Tuesday, November 30, 2010

Al-Fatihah itu antara Allah dengan hambaNya


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Al-Fatihah – dibahagi dua dengan Allah .

Allah berfirman dalam hadith Qudsi ;

Fatihah itu , bahagi denganKu dengan hambaKu dua .

Kalau hambaKu kata ; Bismillah ar-rahman ar-rahim dengan khusyuk .

Allah jawab ; hambaKu puji aku .

“ Alhamdulillahi rabbil ‘aalamin .”

Allah jawab ; hambaKu puji aku lagi .

“ Ar-rahman ar-rahim ”

Allah jawab ; lagi puji aku .

Suka hati sangat Allah , pasal kita asyik puji Dia . Macam budak – budak Muazzin nilah .

[ Azan gaya Mekah ]

Habis azan Haji Daud kata ; perghh , macam Bilal Mekah uh , Syaikh Ali Ahmad Muolla .
Suka kita kena puji . Besok tak sabar – sabar nak azan .

Lepas itu kita kata ; “ Maliki yaumiddeen .

Allah jawab ; “ hambaKu sudah mengaku ada Qiamat .

“ Iyyaakana’budu wa iyyakanasta’in ”.

Allah jawab ; hambaKu sudah mengaku dia akan sembahKu dan dia akan meminta tolong hanya denganKu .

“ Ihdinas sirotol Mustaqim ...”

Allah jawab ; HambaKu minta jalan yang baik , dan Aku mesti bagi kepadaNya . Mesti Aku terima apa yang hambaKu pinta .

Itu kalau khusyuklah , kita ni khusyuk bila time solat subuh je . Lebih – lebih lagi time sujud sejadah . Imam di bumi , kita di planet Zuhrah .


Wallahu'alam

Nama - Nama Syaiton dalam Al-Fatihah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH

2. HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB

3. KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU

4. KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK

5. KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS

6 . I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!

7. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.



Saya tanya ; betulke ?



Ustaz Amrin Kasimin menjawab ;


Nama-nama yang disebutkan di atas tidak ada punca sandarannya. Sebenarnya kalau hendak dikeluarkan nama-nama dalam al-Fatihah, lalu didakwa sebagai nama syaitan, setiap kalimah itu boleh didakwa sebagai nama syaitan, kerana ia tidak ada punca sandarannya.

Tidak ada nama syaitan didalam al-fatihah jikalau tersalah sebutan , cumanya salah dari segi tajwid .



Ustaz NurZamir Zakaria menjawab ;


Memang kalau dah tak reti arab, reka saja apa - apa supaya dapat tipu orang.. dan orang pun tertipu


Dalam al-Fatihah tidak ada nama syaitan , orang nama Fatihah sebut nama syaitan ada .

Ada tak orang nama Fatihah yang baca entri ni ?hehe


Wallahu'alam bissawab

Kitab Barzanji



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Bacaan kitab Barzanji atau Marhaban amat popular dalam kalangan masyarakat Islam dirantau ini . Bacaan tersebut lazimnya diadakan di Majlis Akikah dan dan Majlis MaulidurRasul SAW . Bahkan ia turut menghiasi majlis Walimatul Urus , sehingga ia dianggap sebahagian daripada budaya masyarakat di rantau ini .

Kitab Barzanji dikarang oleh Imam Jaafar al-Barzanji al-Madani , seorang khatib atau imam di Masjid Nabawi dan Mufti Mazhab Shafie . Beliau meninggal dunia di Madinah pada tahun 1177 Hijrah bersamaan dengan 1763 Masihi .

Sebagai seorang imam di Masjid Nabawi sudah tentu beliau sering menziarahi maqam rasulullah SAW yang terletak di sebelah mihrab masjid tersebut .

Beliau ingin sekali mengajak umat islam mencintai nabi Muhammad SAW , selalu berselawat ke atas Nabi SAW , mengenal sirah dan perjuangannya , serta mengikut sunnah dan pengajaran baginda SAW .

Demi tujuan yang mulia dan suci itu , beliau telah mengarang kitab tersebut dengan uslub atau jalan bahasa yang indah dalam bentuk nathar .

Alhamdulillah , hasrat dan keinginan beliau telah dimakbulkan oleh Allah SWT , kerana kitab tersebut tersebar dibahagian alam islami termasuklah negara - negara kepulauan Melayu iaitu Malaysia , Singapura , Indonesia , Brunei Darus Salam , Filipina dan Thailand . Dalam kalangan orang Melayu , ia dikenal dengan nama "Rawi" .

Keistimewaan Kitab Barzanji dapat dilihat dari tiga aspek ;

* isi kandungannya menceritakan kisah hidup Rasulullah SAW , nasabnya sifat sifat utama yang menghiasi diri baginda dan lain - lain lagi .

* Menganjurkan agar memperbanyak solawat atas Nabi Muhammad , iaitu pada setiap awal dan akhir episod atau bab . Yang istimewa ketika sampai ke peringkat kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW , maka sekalian yang hadir dapat mebaca solat dan salam serta puji - pujian .

* Kitab barzanji dibaca dengan irama irama tertentu , sebagai daya tarikan kepada pendengar untuk menikmati isi kandungannya .

Orang orang yang berjiwa seni dan memahami sastera arab , pasti akan merasi betapa indahnya kitab berzanji ini . Bagi kita orang orang 'Ajam ( bukan arab ) yang kurang memahami bahasa arab , masih dapat menikmati keindahannya , iaitu apabila dibaca dengan irama lagu - lagu tertentu seperti Raqbi , Sikah , Banjakah , dan sebagainya . Apatah lagi kalau pembacanya mempunyai suara emas yang lunak dan merdu . Maka disinialah sebenarnya sebahagian daripada bukti mengenai betapa ketinggian seni dalam islam , selain daripada al-quran itu yang keindahannya tiada tandingan .

Hukum tarik Seluar atau baju


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , ustaz ... sahkah solat bagi orang yang setiap kali hendak sujud dia menarik seluar atau bajunya ?


Kes begini selalu sangat terjadi kalau orang yang makin kurus macam saya.hehe . Maka seluar pun jadi longgar .

Berbalik kepada masalah , orang yang solat ketika hendak sujud ( daripada i'tidal ) atau menarik lengan bajunya , solatnya sah tetapi perbuatannya itu makruh dan jika melibatkan pergerakan anggota tiga kali atau lebih secara berturut -turut , maka solatnya menjadi batal .

Wallahu'alam bissawab ~