Wednesday, August 4, 2010

Belia Zaman Dahulu ....




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Hari ini ..saya mahu memperkenalkan 2 0rang Remaja . Remaja yang boleh dijadikan ikutan remaja pada zaman kini . Siapa remaja tersebut ? Mari kita baca...



Remaja pertama ;

Rabiah Raie
...sewaktu kecil ..beliau tidak pernah melihat Rasulullah ... Ayahnya sewaktu pergi berjihad memberikan nafkah kepada isterinya sebanyak 30ribu Dinar . Ayah nya juga berpesan duit ini boleh dibuat modal untuk perniagaan .


Sewaktu ayah pergi berjihad...Ibu Rabiah menghantar Rabiah pergi ke pondok... dari pada Rabiah ilmunya kosong dan pulang menjadi Tok Guru . Ibu Rabiah menghantar Rabiah menuntut ilmu Quran dan Hadis menggunakan duit yang 30 ribu dinar tu lah ..

Setelah lama menghilang sewaktu pergi berjihad...ayah Rabiah pulang kerumah ...Beliau melihat rumahnya seperti dahulu ...Ayah Rabiah masuk ke dalam rumah ...lalu " wahai isteriku , kemana kau habiskan wang sebanyak 30 ribu dinar ? "
Ibu Rabiah menjawab , '' sebelum aku menjawab... sila lah abang ke misjid . "

Ayah Rabiah kemudian ke misjid menunaikan solat jemaah..setelah selesai berjemaah ... Ayah Rabiah melihat di misjid ada banyak tiang yang dipenuhi dengan majlis ugama..setiap tiang terdapat tok guru dan penuntut ilmu ....tetapi..satu tiang ni ..Ayah Rabiah melihat ..ada banyak penuntut ilmu..tetapi tak nampak pun Tok Gurunya..sebab banyak sangat penuntut ilmu ... Ayah Rabiah tanya kepada salah seorang jemaah yang ada disitu ... "Tok guru mana yang mengajar di tiang ni?" Jawab jemaah pula ; "Tok guru ni ? ni Tok guru yang paling muda sekali "

Ayah Rabiah pulang kerana perasaan ammarahnya masih ada ..dia nak tuntut 30 Ribu Dinar dari isteri nya.. apabila pulang..

Ayah Rabiah : wahai isteriku ..aku sudah pergi ke masjid..sekarang...kemana 30 ribu dinar aku kau laburkan ?
Ibu Rabiah : Apakah abang tidak pergi ke misjid ?
Ayah Rabiah : Sudah tentu aku pergi .
Ibu Rabiah : Kalau begitu ...apa yang engkau lihat ?
Ayah Rabiah : Aku lihat terdapat banyak tiang masjid yang terdapat majlis ilmu .
Ibu Rabiah : Dan lagi ?
Ayah Rabiah : Aku lihat satu tiang itu , terdapat banyak penuntut ilmu sehinggakan tidak ternampak Tok Guru yang mengajar ..
Ibu Rabiah : dan kalau begitu..engkau kembali ke masjid dan bertanyakan akan nama Tok Guru tersebut .


Setelah sampai ...Ayah Rabiah bertanya kepada jemaah disitu .."Siapakah nama Tok Guru yang mengajar disitu ? "

Lalu dijawab ..." Rabiah Raie " ....Alangkah terkejut si Ayah Rabiah itu tadi lalu pulang dalam keadaan tawadhu' ...


Ibu Rabiah : Sekarang ...aku bertanya pula ...apakah yang kamu lihat dimisjid tadi ?
Ayah Rabiah : ......( diam )
Ibu Rabiah : Sekarang...apa yang kamu mahu ? Rabiah Raie menjadi seorang Tok Guru atau duit 30 ribu Dinar tersebut ? untuk jawapanmu itu...aku bagitau ...duitmu itu aku gunakan untuk belanja Rabiah pergi berjuang menuntut ilmu ...








Ok...kisah kedua pulak... siapa ? oh...siapa lagi kalau bukan ....

Remaja kedua ;

Mus'ab Bin Umayy...
Siapa dia ? dia adalah sahabat Nabi yang dahulunya kufur... saya cerita dengan ringkas ye..

Musab Bin Umayy ni lahir dalam keluarga yang kaya ... pakaian nya masyaallah..sangat hebat dan mahal .... nak tahu kaya tak kaya Musab ni.. minyak attarnya sahaja... sahabat boleh bau haruman yang kuat sedangkan tiada sesiapa disitu... ini bukan kisah seram ye..kisah betul ni..Bila dah bau je ..baru Mus'ab lalu...rupa rupanya ..haruman tu bau minyak attar Musab la..

Tapi bila Musab Bin Umayy ni masuk islam ..subhanallah..iman nya sangat tinggi .. Ibu beliau yang masih kufur berkata .."kalau hang tak nak keluar islam ..nanti ceq merajuk tak nak makan "
Nak tahu apa jawab Mus'ab..? " kalau ibu mati hidup balik mati hidup balik dan mati hidup balik sebanyak helaian di rambut ibu..aku tetap tak nak keluar dari nikmat islam "

..haha ..amacam ? layan tak ?haha

Tapi yang sedihnya..apabila syahid je Musab Bin Umayy dalam sebuah peperangan ...nak tutup jasad dia dengan kain milik dia.. tutup muka nampak kaki ..tutup kaki nampak muka... Nabi kemudian menangis ..lalu menyuruh Sahabat mengambil daun daun menutup kaki Mus'ab .

Wallahua'lam...



Sunday, August 1, 2010

Hukum Bertindik






Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Apakah hukum bertindik dan memakai anting anting ?


Imam Ghazali mengharamkan tindik telinga sama ada lelaki mahupun perempuan , kerana hal itu menyakitkan yang tiada bersebab suatu hajat dan tidak ada suatu rukhsoh yang sampai kepada dari segi syarak .

Adapun Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Syeikh Ramli menyatakan harus bertindik bagi anak lelaki dan anak perempuan .




Golongan Hanabilah pula membolehkan bagi anak perempuan dan makruh bagi anak lelaki .

Lelaki yang memakai anting anting hukumnya haram kerana ia merupakan perhiasan khusus bagi perempuan , tambahan pula jika anting anting diperbuat daripada emas . Perlu diketahui , pemakaian anting anting bagi kaum lelaki adalah amalan yang dilakukan oleh golongan homo seksual di Amerika Syarikat .

Sabda Rasulullah SAW ;

" Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan tersebut " .

Wallahualam ...

Saturday, July 24, 2010

Berkata baik atau "shhhh"



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




" Shhhhh , jangan bising ...!"



Hangpa semua suka bercakap ? Berapa kilometer anda bercakap setiap hari ? Apakah yang anda cakap itu kesemuanya bermanfaat ? Renung - renungkan ...

Lidah adalah salah satu anggota manusia yang penting dan sangat sangat berguna . Selain digunakan untuk "melantak" makanan dan minuman ...

lidah berperanan untuk seseorang itu berkata kata . Adalah mustahil untuk seseorang itu berkata kata dengan jelas tanpa menggunakan lidah . Tak percaya , cuba korang semua try ...haha



Daripada Abi Hurairah RA berkata , bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda ;
" Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah berkata yang baik atau diam , barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah menghormati tetangganya , barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah menghormati tetamunya . "

Kata orang , lidah tidak bertulang , maka lebih senang mengatakan apa apa tanpa berfikir . Bahaya lidah ini sebenarnya benar sekali .

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda , maksudnya ;
" Tiada akan lurus keimanan seorang hamba , sehingga lurus pula hatinya , dan tiada akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya , dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga , selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya .
"

Antara bencana lidah ;

1 . Berkata kata yang tidak mendatangkan apa apa faedah .

2 . Mengambil tahu tentang orang lain .

3 . Berbual bual tentang hal berkaitan maksiat .

4 . Bantah membantah dan petengkaran .

5 . Pertelingkahan , iaitu bila seseorang itu menyatakan tentang ketidakpuasan hatinya , ekoran dari pertelingkahan .

6 . Memaki , mencela dan bercakap sesuatu yang kotor .

7 . Melaknat , walaupun binatang atau benda , apatah lagi manusia .

8 . Bersenda gurau , yang mengecilkan orang lain , menipu atau melampaui batas .
9 . Menghina atau mengejek .
10 . Membocorkan rahsia .

11 . Membuat janji kosong .

12 . Mengumpat , iaitulah menyebut apa apa pun kekurangan yang berkaitan dengan orang itu , dan jika orang itu mendengarnya , akan menjadikan kemarahan .

13 . Mengadu domba .

14 . Bermuka muka antara dua orang , atau menghasut dua belah pihak supaya bermusuhan .

15 . Bertanya yang bukan bukan , sehingga memberatkan orang yang menjawab .



Bidalan Melayu menyebutkan bahawa " Lidah tidak bertulang ". Lidah ni kalau cakap lah sampai 400 kilometer confirm takkan penat ...rasa best je cakap ...cumanya ..tekak kering je nanti..kalau dah minum air...confirm bercakap balik ..


Kawan - kawanku ..berkatalah yang baik baik sahaja daripada " pot pet pot pet " atau "shhhh"

Friday, July 23, 2010

Zulqarnain itu bukan namanya ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kisah Zulqarnain turut dimainkan didalam Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 83 hingga 98 . Hangpa semua boleh baca sendiri la..haha..


Fokus entri kali ni .. " Zulqarnain itu bukan namanya ? " ....betul kah begitu ?

Habis tu dalam Quran dia tak panggil pon Zulqarnain ni Mawi ke Syahir ke ..

Allah panggil Zulqarnain je . Ya, benar..Al-Quran hanya menyebutkan nama manusia besar yang menguasai dunia dari belahan barat sehingga ke Timur itu sebagai Zulqarnain..

Takda nama lain . Menurut kajian Para Ulama dan ahli sejarah ia bukan nama sebenar , tapi hanya gelaran saja . Lebih lebih lagi jika dia bukan bangsa Arab , sedang nama yang dipakainya adalah Bahasa Arab .

Zulqarnain bermaksud orang yang mempunyai dua tanduk .


beberapa kemungkinan Zulqarnain dipanggil Zulqarnain .Tapi perkara ini hanya Allah Taala yang mengesahkannya bukanlah SIRIM mahupun JAKIM .

Pertama , kerana dia dapat menguasai dua kawasan yang sangat besar yakni disebelah barat dan timur hasil dari keberaniannya dan usahanya yang sangat gigih .

Kedua , dia sebagai seorang yang sangat kuat , gagah berani sehingga diibaratkan dengan haiwan yang berani seperti kerbau dan Banteng ( Nasihat saya sila lihat gambar Banteng di Internet jika tak pernah dengar nama haiwan ni ) . Kedua dua haiwan kuat ini sememangnya mempunyai dua tanduk .

Ketiga , kemungkinan di atas kepala raja perkasa itu memakai mahkota berupa tengkolok yang mempunyai dua bucu bersilang ke kiri dan kekanan sehingga menyerupai tanduk . Pada zaman dahulu mahkota seperti itu hanya dipakai oleh raja dalam satu satu kaum dan terbuat daripada emas . Dengan demikian orang ramai dapat mengetahui siapa yang menjadi raja di antara kaumnya .




kita lihat diatas kepala wanita tersebut..mungkin..inilah tanduk yang dimaksudkan penulis..
yang lelaki tu pakai tengkolok bukan tanduk..haha



Kemungkinan yang ketiga ini sangat besar kerana kaum yang didatanginya tiba tiba memanggilnya dengan

" Wahai orang yang punya dua tanduk ( Ya Zulqurnain )! " .

Kaum itu tidak tahu nama sebenar Zulqurnain , yelah ..baru je diorang jumpa..dahlah bahasa pun saling tak memahami .

Jadi untuk memudahkan kaum tersebut , mereka memanggil " Wahai tuan yang mempunyai dua tanduk ! " apabila dilihatnya diatas kepala sang penakhluk itu bertenggek sebuah mahkota berbucu dua seperti tanduk . Tentunya ada orang yang memahami bahasa Panglima Zulqurnain dan kaum terasing itu yang menjadi Juru Bahasa .


Tutup kepala atau mahkota berbucu dua menyerupai dua tanduk masih dapat disaksikan pada masa ini , yakni pakaian adat Minangkabau .
Sehingga dalam kalangan sesetengah kaum itu tersiar dongeng bahawa mereka ada kena mengena atau mendakwa sebagai keturunan Iskandar Zulqarnain .

Menurut satu dongeng dalam kalangan orang orang Melayu dikatakan bahawa ada seorang Raja bernama Iskandar yang bergelar Zulqarnain . Raja itu berasal dari Macedonia bergerak menyerang kerajaan Hindi sehingga terjadilah peperangan antaranya dengan Raja Hindi yang bernama Kida Hindi . Raja Hindu itu kalah dan memeluk agama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim A.S . Seterusnya Iskandar Zulqarnain berkahwin dengan puteri Raja Kida Hindi yang bernama Syahrul Bariyyah , dan yang menjadi Kadi dalam pernikah tersebut adalah Nabi Khidir .


Menurut dongeng itu , perkahwinan antara Iskandar Zulqarnain dengan Puteri Syahrul Bariyyah Binti Raja Kida Hindi telah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah yang kemudiannya menjadi Raja berkuasa .

Raja Aristun Syah menurunkan keturunan yang menjadi rajat turun temurun sehingga sampai kepada Raja Anusyirwan Al-Adil yang menurunkan Raja Melayu bernama Raja Suran . Katanya , Raja Suran ini pernah berkahwin dengan seorang Puteri Raja di dasar laut bernama Raja Aftabul Ardh dan nama puteri itu ialah Mahbatul Bahr .


Selain itu , Raja Suran juga pernah berkahwin dengan Puteri Raja Keling dan mendapat beberapa orang anak yang seorang diantaranya Bacitram Syah . Dikatakan bahawa Bacitram Syah inilah yang menjelma diatas Bukit Siguntang Mahameru , menjadi Sang Sapurba Terambri Sri Tribuana , Raja Melayu yang mula mula menjelma atas dunia . Demikian dongeng yang ditulis Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu .

Aiseh...dari tafsir Quran dah masuk tafsir sejarah Melayu..haha