Tuesday, November 23, 2010

Fatimah mengidam Sebiji Buah

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Fatimah , isteri Saidina Ali mengidam buah Epal . Almaklumlah perut dah "membesar" nak melahirkan anak .

Ali ni pulak penyayang ..mana boleh tahan dengan permintaan isteri..Kita macam tu jugak tapi bila dah tua ..isteri mintak kita buat pekak badak . ( badak pon tak pekak ) .

Maka Ali pun beli lah akan buah Epal itu ... Ali beli satu je sebab Ali bukannya kaya harta tapi kaya jiwa...haha..Masa beliau on the way balik ...terserempak dengan seorang yang sangat miskin . Akibat kasihan , Ali membelah epal tu separuh untuk isterinya dan separuh lagi untuk si Miskin .

Ali pun meneruskan perjalanan melalui highway lalu terserempak pula dengan seorang yang tersangat lapar sudah tiga hari tak makan . Maka balance buah epal itu Ali beri kepada Hamba Allah tersebut .

Persoalan : Berapa bijikah buah epal yang berada digengaman Ali ???
Kalau semua share dah bagi kat orang lain ...apa yang tinggal ? Habuk pun takda lah.ahaha.

Hatta pulanglah Ali kerisauan mengecewakan Fatimah . Bila sampai di rumah Ali meminta maaf kepada Fatimah lalu diceritakan akan peristiwa yang menimpa dirinya sewaktu pulang ke rumah .


" Tidak mengapa abang...ada hamba Allah dah bagi bungkusan buah epal tadi . " jawab Fatimah .

subhanallah ..menarik tak kisah ni ? sekejap..sabar dulu..kisah ni tak habis begitu sahaja...

" Benarkah begitu Fatimah ? Bagi abang lihat bungkusan Buah Epal tu . " Maka Ali melihat inti bungkusan tersebut lalu berkata ... " Eh , mana lagi sebiji buah Epal ni ? Abang tengok ada sembilan biji je ? "

" Hehe , saya dah makan , " jawab Fatimah ringkas.

Ha, hebat tak hebat Ali ? macam mana dia boleh tahu dalam bungkusan buah Epal tu ada sepuluh biji ? begini...Ternyata Ali orang yang berkeyakinan . Ali membantu 2 Hamba Allah tadi dengan yakin dan ikhlas .
Sesuai dengan Hadith ;

" Setiap satu kebaikan akan dibalas sepuluh kebaikan ..."

Ada riwayat mengatakan buah itu ialah buah delima bukan buah epal .
Adapun riwayat lain menyatakan , bungkusan itu diberi kepada Saidina Ali sendiri sewaktu Fatimah sedang kesedihan tak dapat apa yang diidamkan .

Turun satu malaikat menyamar menjadi lelaki yang hots beri bungkusan kepada satu sohabat . Khabarnya ianya bernama Salman Al-Farisi . Salman alFarisi berasal dari negeri Parsi bukan Paris .haha .

Akhirnya Salman beri kepada Ali . Ali check dalam bungkusan , ada 9 biji buah delima je .

"Aku tak nak terima ini buah . Allah janji nak balas 10 tapi ni ada 9 biji je ."

Salman pun berkata ; wahai Ali , aku dah cukai satu ."

kelakar pun ada diorang ni .haha

Macam tulah kisahnya ..

Adapun , sesetengah riwayat lagi menyatakan , malaikat itu sendiri menghantar bungkusan itu dengan wajah seorang lelaki yang Hot .hehe

Wallahu'alam

Dinasour .. Roar !






Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ustaz , ada tak dalil dalam quran atau hadith tentang kewujudan dinasour ?

Wallahu'alam , saya tak terjumpa lagi pun dalil tu .

Bagaimanapun , kajian ahli - ahli pengkaji menyatakan ianya wujud berdasarkan penemuan rangka - rangka makhluk bernama dinasour .

Ingin saya tekankan , terdapat sebilangan saintis barat menyatakan burung itu berasal dari dinasour . Ini tidak benar . Bahkan mereka tidak mengkaji pendapat mereka . Burung - burunglah , dinasour - dinasour ! jangan campur .

Ada tak readers dengar seekor ayam jantan beranak keluar angsa ?

jap , jap .. ayam jantan ? beranak ? hehe

Saya tanya , ada tak readers dengar ayam betina bertelur keluar angsa ? tak pernah bukan ?




Ok , soalan pertama Ustaz dah menang . Ustaz kata tadi wujud kan dinasour ? Ok , saya nak tanya lagi . Possible atau tidak , wujud dinasour pada zaman Adam A.S ?

Nak tahu jawapannya ? Tidak ada !

Seperti yang tersedia maklum Allah telah menghantar utusan , atau seekor makhluk yang bernama komet untuk menghancur dan mempupuskan dinasour . Sebab apa ?

Silalah rujuk surah al-Baqarah ayat 30 .

Allah kata Allah nak ciptakan khalifah dimuka bumi ini .

Khalifah disini bererti pengurus yang baik , menguruskan bumi tanpa sebarang gangguan .

Cuba anda bayangkan , kalau Nabi Adam nak buat rumah . Rumah dah siap , tiba - tiba kena pijak atau kena langgar dengan dinasour . Seksa beb ..

Tak percaya ? Cuba tengok Ultraman .



Ustaz , ustaz .. saya tak puas hati . Saya nak tahu satu lagi jawapan . Ustaz jawab tau ! ni , di Russia , orang sana ada terjumpa sebiji telur barangkali telur dinasour . Boleh tak kita menghidupkan yakni menetaskan telur tu ?

Er , er .. janji eh ni last soalan.hehe

Betul atau sahih itu telur dinasour ? mungkin itu telur burung unta ke ? haha

jawapannya ialah .. jeng jeng jeng ..

Tidak boleh , walaupun Malaysia boleh !

dalil ?




Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

( Surah al-Baqarah ayat 106 )

Wallahu'alambissawab ..

Sekian ~

Friday, November 19, 2010

Hukum berkawan dengan Non-Muslim



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ustaz , saya suka sangat sangat kawan dengan orang muslim . Boleh tak terangkan batas - batas pergaulan antara umat islam dengan umat lain ?


Baik korang kawan dengan aku , aku pon Hot apa ? haha

Orang Islam harus berkawan dengan orang bukan Islam, tetapi hanya sekadar berkawan, bukan terteman rapat. Ada perbezaan di antara berkawan dan berteman rapat.

Berkawan hanya sekadar bertegur sapa dan saling berlaku baik sebagai sesama insan (termasuk tidak menzaliminya dan merampas haknya).

Adapun berteman rapat ialah berkasih sayang sesama saudara seaqidah, berkongsi iman dan ilmu, bersama-sama dalam jamaah/toifah al-haq, saling nasihat-menasihati kerana Allah, berkongsi matlamat dan tujuan yang sama untuk agama dan ummah. Berteman rapat tidak harus melainkan dengan orang Islam yang taat kepada Allah.

Sabda Nabi -SAW-;

"Seseorang itu berada di atas agama teman tapatnya (khalillihi). Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman rapat" (al-hadis). Kesimpulannya, berkawanlah dengan sesiapa sahaja, namun berteman rapat hanya sesama saudara Islam yang taat.

Wallahualam

Friday, November 12, 2010

Sumpah ; Demi Allah !



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , benarkah dalam bersumpah pun ada adab . Apakah adab nya ?

Uish , bukan sahaja ada adab . Tetapi ada adab - adabnya . Maknanya , ada lebih dari satu adab .haha


Halaf atau Qasam iaitu sumpah yang menggunakan nama Alah .


Adab bersumpah

1 . Sumpah dengan sifat 20 Allah atau nama Allah .

Contoh ; " Demi Allah yang bersifat Qidam ... atau Demi Al-Rahmanur Rahim "


2 . Tidak boleh bersumpah dengan nama makhlukNya .


Hadith Muhammad SAW menegah kita bersumpah selain daripadaNya ;

" Sesiapa yang bersumpah selain Allah , sesungguhnya dia telah berlaku syirik . "

Adapun hadith lain ;

" Jangan bersumpah selain Allah atau lebih baik diam . "

Tetapi bersumpah dengan Allah yang mencipta makhluk tak mengapa .

kalau Demi Matahari tak boleh , demi bulan , demi cintaku padamu pun tak boleh .

Demi Allah yang menciptakan matahari . Yang ni boleh .




3 . Bersumpah dengan jujur

Allah suka orang yang bersumpah dengan menggunakan namaNya .


4 . Bersumpah dengan yakin benda itu boleh .


" Aku bersumpah tidak akan menyetubuhi isteriku ."

seperti yang tertulis didalam surah at-Talak ayat 1 .

Nabi Muhammad dihadiahkan dua orang hamba . Salah seorang bernama Maria , Nabi kahwin dengannya .

nak bernikah takda tempat , last last bernikah di katil salah seorang isteri nabi . Isteri nabi dapat tau yang nabi menggauli Maria dikatilnya , naik hantu lah .

Nabi tak tau nak buat apa , lantas Nabi bersabda ;

" Aku bersumpah tidak akan menyentuh Maria lagi ."

Terus turun ayat 1 surah atTalak .


Berdasarkan kisah ini , sumpah yang haram ( iaitu mengharamkan yang halal ) boleh dilanggar dengan syarat - syarat tertentu . Eh silap , ianya WAJIB dilanggari dengan syarat WAJIB bayar kaffarah .

Pilih satu sahaja .

* Merdekakan hamba .
* beri kepada 10 fakir /miskin pakaian yang lengkap .
* beri kepada 10 fakir / miskin makan makanan yang biasa kita makan .
* 3 Hari berpuasa .

5 . Guna Inshaallah dalam berjanji .

6 . Bersumpah atas apa yang disuruh .

Isteri : Abang , di kolar baju abang ada satu kesan ciuman . Baik abang bersumpah yang abang tak melakukan aktiiti luar tabiat dengan perempuan lain . Bersumpah cepat !

Suami : Abang bersumpah yang bukan abang yang cium perempuan tu ( tetapi dalam hati , abang bersumpah yang perempuan tu yang cium abang , bukan abang yang cium dia . )

Yang diatas ini tak boleh !


Kita habis bab adab ;

Sesungguhnya Allah murkha yakni tak mahu pandang ;

1 . Rambut beruban tapi berzina .

2 . Orang miskin yang sombong

3 . Orang yang BERSUMPAH dalam berniaga ( tapi sebenarnya berbohong )


Wallahu'alam