Saturday, July 2, 2011

Biografi Ustaz Kazim Elias al-Hafiz


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Saya bukan nak membanggakan sesiapa just mahu korang jangan pandang sebelah mata tentang kehebatan seorang Ustaz . Paling penting , dia ni merendah diri dan pandai melayan tetamu .

Harini , saya nak cerita sedikit lah , apa yang saya ada . Kalau salah , harap diperbetulkan .

Ustaz Kazim anak kelahiran Perak ini , telah menarik perhatian ramai pihak .

Kalau dahulu , seorang anak kecil yang riang masuk je dalam kereta memasang vcd Upin Wal Ipin . " Sahih , Sahih , Sahih , " kini , yang kedengaran di halwa telinga mereka ialah Ceramah Ustaz Kazim Elias al-Hafiz .

Seorang kanak kanak juga menyukai ceramah Ustaz , mengapa ?

Cuba dengar Video ni . Dan anda nilai ;


Baiklah , saya nak buka minda tuan - tuan lagi .


( gambar pagi 3 julai )

ini ialah gambar yang diprint screenkan dari fan-page Ustaz Kazim . Seramai 258 , 912 Orang yang like page Ustaz Kazim . Tuan- tuan baca betul - betul , saya tulis seramai 258 , 912 Orang . ye . Maknanya , bukan hanya orang islam yang like page Ustaz Kazim , yang tak tutup aurat ada , yang tak solat ada , yang muaalaf ada , yang kafir pun ada , . Subhanallah .

Saya nak tanyalah , kalau kita sebagai umat islam , ada tak kita like paderi diorang , sami diorang ? tak ada kan ?

Apa method yang Ustaz Kazim gunakan ?

Insan kelahiran 28 November tahun 1972 ini menarik minat ramai pendengar ceramah dengan ceramah nya yang petah , santai , bersahaja , berfakta dan mudah difahami . Satu lagi , beliau tak maki hamun orang !

Ustaz Kazim ketika ditanya diantara method ceramah lawak atau serius berfakta , mana yang lebih baik .

" the right men in the right job . " jawab Ustaz .

Maknanya , sesetengah orang sesuai dengan ceramah lawak , dan ada yang tak lawak sangat tapi sangat sangat berfakta seperti Ustaz Zahazan Mohamed .

Ustaz Kazim menyatakan lagi , saya adalah " guru Tadika " kepada orang yang baru nak mengenali islam , baru nak berjinak-jinak dengan islam .

" Jarang ada Ustaz macam ni . Sebab tu , ana ambil usaha untuk mempromote-kan Ustaz Kazim dalam FB . " kata Admin FB Ustaz Kazim Elias .

Pengetua kepada Pusat Pendidikan al-Barakah yang juga adik kepada YB Batu Kurau , Najmuddin Elias al-Hafiz , mula berceramah semenjak tahun 1990 , kini mula mendapat perhatian .

Nama Ustaz Kazim semakin meningkat setelah mendapat lamaran dari pihak TV9 dalam rancangan Tanyalah Ustaz . Rakaman yang dibuat pada bulan Disember 2010 telahpun ditayangkan pada 2 dan 3 Mac dengan tajuk Jangan Mengeluh : Berdoalah .

Jangan Mengeluh : Berdoalah
( bahagian 1 )
Jangan Mengeluh : Berdoalah ( bahagian 2 )

pada 26.05.11 pula , Ustaz Kazim telah bergandingan dengan Ustaz Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Ridzuan Tee Abdullah dalam Forum Perdana Ehwal Islam di Tv1 secara live dengan tajuk " Virus Soksek " . Rakaman boleh didapati di Facebook , "Forum Perdana Ehwal Islam "

Ustaz Kazim juga mendapat tempat di majalah anis keluaran April .


dan terbaru , Ustaz Kazim menjadi cover besar untuk majalah I terbitan karangkraf keluaran Jun .


" Cerciter cerciter . Kita bakor je . ceAngkat tangan macam saye ~ " ceramah Ustaz Kazim yang menggunakan ayat Syed Muhammad Asri atau lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha . Yang terkini dengar citer Ustaz akan berganding dengan Usop Wilcha 23.7.11 . Wallahu'alam .

Korban Cinta di Karangkraf

Namun begitu , ada juga yang membenci dengan Ustaz ni , biasa lah . Standard la tu , nabi Muhammad yang maksum tu pun ada orang benci inikan pula kita yang hina dan dhaif .

Wallahu'alam bissawab .


Mati nak kemana ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Hallow , bertemu kita lagi pun adoai , dalam ini arena persuratan ( macam arena sukan je . haha )


Iya sememangnya sakit , terlampau sakit . Apa yang sakit ?

Sakaratul Maut ..

" lebih sakit dari rasa terkopak oo .. "

Nabi Idris berkata ;

" Sesungguhnya , ( sakaratul maut ) seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup , rasa sakit menghadapi maut itu lebih 1,000 kali gandanya . "

Sedangkan malaikat maut menyatakan dia ambil nyawa Nabi Idris dah lembut dah . Paling lembut .

Tidak kira siapapun anda ,

Tom , Jerry , Jujai , Roxie Tiger , AhCai , Mail Lambung , Zamri Rocker , Mak Cik Karipap , DrAmri , Tok Mat Rimau , Mak Jemah , Ustaz Fadzilah Come-To-Me , dan lain - lain , semuanya pasti merasai keperitan sakaratul maut .

Saat melihat wajah malaikat maut pun kita sudah " tanjat boboi , " apatah lagi ketika menghadapi sakit sakaratul maut .

Semua orang kenal dengan Mail Lambung , si Penarik kereta , tapi adakah orang kenal dengan Izrail si penarik nyawa ?

Sedikit info , Tak pernah pun disebut didalam hadith , malaikat maut bernama Izrail . Nama yang ada dalam al-quran ialah Malakul Maut ( as-Sajdah ayat 11 ) . Imam Ibn Kathir menyatakan "Izrail" digunakan bermula pada zaman tabiin , sebagai pengganti panggilan .

Bertambah pula keperitan , untuk menghadapi siksa dikubur , Munkar Nakir saja berbeza daripada malaikat malaikat yang lain sedangkan Izrail tu pun dah seram .

Malaikat bertanya ;

" Man Rabbuka , Siapa Tuhan kamu ? "

Soalan memang dah bocor tapi yang jawab bukan jasad tapi amalan ,

Tapi kita jawab ; " Im sorry , tak tahu . "

" Ha , ni makan dia , " kena seksa , kena belasah dek Malaikat . Nauzubillahiminzalik .

Boleh ke kita berunding dengan Allah untuk dilepaskan azab kubur ?

" Hei , semua orang Islam tahu yang Allah taala tak makan rasuah . "

Kalau kita nak pikat hati manusia , kita jolok je dia , insyaAllah terpikat la . tapi Allah ?

Ada satu kisah yang Allah Taala ceritakan sendiri , waktu hamba Allah ni nak mati suruh Allah Taala tangguhkan kematian dia , supaya dia boleh bersedekah dan menjadi orang yang soleh . Aik , masa hidup elok je leka dengan dunia .

Apsal bila nak mati tak ada pun fikir " boleh tuju lagu ? " atau " 27 haribulan ni nak datang kenduri " ? Boleh ruju' ayat quran surah al-Munaafiqun ayat 11 .

Allahu'akhbar , kawan- kawan , marilah kita perbanyakkan sujud kita kepada Allah dengan niat yang ikhlas . Kita ni amal dah tak banyak , dosa pulak buat . Tetapi ada jugak yang dosa dia tak buat tapi dalam pada masa yang sama pahala pun dia tak buat , tak jadi jugak .

Ingat kata pepatah ;

" Dahi hitam , buku lali hitam tidak akan berguna jikalau hati juga turut sama hitam . "

Kita bercerita pula bab syurga . Seronok bab syurga ni tapi saya muatkan dalam ni sedikit je lah .

Macam mana kita nak dapat syurga , kalau dengan Allah Taala pun kita tak puas hati , kita merungut dekat Allah .

" Islam ni , apa pun tak boleh . "

Islam bukan apa pun tak boleh , Islam adalah apa pun boleh tapi bersyarat .

ok ,

dalam syurga , ada Hurul Ain ( Bidadari ), yang baik punya . lawa beb .
Tetapi , lawa macam mana pun bidadari , isteri dunia kita disyurga tu Allah Taala jadikan dia yang terbaik punya lebih cantik dari bidadari .

daripada Said al-Khudri ;

Rasulullah SAW bersabda ;

" Perempuan - perempuan syurga ( Hurul-Aini ) itu betisnya masih kelihatan dibalik tujuh puluh lapisan pakian sutera yang dipakai nya itu . Malah , kelihatan sampai ke sumsum tulang betisnya itu . Demikianlah Allah SWT berfirman dalam al-Quran . Hurul Aini itu seolah - olah batu permata yakut dan intan berlian yang berkilau-kilauan . "

( HR Bukhari )


Lelaki disyurga diberi kekuatan sebanyak 70 Horse Power bagi menjima' bidadari seramai 70 bidadari . Dah puas dengan yang A pergi ke bidadari B , pergi kembali ke bidadari A , dah ada dara balik .

daripada Anas bin Malik ;

datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah :

" Berapa kekuatan orang bersetubuh isterinya di syurga ? "

" Seratus kali sehari . "

( HR Tirmidzi )


" Ustaz , makcik nak tanya , lelaki je ke ? makcik makcik ni macam mana ? "

Kalau lelaki dapat bidadari , perempuan dapat bidadara . InsyaAllah . Wallahu'alam .

ok ,

dalam syurga ada macam macam pohon dalam kebun syurga . Boleh rujuk surah ar-Rahman ayat 11 ;

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

ada anggur , tin , delima , bidara , pisang , kurma dan macam macam lagi .

" Ustaz , ustaz nak tanya lagi . Maniskah kurma itu ? "

Nice question makcik .

Makanan disyurga sekali suap je ada 70 kali rasa . Sekali suap je dah 40 tahun .

" Apehe lama bebenor ustaz , sekali suap je 40 tahun ."

Sebab sedap lah , dan itulah yang membezakan nikmat dunia dan syurga . Dunia ni sekejap je tapi syurga berbeza .

Sekali makan je dah 70 kali rasa , kali ke 2 pun rasa 70 kali rasa tapi tak sama dengan 70 kali rasa suapan pertama . Begitulah seterusnya . Suapan ketiga tak sama dengan 70 kali rasa suapan pertama dan kedua . Subhanallah .

" Ustaz , macam mana dengan kes kawan saya yang tikam Detektif Nabil tempoh hari dengan tangan kidal dia . Boleh ke dia masuk ke syurga ? "

" Kawan yang mana ? "

" alah , si Poah tu ."

" Mak cik Minah , si Poah tu kan gila , sewel tak betul , dia mana ditulis dosa pahala . "

Ada 3 golongan orang yang tidak dituliskan dosa dan pahala ;

1 . Kanak-kanak yang belum baligh .

2 . Tertidur , terlupa dan koma .

3 . Orang gila .


ok ,

Baguslah mak cik suka bertanya , saya suka . Orang yang duduk dalam majlis ilmu ni , dia dapat sakinah , dapat ketenangan . Ingat ye , insan yang cemerlang datangnya dari hati yang tenang , jiwa yang mantap .

Persoalannya , korang nak masuk syurga ke tak nak ?

Lu Pikirlah sendiri .

Saya sudahi artikel saya yang tak ada nilai ini dengan serangkap pantun ;

" Anak kuda panjat pokok kelapa ,
Mudah- mudahan , kita ke syurga . "

Wallahu'alam .

Thursday, June 30, 2011

Simbolik Isra' Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


27 Rejab , adalah tarikh yang bermakna buat umat islam . Semua orang tahu kisah ini . Kisah wahyu perintah solat terus melalui Allah .

Mengapa ?

Solat adalah perkara yang paling penting , tak sama macam ibadat - ibadat yang lain .

Kalau puasa , korang boleh cuti jikalau sedang bermusafir . Tapi solat ? kena buat jugak cuma diringankan .

Walau apapun alasan , sakit macam mana pun , kena solat jugak .

Ustaz , saya tak boleh solat fardhu secara berdiri .

Maka , solat fardhu secara duduk .

Ustaz , saya tak boleh solat fardhu secara duduk ,

Maka , solat fardhu secara baring .

Ustaz , saya tak boleh solat secara baring ,

Maka , solat fardhu pakai mata .

Ustaz , saya tak boleh solat pakai mata ,

Maka , solat fardhu pakai hati .

Ustaz , saya tak boleh solat pakai hati ,

Hati pun tak boleh , innalillahiwainna ilaihiroji'un .

Even muallaf pun dititikberatkan kes solat , walau tak tahu baca , just ikut secara jasad . Ataupun macam kita koma atau tertidur . Bila kita sedar je cepat - cepat kita kena solat .

Satu lagi kes , A ni orang kafir masuk islam ketika berumur 21 . Maka , dia tak wajib qada' solat .

B ni islam , keluar islam ketika berumur 20 untuk berkahwin dengan orang kristian . Bila B ni berumur 30 tahun , dia masuk islam kembali . Maka dia wajib qada' solat dia 10 tahun yang dia tinggal .

Betapa solat dititik beratkan dalam islam , sehingga ia diberikan sendiri secara direct !

Kalau kita sendiri pun , nak bagi barang yang mahal dan urgent , kita sendiri bagi kat orang yang kita nak bagi .

Baik kita pergi ke bab seterusnya ,

Kita sedia maklum yang salah satu azab yang dipertunjukkan oleh Allah SWT tentang seksa meninggalkan solat .

Mengapa azab orang yang meninggalkan solat ialah menghentakkan batu besar diatas kepala diri sendiri ?

ceTengok , player yang main penalti tu , dah hebat , penalti tu pulak senang , tapi tendang - tendang tak gol . Apa player tu buat ?

" bodohnya aku , main penalti pun tak gol , '' sambil mengetuk atau menghentak kepalanya dengan tangan sendiri .

Nampak tak ? di dunia kita dah buat macam tu apatah lagi di akhirat kelak .

" Bodohnya , solat lima waktu yang ringkas tu pun susah aku nak buat .."

Baik , kita undur balik kisah ke buraq , jibrail dan waktu malam .

Mengapa ? ye , ada simbolik disebalik 3 benda ni . 3 benda ni penting dalam menjalani kehidupan .

Kenapa Nabi Muhammad naik Buraq ? apehe tak terus terbang naik ke sidratul Muntaha ?

Buraq adalah simbolik kenderaan yang terbaik . Sunnah nabi adalah benda yang terbaik buat kita . Kalau untalah kita pilih setelah ada Honda Sivic , kita tunggang unta jugak, agak agak bila kita akan punch Card ?

Nak beli apa-apa pun ikut la kemampuan kita . Pandai - pandai la fikir ye .

Bukankah nabi SAW bersaba ;

daripada Anas bin Malik :

" Permudahkan dan jangan menyusahkan ... "

Pilih kenderaan yang terbaik untuk bantu perjalanan kita pergi kedai , hantar anak ke sekolah , dan yang paling penting ; kenderaan dalam menuju Allah .

yang kedua ,
Jibrail , siapa Jibrail ni ? dia ni yang membimbing nabi . kalau apa - apa yang nabi tak tahu , Jibrail akan bagitahu .

Ada seorang perempuan tua yang terlalu bongkok tetapi banyak barang kemas memanggil manggil nabi untuk bertanya. Macam macam barang kemas ada , Zhulian ada , Poh Kong , Habib Jewel , sewel ...

Jibrail kata : itulah gambaran dunia sekarang yang terlalu uzur dan sekarang ini hanya menanti saat qiamat .

Jadi dalam kehidupan kita dalam menuju Allah , kita memerlukan seorang guru untuk menerima nasihat atau ilmu . Nabi Muhammad yang hebat itu pun memerlukan guru inikan pula kita yang hina lagi dhoif .

dan yang terakhir ialah waktu malam .

Apehe nabi diperjalankan waktu malam ? apasal tak waktu siang , semua orang nampak lagi senang penduduk Makkah nak menerima da'wah .

Sebab , malam adalah waktu sesuai untuk bermunajat kepada Allah . Orang lain tidor kita bermunajat , merintih kepada Allah . Allah dekat dengan hambaNya pada waktu malam .

Wallahu'alam .

Wednesday, June 22, 2011

Tafsir Ayat 1 hingga 3 surah 'Abasa

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Hari ini saya nak kongsikan tentang kisah sirah berkenaan Nabi Muhammad yang asyik nak berda'wah kepada pemimpin Quraisy sampai terlupa ada seorang hamba Allah yang ketika itu mahu dida'wah .

Abdullah Ibn Makhtum , si buta yang ingin menuntut ilmu daripada Nabi Muhammad SAW . Ketika itu , Nabi Muhammad sedang berda'wah kepada pembesar Quraisy . Lantas , Nabi bermasam muka kerana Abdullah Ibn Makhtum menganggu Nabi menyampaikan da'wah .

Firman Allah dalam surah 'Abasa ;

Ia memasamkan muka dan berpaling,


Kerana ia didatangi orang buta.

Dalam ayat pertama dan kedua , para ulama kaji , mengapa Allah Taala mengguna perkataan "Ia" ?

Para Ulama menyatakan , "Ia" digunakan untuk menjaga air muka dan menegur dengan cara yang lembut dan nak membesarkan nabi .


Kemudian , Allah SWT tegur nabi Muhammad kerana baginda telah bermasam muka .


Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!

apabila ayat ketiga ni Allah Taala menggunakan kalimah ''engkau'' , masalah ni dah jadi tak serius .

Nak berda'wah kita kena cari yang lebih nak menerima da'wah . Sekarang ni , Abdullah Ibn Makhtum dah islam , dan dia mahukan penyucian jiwa .

Kisah ini , Nabi Muhammad ditegur kerana dia telah buat kerja yang lebih . Tugas yang telah ditugas kepada Nabi Muhammad ialah berda'wah bukan menjaga atau mengekor sahaja orang yang hendak dida'wah .

Cikgu tu tugasnya hanya mengajar dan mendidik anak muridnya , tetapi jikalau ditakdirkan anak muridnya sakit , dia pergi hantar anak muridnya ke klinik . Cikgu pergi belanja anak muridnya makan . Itukan diluar bidang tugas seorang guru ...

Hidayah tu kan milik Allah , pembesar Quraisy tu beberapa kali dah dida'wah , tetapi still menolak islam . Mengapa bila ada orang yang nak ilmu , kita tak nak kongsikan ?

Maka , setelah ditegur , nabi Muhammad terus meninggalkan pembesar Quraisy dan menuju terus ke Abdullah ibn Makthum lantas membentangkan serban baginda.

" duduklah diatas kain serban aku ,'' kata baginda Nabi Muhammad SAW kepada Abdullah Ibn Makhtum .

Persoalannya ?

Adakah nabi Muhammad berdosa ?

Oh tidak , bukankah para rasul dan nabi itu tidak berdosa ?

perbuatan itu tidak berdosa tetapi kesalahan teknikal . Salah tetapi tak berdosa .

Nak senang faham macam ni lah , makan nasi dalam cawan , salah tak ?

salah , tetapi berdosa tak ? tak bukan ?

Kesimpulannya , nabi Muhammad ditegur kerana telah membuat kerja yang agak lebih bukan kerana berdosa .

Akhir kata , nak tegur orang kena cara bilhikmah .

Kalau perasan ayat 1 hingga 3, ada tak Allah sebut nama nabi Muhammad ?

tak ada kan ? jadi kena pandai jaga hati orang . Dalam surah ni , Allah Taala tunjukkan kaedah nak tegur orang . Kenapa tak tiru ?

Serupa jugak bila kita nak mufaraqah ( keluar dari mengikut imam ) , imam tu solat lintang pukang , kita dah jadi makmum dia ni . Maka , kita niat sahaja untuk mufaraqah tetapi perbuatan still ikut imam tu .

Wallahu'alam bissawab .