Thursday, November 4, 2010
Bukan Binatang sahaja yang dapat Rezqi ...
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
artikel oleh Ustaz Ahmad Ismail yang telah diolah
Imam Zuhudi ketika terjumpa ayat quran yang berbunyi ;
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
( surah Hud ayat 11 )
Beliau ingin membuktikan bahawa Allah itu tidak mungkir janji . Beliau bukan tidak percaya kepada janji Allah tetapi ingin meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah SWT .
Imam Zuhudi berkata ; sedang binatang pun Allah beri rezqi , inikan aku seorang insan , makhluk yang mulia .
Satu hari , dia keluar dari rumahnya , pergi ke hujung rimba , hutan yang tiada manusia duduk . Kemudian , dia masuk pula ke dalam sebuah gua , pergi pula ke hujung - hujung gua , segelap - gelap keadaan .
Dia ikat diri dia , tutup mulut dan duduk diatas sebuah batu .
Gua yang sebegini dalam , hutan yang tiada orang , tiba - tiba hujan lebat pula tu ,ditakdirkan Allah tersesatlah segerombolan jemaah haji .
Maka , mereka mengambil keputusan untuk berehat didalam gua .
Tidak lama kemudian , bangkit dua orang dalam jemaah itu .
" Apa agaknya yang ada dihujung gua tu , binatang buas tak ."
Maka , mereka berdua ambil pelita pergi ke sehujung - hujung gua . Tiba - tiba mereka ternampak seorang lembaga yang sedang duduk diatas batu .
" Apa itu ? jangan - jangan jin tak ? "
Mereka pergi mendapatkan lembaga itu , ternyata lembaga tersebut seorang manusia .
" Bagaimana tuan , boleh sampai disini ? " tanya salah seorang dari dua orang jemaah .
Imam Zuhudi diam ...
" Mungkin dia lapar kot ? "
Cerita bab lapar pulak ,..
Maka , dua jemaah tersebut pulang ke pintu gua kembali kepada jemaah yang lain dengan pantas .
" Wei , dekat hujung gua sana , ada satu orang yang duduk terikat diatas batu . Mungkin dia lapar , aku ambil makanan ni ye ? "
Maka , mereka berdua berkejar kembali kepada lembaga tersebut .
" Nah , ini makanan untukmu ."
Imam Zuhudi tak menggerakkan tangannya untuk mengambil makanan .
" Mungkin kerana terlalu lapar , dia tak mampu nak gerakkan tangan dia . Kau suapkanlah dia . "
Imam Zuhudi tak buka mulutnya walaupun setelah disuap
" Mungkin sebab terlalu lapar , dia tak mampu nak buka mulutnya . Kau tolonglah bukakkan mulut dia . Mereka mencungkil mulut dia Imam Zuhudi yang ketat dengan jari , ada riwayat mengatakan menggunakan pisau .
Setelah berjaya makanan dimasukkan dalam mulut Imam Zuhudi . Imam Zuhudi bangun lantas berteriakan ; Benar Allah ! Benar Allah! Benar Allah !
Terkejut dua jemaah haji , " dia ni Jinn ke apa ? " lantas cuba meninggalkan Imam Zuhudi .
" Tunggu , aku ni manusia , aku masuk ke dalam gua ini untuk menguji ayat Allah , sedangkan binatang melata pun Allah beri makan , inikan pula aku seorang manusia . "
Itu Imam Zuhudi , jangan pula kita buat nanti kat Gua Musang atau apa apa gua , takut nanti ; " innalillah hi wainna ilaihi rojiun ."
Label:
Binatang
Saturday, October 30, 2010
Dimana Titian Sirot ?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
artikel oleh Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz yang telah diolah .
Hadith dibawah ini, menerangkan kisah Padang Mahsyar .
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan "diletakkan" sebuah "jambatan" di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan ....."Kenapa "diletakkan" dan "jambatan" saya letak tanda "____"?
Kekeliruan para 'Alim Ulama dalam menerangkan dan mengembangkan hadith ini .
Apakah benar , ianya "diletakkan" dan " jambatan:?
Tidak !
diletakkan sebenarnya "diumpakan"
dan
jambatan sebenarnya " jalan " !
kita ulang balik hadith tu ,
“Dan "diumpamakan" sebuah "jalan" di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan ....."
Sekarang , saya tanya lagi sekali .. Apa yg " diumpamakan " ?
dan apa " jalan '' ?
ya , Padang Mahsyar ...dan jalan di Mahsyar menuju ke Mahkamah .
" Padang Mahsyar diumpamakan sebuah jalan diatas api neraka ..."
Kenapa Nabi kata , Padang Mahsar ibarat jalan diatas api neraka ?
Padang Mahsyar , tanah yang berwarna putih , tapi bahang dari neraka menyebabkan , tanah Mahsyar terbakar . Kalau tanah pun boleh terbakar , bagaimana pula dengan manusia ???
Bahkan jalan orang yang berjalan diMahsyar dibahagikan kepada tiga .
1 . Melalui kenderaan .
2 . Menggunakan kaki .
3 . Menggunakan muka .
Sebab tu Nabi kata , ibarat jalan diatas api neraka ...
Jadi , tidak ada " Titian Mustaqim" ..
yang ada , Jalan ke Mahsyar .
Sekarang , lihat gambar dibawah

Benarkah susunan gambar diatas ?
Inshaallah ,
Dalil Neraka dikiri ;
" Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu "
( Surah al-Waqi'ah ayat 41 )
Dalil Syurga dikanan ;
" Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu "
( Surah al-Waqi'ah ayat 27 )
Dalil Tembok Besar diantara Syurga Neraka ;
" Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, .... "
( Surah al-A'raf ayat 46 )
Maka , berdasarkan gambar beserta dalil .. cuba bayangkan , kalau ada sirot mustaqim diatas neraka , jikalau kita menyeberangi neraka , kita akan pergi kemana ? ada one way je . Nak belok kekiri ada tembok menghalang .
" Jikalau titian sirot punca kita terjatuh didalam neraka atau terus ke syurga , apa guna beramal ? "
Wallahu'alam bissawab .
Menurut Ulama Nusantara ; as-Syeikh al-Faqih Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki tentang perkara ini : banyaknya hadith-hadith di dalam Kitab TAHZIB MISYKAT AL-MASOBIH BAB AS-SIRAT WAL MIZAN WA HISAB menyatakan memang wujudnya JAMBATAN SIRATAL MUSTAQIM di Hari Akhirat. Syeikh mengakhiri kalam menyatakan:
TAKPELAH,WALAUPUN BELIAU (Ustaz Hasan Din al-Hafiz) PERNAH MENJADI PENASIHAT ISTANA,NAMUN BELIAU BUKANLAH MAKSUM,SEBAB ITU JANGAN KITA PELIK JIKALAU ADA INSAN YANG PERNAH TERSILAP DALAM KEHIDUPANNYA..
Label:
Rukun Iman
Sang Keldai dan Dua anak beranak
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kita hayati kisah ini , adakah lucu ? atau ada masej disebaliknya~
Seorang anak duduk diatas keldai , bermusafir , jalan jauh ...
Tiba - tiba ditegur oleh saudagar ,
" Apa punya anaklah kau ni , kesian bapak kau berjalan jauh . Sepatutnya , kau sebagai seorang anak , patut bagi ayah kau duduk , anak berdiri . Kesian ayah kau . "
Maka , anak dengan perasaan malu turun dari keldai .
" Ayah , duduk atas ini keldai ."
Pertukaran berlaku . Anak berjalan kaki , Ayah pula duduk diatas keldai .
Berjalan jauh~
Tiba - tiba ditegur oleh Orang orang yang berkelana ,
" Apa sudah jadi ? dunia nak kiamat kah ? " tanya Pekelana .
" kenapa ? " tanya si Bapa .
" Kamu bapa budak ni bukan ?"
" Ya , kenapa ? "
" Kamu sebagai seorang bapa , patut berkorban nyawa demi keluarga . Tapi lihatlah , apa sudah jadi ? Kamu duduk diatas keldai , sedang anak kamu yang lemah longlai berjalan kaki ? Tak guna kamu ."
Maka , si Anak dan Bapa meneruskan perjalanan lagi . Tapi kali ini berbeza , dua beranak menaiki keldai .
Berkerut dahi keldai , letih ..
Lalu pula di sebuah kampung , ditegur oleh orang kampung .
" Astagfirullah , kenapa kamu ? kamu tak tahukah , yang kamu telah mendera binatang ? tidak kasihankah kamu kepada si Keldai ?"
Anak dan Bapa turun dari keldai , masing -masing berjalan kaki .
Ditegur oleh manusia yang lain ,
" kamu semua ni baghal ? tak reti manfaatkan kenderaan ? Apa gunanya keldai yang kamu bawa ni ? "
Kerana geram , Anak dan Bapa mengikat Keldai , Anak dan bapa menjinjing keldai untuk bermusafir .
Pengajaran disini : Kalau kita dengar cakap orang , sampai qiamat pon belum tentu dapat naik seekor keldai dengan aman .
Wallahu'alam ...
Label:
Binatang,
Kisah Iktibar
Wednesday, October 27, 2010
Siapa first mengerjakan Solat Waktu ?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Peristiwa Israk wal mikraj telah menurunkan satu hukum yakni perintah berkurun , Solat 50 Waktu ! dan dishortcutkan menjadi 5 waktu !
dari mana datangnya solat ? adakah datang dari zaman Muhammad SAW ? tidak , ianya datang dari zaman moyang kita , Adam AS . Mari kita tinjau ,
Subuh :
Orang pertama yang mengerjakan Subuh ialah Nabi Adam a.s, apabila baginda diturunkan ke bumi perkata pertama dilihatnya adalah kegelapan.Apabila fajar subuh menjelma Nabi Adam pun solat 2 rakaat..
Zohor :
Orang pertama adalah Nabi Ibrahim a.s.Iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismal a.s.Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari ,lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat
Asar:
Orang pertama mengerjakan adalah Nabi Yunus a.s.Iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan nun.Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu masuk waktu asar
.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan (4 kegelapan akan diterangkan nanti)..
Maghrib :
Orang pertama adalah Nabi Isa a.s.Tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.
Isyak :
Orang pertama idalah Nabi Musa a.s , pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dgn perasaan dukacita.Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu bersembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda syukur .
Ada apa disebalik rakaat ? mari kita tinjau ;
Subuh : Nabi Adam as sembahyang 2 rakaat kerana
Rakaat pertama :Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam,
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma..
Zuhur : Sujud Nabi Ibrahim 4 rakaat kerana ;
Rakaat pertama :Bersyukur bagi penebusan.
Rakaaat kedua:Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat ketiga:Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat:Bersyukur kerana korbannya digantikan dgn tebusan kibas.
Asar :Nabi Yunus telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu.
Rakaat pertama :Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua :Kelam dgn air laut
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam
Rakaat keempat :Kelam dengan perut ikan nun
Maghrib: nabi Isa melakukan 3 rakaat kerana.
Rakaat pertama:Untuk menafikan ketuhanan selain Allah yang Maha Esa
Rakaat kedua:Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
Isyak: Nabi Musa melakukan 4 rakaat kerana bersyukur Allah menghilangkan dukacitanya iaitu
Rakaat pertama :Dukacitanya terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Dukacitanya terhadap Firaun.
Rakaat keempat :Dukacita terhadap anak firaun.
Wallahu'alam bissawab
Subscribe to:
Posts (Atom)