahawa mereka ada kena mengena atau mendakwa sebagai keturunan Iskandar Zulqarnain .

Menurut satu dongeng dalam kalangan orang orang Melayu dikatakan bahawa ada seorang Raja bernama Iskandar yang bergelar Zulqarnain . Raja itu berasal dari Macedonia bergerak menyerang kerajaan Hindi sehingga terjadilah peperangan antaranya dengan Raja Hindi yang bernama Kida Hindi . Raja Hindu itu kalah dan memeluk agama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim A.S . Seterusnya Iskandar Zulqarnain berkahwin dengan puteri Raja Kida Hindi yang bernama Syahrul Bariyyah , dan yang menjadi Kadi dalam pernikah tersebut adalah Nabi Khidir .


Menurut dongeng itu , perkahwinan antara Iskandar Zulqarnain dengan Puteri Syahrul Bariyyah Binti Raja Kida Hindi telah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah yang kemudiannya menjadi Raja berkuasa .

Raja Aristun Syah menurunkan keturunan yang menjadi rajat turun temurun sehingga sampai kepada Raja Anusyirwan Al-Adil yang menurunkan Raja Melayu bernama Raja Suran . Katanya , Raja Suran ini pernah berkahwin dengan seorang Puteri Raja di dasar laut bernama Raja Aftabul Ardh dan nama puteri itu ialah Mahbatul Bahr .


Selain itu , Raja Suran juga pernah berkahwin dengan Puteri Raja Keling dan mendapat beberapa orang anak yang seorang diantaranya Bacitram Syah . Dikatakan bahawa Bacitram Syah inilah yang menjelma diatas Bukit Siguntang Mahameru , menjadi Sang Sapurba Terambri Sri Tribuana , Raja Melayu yang mula mula menjelma atas dunia . Demikian dongeng yang ditulis Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu .

Aiseh...dari tafsir Quran dah masuk tafsir sejarah Melayu..haha

Wednesday, July 21, 2010

Saidina Ali ; Ilmu dan Harta



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Satu hari ada hamba Allah bertanya SATU soalan kepada Saidina Ali . Soalannya berbunyi begini ...

" Apakah perbandingan Ilmu dan Harta " ?

Maka , dijawab lah Ali akan soalan itu ...
  1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
  2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
  3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
  4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut bakhil" (kedekut)
  5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
  6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
  7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
  8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
  9. Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.
Wah..hebatnya Saidina Ali..tanya satu beliau beri sembilan jawaban.. Tapi kalau kita ..tanya sembilan soalan ..satu je jawaban kita ..." Wallahualam "