Monday, March 21, 2011

Oh no , i hate Madu !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Ustaz , kalau seseorang isteri tak setuju suaminya kahwin lain , sudah dikira berdosakah ?
Suami saya berkata dia nak kahwin dengan orang yang ''ketiga'' tapi setelah mendapat persetujuan saya . Jadi , saya tak izinkanlah .

Tapi Suami saya ni selalu berhubung dengan orang yang ''ketiga'' tu hanya melalui sms dan tak pernah jumpa bagi menjaga syariat .

Saya jadi serba salah , saya memang tak suka dimadukan . Tapi saya jadi sakita hati bila baca sms suami saya dan orang ''ketiga'' asyik berjanji untuk berkahwin . Apa nasihat ustaz sebagai orang lelaki ?


Saya difahamkan suami anda berserban , tetapi nafsu tak kenal sesiapa .

Orang - orang yang selamat ialah orang - orang yang benar bertaqwa .

Hal yang demikian , jika suami memang mampu dari aspek zahir dan batin , silakan .
Tak apa , biarkan dia berkahwin lain . Itu haq dia .

Tapi kalau suami anda tak mampu , batalkan sahaja niatnya untuk berkahwin lain kerana perbuatan berhubung dengan perempuan yang bukan mahram membawa ke arah maksiat .

Mak cik sebagai isteri mungkin kena koreksi diri , muhasabahkan diri mengapa suami mencari teman yang baru .

Sentiasalah berbaik sangka terhadap suami makcik .

Terakhir , mintalah bantuan , mengadulah pada Yang Esa untuk petunjukNya .

Friday, March 18, 2011

Wali terbang atau Wali geybang ( penipu ) ???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kita sering dengar , tentang kehebatan wali - wali .

Tak payah di negara Arab , kat
Malaysia pun ada kisah - kisah wali tersendiri .

Betulke apa yang kita dengar , orang terbang atas angin , jalan atas air tu dikira wali ?

dan

Betulke apa yang kita dengar , wali ni hanya makan yang ringan - ringan je ?

Erti kata lain , zuhud bebenor . Apakah itu erti zuhud ?

Adakah zuhud ni hanya ambik yang ringan - ringan je .

Tak boleh pakai seluar jeans la , pakai jubah je setiap hari la ,

Makan tiap - tiap hari ikan kering la .

Adakah itu sifat seorang wali ?

Oh tidak !

Apa erti zuhud ?

Zuhud tu gabungan beberapa perkataan ,

'' perhiasan '' , '' hawa'' , dan '' dunia '' .

dan penafsiran ulama' , wali itu mereka yang meninggalkan perhiasan , meninggalkan hawa dan meninggalkan dunia .

Meninggalkan dunia woo bukan meninggal dunia .haha

Adakah salah untuk berhias ?
orang gila pun berhias . Jadi , kalau kita tak suka berhias , maknanya ....

Adakah salah untuk mengambil dunia ?

Tak salah ? kalau ambil dunia tu salah , kenapa Nabi tak larang para sohabat ?

Sedangkan , para sohabat tu kaya raya wei .

Maksud meninggalkan disini ialah , jangan letak
kan dihati .

Wali hanya makan ala kadar , makan yang standard orang miskin . Betulkah ?

Imam Shafie ketika makan di rumah Imam Ahmad , beliau makan banyak oo . Atau bahasa kita , mentekedarah .
Anak Imam Ahmad hairan . Bagaimana seorang wali makan begitu banyak ?

Maka , Imam Shafie menyatakan , bahawa , beliau dah berapa hari tak makan sebab status kehalalan makanan diluar
sana yang kurang pasti .

Imam Shafie menambah , dia yakin bahawa makanan dirumah Imam Ahmad berstatus halal !

Kita jangan cepat tuduh orang yang dia ni wali ni sebab kita ada ternampak dia jalan atas air .

Kita terperasan dari jauh , ada sorang hamba Allah ni berjalan relaks je dalam hujan waktu malam dan tak basah . Kita pun cop dia ni wali . Padahal , hamba Allah tu pakai payung warna hitam . Kita mana nak perasan .

Senang tak nak jadi wali ?

senang susah ?

senang jawabannya .

Mengapa senang ? sebab , karamah yang paling besar ialah istiqamah , yakni konsisten atau berterusan membuat sesuatu pekara .

Ada satu kisah ,

seorang Prof bertanya kepada pelajarnya ,

" berapakah berat sebuah air didalam gelas ini ? "

Pelajar - pelajar dia yang bijak semua beri jawaban .
Tapi , tak seorang pun dapat beri jawaban yang menepati kehendak prof ...

Jawaban sebenarnya ialah , bukan pada berat air tu tapi seberapa lama kita mampu memegang , kita mampu beristiqamah menggenggam segelas air itu !

Biar lah kita buat pahala sedikit setiap hari tetapi istiqamah melakukannya .

Misalnya , kita baca quran 4 baris setiap hari dan kita amalkannya setiap hari .

Jangan jadi orang yang baca 4 helai quran dan besok , lusa , tulat dan sebagainya dia tinggal , tahun depan dia sambung lagi !

Susah ke nak istiqamah ni ?

Susah , kalau niat kita awal - awal lagi bukan kerana Allah .

Erti kata lain , niat tak ikhlas .

Kita baca quran sebab nak bagi orang dengar suara kita .

Kalau takda orang , jangan harap dia nak baca quran .


Ada beberapa kategori niat yang Nabi bagitau ;

1 . Berniat baik tapi dia tak buat .

dapat 1 pahala .

Yang kita pulak , '' alah , action je lebih , buat tak ."

Tak payah lah kata macam tu . Kita niat je Allah dah bagi pahala .

Orang perempuan janganlah pulak marah bila suami pasang niat nak tambah madu .
tu niat je , dapat pahala . Haha

Tapi niat tu kena azam lah . Bukan hanya cakap nak buat nak buat . Lama - lama , meluat .haha


yang kedua , nabi kata

berniat baik dan buat pulak pahala tu .

pahala dari lingkungan 10 pahala hingga 700 pahala . Dan Allah boleh beri lebih dari tu !


yang ketiga ,

berniat jahat tetapi tak buat .

dapat 1 pahala .

Kita janganlah pulak nak dapat pahala guna cara ni . Takut dah terbiasa sebut nanti dah jadi biasa buat dosa pulak .


dan yang ke4 pulak ?

dia berniat jahat dan dia laksanakan niat jahatnya itu .

1 dosa dia dapat tak diganda .


Kesimpulannya ,

orang yang terbang
sana sinun kita kena kaji dulu , apakah dia seorang wali atau dia menggunakan sihir ...


Kalau dia terbang sekalipun , tapi tak solat ... nampak sangat menipunya .


Superman , dia boleh terbang , tapi ada dia solat ? haha


wali itu seorang manusia biasa yang istiqamahnya .. LUAR BIASA !

Sesetengah wali memang dikurniakan kehebatan tersendiri . Itu anugerah Allah !

wallahu'alam .

Monday, March 7, 2011

Kisah Pencuri Kain Kapan

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Kisah ni saya rasa patut disebarkan .


Ada satu kisah , Kisah Pencuri Kain Kapan .hoho

Kisah ni bermula dengan taubat seorang pencuri .

Pencuri apa ? pencuri kain kapan la .

Hamba Allah yang mencuri ni dah bertaubat ...

Pergi jumpa dengan seorang Ulama .

" Adakah Allah terima taubatku ? Aku banyak melakukan dosa besar .
Pagi aku ziarah jenazah dan ikut ke kuburan tetapi malam aku gali kubur tu balik lantas mencuri kain kapan . Aku ni pencuri kain kapan !
Lepas curi aku rogol mayat tu !
Adakah Allah , adakah Allah terima taubatku ?
Aku bertaubat semenjak aku berhadapan dengan peristiwa aneh . "


" InsyaAllah diterima . Allah itu Maha pengampun "

Hamba Allah ni pun pulang ke rumah ..

Ulama ni rasa ingin tahu . Ulama ni pun pergi la rumah Hamba Allah ni .

Rasa ingin tahu Ulama menyebabkan Ulama ni bertanya ,

" Sebelum ni kau berkata kau bertaubat disebabkan suatu peristiwa aneh . Boleh kau ceritakan kepadaku , apakah peristiwa itu ? "


'' Ada 7 jenis mayat yang aku jumpa setelah aku gali kubur ! "

Mayat pertama :

mayat membelakangi kiblat tetapi mayat sebelum nya menghadap qiblat .

Kata Ulama tersebut ; '' itulah mayat menduakan Allah ! "


Mayat kedua :

mayat bermuka babi berkulit hitam tetapi sebelumnya mayat bermuka manusia .

Kata Ulama ; itulah mayat orang yang meninggalkan solat .


Mayat ketiga :

perut mayat gelembung keluar ulat .

Kata Ulama ; itulah mayat orang yang suka makan sesuatu yang haram .


Mayat keempat :

kepala mayat suka bertukar menjadi batu hitam .

Kata Ulama ; itulah mayat orang yang durhaka dengan ibu bapa .


Mayat kelima :

kuku mayat berbelit - belit sehingga mencengkam badan menyebabkan badan terburai .

Kata Ulama ; itulah mayat orang yang suka boikot orang selama 3 hari .


Mayat keenam :

mayat terapung dalam air hitam yang very disgusting . Walhal sebelum tanam mana ada air .

Kata Ulama ; itulah mayat orang yang suka makan riba' .


Mayat ketujuh :

" Aku lihat , seorang mayat ni paling cantik . tak macam yang lain - lain "

Kata Ulama ; itulah mayat orang yang mempunyai ilmu dan amalkan ilmu !

Wallahu'alam .

Saturday, March 5, 2011

Minum air Halalan !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Pada 4 haribulan Mac yang lalu , saya kebetulan teronline Facebook .hehe . Kemudian , terbaca satu status dari Dj Zamri radio IKIM . Saya lebih suka panggil dia Ustaz sebab dia memang ustaz pun .
Dia bukak soalan kat status , jadi saya pun bukak soalan dalam segmen Daurah tu .
Kenapa saya tanya ?
Sebab saya tak tak tahu dan saya nak tahu .




Jom kita baca apa yang telah berlaku seterusnya .


Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin :


Soalan ini datangnya daripada , saudara Muhammad Irfan Abdul Rani . Soalannya agak panjang jadi saya ringkaskan begini ye Mursyid .

Sekiranya kita mendapati suatu minuman ataupun makanan yang tidak mempunyai tanda halal . Apakah ia confirm haram memandangkan kita ada pilihan ( makanan ) yang ada tanda halal .

Apa komen Mursyid ? silakan .


Mursyid Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri :


Ok , terima kasih kepada yang bertanya dan juga sahabat - sahabat di ruangan ini .
Yang pertama masalah tentang tanda halal dan haram ini .

Saya melihat dalam isu ini kepada dua .
Semua ( makanan ) sudah dipetakan dan ditanda .

Maka , pada masa itu memang kita boleh bergantung .

Tapi kadang - kadang , zaman kita atau masa kini masih ada lagi ( makanan ) tidak pakai lagi ( tanda halal ) , yang belum menyeluruh keseluruhannya .


Contohnya , kalau nasi lemak mana ada Mak Minah buat tu buat roti canai apa-apa ( letak ) tanda - tanda macam tu .


Yang kedua , kita jangan terikut - ikut sangat ditempat kita ni . Dengan erti kata , kita nak bawak keseluruh dunia logo halal jakim .


Maksud saya , kalau kita pergi ke Saudi pergi buat haji tengok tak ada tanda halal . Jadi tak boleh nak makan , kita ni . Orang lain kita tengok lepas makan , makan , lepas makan , makan kita tak boleh .

Nak tunggu halal juga .
Jadi yang tu pun kena rai jugak . Jadi dalam isu - isu seperti ini kita perlu tengok , kita bahagi kepada 2 ;

Kalau benda yang tidak membabitkan sembelihan atau proses yang tertentu .

Maka kita mengambil hukum '' asal kepada sesuatu perkara ialah harus " .

Air umpamanya .
Jadi , apa - apa benda pun , benda yang haram seperti arak maka hukumnya adalah haram .
Soal dia ada tulis halal atau tidak itu soal lain . Saya ingat macam zaman dahulu , Saidina Umar , dia cukup mudah dalam perlaksanaan .

Macam mana , Saidina Umar pernah suatu ketika dia lalu , tepi pintu atau kita kata tepi bangunan rumah orang .

Jadi , adalah orang curah air terkena pada Saidina Umar .
Lalu orang yang duduk tepi tu pun bertanya , " eh , ni air apa ni " Saidina Umar kata '' jangan tanya " . Jadi , disitu prinsipnya amat mudah . Tak payah tanya .

Tapi , kita pun fahamlah . Janganlah bau hancing ke ataupun benda tu sekadar semata - mata air .

Jadi itu digambarkan , Islam diajar supaya jangan kita ni terlalu sampai untuk nak tekun ni nak check satu - satu sampai kepada kecik - kecik ( perkara ) .

Kalau itu berlaku , maka kita menyebabkan memberatkan diri kita sendiri .
Yang paling bahaya sekali , akan datang satu penyakit yang namanya was - was .

Jadi , bila was - was ni , Ya Allah , susah sangat .
Jadi , jawaban yang tadi , kita tengoklah . Kalau air tu maksudnya , masih lagi macam biasa .

Tak jadi masalah-lah . Melainkan kalau diragukan dan dibimbangi kot kot kepada isu mabuk sebagainya . Maka , itu baru tak boleh .


Wallahu'alam .