Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , boleh tak cerita pasal Tukku Paloh . Salasilah dia dari keturunan saya . Serius , saya tak tipu .Ok , kau keturunan dia ? Ustaz tak kesah . Ustaz punya keturunan lagi hebat . Nabi Adam kau kenal ? hahaok , Siapa dia Tukku Paloh ni ?Memang nama i/c dia Tokku Paloh Bin Tokku Tuan Besar ke ? oh tidak . Ini just nama gelaran sahaja .Mana dia dapat gelaran Tukku Paloh ? dia dapat gelaran Tukku Paloh ni sebab di Paloh , beliau mempunyai kuasa penuh .Nama sebenar Tukku Paloh ialah Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus .Beliau dilahirkan pada tahyn 1817 Masihi atau 1236 Hijriah di Kampung Cabang Tiga , Kuala Terengganu . Bernasab ke 32 sebelah bapa keluarga al-Idrus yang susur galurnya bertemu dengan Saidina Husin , cucu baginda Nabi Muhammad SAW .Rupa parasnya , dia berjanggut tanpa berjambang . Tidak tinggi tapi berisi . Pendidikan awalnya oleh bapaknya . Bapaknya mengajar anak - anak muridnya dan anak - anaknya termasuklah Sayid Abdul Rahman atau Tukku Paloh di Masjid yang didirikan di dalam Kampung Cabang Tiga .Apabila beliau telah master dalam pelbagai ilmu ugama . Beliau pulang setelah 10 tahun menuntut ilmu di Makkah al-Mukarramah dan terus mengajar di masjid di kampungnya .
Dia ni ulama yang tersohor dan terkenal di Terengganu kerana berkecipung dalam arena pentadbiran dan politik di Terengganu .Sememangnya , beliau berpengaruh kuat pada zaman Sultan Zainal Abidin III yakni sultan yang ke sebelas .Kalau nak tahu , dia ni penasihat utama dan pertama sultan dalam pelbagai persoalan .Bukan setakat tu , dia ni khalifah tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal dan memperluas syahadat Tukku yang disusun ayahnya Tukku Tuan Besar .British ingin inginkan Terengganu . Maka , mereka berhadapan dengan Sultan .Maka , sultan pun berkata ;" Terengganu ini ada tuannya , maka , silalah berunding dengan tuannya "Tukku Paloh lah tuan nya !Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung diatas armada British terpaksa dibatalkan oleh British . Kapal Armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya ! wow !ini merupakan salah satu karamah yang Adianugerahkan kepada Tukku Paloh .British yang cuba menjajah tanah Terengganu sekitar awal abad ke20 atas alasan ingin memajukan Terengganu yang rata - rata 10 , ooo orang bekerja sebagai nelayan , tukang dan petani berhadapan dengan Tukku Paloh di rumah Tukku Paloh sendiri ." Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami , saya menolak walau atas alasan apa sekalipun . Tetapi , kalau hendakkan tanah , silakan . Isilah ke dalam armada Tuan sebanyak mana pihak British mahu . Ambil-lah tanah ."Pergh , British bila dengar ayat ni keluar dari mulut Tukku Paloh , diorang jadi bengang lah . Cepat - cepat diorang nak beredar tetapi dengan kuasa Allah kerusi tu melekat seketika dekat punggung diorang ." Sudahlah tuan - tuan hendak ambil Tanah Terengganu , kerusi rumah saya pun tuan - tuan hendak ambil "Diorang ( British ) ni pun " Aku bosan dengan katamu , aku rasa buang masa ." Eh silap .heheBritish pun pulang dengan perasaan berang dan takut akan kelebihan Tukku Paloh ni .Tak berapa lama lepas tu , diorang datang lagi bawak geng ke persisiran pantai Kuala Terengganu . Tanpa memberitahu sebarang amaran diorang terus attack dengan cara melepaskan tembakan meriam dan senapang dan mengarah ke arah pantai dan ke udara . Serangan yang bertujuan menggertak akhirnya mengorban seorang makhluk yang bernama kambing .Kes ni Sultan Zainal Abidin serahkan kepada Tukku Paloh . Tukku Paloh bersama orang kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong , Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam dan pengikut - pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai dari pagi sampai malam .Oleh sebab itu , British tak berani buat kacau lagi . Mengikut laporan , angkatan perang British itu nampak " beribu - ribu pahlawan " Terengganu lengkap dengan senjata bersedia untuk melancarkan serangan balas . Tokku Paloh berjuang menentang British habis-habisan . Beliau berpegang kepada firman Allah SWT bermaksud :" Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba - hambaKu yang soleh ."( Al-Anbia : 105 )Beliau juga berpegang kepada falsafah :" Perjuangan tidak kenal hidup atau mati " Adik - Beradik Sayid Abdul Rahman :* Sayid Zain - dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar yang memerintah dari 1839 sehingga 1875 * Sayid Ahmad - lebih dikenali sebagai Tuan Ngah Seberang Baroh .* Sayid Mustaffa - Ulama' , ahli Majlis Mesyuarat Negeri . Salah seorang dari Empat pembesar yang pernah diwakilkan memengang tampuk pemerintahan negeri sewaktu Zainal Abidin III melawat Siam pada Ogos 1986 .Pada 1 Zulhijjah 1336 Hijrah yakni pada tahun 1917 Masihi , beliau telah meninggal dunia pada usia 100 tahun .Semasa hayatnya , Tukku Paloh meninggalkan 23 orang anak daripada lapan orang isteri . Semasa hayatnya , Tukku Paloh sentiasa berpoligami sebanyak empat orang , dan isterinya seramai 13 orang kesemuanya .Wallahu'alam .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , apa cara untuk mengatasi maksiat ? saya benci lah tengok orang perempuan , dewasa tak tutup aurat .Satu hadith yang saya kira cukup popular , dan boleh dibuat hujah .Rasulullah SAW bersabda ;" Apabila kamu nampak kemungkaran , maka cegahlah menggunakan tangan ( kuasa ) ,jika tidak mampu , ( cegahlah ) dengan lisanmu , dan jika tidak mampu , ( cegahlah ) dengan hati , maka itulah selemah - lemah iman . "( Hadith Riwayat Muslim )Perlu diingatkan , bukan perempuan je ada aurat , laki pun sama . Kena tegur semua . Not fair la perempuan je kena . heheok , Nabi kata cegah guna tangan ! apa itu tangan ? tangan itu bukan bererti pelempang ye .
Tangan disini bererti Kuasa . Dalam al-Quran sendiri pun banyak Allah menggunakan perkaataan '' tangan Allah " , kena faham uh, tangan Allah bererti qudrat , kekuasaanNya . Kuasa !Orang yang ada kuasa , siapa ? semestilah pemerintah .Bukan Ultraman atau power RangersBesar tu tanggungjawab pemerintah . Kalau tak jalankan amanah , berdosa ooo .Nabi Muhammad SAW bersabda :" Tidak akan masuk syurga , orang yang tidak menjalankan amanah , sehingga unta boleh masuk ke dalam lubang jarum . "Logik akal , unta boleh masuk dalam lubang jarum ? benang pun belum tentu dapat masuk dalam lubang jarum .Kedua , menggunakan lisan .Kita yang tahu ni , yang berani mesti bagitau mereka , barangkali mereka tak tahu ataupun mereka alpa . Sebahagian pendapat menyatakan menggunakan lisan hanya untuk ulama' .Yang terakhir ialah , benci ! benci ! benci ! ini selemah iman . Kalau tak ada perasaan benci dalam diri . Hati - hati !Kaedah arab menyebut ;" Reda dengan kekufuran dikira kufur ,dan reda dengan maksiat dikira maksiat . "Wallahu'alam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , kenapa nabi Muhammad SAW bela kambing ?
Bukan nabi Muhammad je bela , semua nabi bela kambing .
Saya mungkin dah pernah kupas isu ni , tapi tak apa , ulangkaji . Revision kata orang putih .
Jadi , kenapa kambing ?Kambing ialah bintang yang sangat degil .Cuba readers ajak dia mandi , binatang tu break 4 kaki oo .
Punyalah degil tak mahu mandi .
Kalau kita pagar pokok pisang . yang dipagar tulah yang makhluk tu nak , disandal pokok pisang yang dipagar tu .
Pisang kat luar dia bukan nak . dia nak yang kat dalam pagar jugak .Serupa dengan manusia , yang dilaranglah yang kita suka .
kan kambing namanya .

Tertulis dalam kitab Bahrul Madzi jilid ke15 ; " orang yang tak mahu ikut peraturan , seperti kambing . "
Kenapa nabi bela kambing ?
Sebab nak membiasakan diri dengan kedegilan kedegilan umat manusia .
Kerana kedegilan manusia lebih dahsyat daripada kambing .
Kambing kalau tak mahu , dia just tak mahu dan sondol je .
Tapi kalau manusia yang tak mahu , dia boleh buat macam macam , kalau dah degil sangat sangat .
Merompak lah , membunuh , merogol , dan macam macam lagi .
Wallahu'alam .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz, sekarang ni cuti sekolah macam macam promosi yang keluar . Ingatkan TM je ada i'lan "potong , potong , potong ." , rupanya Klinik pun ada i'lan potong tu . So ustaz , ceritakan sikit pasal khatan ni boleh ?Nabi SAW bersabda dalam Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ;Fitrah itu lima ;1 . Khatan .2 . Memotong bulu kemaluan .3 . Menggunting misai .4 . Memotong kuku .5 . Mencabut bulu ketiak .Jadi , pasti ada hikmah disebalik semua yang disuruh Nabi . Kita fokuskan yang nombor satu tu . Orang Melayu panggil khatan sebagai sunat .
Jadinya , ianya sunat yang wajiblah !ahaha .
Di Malaysia , kebanyakan kanak - kanak lelaki dikhatankan apabila memasuki usia antara tujuh hingga 12 tahun .Di negara Barat dan Eropah , amalan ini dilaksanakan ketika bayi sehari dilahirkan .Berkhatan tidak hanya dilakukan oleh orang Islam tetapi turut diamalkan sesetengah penganut Kristian Ortodoks di Afrika .Ia adalah prosedur pembedahan TERTUA didunia yang dilakukan atas tuntutan agama . Ada yang melakukan khatan ini atas dasar budaya dan resam keluarga .Kini , lebih ramai termasuk lelaku dewasa yang berkhatan atas dasar kesihatan .Pada 2007 , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) melalui Program HIV / AIDS bersama Bangsa - Bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit ( CDC ) mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV .Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks .Bagaimanapun , perlu diingat , lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin yang lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan .Umur ketika berkhatan boleh dibahagikan kepada tiga ;* ketika neonatal ( umur kurang sebulan ) .* bayi ( satu hingga 11 bulan )* kanak - kanak ( satu hingga 12 tahun .)Khatan ke atas neonatal dan bayi diamalkan di Afrika Barat , Israel , negara Arab dan Amerika Syarikat .Manakala dikebanyakan negara lain ia hanya dilakukan pada kanak - kanak yang berusia .Berdasarkan laporan WHO , dianggar kan satu daripada tiga ( 30 peratus ) lelaki di dunia berkhatan dan 68 peratus daripada mereka adalah Muslim .Di Amerika Syarikat , kira - kira 55 hingga 65 peratus bayi lelaki dikhatankan setiap tahun .Apa yang menarik , amalan ini sudah merebak ke Kanada , Amerika Latin , Eropah , Australia , Filipina dan Korea Selatan .Apa kelebihan berkhatan selepas bayi dilahirkan ?Berkhatan selepas bayi dilahirkan dapat mengurangkan kesakitan kerana kesakitan hanya dirasai selepas sebulan .Luka berkhatan pada bayi lebih cepat sembuh . Penjagaan bayi juga lebih mudah kerana bayi tidak banyak bergerak .Bagaimanapun , bukan semua bayi boleh dikhatankan sejurus selepas sehari dilahirkan kerana ada yang mengalami masalah struktur pada zakar dan perlu dirawat terlebih dahulu .Malah , berkhatan juga dikecualikan bagi pesakit HEMOFILIA ( yang cepat mengalami pendarahan akibat kekurangan faktor pembekuan darah ) .Bagi pesakit Hemofilia yang mahu berkhatan , mereka dikehendaki mengambil ubat seperti arahan doktor selama beberapa minggu sebelum dibenarkan menjalani prosedur itu .Kebaikan berkhatan sudah banyak dibincangkan .Kebaikan berkhatan antaranya ialah menjaga kebersihan seperti yang dituntut dalam ugama islam .Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kuli yang menutup penghujung zakar .Berkhatan untuk perempuan dilakukan ketika bayi dengan membabitkan pemotongan kelentit atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar .Membersihkan zakar kanak - kanak kecil mudah kerana ia boleh dicuci sahaja .Bagaimanapun , menurut risalah pendidikan Persatuan Pediatrik Amerika , apabila mencecah umur baligh , bagi remaja yang tidak berkhatan , kulit kulup ini perlu ditarik kebelakang supaya mendedahkan hujung zakar untuk dibersihkan setiap hari .Ini kerana , dicelah kulit inilah terkumpulnya sel mati dan kekotoran .Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca kepada jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan . Berkhatan adalah cara baik terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini terutama bagi kanak - kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang .Berkhatan juga baik atas alasan kesihatan lain seperti : refluks vesikouterus ( iaitu aliran balik air kencing dari pundi kencing kedalam rahim bagi kanak kanak perempuan akibat kerosakan injap buag pinggang ) atau pundi kencing atau keradangan kulit kulup zakar .Kajian mendapati dalam kalangan kanak kanak lelaki yang berkhatan , masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak - kanak tidak berkhatan .Masalah zakar seperti keradangan , kerengsangan dan jangkitan sangat kerap berlaku dikalangan lelaki yang tidak berkhatan .Wallahu'alam