Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad

Alhamdulillah , saya nak share sikit cerita . Baru - baru ni , saya didatangi dengan seorang hamba Allah yang mengadu tak boleh berhenti merokok .
" Tolong aku , aku nak berhenti merokok , tolong aku . Tolong doakan aku . "
Errmmm , Alhamdulillah sekali lagi , ada keinsafan dalam diri insan ini untuk berubah ... saya tak ada masalah untuk doakan untuk kamu , bahkan untuk semua perokok tapi apa guna kalau saya berdoa tapi korang masih tidak mahu berganjak sendiri dari tompok yang lama .Cuma , cuma ni la yang saya nak terangkan .Macam saya kata , dah banyak kali saya sebutkan ,untuk menjadi muslim yang mukmin ,mesti ada 3 ,apa dia 3 tu ?
1 . Ilmu .2 . Yaqin .
3 . Amal .Sekarang ni , kes hamba Allah yang merokok ni , kenapa susah nak berhenti . Nak mengamalkan budaya yang sihat . Tak tahu ke merokok tu haram ? Tahu dah .Sebab apa kes macam ni boleh berlaku ?Kita kurang yaqin dengan dosa pahala . Kalau kita yaqin sebenar benar yaqin . Inshaallah , benda ni boleh dielakkan . Masalah ni boleh diselesaikan .Berapa ramai kita lihat , Ustaz - ustaz , imam - imam merokok . Bagaimana mahu memimpin para ma'mum sedangkan diri sendiri pun tidak terpimpin .Sedangkan Fatwa Kebangsaan Malaysia 1995 kalau tak silap la telahpun mengharamkan rokok !Antara kandungan yang terbaru rokok yang dijumpai oleh Profeser Sydney , Simon Chapmon ialah darah khinzir . wow ! Masih nak memakruhkan lagi ?Bukankah daging khinzir itu haram dimakan ?Nak hisap yang makruh , hisaplah rokok daun . Lagipun , hargapun murah .Mereka yang merokok ni pun , saya paham , ada nawaitu untuk berhenti . Tetapi , apakala nafsu menjadi Tuhan , mereka terumbang ambing dalam kegelapan duniawi .Maka , benarlah kata - kata Nabi Allah Sulaiman A.S ;" Menjaga nafsu itu lebih sulit daripada membina sebuah kota ."ni bukan Haji Leman sebut , Nabi Sulaiman yang sebut .Saya nasihatkan dia , kalau sungguh kau nak berhenti , alhamdulillah , silakan .Saya nasihatkan dia , kau jangan rapat dan lepak sangat dengan kawan - kawan kau yang berperangai negatif !Cuba korang menguap , antara orang sekeliling kau pasti aku TERmenguap sekali . Wallahu'alam , Myth Buster kata benda ni palsu .Kalau betul , Alhamdulillah , kalau salah pun alhamdulillah .Makna kata , bila kawan kita buat jahat , kita pun pasti "nak try lah" .Kebetulan , hamba Allah yang mengadu masalah ni pun berstatus remaja yang darahnya masih panassss dengan sifat ingin mencuba .Kalau cara begini tak berjaya , kita ada alternatif lain .Sekarang ni , ubat-ubatan banyak boleh membantu kita mengurangkan kita ghairah kepada rokok . Makan lah niQuitin . " ustaz , niQuitin ni sesetengah orang kata ada unsur dadah . Bila makan satu nak lagi . Harga pun mahal "Dadah pulak , macam macam hal lah .Ok , kalau cara tu pon tak boleh ,
Saidina Umar ketika dilanda musibah kemarau , tak ada makanan , apa yang beliau buat ?Saya bagitau ni , dan saya rasa , kita semua patut cuba ..Apa yang Saidina Umar buat bila lapar tak ada makanan ?Ikat perut . simple but berguna dunia akhirat .Kalau itu pun tak jalan , boleh jalan la . haha . Kalau tak boleh jalan cara tu , PUASA ! hanya puasalah mampu mengekang nafsu kita .Kalau tu pon tak boleh , " there is no alasan tu change " .Cuba , inshaallah Allah akan membantu perjuangan anda . Niat kena betul , kerana Allah bukan kerana yang lain .Wallahu'alam bissawab .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Sebagai seorang muslim yang berwibawa , sejati luhur , mukmin dan sebagainya , apakah cara lain untuk kita mengatasi masalah sosial dikala akhir zaman ?ya , kita diskala yang terakhir , sehinggakan ada sesetengah ulama' mengatakan kita tidak akan ada abad yang seterusnya yakni abad yang ke 22 . Ini hanya pendapat . Percaya sepenuhnya jangan , tolak sepenuhnya pun jangan !" Ustaz , saya tak tahu solat ."" ustaz , saya tak suka dengan hudud ."" Ustaz , saya tak suka tu . tak suka ni ."Mengapa tak tahu solat ?syariat mula diturunkan semenjak zaman Nabi Nuh A.S lagi . turun tak berenti renti sehingga zaman nabi Muhammad . Tanda tanda Nabi Muhammad hendak wafat barulah wahyu tak diturunkan .Mengapa tak suka tu tak suka ni ?Islam itu syumul ! lengkap dengan segala bagai . Saya kata bagai bukan baghal ! islam itu indah . Bak kata pepatah ; " Lupakan yang lain " .Islam itu cukup . Apa yang tidak ada dalam al-quran ? cakap !140 ayat sahaja berkenaan ibadat , macam mana kata kita tak tahu solat ?70 ayat berkenaan muamalat , mengapa kita tak mau bayar zakat ?70 ayat berkenaan kekeluargaan , kenapa dengan orang yang lebih tua kita tak mau tunduk hormat ?30 ayat berkenaan jinayat , mengapa pilih undang - undang British yang tak tepat ?
Cakap kat saya , apa yang tak cukup ?Kalau bab sembelih , kita pilih yang islam . Kenapa bila time undang undang , kita pilih yang British ?Kalau kita bukak bab agenda tentera salib ; apa dia nombor satu ?Mereka nak kita lupakan dengan hukuman islam . Realitinya , benda ni dah berlaku .Kenapa jadi macam ni ? Untuk menjadi umat islam yang professional mesti ada 3 benda ;1 . Ilmu2 . Amal3 . Yaqin Yaqin tanpa ilmu tak boleh .Amal tanpa ilmu tak boleh .Amal tanpa yaqin tak boleh .3 benda ni mesti lengkap , mesti sekaligus .Soalan saya tadi , mengapa realiti tu dah berlaku ? sebab mereka tidak pro !Hudud , relevenkah ?Relevenlah , mengapa tidak ? fitrah ni sesuai dengan kita . Hudud ni bukan datang dari Pak Dolah , tapi datang dari Allah !Kes hudud ni yang tentang kebanyakan dari kalangan kita sendiri . Apakah hudud ni tak bagus ?Hudud , bila mencuri potong tangan . Kita bukan bodoh , kesan hudud kepada kita , kita dah tak berani mencuri la . Bukannya , bila hudud dijalankan , kita berlumba - lumba mengejar nak mencuri . Tu bodoh namanya .Kes bunuh yang banyak berlaku dalam negara Malaysia kita . Bila ditemu ramah ;" Saya rasa , orang yang yang bunuh polan bin polan nih patut kita bunuh dia balik ."Sekarang saya tanya , bunuh balas bunuh tu apa dia ? Hudud-lah !Alhamdulillah , masyarakat kini ada kesedaran tentang hudud ni . Jangan nak mempermainkan lagi kes hudud , sup tangan la apa la . sekali aku tangan baru tau .Kalau family dia kata , kita lepaskan dia . sila lepaskan pembunuh tu . Tapi kena lah pulak hukuman diat . Apa itu diat ? kompaun , dibayar kepada keluarga si mangsa . Tak banyak la murah je . Harga seratus ekor unta je . RM 500 000 . bahagi dua dengan sejuta . Tu la , sapa suruh cuai , bunuh orang ?didalam hadith 40 akhir zaman , turut dimuatkan dengan satu hadith yang panjang . Saya ambil part ke lima ;" dan apabila pemimpin kamu tidak menjalankan hukum islam dan tidak mahu memilihnya , maka tunggulah Allah akan menjadikan peperangan diantara kamu sendiri "( Hadith Riwayat Ibn Majah )Kita dapat lihat , suasana sebegini telahpun berlaku di Malaysia ... sadis sekali .Sebagai umat islam , apakah tanggungjawab kita ?Adakah hanya pandai menyalah ?oh tidak !Cebayangkan , nak makan pun kita mintak lindung dari neraka Allah . Tu tang makan , takkan time politik atau kehidupan harian kita , kita tak mintak lindung dari Allah ? cepikir sikit .dalam al-quran , Allah Taala menggariskan untuk kita , apa yang perlu didakwah kan ." Umat islam mesti pandai berda'wah bukan pandai menyalah "dalam al-quran misalnya , banyak ayat yang diturunkan menyuruh kita berkempen . Berkempen apa ? pilihanraya kah ?Oh tidak !Kempen ;1 . Hayya 'alas Solah .2 . Membayar zakat .3 . Amal ma'ruf .4 . jauhi kemungkaran .Saya tanya , diantara empat diatas , mana yang kita telah lakukan ? muhasabah diri . Wallahu'alam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' MuhammadUstaz , orang kata kalau nak tahu orang tu membela atau tak , tengok mata dia . Kalau mata dia merah . Confirm ! Sahih ke tak fatwa ni ?Wallahu'alam . Saya sendiri tak tahu sahih ke tak . Maafkan saya .Saya pun ada dengar jugak ciri ciri tu .Antaranya ialah ;1 . Mata bewarna merah .2 . Tak mahu pandang seseorang ( mata bertentang mata ) .Ustaz Fauzi Mustafa mengatakan ;" bukan dia yang tak pandang tapi makhluk dalam badang dia yang tak boleh pandang seseorag tu disebabkan amalan yang seseorang lakukan . "Cumanya , saya menasihati . Jangan terlalu cepat menghukum orang tu ada bela atau tidak . Siasat sebelum menjadi sesat .Hahamungkin mata dia merah sebab dia baru balik dari swimming pool . yang ke dua , tak mahu pandang . Mungkin dia ada penyakit ? ya , ada jugak penyakit macam ni . Dia rasa segan kalau mata bertantang mata .Wallahu'alam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kita kalau diberi peluang berborak dengan Maher Zain . Tapi tak pandai bercakap dalam bahasa "omputih" . Rugi tak ? Ingat senang ke nak berborak dengan dia ? Jiran dia pun belum tentu dapat berborak dengan dia disebabkan masa dia yang agak padat .
Kalau reader baca topik entri saya .
Apa agak - agaknya yang reader pikirkan ? Yep , pandai anda meneka . Jap , jap .. apa yang anda teka ? haha

Al-quranil Hakim . Mengapa Allah panggil dengan nama sebegitu ?ya , tak lain tak bukan . Al-quran , kalam Allah yang hebat ! Sesuai dipraktikan setiap zaman .
" Jika mahu berkata - kata dengan Allah , aqimussolah ! tunaikan solat ! Jika kamu mahu Allah berkata kata dengan kamu , recite , read the qoran ! baca al-quran . Iqra' ! "
Jadinya , apa yang hebat nya dengan al-quran al-hakim ? Reader , ada beza tau antara . cerdik , pandai atau bijak ( al-hakim ) .
Apa makna cerdik ? Cerdik , iaitulah tahu ambil peluang .
Kita lagi 2 saat nak bang magrib . baru kita datang kat surau nak berbuka .
Tak payah lah nak tolong masak masak ke apa ke .
Tinggal nak mencekik je .
inilah cerdik . Tahu ambil peluang .
Pandai apa pulak ?
Pandai ialah mengetahui , ada ilmu . Orang yang ada ilmu tak semestinya bijak . Kena paham tu . Orang yang sambung belajar jadi peguam , atau apa apa jawatan . Tu kira pandai la . Tapi sepandai pandai dia , dia pi ikut Ayah Pin .
Pandai tapi tak al-hakim . Ayah Pin tu dah confirm sesat . Antara 55 ajaran yang difatwakan sesat oleh jakim . yang kita pi ikut pasai apa . Pandai pandai !
Bijak , mampu menyelesaikan masalah . Sebab tu Peguam kita panggil Tuan Hakim . Kita tak panggil lain . Penyakit puan jauh sekali :D
Contoh satu soalan yang dikemukan ;
Ustaz , ada tak "bumi" lain , selain bumi ?
Reader boleh bukak sendiri siBijak kita ni .
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
( Surah Al-A'raf ayat 10 )
Dah tak boleh tukar . Allah tetapkan kita duduk diBumi . diBumi je .
No way to go .
Apa lagi yang kita nak . Baik , kalau rasa macam kurang puas hati , saya tambah lagi ,
Sampai sekarang orang dok kaji , macam mana mayat Firaun tu masih kekal dan tak rosak . Apa kah rahsianya ? apakah bahan awetnya ?
Allah dah jawab dah dalam firman nya ;
" Maka hari ini , kami biarkan engkau ( hai Firaun ) terlepas dengan badanmu , ( yang tidak bernyawa , daripada ditelan laut ) , untuk menjadi tanda-tanda orang dibelakangmu ( supaya mereka mengambil iktibar ) . Dan ingatlah , sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ( memerhati dan memikirkan ) tanda-tanda kekuasaan Kami . "
( Surah Yunus ayat 92 )
Al-Quran ni hebat . Tapi kalau kita hanya letak dialmari menjadi ''suci dalam debu" , amatlah merugikan .
Kita beli kamera . Paling canggih . Entah berapa megapixel tu . Kalau tangkap gambar , boleh nampak makhluk halus tengah peace . Kita pun beli . Beli , beli tapi tak pakai kamera sebab takut . Ada fungsi tak kamera tu ? tak ada bukan .
Serupa dengan al-Quran . al-Quran dah hebat , tapi kita tak guna . Ya , kita orang yang tak guna . hehe
Bak lagu analisa oleh Shoutul Amal .
" Quran dibaca tiada penghayatan , intipatinya tak di'amalkan..Analisa , analisa , adakah iman sempurna "
apapun , muhasabah diri ...Siapa diri kita ~