Wednesday, January 26, 2011

Tafsir Surah an-Nazi'at



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Apa makna an-Nazi'at ?

Semestinya , ia bererti Pencabut - Pencabut . Surah ni mempunyai 46 ayat .

Surah ke 79 ni tergolong dalam ayat Makkiyah . Mengapa ?

Sebab , surah dari Makkiyyah banyak tertumpu dengan akidah . Sedang ayat Madiniyyah tertumpu pada hukum .

Apa itu aqidah ? Aqidah ialah ma'lumat yang bertukar menjadi pegangan .

Ada aqidah yang sesat , ada yang betul . Hati - hati dalam memilih .

Antara Makkiyyah dan Madiniyyah , surah yang turun dari Makkah yang turun dahulu .

Ringkas cerita , ayat Makkiyyah sebagai tapak dan ayat Madiniyyah sebagai banggunannya .

Bila kita ada akidah , barulah kita akan patuh dengan hukum hakam yang telah Allah tetapkan .

Aqidah yang Allah sampaikan dalam surah ni ialah tentang hari akhirat .

Kalau kita tadabbur ayat 5 hingga 14 dan ayat - ayat yang lain , Allah SWT menceritakan tentang berlakunya hari pengakhiran dunia sehingga hari mereka semua ini dibangkitkan dari kubur .

Ayat lain pulak Allah ceritakan tentang kisah Firaun .

Mari kita pergi lanjut dengan ayat satu surah ni .


" Demi pencabut - pencabut nyawa yang mencabut nyawa dengan cara sekasar - kasarnya ."

Allah mulakan dengan ayat sumpah . Bila Allah menyumpah dengan sesuatu , maka benda tu dikira hebat !

Allah sumpah dengan malaikat - malaikat pencabut . Maknanya , ada ramai malaikat maut .

Cumanya , Izrail sebagai Ketua kepada seluruh malaikat - malaikat pencabut .

Orang islam haram bersumpah dengan menggunakan nama malaikat ! syirik , boleh bawak kepada murtad . Sumpah sebegini hanya layak buat Allah yang menciptakan kita semua .

Malaikat - malaikat akan mencabut nyawa dengan cara yang menggerunkan bagi orang yang benci bertemu dengan Allah .

Dalam satu hadith , Rasulullah SAW bersabda ;

" Barangsiapa yang suka bertemu dengan Allah , maka Allah pun suka bertemu dengannya .

dan barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah , maka Allah pun benci bertemu dengannya . "



" Dan penarik yang menarik ( nyawa ) dengan cara yang lembut - selembutnya ."

Nabi Idris sendiri yang baik budi pekerti merasakan sakit sakaratul maut itu seperti dilapah kulit hidup - hidup walhal Izrail tarik nyawa Nabi Idris ni paling lembut dah .

Renung- renungkan .

Allah turunkan surah an-Nazi'at ni tak lain tak bukan untuk bagi gerun kepada makhluk - makhluknya bahawa suatu hari nanti pasti muncul hari akhirat .

Manusia ni akan melakukan kebaikan dengan dua cara iaitu ;

- digemberikan hati .
- ditakutkan hati .

Rasa takut kepada hari qiamat , alam kubur , azab neraka akan menghidupkan hati manusia .
Salah satu kaedah berda'wah . Ceritakan tentang hari akhirat , rasa takut itu akan hadir . Inshaallah .

" Berzinalah kalau mahu kemaluan dibakar di neraka ."

Kalau kata - kata ni terpampang didepan Penzina , ingat diorang ada mood lagi nak berzina ?

Apa yang uniknya dengan surah an-Nazi'at ni ?

Kalau kita baca satu satu ayat , kita dapat dengar yang atonansi surah ni seakan akan bernada cemas . Sesuai dengan kisah yang diceritakan dalam surah ni .



" Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, "

Tu yang hebatnya al-quran ni .

Bahasa arab , bahasa pengantar al-quran . Sebagai umat islam , kita perlu cinta dan berusaha untuk memahami bahasa al-quran ni , sebab ini bahasa kita ! bahasa kita di akhir zaman .

" sesungguhnya bahasa arab itu sebahagian daripada agama , mengetahui hukumnya wajib dan fardu .

Memahami kitab dan sunnah itu wajib ,
dan ia tidak dapat difahami melainkan dengan bahasa arab .

Dan sesuatu yang tidak dapat difahami melainkan dengan adanya sesuatu yang lain , maka sesuatu yang lain itu menjadi wajib , "

kata Imam Ibnu Taimiyah .


Kalau kita check beberapa perkataan bahasa arab . contohnya anta dan anti .

Anta untuk lelaki .
Anti pula untuk perempuan .

anta tu baris atas kan ?
dan anti tu baris bawah .

Bukankah islam memberi keutamaan kepada lelaki berbanding perempuan ? Lelaki diberi ilmu fiqh sedang perempuan tidak .

Ada perempuan jadi wali nikah kalau lelaki ada ? haha


Berbalik kepada topik ,

Nabi SAW ada menceritakan satu kisah dari Bani Israil yang hidup bermaksiat . Tapi bila hamba Allah ni nak meninggalkan dunia , dia jadi takut sebab , dia tahu kisah seksa azab alam kubur tu benar .

Setelah meninggalkan dunia , malaikat tak sempat tanya dia 6 soalan tu , Allah suruh lepaskan , sebab apa ?

sebab , dia takutkan azab kubur .. Logiknya , bila dia takut , dia yakinlah bahawa azab kubur tu pasti ada ! Janji Allah pasti berlaku ...

Adapun sesetengah ulama mentafsirkan ayat satu surah an-Nazi'at sebagai bintang - bintang dilangit .

Wallahu'alam


Tuesday, January 25, 2011

Tafsir Surah an-Nazi'at ayat 18 - 24


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Alhamdulillah ,

harini saya nak bawak secara ringkas , tafsir surah an-Naazi'at ayat 17 hingga 24 .Inshaallah .



" Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya); "


" Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? "



" Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? "


dalam ayat 18 dan 19 ni , Allah suruh Nabi Musa A.S berhadapan dengan Firaun .

Untuk apa ? semestinya untuk mengajak Firaun ini kembali ke pangkal jalan .

Allah suruh Nabi Musa ni guna perkataan yang lembut , atonansi yang lembut . Tapi sayang ... masuk telinga kanan , keluar telinga kiri si Firaun ni . Hati dia memang keras .

Kaedah mula mula sekali dalam berda'wah kita mesti berlembut .

Tak kira kepada sesiapa pun , dengan Firaun yang sombong dan macam macam perangai jahat dia ada pun Allah suruh Nabi Musa berda'wah dengan cara yang lembut .
Inshaallah , bila kita berda'wah dengan cara yang lembut ni , sedikit sebanyak mungkin ada juga yang tertarik dengan islam .

ingat , kita berda'wah bukan kerana untuk memberikan hidayah . Kita berda'wah untuk menyampaikan ajaran islam . Itu tanggungjawab kita .



" maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar. "


Malangnya , Firaun ni , hati dia sekeris besi titanium barangkali , nasihat secara lembut tak berkesan ... jadinya , Allah kurniakan Nabi Musa ni satu mukjizat yang besar .

Apa dia mukjizat yang besar ? semestinya tongkat baginda yang diberi oleh Allah untuk bertukar menjadi seekor ular yang besar .


" lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah) "

Orang kalau dah hitam hatinya dengan dosa , macam tu la jugak . Tak makan dek api .


"Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usaha "

Firaun tetap ingkar . Bahkan gigih berusaha . Berusaha untuk apa ? merentas desa kah ?

Oh tidak , beliau berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa A.S .

Jap , jap , Firaun kita guna istilah ''beliau'' ke ? tak layak kot .

Dalam ayat seterusnya kita dapat lihat , apa taktik yang diambil untuk mengalahkan Nabi Allah Musa A.S . tapi sayang , Allah merancang , Firaun juga merancang , tapi rancangan Allah lebih hebat !



" Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, "

Firaun panggil tukang - tukang sihir yang hebat - hebat . Apa yang Firaun ni seru ? Firaun ni ayat ayat sikit tukang sihir dengan menyatakan gaji yang lumayan . Tukang - tukang sihir ni rasa macam satu perasaan yang seronok .

"Wow , gaji masyukkk ." Macam kita dapat bonus .haha



Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

Pada awalnya , Tukang - tukang sihir ni rasa macam tak yaqin dengan kemampuan sihir mereka . Walaupun mereka telah dikaburi dengan gaji dan jawatan yang lumayan .

Depa sebenarnya dah dengar dah , yang si Nabi Musa ni si tukang "sihir" yang hebat sehingga mampu menjadikan tongkat sebagai ular yang besar walhal itu sebenarnya mukjizat .

Tidak mungkin seorang nabi sanggup melakukan sesuatu perkara yang dilaknat Allah SWT .

" Akulah Tuhan yang maha tertinggi ," Firaun cuba meyakinkan Tukang - tukang sihir dengan memperbodohkan mereka .

Kalau si tukang - tukang sihir ni boleh berfikir dengan waras .

Nescaya diaorang akan berkata ; kalau hang tu tuhan , awat hang tak settle kan kes ni sendiri ?


Alhamdulillah , at the end of the story , si tukang - tukang sihir mendapat hidayah Allah SWT .

Mana tidak , si tukang - tukang sihir ni dah tahap master tapi still kalah lagi dengan baginda Musa A.S . Jadi diorang fikir Nabi Musa ni bukan sebarang orang . Baginda semestinya orang yang benar !


Persoalannya sekarang , mengapa Firaun ni berani berkata sedemikian ? Berani mengaku dirinya Tuhan yang tertinggi ?

untuk menjadi pemimpin hebat yang Jahat senang sahaja , perbodohkan lah rakyat !

Bila rakyat tertidur , maka pemimpin turut tertidur !

Saidina Umar apakala dilantik menjadi khalifah berkata ;

" Saat aku menjadi khalifah , taatlah aku selagi aku beriman dan berlandaskan hukum syariat . tetapi kalau aku salah . Perbetulkan ! Ada siapa yang mahu memperbetulkan aku ? "

Satu sohabat bangun .

" Aku akan perbetulkan engkau wahai Umar dengan pedang ni . "

" Alhamdulillah , masih ada rakyat yang mahu memperbetulkan aku ."

Antara masej yang terkandung dalam beberapa ayat yang ditafsir secara ringkas ni ialah ;

1 . Berda'wah ada pelbagai method , pelbagai cara . Jikalau method pertama tidak berjaya , carilah method yang sesuai untuk dida'wahkan . Ada banyak alternatif lain . Nasyid , memperdengarkan ayat al-quran atau hadith , dan macam - macam lagi kaedah .

2 . Pemimpin itu lemah bersangkut paut dengan rakyat juga .

3 . Jangan berputus asa dalam berda'wah . Sememangnya da'wah itu pahit , perit kerana manisnya berada disyurga . Islam tak pernah kalah walaupun pernah jatuh berulang kali .

Khalifah Abbasiyyah yang terakhir mati dibunuh Gengis Khan and the geng dengan cara digulung didalam tikar dan diketuk dengan tongkat beramai - ramai . Habis ulama - ulama mati , perpustakaan diceroboh . Kitab - kitab dibuang disungai dan dipijak oleh kuda - kuda . Islam kelihatan tidak ada masa depan .

tetapi , siapa sangka , cucu Gengis Khan , Kublai Han masuk Islam ! Belum pernah ada mereka yang menakhluk negara islam , akhirnya memeluk islam .

Wallahu'alam .

Monday, January 24, 2011

Qunut Subuh , perlu kah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , saya nak tahu la , betul ke qunut time subuh tu sunat ? sesetengah Imam kat Mekah tu tak baca pun .

Sungguh sesetengah Imam Mekah tu tak baca , tapi lepas bangkit daripada ruku' tu dia rest sekejap bagi mazhab Shafie baca .

Tak perlu lah , baca panjang panjang dan secara kuat . baca takat bagi telinga kita sorang je dengar .

" Allah huma dini fiman hadait " sudah memadai , tak perlu habiskan qunut subuh tu .

Tadah tangan pun tak perlu . sunat je . Orang kita ni fikir kalau doa mesti kena tadah tangan .

Tu yang diorang hairan tu , macam mana lah kalau ikan berdoa . Kesitu pulak diorang pikir .

Jadinya , tadah tangan kalau tak buat pun tak apa .

Saya ulang tulisan , qunut subuh ni sunat sahaja . Tadah tangan ketika berdoa pun sunat sahaja .

Bila tak buat qunut subuh ni , tak buat sujud sahwi pun tak mengapa .

Sujud sahwi pun sunat sahaja .

Penghujung tulisan blog , saya menegaskan ,

didalam solat , meninggalkan perkara sunat adalah makruh . Tak berdosa pun ~

Imam Shafie pun pernah meninggalkan qunut subuh apakala menjadi imam ditempat mazhab lain .

Bila ditanya , rupanya imam Shafie menghormati pendapat mazhab imam lain . Saya pun kurang pasti siapa imam tersebut . Maaf .


Wallahu'alam

Friday, January 21, 2011

Jubah Akatsuki



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/01/jubah-akatsuki.html

Ustaz,satu jubah ni diadaptasi dari anime. Jubah itu mempunyai gambar awan. Sedang jubah itu digunakan untuk meminta sesuatu selain daripada Allah. Saya syak benda tu sebagai jin . Wajarkah jubah itu digunakan didalam solat mahupun diluar solat? Ustaz boleh taip pada images "jubah akatsuki".




Jawapan;

Jika benar sebagaimana yang saudara katakan iaitu jubah itu dipakai oleh orang yang menjalankan upacara menyembah jin –dengan stail dan corak yang sama atau hampir sama-, tidak haruslah orang Islam memakainya –dalam solat atau diluar solat- berdalilkan hadis Nabi –SAW-;

من تشبَّه بقومٍ فهو منهم

“Sesiapa meniru satu kaum/golongan, ia dari kalangan mereka”

(HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Berkata Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Syarahnya (Faidhul-Qadier), hadis no. 8593).

Berkata Imam al-Qurthubi;

“Jika suatu pakaian telah khusus (menjadi identiti) orang-orang fasik dan orang-orang tidak berakhlak, dilarang orang lain selain mereka untuk memakainya kerana orang yang tidak mengenalinya akan menyangka ia (yakni si pemakai itu) adalah sebahagian dari mereka. Maka timbullah sangkaan buruk terhadapnya yang menyebabkan berdosa kedua-dua mereka iaitu orang yang menaruh sangkaan buruk dan orang yang menjadi sasaran sangkaan (kerana ia menjadi penyebab kepada sangkaan buruk itu)”.

(Faidhul-Qadier, hadis no. 8593).


Pada zahirnya pakaian itu kelihatan tiada sebarang lambang atau corak yang menyalahi Syarak. Namun jika benar dakwaan saudara bahawa ia dipakai oleh golongan yang meminta pertolongan dari jin , tidak selayaknya ia dipakai oleh orang beriman.

Adapun jika dakwaan itu tidak benar, ia kembali kepada hukum asal bagi perkara-perkara keduniaan dalam Islam (termasuk pakaian) iaitu harus.

Kaedah Fiqh yang diamalkan oleh para ulamak menyebutkan;

“Asal pada setiap perkara adalah harus selama tidak ada dalil Syarak yang melarangnya”.

Wallahu a’lam.