Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Dunia , dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah menyusur tangga ke angkasa . fu yehh . eh apsal ternyanyi lagu haram dadah ni ? dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah nak melupakan dia , ibarat budak yang diberi aiskrim .Aiskrim tu memudaratkan , buat kanak-kanak jadi batuk batuk . Kalau kita ambil aiskrim dari budak tu , pasti diorang nangis . Kalau dibiarkan , memudaratkan diorang . Dunia juga begitu !Paderi Kristian , sebahagian dah tahu Islam tu agama yang benar , bahkan Injil juga membenarkan , tetapi sebab diorang dah biasa dengan hadiah , sebab tu diorang melambatkan diri bahkan tidak mahu menerima islam . Hanya kerana benda ! Bagaimana mahu menghapuskan sifat suka kan benda ?Kita ada sebuah anak patung , masa kecik kita begitu sayang dengan anak patung tu , bawak pergi zoo , pergi taman ... , tiba masa kita dah besar , kita nak pergi kolej , perlu ke kita anak patung ? silap-silap , ada yang buat tak endah je dengan anak patung tu ( macam cerita Toy Story 3 jeh . haha ) Apa masej disebalik kisah ni ?Ilmu ! ilmu itu menyebabkan berusaha memasukkan iman dalam dada kita insyaAllah ianya membantu kita meninggalkan dunia secara automatik .Zaid bin Harithah , isterinya , Zainah binti Jahasy seorang wanita yang kaya . Sedangkan Zaid seorang hamba . Isterinya dok merendah rendahkan Zaid . Memang tabiat orang arab , diorang memandang kepada kebendaan .
Yusuf Estes yang lahir di MidWest juga seorang yang kuat kepada agama Kristian , diberi tanggungjawab oleh bapa untuk bisnes bapanya di Amerika . Masa Yusuf Estes menguruskan syarikat ayahnya , ada seorang pekerjanya bernama Muhammad yang bekerja sebagai Akauntan .Muhammad ni time masuk je waktu solat , dia terus solat . Yusuf Estes ni dia memang benci kan islam , anti islam tetapi dengan Muhammad , dia suka . Muhammad ni jaga solat , kerja dia pun tertib dan kemas .Satu hari kawan Muhammad nak pindah rumah , Muhammad pun kena pindah sekali la sebab tak mampu bayar sewa . Kiranya , Muhammad kena berhenti kerja lah . So , Yusuf Estes ni punyalah sayang kat Muhammad , dia suruh Muhammad tumpang rumah dia disamping mempunyai agenda yang tersembunyi .Yusuf Estes ni dia ajak seorang paderi , untuk temankan Muhammad untuk mermutadkan Muhammad .Muhammad ni seorang yang rajin pergi solat di masjid time subuh , so paderi tu macam berminat nak ikut Muhammad pi masjid . dia pun pi ikut Muhammad . Lepas je tengok Muhammad solat di masjid , paderi nak masuk islam , maka Imam di masjid tersebut pakaikan jubah dan serban pada paderi tersebut . Bila paderi dan Muhammad balik rumah , Yusuf Estes terkejut lah , orang suruh Paderi murtadkan orang , dia pulak yang ''murtad'' .Maka subuh tu jugak Yusuf Islam tergerak hati pergi bersujud dibelakang rumah . Dia mengadu kepada tuhan ," ya Tuhan , jika engkau wujud , berikanlah aku panduan . "Lepas sujud , dia naik mandi bersihkan diri apa semua , pukul 11 pagi dia masuk islam bersaksikan Pete si bekas Paderi dan Muhammad . Jadinya , nak perjuangkan iman ni bukan mudah , kena bersihkan hati dengan quran , dengan ilmu , dengan zikir , dengan mengingati mati . Kena yakin dengan perjuangan dan da'wah yang cuba disampaikan .
Kalau kita bukak al-quran surah an-Nisa' ayat 97 , kisah ni memuatkan pasal sohabat nabi yang mengambil dunia . DIorang tak sahut panggilan hijrah .
Segelintir kecil tak nak berhijrah , alasan susah nak cari rezqi kat tempat baru .
Dalam peperangan badar , Abu Jahal paksa diorang ni jadi tentera . Akhirnya dibunuh dalam peperangan . Malaikat terkejut , " eh , ni bukan orang islam ke , apehe pi tolong Abu jahal , orang Kafir ? "
Maka balasan diorang ialah Neraka Jahanam ..
Tahniah !!! .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Wanita yang solehah itu bila kita lihat dia , hati kita rasa tenang .
Bila suami lihat , suami rasa tenang . Jadi tenang itu datang daripada mana ?
yang pertama , datang dari akhlak dia .
yang kedua , dalam keadaan wanita itu , sudah tentu berhias .
Suami balik rumah tengok ,
dia dalam keadaan bergincunya ,
dalam keadaan pipi merahnya ,
dalam keadaan bau yang sangat wangi ,
sudah pasti lelaki pasti gembira melihat wanita ini . Inilah ciri wanita yang solehah .
Tetapi suasana yang didalam rumah itu dibawa keluar , maka wanita itu tidak jadi solehah lagi , dia jadi Tolehah ( sifat berlawanan dengan Solehah ) .
Kalau dia bergincu , dia bergincu hanya untuk suami tercinta . Kalau dia nak berpipi merah , berpipi merahlah sebanyak manapun tetapi hanya untuk suami tercinta . Kalau dia nak memakai bau yang sewangi manapun , pakailah sebanyak manapun tetapi dia untuk suami tercinta .
Kalau ia digunakan didalam rumah , digunakan ketika bersama suami , maka dialah wanita solehah yang sejati . Tetapi kalau senjata itu dibawa keluar dari rumah , maka wanita tersebut akan menjadi wanita yang tolehah .
Itu kaedah mudah untuk kita ambil pengiktibaran .
Kalau kita lihat , harini ramai wanita wanita kita yang nak menambah nambahkan perhiasan perhiasan .
Telah kita sebut tadi , perhiasan-perhiasan yang dibenarkan untuk dizahirkan , hanyalah muka dan tapak tangan . Ada khilaf dikalangan Ulama' yang mengatakan , termasuk muka ada perhiasan yang ada dimuka seperti celak .
Adapun gincu , tak pernah disebut oleh Ulama' boleh dizahirkan .
Namun begitu , kita tengok sebahagian daripada Ulama' kontemporari hari ini mengatakan bahawa , boleh gincu itu dilorekkan diatas bibir , tetapi sekadar untuk mengelakkan wanita itu nampak kusut masai .
Maklumlah , harini kalau wanita tak bergincu kita nampak macam mayat berjalan .
Jadi untuk elakkan orang kata macam mayat berjalan , maka letaklah sedikit sesuatu yang boleh mengilatkan bibir kita tetapi bukan sampai merah menyala . Sehingga boleh menarik perhatian lelaki .
Jadi , itu tak boleh . Antara benda yang dibolehkan oleh Ulama' yakni memakai cincin , itu dibenarkan . Memakai cincin dan gelang ditangan .
Namun begitu , walaupun dibenarkan memakai gelang, gelang itu bukan diletakkan seperti mana diletakkan oleh wanita wanita , ( diatas pergelangan tangan ) tetapi kena letak diatas kain yang diatas pergelangan tangan .
Sebab kita kena ingat , tangan wanita termasuk dalam aurat dan ianya perlu ditutup . Ada tak pengecualian , almaklumlah wanita zaman sekarang ni keluar bekerja , ada yang memengang jawatan tinggi tinggi , ada yang memegang jawatan rendah rendah , ada tak pengecualian kepada mereka ini , supaya mereka ini boleh berhias , tujuan untuk tugas .
Telah dinyatakan tadi bahawa , kita berbincang perkara ini , kita tak boleh pakai hawa nafsu . Kita mesti berdasarkan al-quran dan al-hadith nabi SAW . Saya tak jumpa lagi , wanita boleh berhias kerana darurat kerna kerja atau sebagainya . Kita kena jelas , bahawa wanita itu asalnya duduk dirumah .
Cuma benar pergi bekerja atas alasan darurat . Maka bila keluar itu dhorurat , maka dia mesti menjaga , hak hak dhorurat itu sendiri . Jangan berlebih-lebihan . Kalau pakai tudung , pakai tudung dengan cara yang betul .
Harini kita risau , wanita memakai tudung dengan cara yang tidak menepati syariat islam . Tak bermakna memakai tudung tak menutup aurat .
Berapa ramai orang bertudung tetapi dianggap bertabarruj .
Tudung yang dibenarkan islam ialah tudung yang menutup paras rupa dan tutup dada mereka . Tudung yang dilabuhkan sehingga menutup dada sehingga menutupkan apa yang ada disebalik tudung itu , ialah tudung yang mengikut syariat .
Orang lelaki dia mampu mentafsirkan sesuatu yang tidak diduga .
Sebab itu wanita wanita mesti menutup kepala dan mesti menutup segala anggota . Wanita bukan sahaja disuruh memakai tudung tetapi mesti dan wajib memakai jilbab . Rujuk surah al-Ahzab ayat 32 .
Apa itu jilbab ,
jilbab ini ialah satu pakaian , yang menutup dari hujung rambut sampai ke hujung kaki wanita .
Tetapi harini cuba kita lihat , mana wanita yang pakai jilbab ? Baju kurung kita ni , boleh jugak kita ishtihar kan sebagai jilbab tetapi sayang , baju kurung dah menutup aurat , tetapi tak pakai stokin .
Kiranya , hujung kaki wanita adalah aurat , telapak kaki wanita juga aurat , tumit juga aurat . Sebab itu , jilbab yang diwajibkan keatas wanita ialah jilbab yang menutupi dari hujung rambut sampai hujung kaki .
Baju kurung orang Malaysia tak sampai kekaki , maka berkewajiban , untuk wanita wanita islam memakai stoking . Supaya tak nampak aurat .
Itulah batasan aurat , buku lali tak boleh tunjuk buku lima takpa . hehe
" Ustaz, Saidatina Aishah , dirias cantik oleh Asma' binti Yazid , semasa menyambut kedatangan Rasulullah SAW semasa perkahwinan mereka . Soalan saya , apakah agaknya keperluan , berhias dihari perkahwinan ? "Kalau hari perkahwinan semua orang berhias , usahkan pengantin , bapak pengantin pun berhias juga . Siap ada juruandam lagi .
Peristiwa Aishah dihias oleh Asma' , ketika nabi bertandang sebagai seorang pengantin , ketika itu aurat tentang aurat tentang wanita belum diturunkan lagi .
Ayat tentang aurat wanita diturunkan pada tahun yang kesembilan hijrah . Sedangkan peristiwa itu berlaku sebelum .
Jadi , kita tak boleh mengambil dalil kepada peristiwa itu untuk mengatakan wanita boleh dirias secantik cantiknya ketika dia menjadi pengantin dan ditayangkan kepada khalayak ramai .
Pengantin mestilah kena cantik tetapi , pengantin dirias cantik untuk siapa ? Yang bayar mas kahwin hanyalah suaminya sahaja . Maka yang berhak lihat kecantikan isterinya hanyalah suaminya sahaja .
Tak ada share holder yang lain .
Telah diajar kepada bakal-bakal pengantin bahawa bersanding tu tak boleh , tak mengikut cara yang islamik . Kalau nak bersanding jugak , kena bersanding dalam rumah .
Dihadiri oleh ibu dan bapa sahaja dan orang orang yang kita sebut sebagai mahram .
Ada sesetengah pengantin perempuan , mereka tidak bersanding , mereka menutup aurat , berkain putih , dan memegang bunga pergi melayan tetamu .
Itu tak salah , dengan syarat yang boleh dibuka ialah muka dan telapak tangan .
Wallahu'alam bissawab .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad

Dunia , dunia ... , Demonterasi , Haruskah ?
Kali ini , saya akan memuatkan sedikit artikel berkenaan Demontrasi . Haruskah ? Boleh kah kita pergi berdemo , tak menganggu orang ke ?
Mudah-Mudahan bermanfaat .
Ini bukan pandangan saya , tetapi pandangan dari beberapa orang yang 'alim dalam perkara ilmu ugama .
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( Zaharuddin.Net ) telah mengusahakan pandangan dari beberapa orang Ustaz- Ustaz tentang hukum berdemonterasi .
Bilamana Ali K.A.W datang jumpa Nabi untuk bertanya ,
" Kalaulah datang suatu perkara baru yang belum ada dalam al-Quran , so , bagaimana kita nak memutuskan perkara tersebut . " Masa tu , al-quran still sedang turun .
Soalan Ali , How ?

Dalam konteks ini , kata Ustaz Zaharudin sebagai Pengerusi Majlis ,
" Saya telah cuba kumpulkan ilmuwan yang menjadi tempat ruju' masyarakat . "
Ustaz yang menjayakan program ;01 . Ustaz Syed Muhammad NorHisyam Tuan Padang al-Idrus02 . Ustaz Zahazan Mohamed 03 . Ustaz Nidzam Abdul Kadir 04 . Ustaz Mazlee Malik05 . Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman 06 . Ustaz Aizam Mas'ud 07 . Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Abu Soif )08 . Ustaz Ashraf Ridzuan ( Imam Muda Unggul Musim Pertama )09 . Ustaz Zulkifli Mohammad al-Bakri ( Mursyid Liqa' )10 . Ustaz Wifaq Mokhtar11 . Ustaz Ramadan Fitri12 . Ustaz Khairuddin Aman Razali13 . Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( Pengerusi Liqa' )
" Hasil mesyuarat bersepakat , keharusan berdemonterasi , dan yang haramnya , adalah sesiapa yang menghalangnya , yang memprovokasi . "
Pemerintah tak boleh halang , dia kena bagi permit untuk berdemontrasi , dan dia kena jaga laluan pulak .
Even , kalau dari parti belah sana nak buat demonterasi ditempat belah sini , kita kena bagi buat jugak . Bila pemerintah gagal melaksanakan diskusi dengan rakyat , tu yang rakyat nak berdemonterasi .
Kalau pemerintah tak nak berdemonterasi , jumpa dengan pengajur , bincang baik baik .
" Kami nak ini , dan ini . " Tunaikan jika sesuai dengan syariat !Bukankah asal sesuatu perkara itu harus , menjadi hukum lain jika ada dalil .
Demonterasi itu harus , tetapi ada syarat-syarat nya , jangan maki orang , jangan menggangu ketenteraman orang , kena tutup aurat , jaga batas pergaulan dan lain lain lagi .
" Islam itu produk terbaik , tetapi penjualnya yang tidak pandai menjual , " Renungkan kata kata mutiara dari Dr.Daniel Zainal Abidin .
" Bodoh punya , Ulama' . "Hey , Tuan Guru Hadi Awang tu , kitab Tafsir dia , ulama luar pakai tau . Hina bukan main , tapi bila tiba nak kahwin pandai pulak cari Ulama' - Ulama' .
" Pihak belah sana patut lakukan provokasi , sebab demontrasi ni menyebabkan ianya menghalang perjalanan , melambatkan kerja . "
Provokasilah menyebabkan huru - hara , diorang yang tutup jalan , diorang yang sembur asap dan banyak lagi perkara yang ''mulia'' telah diorang buat . Itulah menyebabkan huru-hara .Kalau nak halang jugak demonterasi atas alasan menghalang jalan , maka , konsert besar-besaran , Lumba Basikal Le Tour ke tak tua ke , Sambutan Thaipusam , dan lain - lain tu pun menghalang jalan . Apsal tak halang ?
" Demonterasi harus kan ? Provokasi haram . Maka , elok lah elak harus, sebab ianya boleh mendatangkan haram . "
Makan minum tu harus , kan ? tetapi kalau makan minum sampai mendatangkan mudharat ... maka , tak payah lah makan kalau macam tu ! ???
Boleh tak ? kalau tak boleh , jangan membantah cakap Ulama' .
Bagi kita , kita tak tahu , kita tak tahu sebab kita bukan ahli ugama ...
" Ketua demontrasi ni kan agama lain ... "
Kalau dia nak lawan kita , kita tentang , tapi dia cuba untuk membawa kebenaran . Maka , bantulah .
Kalau dia islam sekalipun , tetapi dia membawa kejahatan , kecelakaan , kesesatan , maka , tentanglah dia !Berlaku dizaman nabi S.A.W , Tom'ah bin Ubairid , mencuri baju besi dimasukkan dalam karung .
Dia bawak balik rumah , dan terperasan karung tu bocor .
Karung tepung ... Maknanya , tepung yang bocor tu , menunjukkan jalan , siapa yang mencuri baju besi .
Tom'ah pun apa lagi , terus ke pintu belakang dan letak didalam rumah jirannya yang beragama Yahudi .
Tuan Baju Besi mengikuti kesan tepung , dan sampai ke rumah Tom'ah , Tom'ah tak mengaku , dan berpura-pura '' ikut kesan ni lagi , mungkin boleh jumpa ."
Tengok-tengok , jumpa baju tu kat rumah Yahudi , yahudi tak tau apa - apa , kena tangkap .
Dipendekkan cerita , saat nabi nak jatuhkan hukuman ke atas yahudi tersebut , Jibrail turun memberitahu perkara yang sebenar melalui wahyu . Tak percaya , ruju' surah an-Nisa' ayat 105 hingga 109 .
Terus tak jadi nabi jatuhkan hukuman hudud dan terus menghukum Tom'ah .
Dalam kes ni , yahudi ni dia tak islam tetapi , mengapa nabi bela dia ? sebab dia di pihak yang benar !
" Ustaz A ni kata lain , Ustaz B ni pulak kata lain . "
Ibnu Umar , anak Umar al-Khattab , dan jawapan nya tegas . "
Ibnu Abbas pulak , jawapan yang diberikan ada sedikit kelonggaran . "Sohabat keliru , nak ikut mana ?
Nabi bersabda ; "
Berfatwalah mengikut hati "
Nabi suruh pilih antara dua , berdasarkan hati . Wallahu'alam .
Berjuanglah untuk matlamat Islam ( BUMI )
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Apa pendapat Islam tentang gambar ni ?Bagi saya yang hina dan dhoif ini , gambar ini seolah olah dan ianya sememangnya mempersendakan islam .Orang yang buat gambar ni sepatutnya memohon kemaafan kepada umat islam kerana telah mempersenda agama islam .Seandainya jika benar , lukisan ini adalah dari situasi sebenar ,ada beberapa komentar yang saya ingin tampilkan .Pertama ;Of course sujud mereka tak sah sebab diselindung disebalik kain . Dahi bertutup , hidung pun ditutup jugak ? almaklumlah pakai topeng . Untunglah muka diorang hensem ~Bila sujud tak sah , confirm solat pun tak sah .Kedua ;Pakaian yang keterlaluan , pakai seluar dalam kat luar ? sudah nama pun seluar dalam , pakainya kat dalam , apehe pakai kat luar pulak dah ?Nak tanya , kalau kita pergi Haji pakai kain warna merah , orang lain warna putih , boleh tak ?tak , sebab ianya akan menyebabkan fitnah berlaku . Boleh menyebabkan huru hara . Pakai spender dalam solat . Cuba pikir apa yang akan timbul dalam minda orang yang bersolat disebelah , belakang , atau sekeliling ?Khusu'kah solat mereka ?Wallahu'alam . Minta penjelasan 'alim Ulama' tentang perkara ni .