Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Anda diganggu makhluq yang agak ''comel'' dan agak halus ?Jangan risau , harini saya nak kongsikan cara - cara bagi meredakan dan mengelakkan gangguan jin .Bagi tuan-tuan yang tak nak cari pasal dengan jin dengan erti kata lain , nak elak gangguan jin , boleh beramal dengan ayat 21 surah ar-Rum ;
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Itu amalan nak mengelakkan dari mendapat gangguan , macam mana pulak kalau dah kena kerasukan jin ? Bagaimana cara nak meredakan pesakit ?
Baiklah , begini caranya ;
1 . Sediakan air .
2. Melaungkan Azan sebanyak 7 kali .
3 . Membaca surah al-Fatihah sebanyak 7 kali .
4 . Membaca surah al-Falaq dan an-Nas sebanyak 1 kali .
5 . Membaca ayat Kursi sebanyak 1 kali .
6 . Membaca surah at-Toriq sebanyak 1 kali .
7 . Membaca ayat 21 surah al-Hasyr ;
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
8 . Sekali lagi membaca ayat Kursi sebanyak 1 kali .
9 . Kemudian , renjiskan air pada pesakit .
Wallahu'alam bissawab .
7 Jamadil Akhir 1432 / 11 . 05 . 11
Selasa .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi . Selain itu , beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff .Di barat , Al-Khawarizmi dipanggil dengan pelbagai ejaan nama seperti ; al-Cowarizmi , Al-Ahawizmi , al-Karismi , al-Goritmi , al-Gorismi dan pelbagai lagi .Beliaulah yang menemukan al Jabru wal Mukobala ( Penjabaran dan Penyelesaian ) .
Lantas al-Jabar dalam disebut didalam sebutan Latin .Beliau telah dilahirkan di Bukhara . Sumber lain menegaskan beliau lahir di Khawarizm , Uzbeskistan pada tahun 194H / 780M dan meninggal tahun 266H / 850M di Baghdad .Pendidikan ;Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh islam yang berpengetahuan luas . Pengetahuan dan kembahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang falsafah , logik , aritmetik , geometri , kejuteraan , sejarah Islam dan kimia .Al-Khawarizmi dianggap sebagai guru aljabar di Eropah dan beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi .Pada usia muda , beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun , bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad . Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi .Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan Khalifah . Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India kepada dunia Islam . Juga , penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin .Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula- mula memperkenalkan aljabar dan ilmu hisab . Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang .Peranan dan Sumbangan al-Khawarizmi Antara hasil karya beliau ialah al-Jabr wa'l Muqabalah dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah . Karya - karya agung beliau dalam bidang matamatik bukan sahaja terkenal pada zaman tamadun islam malah dikenali di Barat juga hingga ke hari ini .Ketokohan al-Khawarizmi Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi .1 . Dalam bidang matematik , al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab .Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam .Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan .Antaranya ialah kos , sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan , teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan megira luas segitiga , segi empat selari dan bulatan dalam geometri .Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan .Banyaj lagi konsep yang dalam matematik yang telah diperkenalkan al-Khawarizmi .2 .Bidang astronomi pula , Al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun islam .Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq yakni ilmu pengetahuan berkenaan bintang - bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan , pergerakan , dan pemikiran serta tafsiran berkenaan bintang .Seawal kurun ketiga lagi , al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah karya dan salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol Kristian . Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad . Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna dan geometri sahaja .Wallahu'alam .3 Jamadil Akhir 1432 ,7 Mei 2011 ,Sabtu
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Harini , Sekali lagi , saya merujuk satu kitab Bidayatul Hidayah karangan al-Imam al-Ghazali berkenaan topik . " How to elak maksiat anggata ? "Apa kata dan tips yang Imam al-Ghazali bagi ?1 . Menjaga mata dari melihat ;* perempuan bukan mahram .* gambar-gambar lucah .* melihat orang lain dengan pandangan penghinaan .* mencari keaiban dan kesalahan orang lain .2 . Menjaga telinga dari mendengar perkara yang maksiat ;telinga sebenarnya digunakan untuk mendengar ayat - ayat al-quran , hadith , ilmu dan benda - benda yang baik .3 . Menjaga lidah dari lapan perkara ;* Berbohong * Menyalahi janji * Mengumpat * Berdebat* Memuji diri sendiri * Melaknat* Mendoakan celaka bagi orang* Bergurau yang melampau lampau atau mengejek .Sebab tu pepatah ke patah patah ada menyebut ;" Lidah itu di tempat yang banyak air dan ianya mudah tergelincir "4 . Menjaga perut ;Menjaga perut kat sini bukan suruh buat six-pack . Nak buat tak salah tapi untuk tujuan apa ? untuk mengorat ?Menjaga perut bererti , menjaga perut dari perkara yang syubhat dan haram .5 . Menjaga kemaluan kecuali kepada isteri - isteri dan hamba jariah ;sila rujuk al-mukminun ayat 5 dan 6 .Kena faham , hamba dan bibik , hukum nya lain . Zaman sekarang hamba dah takda sebab dah tak ada peperangan . Kalau akhir zaman nanti , ada peperangan , dan tawanan peperangan , tawanan peperangan itulah hamba .Bibik dengan kita , orang yang asing . Memanglah bibik tu orang yang asing . Maksud saya , dari auratlah .6 .Menjaga dua tangan ;daripada tulis atau lukis benda - benda yang fitnah , lucah , jijik , dan segala maksiat .yang terakhir kata Imam al-Ghazli ;7 . Menjaga kedua kaki ;Salahkah pergi ke disko ? jawabannya , tak salah !Kita kalau pergi disko sebab nak da'wah , nak salah apa ? yang salah , kalau pergi nak " asyik , asyik , asyik , asyik - asyiknya bercinta ."Pergi masjid pun jadi salah kalau pergi niat nak mencuri . Maksiat dilakukan menggunakan anggota badan . Maka , kita telah menyalah gunakan nikmat atau anugerah yang Allah kurniakan .Bukankah kita telah berjanji dan mengaku bahawa Allah sebagai Tuhan ? Maka , kita telah menjadi munafik .Renung-renungkan , dan selamat bertaubat .Berjuanglah untuk matlamat islam ! Wallahu'alam .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari .Daripada Abi Hurairah R.A ;Telah datang seorang sahabat lelaki berjumpa dengan Rasulullah S.A.W ;" ya Rasul-ullah , nasihatkan aku . "" Jangan marah . "Sohabat ni asyik meminta nasihat lagi dan lagi .Namun , Rasulullah tetap bersabda ;" Jangan marah . "
Faham tak ? Faham tak maksud hadith ni ?Sebab tu kena tau ,ada 3 jenis , kategori orang yang suka marah ( pemarah ) ;1 . Cepat marah , lambat reda ;" Kalau kau aku tak suka , keturunan kau pun aku tak suka ."haha . Familiar tak ayat dari filem mana ?Contoh orang yang jenis macam ni ?Firaun lah contoh yang paling dekat ,Firaun ni masa nabi Musa waktu bayi , Nabi Musa pergi tarik janggut Firaun . Boleh bayangkan tak ? Firaun ni mengaku Tuhan , boleh pulak tuhan kena tarik janggut dia . memalukan tak ?Firaun ni pun , apa lagi , nak bunuh nabi Musa ni . Asiah pun cepat - cepat pujuk Firaun . " Musa tu kecik lagi , mana lah dia tau apa - apa . "" kalau Musa ni bijak dia akan pinggan berisi makanan , tetapi kalau dia tak bijak , dia akan ambil pinggan berisi bara api ."Kesudahannya , nabi Musa ambil bara api jugak . Tu yang Nabi Musa tak berapa lancar percakapan baginda .Firaun ni jenis orang yang macam mana ?Ada 3 jenis darjat orang yang tercatat dalam kitab Bidayatul Hidayah karangan al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali . Apa kata Imam al-Ghazali ;* Macam malaikat :- berusaha menunaikan hajat dengan kasih sayang .- menyenangkan orang .* Macam benda keras / binatang :- tak beri kebaikan .- boleh memudaratkan .* Macam binatang buas :- tak diharapkan kebaikan .- dijauhi kejahatannya .So , dimana anda ? dan dimana Firaun ?Jenis pemarah yang kedua pulak ;2 . Cepat marah , tetapi cepat reda ;Siapa ? Nabi Musa lah , baginda marah ketika bangsa dia dibuli oleh bangsa Firaun , maka , bangsa Firaun tu Nabi Musa pukul . Terus khatam kawan tu . Sebab , Kekuatan Nabi Musa bersamaan 16 orang !3 . Lambat marah , tetapi cepat reda ;Semestinyalah , Rasul junjungan , Rasul terbaik , Rasul terakhir ; Nabi Muhammad S.A.WBanyak sebenarnya kesan negatif orang yang pemarah ni .Antaranya lah , saya bagi sedikit ;1 . Boleh melibatkan diri kearah yang lebih maksiat dan buruk ,
seperti mengumpat , memfitnah , mendera , sihir dan membunuh .2 . Dipandang serong oleh masyarakat .- Satu kisah ni , sorang Hamba Allah ni pemarah , dia bawak kereta time jam . Bila dah lama dalam kesesakan tu apa lagi , dia terus keluar nak marah sebab ada accident . Dia marah kat orang yang berkerumun . " Tepi , tepi , tak payah nak sebok , aku ni abang dia . "Orang pandang hairan kat Hamba Allah ni . Mana tak nya , yang accident tu monyet , jadi , Hamba Allah ni dah mengaku , " aku ni abang dia . "Macam mana perasaan dia ? dan macam mana tanggapan masyarakat ?3 . Rezeki tertolak .Kalau dah order nasi goreng tak sampai - sampai . Kena sabarlah . Ni tak , geram punya pasal terus keluar dari restoran , bawak kereta tak pandang kiri kanan . Terus accident . Nasi harga rm5 terus jadi rm5 ribu sebab nak bayar accident kereta . Kereta sendiri rosak nak bayar , kereta kawan tu pun kita bayar sebab kita langgar kereta dia . Jadi , renung-renungkan dan selamat bertaubat .Berjuanglah untuk matlamat islamiah !