Saturday, August 7, 2010

Istighfar ; Keampunan hanya kepada Allah



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Istighfar ertinya memohon keampunan kepada Allah diatas segala macam dosa dan kesalahan yang dilakukan . Doa doa yang berinti permohonan seperti ini mempunyai bentuk yang tertentu antaranya ada kata kata memohon taubat dan keampunan .


Manusia tidak pernah lekang daripada berbuat dosa , sama ada sengaja atau pun tidak .
Sebab tu Nabi SAW ada berdoa ,

" Ya Allah , ampunilah dosa kami yang telah lalu , dosa yang sedang kami lakukan dan dosa yang kami akan lakukan "

Kita sebagai manusia yang beriman , adalah wajib untuk kita memohon keampunan kepada Allah demi melunasikan atau membersihkan diri dariapada kekotoran dosa dan maksiat kepaa Allah .

Banyak ayat alquran dan alhadith yang mengajak kita supaya beristighfar ;

" Dan minta ampunlah untuk dosamu , seta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pagi dan petang . "

" Minta ampunlah untuk dosamu dan untuk dosa orang yang beriman lelaki dan perempuan ."

" Minta ampunlah kamu sekalian kepada Allah , kerana Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyayang . "

Menerusi ayat lain , Allah SWT berfirman ;

" Bagi mereka yang bertawa kepada Tuhan , disediakan syurga dibawahnya mengalir sungai sungai yang jernih airnya dan yang didalamnya terdapat bidadari bidadari yang suci dan rahmat Allah SWT yang melimpah limpah , kerana Tuhan akan membalas amal ibadahnya . Persediaan itu ialah untuk mereka yang berkata ; : wahai Tuhan kami , semua kami percaya akan dikau ,
ampunilah segala dosa kami , dan hindarilah kami daripada azab azab neraka . Mereka itulah orang orang yang sabar , orang orang yang benar , orang orang yang bertaqwa , orang orang yang suka bersedeqah dan orang orang orang yang meminta keampunan daripada Tuhan pada malam hari ."

Jaminan Tuhan bahawa orang yang meminta ampun itu tidak akan diseksa kelak kemudiannya , ternyata dari firman Allah SWT yang bermaksud ;
" Tidaklah Tuhan akan mengazab mereka yang selalu ada disampingmu ( wahai Muhammad ) , begitu juga Tuhan tidak akan mengazab mereka yang meminta ampun kepada Nya . "


Kemudian , dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah , katanya ;

" Saya dengar Rasulullah SAW bersabda ; Demi Allah , saya minta ampun dan bertaubat kepada Tuhan pada setiap hari lebih daripada tujuh puluh kali ."

Dalam sebuah hadith Qudsi diriwayatkan daripada Tabrani , sabda Rasulullah SAW ; " Allah berfirman , " Wahai anak Adam , ketahuilah bahawa apa yang kamu minya dan kamu harapkan , Aku ampuni semuanya . Wahai anak Adam , jika dosamu memenuhi langit dan bumi sekalipun , kemudian kamu meminya ampun kepadaKu , nescaya Aku ampunkan semuanya ...."


wallahua'lam

Thursday, August 5, 2010

Khurafat mengenai Uri Bayi


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




yay yay ...anda dapat anak ? anak anda mempunyai uri ? Uri tak tahu nak buang kat mana ? jangan risau ..kami anda petua nya...


Begini ..Uri bayi boleh dibuang dimana mana sahaja..jangan risau ... Orang Melayu punya kepercayaan uri bayi perempuan tanam di hadapan rumah manakala uri bayi lelaki dibelakang rumah dengan beriktikadkan nanti perempuan kalau tanam belakang rumah tak ada orang nak meminang adalah KHURAFAT semata mata..

Ada juga yang beriktikadkan ..bahawa ..uri bayi seharusnya diberi penghargaan kerana telah menjadi alat mainan bayi dalam perut ibu dengan cara meletakkan sebatang pensil dan kertas dengan beriktikadkan jikalau bayi sudah besar nanti mampu menulis ...
Ustaz Bashasunnahar menyambung kata ; " kalau macamtu , baik tanam laptop , lagi canggih ..."
itu kata Ustaz Bashasunnahar ...tapi kata saya ? : " baik tanam MyVi..lagi best... kecil kecil cilipadi sudah pandai bawak kereta..haha


ok , ok ...

Uri bayi ..sememangnya mendapat perhatian umum...sehinggakan menurut kepercayaan orang Melayu ...uri bayi yang ditanam diatasnya mesti terdapat mengkuang ...kononnya mengelakkan Langsuir datang untuk merampas uri bayi seterusnya makan benda tersebut .

Segelintir hamba Allah yang menanam uri bayi membaca Alfatihah ? boleh ke ? tak..tak boleh..uri bayi bukannya hidup pun.. uri tu jadi najis sebab ada darah... kira sama juga kalau jari terpotong atau sesiapa yang ada kencing manis ..potong kaki ..kaki tu tak payah la tanam sekali fatihah.. baca Bismillah tak mengapa ...sebab " Setiap pekerjaan tanpa bismillah sia-sia "

Uri bayi menurut Fatwa Ulama Madinah 1992 , harus bagi tujuan perbuatan ...seperti hilangkan penyakit kulit .

Manakalah hukum menggunakan Uri bayi sebagai alat untuk berkosmetik atau digunakan sebagai gincu atau sebagainya adalah haram ....

Wallahualam .

Wednesday, August 4, 2010

Belia Zaman Dahulu ....




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Hari ini ..saya mahu memperkenalkan 2 0rang Remaja . Remaja yang boleh dijadikan ikutan remaja pada zaman kini . Siapa remaja tersebut ? Mari kita baca...



Remaja pertama ;

Rabiah Raie
...sewaktu kecil ..beliau tidak pernah melihat Rasulullah ... Ayahnya sewaktu pergi berjihad memberikan nafkah kepada isterinya sebanyak 30ribu Dinar . Ayah nya juga berpesan duit ini boleh dibuat modal untuk perniagaan .


Sewaktu ayah pergi berjihad...Ibu Rabiah menghantar Rabiah pergi ke pondok... dari pada Rabiah ilmunya kosong dan pulang menjadi Tok Guru . Ibu Rabiah menghantar Rabiah menuntut ilmu Quran dan Hadis menggunakan duit yang 30 ribu dinar tu lah ..

Setelah lama menghilang sewaktu pergi berjihad...ayah Rabiah pulang kerumah ...Beliau melihat rumahnya seperti dahulu ...Ayah Rabiah masuk ke dalam rumah ...lalu " wahai isteriku , kemana kau habiskan wang sebanyak 30 ribu dinar ? "
Ibu Rabiah menjawab , '' sebelum aku menjawab... sila lah abang ke misjid . "

Ayah Rabiah kemudian ke misjid menunaikan solat jemaah..setelah selesai berjemaah ... Ayah Rabiah melihat di misjid ada banyak tiang yang dipenuhi dengan majlis ugama..setiap tiang terdapat tok guru dan penuntut ilmu ....tetapi..satu tiang ni ..Ayah Rabiah melihat ..ada banyak penuntut ilmu..tetapi tak nampak pun Tok Gurunya..sebab banyak sangat penuntut ilmu ... Ayah Rabiah tanya kepada salah seorang jemaah yang ada disitu ... "Tok guru mana yang mengajar di tiang ni?" Jawab jemaah pula ; "Tok guru ni ? ni Tok guru yang paling muda sekali "

Ayah Rabiah pulang kerana perasaan ammarahnya masih ada ..dia nak tuntut 30 Ribu Dinar dari isteri nya.. apabila pulang..

Ayah Rabiah : wahai isteriku ..aku sudah pergi ke masjid..sekarang...kemana 30 ribu dinar aku kau laburkan ?
Ibu Rabiah : Apakah abang tidak pergi ke misjid ?
Ayah Rabiah : Sudah tentu aku pergi .
Ibu Rabiah : Kalau begitu ...apa yang engkau lihat ?
Ayah Rabiah : Aku lihat terdapat banyak tiang masjid yang terdapat majlis ilmu .
Ibu Rabiah : Dan lagi ?
Ayah Rabiah : Aku lihat satu tiang itu , terdapat banyak penuntut ilmu sehinggakan tidak ternampak Tok Guru yang mengajar ..
Ibu Rabiah : dan kalau begitu..engkau kembali ke masjid dan bertanyakan akan nama Tok Guru tersebut .


Setelah sampai ...Ayah Rabiah bertanya kepada jemaah disitu .."Siapakah nama Tok Guru yang mengajar disitu ? "

Lalu dijawab ..." Rabiah Raie " ....Alangkah terkejut si Ayah Rabiah itu tadi lalu pulang dalam keadaan tawadhu' ...


Ibu Rabiah : Sekarang ...aku bertanya pula ...apakah yang kamu lihat dimisjid tadi ?
Ayah Rabiah : ......( diam )
Ibu Rabiah : Sekarang...apa yang kamu mahu ? Rabiah Raie menjadi seorang Tok Guru atau duit 30 ribu Dinar tersebut ? untuk jawapanmu itu...aku bagitau ...duitmu itu aku gunakan untuk belanja Rabiah pergi berjuang menuntut ilmu ...








Ok...kisah kedua pulak... siapa ? oh...siapa lagi kalau bukan ....

Remaja kedua ;

Mus'ab Bin Umayy...
Siapa dia ? dia adalah sahabat Nabi yang dahulunya kufur... saya cerita dengan ringkas ye..

Musab Bin Umayy ni lahir dalam keluarga yang kaya ... pakaian nya masyaallah..sangat hebat dan mahal .... nak tahu kaya tak kaya Musab ni.. minyak attarnya sahaja... sahabat boleh bau haruman yang kuat sedangkan tiada sesiapa disitu... ini bukan kisah seram ye..kisah betul ni..Bila dah bau je ..baru Mus'ab lalu...rupa rupanya ..haruman tu bau minyak attar Musab la..

Tapi bila Musab Bin Umayy ni masuk islam ..subhanallah..iman nya sangat tinggi .. Ibu beliau yang masih kufur berkata .."kalau hang tak nak keluar islam ..nanti ceq merajuk tak nak makan "
Nak tahu apa jawab Mus'ab..? " kalau ibu mati hidup balik mati hidup balik dan mati hidup balik sebanyak helaian di rambut ibu..aku tetap tak nak keluar dari nikmat islam "

..haha ..amacam ? layan tak ?haha

Tapi yang sedihnya..apabila syahid je Musab Bin Umayy dalam sebuah peperangan ...nak tutup jasad dia dengan kain milik dia.. tutup muka nampak kaki ..tutup kaki nampak muka... Nabi kemudian menangis ..lalu menyuruh Sahabat mengambil daun daun menutup kaki Mus'ab .

Wallahua'lam...



Sunday, August 1, 2010

Hukum Bertindik






Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Apakah hukum bertindik dan memakai anting anting ?


Imam Ghazali mengharamkan tindik telinga sama ada lelaki mahupun perempuan , kerana hal itu menyakitkan yang tiada bersebab suatu hajat dan tidak ada suatu rukhsoh yang sampai kepada dari segi syarak .

Adapun Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Syeikh Ramli menyatakan harus bertindik bagi anak lelaki dan anak perempuan .




Golongan Hanabilah pula membolehkan bagi anak perempuan dan makruh bagi anak lelaki .

Lelaki yang memakai anting anting hukumnya haram kerana ia merupakan perhiasan khusus bagi perempuan , tambahan pula jika anting anting diperbuat daripada emas . Perlu diketahui , pemakaian anting anting bagi kaum lelaki adalah amalan yang dilakukan oleh golongan homo seksual di Amerika Syarikat .

Sabda Rasulullah SAW ;

" Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan tersebut " .

Wallahualam ...