Monday, December 13, 2010

Upah Simpan Barang ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


artikel oleh Ustaz Nurzamir Zakaria yang telah diolah .

Salam , Ustaz .. upah simpan barang tu kira riba ke macammana ?

Contohnya, Saya beli motor, harga motor tu RM12 000
Pi kat Bank
Bayar bulan-bulan sehingga 4 tahun
Kira-kira balik saya kena bayar RM 15 000
lagi 3 000 tu di kata duit upah sebab beli motor

Saya tanya ni bukan apa , risau..
Saya dah ghairah nak pakai motor ni , nak beli ..tapi takut riba .
So , Ustaz boleh explain ?


Amboi speaking ..haha

Maaf , ini bukan bab saya dan saya tak pakar sebenarnya dalam bab - bab ugama .
Tapi saya akan cuba juga ..Ops , saya tak cuba jawab .. orang lain yang akan jawab .hehe
Berdosa woo kalau tak tahu jawab tapi jawab jugak .


Ok , berbalik kepada soalan anda , jadi , upah simpan barang riba atau tidak ?

Tidak ada ! Bahkan tidak ada istilah upah simpan barang .

Harga motor memang 12k, bila beli dengan bank, lepas bayar semuanya jadi 15k.
Ini perkara biasa. Saya ulangi , ini perkara biasa ... sebab ? ,

bank beli motor tu daripada syarikat moto, kemudian dia jual balik pada kita.

Berapa harga dia letak, kita kena redhalah... selepas perjanjian dibuat antara kita dan bank.

Jadinya , tidak ada istilah upah beli motor dalam hal ni.

Memang nampak macam riba, tapi pandailah dia auta supaya nampak kelabu nak bagi halal juga urusniaga cara ni.

Nak bagi faham macamnilah ,

kita beli Aiskrim harga 20 Sen ,kita jual harga 30 Sen . Ambil untung 10 Sen . Ada faham ? Aku bab matematik ni agak lemah sikit .hehe

Wallahu'alam

Sunday, December 12, 2010

Allah Hu Akhbar !


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , asal nak solat mesti "AllahuAkhbar" ( Allah Maha Besar ) ,besar ke Allah tu ?

Uishh ...besar ...

Kita faham dulu betapa besarnya malaikat baru kita faham betapa besarnya Allah .

Dikhabar kan , Jibrail menunjukkan rupa dia yang sebenar kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW .

Malaikat Jibrail , sangat besar kata Nabi Muhammad ..

Sebelah sayapnya mampu menutup barat dan timur , sedangkan sayapnya itu ada 600 pasang .

Jibrail berkata ; " Ada yang lebih besar daripadaku iaitu Malaikat Israfil " .

Malaikat Israfil itu mampu menutup badan Jibrail sepenuhnya hanya dengan satu sayapnya . Sedangkan , malaikat Israfil ini ada 600 sayap !

Tetapi , kalau readers nak tahu , ada yang lebih besar daripada Malaikat Israfil . Siapa ? jeng jeng jeng .

Iaitulah malaikat pemikul Arasy !

Malaikat Arasy ini pula sayapnya ada 600 dan satu sayapnya mampu menutupi Israfil sepenuhnya .

Dan ada 8 Malaikat Arasy !!!

Kalau malaikat pun dah besar , Arasy Allah ? kalau Arasy pun dah besar ... apatah lagi Allah ?

Betapa kerdilnya kita dibumi Tuhan tetapi kita masih bermaksiat kepadaNya ...

Wednesday, December 8, 2010

Jamakkan solat Jumaat ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Boleh atau tak jamakkan solat Jumaat dengan solat fardhu asar ?

Jawabannya , boleh aja , tak ada masalah .. Oppss . ada masalah .hehe

Solat Jumaat tidak boleh dibuat secara Jamak Takhir ! sebab ?

Solat Jumaat tidak boleh diundurkan waktu ke waktu asar .

So , Solat Jumaat mesti didirikan secara solat berjemaah bersama dengan ahli - ahli jemaah di sesuatu tempat , pada awal masuk waktu zuhur .

Dan sewaktu niat solat jumaat , jangan lupa untuk niat sekali dengan niat untuk tunaikan jamak taqdim dengan solat asar .


" Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat , Jamak taqdim , makmum kerana Allah Taala . "

Solat takhir boleh dilakukan jika kita bertolak untuk sesuatu perjalanan sebelum gelincir matahari tetapi !

yang kita buat tu solat antara solat asar dan solat zuhur .

Eh , kita tak solat Jumaat lah kalau macam tu ?

Ya , solat jumaat tidak diwajibkan pada insan yang sedang musafir . Kes istimewa lah katakan .haha

Erti kata lain , tidak berdosa meninggalkan fardhu Jumaat .. tapi berdosa meninggalkan fardu zuhur . Boleh faham tak ?

Kesimpulannya , seseorang musafir itu diberi kemudahan pada hari jumaat sama ada untuk menunaikan ;

Jamak taqdim : solat jumaat dahulu baru solat asar .

ATAU

Jamak takhir : solat Asar dahulu kemudian solat ZUHUR .


Ada sesetengah golongan mengharamkan keluar musafir pada tengahari dengan niat yang boleh dielakkan atau erti kata lain , sengaja nak keluar waktu tu dah tahu pun solat Jumaat hampir tiba dan kenapa pilih hari Jumaat ? hari Khamis kan ada ? .

Tapi kalau keluar ( waktu hampir Jumaat ) disebabkan oleh sesuatu yang dibenarkan syariat , maka ianya tidak mengapa .

Contoh ? contohnya , mendapat khabar berita ibu sedang sakit dikampung . Maka , moleklah langgar waktu tersebut .

Kalau nak juga keluar musafir , golongan ni kata , sebelum subuh dan solat jumaat hukumnya tidak wajib dikerjakan .

Sesetengah Tok Guru menambah ;

" yang haram itu zaman dulu dulu , la ni kita ada banyak masjid yang kat tepi - tepi jalan yang buat solat jumaat .. maka singgah lah solat dulu kat masjid tu . "

Wallahu'alam

Tuesday, December 7, 2010

Bertawassul : Nabi Adam dengan nama Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Wahai orang - orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu memperoleh kejayaan .

( Surah Al-Maidah ayat 35 )


Lafaz wasilah dalam ayat ni berbentuk umum . Sebagaimana yang dapat dilihat , ia meliputi bertawassul dengan zat - zat yang mulia dalam kalangan rang orang soleh ; sama ada ketika mereka hidup ataupun setelah mereka mati , dan juga dengan mengamalkan amalan - amalan soleh mengikut sebagaimana suruhanNya dan bertawassul dengannya setelah melakukannya .

Wasilah dalam ayat ini adalah semua yang dijadikan Allah sebagai sebab untuk mendekatkan diri kepadaNya dan penghubung atau penyampai kepada terlaksananya segala hajat daripadaNya .




Senang cerita tawassul tu kita berdoa dengan diceritakan kebaikan yang telah dilakukan oleh diri kita atau lebih afdhal lagi , amalan para Ulama' .

Telah diriwayatkan dalam hadith bahawa Nabi Adam A.S pernah bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW .

Berkata Al-Hakim didalam al-Mustadrak :

daripada Umar Al-Khattab berkata ; Rasulullah SAW bersabda ;

" Setelah Nabi Adam melakukan kesalahan , dia berkata ;
Wahai Tuhanku ! ( Tidaklah ) aku memohon keampunanMu demi haq nabi Muhammad SAW , melainkan agar Engkau mengampunkan daku ."

Maka Allah berfirman ;

" Wahai Adam ! Bagaimanakah engkau mengenali Muhammad , sedangkan aku belum menciptakannya lagi ? "

Adam A.S bersabda ;

" Wahai Tuhan ! Setelah Engkau menciptakan ku , dengan kekuasaanMu dan setelah Engkau meniupkan padaku ruh ( ciptaan ) Mu . Maka , aku mengangkat kepalaku .

Lalu aku melihat ditiang tiang arasy , tertulis kalimah ;

Laila hail lallah Muhammad Rasulullah .

Maka dengan itu , aku mengerti bahawa Engkau tidak akan meletakkan dsisi namaMu kecuali nama makhluk yang paling Engkau kasihi .

Allah berfirman ;

" Benarlah engkau wahai Adam ! Sesungguhnya dia adalah makhluk yang paling Aku kasihi . Serulah Aku dengan haqnya , maka Aku ampunkan bagi kamu . Jika tidak kerana Muhammad , Aku tidak akan menciptakanmu . "

[ Al-Mustadrak ( Kitab Tarikh ) Jilid 2 H: 615 )


Hadith ini diriwayatkan oleh al-Hakim didalam al-Mustadrak dan beliau mensahihkannya . Ia diriwayatkan juga oleh al-Hafiz al-Suyuti dalam al-Khasois al-Nabawiyyah dan beliau juga telah mensahihkannya .

Al-Baihaqi juga telah meriwayatkan dalam Dalail al- Nubuwwah ( jilid 5 H: 489 ) , beliau tidak meriwayatkan hadith - hadith yang mauduk ( palsu atau rekaan ) , sebagaimana yang dijelaskan didalam mukadimah kitabnya .

Al-Hakim didalam al-Mustadrak berkata ; Sanadnya sahih , telah disahihkan oleh Syeikh al-Islam al-Balqini didalam fatwanya , diriwayatkan juga oleh Syeikh Ibnu al-Jauzi didalam al-Wafa pada awal kitabnya dan telah dinaqalkannya oleh Ibnu Kathir didalam al-Bidayah .

Sesetengah Ulama menolak kesasihan hadith ini dan mengklafikasikan hadith ini sebagai hadith yang mauduk seperti al-Zahabi dan lain - lain .

Waallahu'alam