Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kisah Abdullah bin Makthum , telah menyebabkan nabi ditegur . Namun , nabi bila nampak Abdullah , nabi tersenyum manis ," Selamat bertemu , dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku . "Tengok , ada nabi marah ? hebat betul akhlaq nabi . Sebab apa ? sebab , akhirat berada dalam hati , bukan berada dihujung jari .Pakar Motivasi mana pun , confirm ada masalah keluarga , Nabi Muhammad pun ada masalah keluarga. nabi Muhammad lagi Pakar dari mana - mana motivasi .Rasulullah ada masalah dengan isterinya , Aishah , Abu Bakr kebetulan dengar minta terus minta izin daripada Rasulullah nak penampar anaknya ." Rileks Bro , biar aku yang uruskan ."Tengok - tengok , Aishah sempat begurau dengan nabi .Nak ceritanya , memang mukmin tu bermasalah lah . dia tak da berda'wah dalam keadaan senang lenang ." Dunia itu penjara buat umat islam . "Bukankah penjara penuh peraturan ?Kita tengok , Umar masa dia jadi khalifah , nak berkhutbah ni , tapi dia datang lambat . Sohabat tanya kenapa dia datang lambat ?Umar menyatakan dia hanya ada satu jubah je ! jubah dia tadi basuh . tu yang lambat .Itupun jubahnya ada 13 tompok jahitan .Berbeza dengan Uthman pulak , Uthman ada banyak jubah .Abu Zar al-Ghifari bertanyakan hal mengapa Uthman begitu banyak jubah , Abu Zar lebih gemar terhadap tampuk pemerintahan dan kesederhanaan yang dibawa Umar al-Khattab .Maka Uthman menjawab , '' aku nak menjaga penampilan . "Salman al-farisi , dia punya hati dia memang full akhirat . Sampai saat dia meninggal dunia , dia hanya meninggalkan 7 dirham . ( sikit tuuu ) , itupun Salman kata , dia telah melanggar sunnah nabi SAW . ye lah , nabi kan wafat tak meninggalkan harta .Zaid bin Harithah seorang hamba , tetapi nabi lantik dia jadi ketua kepada 3 ribu orang islam bersama Jaa'far bin Abi Talib , dan Abdullah ibn Rawahah al-Ansari . Walhal , ramai lagi bangsawan , dalam tentera . Sebab apa ?sebab , nabi nak buang sikap kebendaan , dan muatkan akhirat dalam hati tentera .Usamah bin Zaid bin Harithah ( anak Zaid bin Harithah ) , berumur 18 tahun , anak kepada seorang hamba . Sohabat nabi yang lain bantah perlantikan dia sebagai panglima perang , sebab ada banyak lagi orang yang hebat ." Kalau kamu bantah dia , kamu membantah perlantikan ayahnya , "Nabi memilih Usamah untuk mendidik jiwa orang islam dengan cara mematahkan tembok keduniaan , nabi pilih Usamah bukan kerana umur muda , pangkat atau sebagainya tetapi kerana Taqwa !Julaibib , nak kahwin pun nabi rekomenkan , bakal bapak mentua tak setuju pada awalnya . tetapi anak dara nya berkata ." kan Rasulullah yang rekomenkan . "Anak dara ni tak pandang dunia , tapi dia pandang pada taqwa . Walhal , Julaibib seorang hamba !Abdullah bin Mas'ud atau lebih dikenali sebagai Ibnu Mas'ud , nabi minta sukarela dari sohabat untuk baca al-quran di hadapan Ka'bah , semua macam cuak . Ibnu Mas'ud suka rela untuk baca al-quran depan Ka'bah . Ka'bah masa tu dikawal ketat oleh Quraisy .Bila Ibn Mas'ud baca je al-quran , dia disepak oleh orang Quraisy sehingga berdarah telinganya . Teruk tu ! Sakit woo ~ Sampai naik biru muka Ibn Mas'ud .'' Siapa nak baca buat kali kedua ? " tanya nabi sambil merawat luka Ibn Mas'ud .Semua naik cuak tengok Ibn Mas'ud macam tu ." Kalau diorang tak nak , biar aku yang pergi . "Fuyoo , hebat tu iman beliau .Abdullah bin Mas'ud ni dia keding tau . Apabila dia dihina kerana keding . Nabi bersabda ;" Iman dia keras lagi dari bukit Uhud . "Weyh , nak cakap la , batu dekat bukit uhud tu .. keras ! Inikan pulak bukit ... "Berbalik kepada kisah Umar al-Khattab ,Umar adalah orang pertama yang membuat pasukan polis . Umar suruh general cari orang yang paling bertaqwa untuk jadi polis .Syarat pertama untuk jadi polis ialah paling bertaqwa . Nampak tak , akhirat dijaga insyaAllah Allah akan jaga kita .
Seorang Syeikh , bernama Rajab , orang Syria , berkulit putih , lawa beb . Lepak rehat jap berdekatan dengan Ka'bah , tetiba nampak orang hitam tawaf di Baitullah al-Haram ." Hitamnya . " Syeikh Rejab berbisik dalam hati ( Syeikh Rajab ni kan putih )Tiba- tiba datang seorang lelaki berkulit hitam duduk sebelah Syeikh Rejab , " Syeikh , apa warna Ka'bah ? ""Hitam," jawab Syeikh Rejab ." Warna lantai ? "" putih , " jawab Syeikh Rajab ." Syeikh , jadi putih pun tak guna kalau kena pijak . "Syeikh tu kemudian pandang kiri dan kanan dah tak ada orang !Kita ambil pula kisah Abu Zar al-Ghifari , Abu Zar al-Ghifari ni satu hari dia tersasul mengatakan kepada Bilal R.A ;" Wahai anak hitam . "Nabi yang dengar pun bersabda ;" Semuanya kurang belaka , tiada kelebihan bagi anak mak putih dengan anak mak hitam . "Abu Zar lantas bersujud dan bersumpah tak nak bangun sehingga dipijak oleh Bilal R.A .Islam mementingkan akhirat disamping mengambil dunia . Dunia ibarat alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT .Saya sudahi artikel kali ini dengan satu persoalan ;" Mengapa Islam mula - mula turun kat Makkah ? Kenapa tak turun kat Shah Alam atau Kelantan ? Mengapa di Makkah ? "Orang quraisy ada sifat yang tak ada pada orang lain . Iaitu dalam masalah duit , orang Quraisy tak akan berkira , tetapi diorang pentingkan pangkat . <----
Pulak dah .Satu lagi sikap mulia orang quraisy ni , diorang suka layan tetamu . Diorang sanggup sembelih unta yang diaorang pakai untuk keluar bekerja sebab dah takda benda lain untuk dimakan . Hatim at-Toie , hidup sebelum nabi lahir , suka memberi makan percuma kepada orang musafir . Dia sembelih seminggu , seekor unta . Sanggup cacakkan khemah pada padang pasir , dah habis si musafir makan , isteri Hatim tolong basuhkan .Ketika berlaku peperangan , anak Hatim at-Toie ni ditangkap , nabi suruh lepaskan anak Hatim at-Toie ni kerana nabi sangat malu dengan sikap pemurah Hatim at-Toie .Kesudahannya , Islam kalau nak berjaya , kalau nak naik mesti dengan sikap pentingkan orang lain .Kalau kita lihat Ikramah anak Abu Jahal yang juga sepupu nabi SAW ketika cedera parah dan kehausan dalam peperangan Yarmouk bersama Haris bin Hisyam , dan Suhail bin Amar .Khalid al-Walid memberikan satu satunya bekalan air kepada Ikramah , Ikramah melihat Suhail kehausan dan beri air kepada Suhail , Suhail lihat Haris kehausan dan beri kepada Haris . Haris pulak suruh beri kepada sohabat yang lain . Sehingga diorang semua syahid tanpa meminum air !Wallahu'alam .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Dunia , dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah menyusur tangga ke angkasa . fu yehh . eh apsal ternyanyi lagu haram dadah ni ? dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah nak melupakan dia , ibarat budak yang diberi aiskrim .Aiskrim tu memudaratkan , buat kanak-kanak jadi batuk batuk . Kalau kita ambil aiskrim dari budak tu , pasti diorang nangis . Kalau dibiarkan , memudaratkan diorang . Dunia juga begitu !Paderi Kristian , sebahagian dah tahu Islam tu agama yang benar , bahkan Injil juga membenarkan , tetapi sebab diorang dah biasa dengan hadiah , sebab tu diorang melambatkan diri bahkan tidak mahu menerima islam . Hanya kerana benda ! Bagaimana mahu menghapuskan sifat suka kan benda ?Kita ada sebuah anak patung , masa kecik kita begitu sayang dengan anak patung tu , bawak pergi zoo , pergi taman ... , tiba masa kita dah besar , kita nak pergi kolej , perlu ke kita anak patung ? silap-silap , ada yang buat tak endah je dengan anak patung tu ( macam cerita Toy Story 3 jeh . haha ) Apa masej disebalik kisah ni ?Ilmu ! ilmu itu menyebabkan berusaha memasukkan iman dalam dada kita insyaAllah ianya membantu kita meninggalkan dunia secara automatik .Zaid bin Harithah , isterinya , Zainah binti Jahasy seorang wanita yang kaya . Sedangkan Zaid seorang hamba . Isterinya dok merendah rendahkan Zaid . Memang tabiat orang arab , diorang memandang kepada kebendaan .
Yusuf Estes yang lahir di MidWest juga seorang yang kuat kepada agama Kristian , diberi tanggungjawab oleh bapa untuk bisnes bapanya di Amerika . Masa Yusuf Estes menguruskan syarikat ayahnya , ada seorang pekerjanya bernama Muhammad yang bekerja sebagai Akauntan .Muhammad ni time masuk je waktu solat , dia terus solat . Yusuf Estes ni dia memang benci kan islam , anti islam tetapi dengan Muhammad , dia suka . Muhammad ni jaga solat , kerja dia pun tertib dan kemas .Satu hari kawan Muhammad nak pindah rumah , Muhammad pun kena pindah sekali la sebab tak mampu bayar sewa . Kiranya , Muhammad kena berhenti kerja lah . So , Yusuf Estes ni punyalah sayang kat Muhammad , dia suruh Muhammad tumpang rumah dia disamping mempunyai agenda yang tersembunyi .Yusuf Estes ni dia ajak seorang paderi , untuk temankan Muhammad untuk mermutadkan Muhammad .Muhammad ni seorang yang rajin pergi solat di masjid time subuh , so paderi tu macam berminat nak ikut Muhammad pi masjid . dia pun pi ikut Muhammad . Lepas je tengok Muhammad solat di masjid , paderi nak masuk islam , maka Imam di masjid tersebut pakaikan jubah dan serban pada paderi tersebut . Bila paderi dan Muhammad balik rumah , Yusuf Estes terkejut lah , orang suruh Paderi murtadkan orang , dia pulak yang ''murtad'' .Maka subuh tu jugak Yusuf Islam tergerak hati pergi bersujud dibelakang rumah . Dia mengadu kepada tuhan ," ya Tuhan , jika engkau wujud , berikanlah aku panduan . "Lepas sujud , dia naik mandi bersihkan diri apa semua , pukul 11 pagi dia masuk islam bersaksikan Pete si bekas Paderi dan Muhammad . Jadinya , nak perjuangkan iman ni bukan mudah , kena bersihkan hati dengan quran , dengan ilmu , dengan zikir , dengan mengingati mati . Kena yakin dengan perjuangan dan da'wah yang cuba disampaikan .
Kalau kita bukak al-quran surah an-Nisa' ayat 97 , kisah ni memuatkan pasal sohabat nabi yang mengambil dunia . DIorang tak sahut panggilan hijrah .
Segelintir kecil tak nak berhijrah , alasan susah nak cari rezqi kat tempat baru .
Dalam peperangan badar , Abu Jahal paksa diorang ni jadi tentera . Akhirnya dibunuh dalam peperangan . Malaikat terkejut , " eh , ni bukan orang islam ke , apehe pi tolong Abu jahal , orang Kafir ? "
Maka balasan diorang ialah Neraka Jahanam ..
Tahniah !!! .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Wanita yang solehah itu bila kita lihat dia , hati kita rasa tenang .
Bila suami lihat , suami rasa tenang . Jadi tenang itu datang daripada mana ?
yang pertama , datang dari akhlak dia .
yang kedua , dalam keadaan wanita itu , sudah tentu berhias .
Suami balik rumah tengok ,
dia dalam keadaan bergincunya ,
dalam keadaan pipi merahnya ,
dalam keadaan bau yang sangat wangi ,
sudah pasti lelaki pasti gembira melihat wanita ini . Inilah ciri wanita yang solehah .
Tetapi suasana yang didalam rumah itu dibawa keluar , maka wanita itu tidak jadi solehah lagi , dia jadi Tolehah ( sifat berlawanan dengan Solehah ) .
Kalau dia bergincu , dia bergincu hanya untuk suami tercinta . Kalau dia nak berpipi merah , berpipi merahlah sebanyak manapun tetapi hanya untuk suami tercinta . Kalau dia nak memakai bau yang sewangi manapun , pakailah sebanyak manapun tetapi dia untuk suami tercinta .
Kalau ia digunakan didalam rumah , digunakan ketika bersama suami , maka dialah wanita solehah yang sejati . Tetapi kalau senjata itu dibawa keluar dari rumah , maka wanita tersebut akan menjadi wanita yang tolehah .
Itu kaedah mudah untuk kita ambil pengiktibaran .
Kalau kita lihat , harini ramai wanita wanita kita yang nak menambah nambahkan perhiasan perhiasan .
Telah kita sebut tadi , perhiasan-perhiasan yang dibenarkan untuk dizahirkan , hanyalah muka dan tapak tangan . Ada khilaf dikalangan Ulama' yang mengatakan , termasuk muka ada perhiasan yang ada dimuka seperti celak .
Adapun gincu , tak pernah disebut oleh Ulama' boleh dizahirkan .
Namun begitu , kita tengok sebahagian daripada Ulama' kontemporari hari ini mengatakan bahawa , boleh gincu itu dilorekkan diatas bibir , tetapi sekadar untuk mengelakkan wanita itu nampak kusut masai .
Maklumlah , harini kalau wanita tak bergincu kita nampak macam mayat berjalan .
Jadi untuk elakkan orang kata macam mayat berjalan , maka letaklah sedikit sesuatu yang boleh mengilatkan bibir kita tetapi bukan sampai merah menyala . Sehingga boleh menarik perhatian lelaki .
Jadi , itu tak boleh . Antara benda yang dibolehkan oleh Ulama' yakni memakai cincin , itu dibenarkan . Memakai cincin dan gelang ditangan .
Namun begitu , walaupun dibenarkan memakai gelang, gelang itu bukan diletakkan seperti mana diletakkan oleh wanita wanita , ( diatas pergelangan tangan ) tetapi kena letak diatas kain yang diatas pergelangan tangan .
Sebab kita kena ingat , tangan wanita termasuk dalam aurat dan ianya perlu ditutup . Ada tak pengecualian , almaklumlah wanita zaman sekarang ni keluar bekerja , ada yang memengang jawatan tinggi tinggi , ada yang memegang jawatan rendah rendah , ada tak pengecualian kepada mereka ini , supaya mereka ini boleh berhias , tujuan untuk tugas .
Telah dinyatakan tadi bahawa , kita berbincang perkara ini , kita tak boleh pakai hawa nafsu . Kita mesti berdasarkan al-quran dan al-hadith nabi SAW . Saya tak jumpa lagi , wanita boleh berhias kerana darurat kerna kerja atau sebagainya . Kita kena jelas , bahawa wanita itu asalnya duduk dirumah .
Cuma benar pergi bekerja atas alasan darurat . Maka bila keluar itu dhorurat , maka dia mesti menjaga , hak hak dhorurat itu sendiri . Jangan berlebih-lebihan . Kalau pakai tudung , pakai tudung dengan cara yang betul .
Harini kita risau , wanita memakai tudung dengan cara yang tidak menepati syariat islam . Tak bermakna memakai tudung tak menutup aurat .
Berapa ramai orang bertudung tetapi dianggap bertabarruj .
Tudung yang dibenarkan islam ialah tudung yang menutup paras rupa dan tutup dada mereka . Tudung yang dilabuhkan sehingga menutup dada sehingga menutupkan apa yang ada disebalik tudung itu , ialah tudung yang mengikut syariat .
Orang lelaki dia mampu mentafsirkan sesuatu yang tidak diduga .
Sebab itu wanita wanita mesti menutup kepala dan mesti menutup segala anggota . Wanita bukan sahaja disuruh memakai tudung tetapi mesti dan wajib memakai jilbab . Rujuk surah al-Ahzab ayat 32 .
Apa itu jilbab ,
jilbab ini ialah satu pakaian , yang menutup dari hujung rambut sampai ke hujung kaki wanita .
Tetapi harini cuba kita lihat , mana wanita yang pakai jilbab ? Baju kurung kita ni , boleh jugak kita ishtihar kan sebagai jilbab tetapi sayang , baju kurung dah menutup aurat , tetapi tak pakai stokin .
Kiranya , hujung kaki wanita adalah aurat , telapak kaki wanita juga aurat , tumit juga aurat . Sebab itu , jilbab yang diwajibkan keatas wanita ialah jilbab yang menutupi dari hujung rambut sampai hujung kaki .
Baju kurung orang Malaysia tak sampai kekaki , maka berkewajiban , untuk wanita wanita islam memakai stoking . Supaya tak nampak aurat .
Itulah batasan aurat , buku lali tak boleh tunjuk buku lima takpa . hehe
" Ustaz, Saidatina Aishah , dirias cantik oleh Asma' binti Yazid , semasa menyambut kedatangan Rasulullah SAW semasa perkahwinan mereka . Soalan saya , apakah agaknya keperluan , berhias dihari perkahwinan ? "Kalau hari perkahwinan semua orang berhias , usahkan pengantin , bapak pengantin pun berhias juga . Siap ada juruandam lagi .
Peristiwa Aishah dihias oleh Asma' , ketika nabi bertandang sebagai seorang pengantin , ketika itu aurat tentang aurat tentang wanita belum diturunkan lagi .
Ayat tentang aurat wanita diturunkan pada tahun yang kesembilan hijrah . Sedangkan peristiwa itu berlaku sebelum .
Jadi , kita tak boleh mengambil dalil kepada peristiwa itu untuk mengatakan wanita boleh dirias secantik cantiknya ketika dia menjadi pengantin dan ditayangkan kepada khalayak ramai .
Pengantin mestilah kena cantik tetapi , pengantin dirias cantik untuk siapa ? Yang bayar mas kahwin hanyalah suaminya sahaja . Maka yang berhak lihat kecantikan isterinya hanyalah suaminya sahaja .
Tak ada share holder yang lain .
Telah diajar kepada bakal-bakal pengantin bahawa bersanding tu tak boleh , tak mengikut cara yang islamik . Kalau nak bersanding jugak , kena bersanding dalam rumah .
Dihadiri oleh ibu dan bapa sahaja dan orang orang yang kita sebut sebagai mahram .
Ada sesetengah pengantin perempuan , mereka tidak bersanding , mereka menutup aurat , berkain putih , dan memegang bunga pergi melayan tetamu .
Itu tak salah , dengan syarat yang boleh dibuka ialah muka dan telapak tangan .
Wallahu'alam bissawab .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad

Dunia , dunia ... , Demonterasi , Haruskah ?
Kali ini , saya akan memuatkan sedikit artikel berkenaan Demontrasi . Haruskah ? Boleh kah kita pergi berdemo , tak menganggu orang ke ?
Mudah-Mudahan bermanfaat .
Ini bukan pandangan saya , tetapi pandangan dari beberapa orang yang 'alim dalam perkara ilmu ugama .
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( Zaharuddin.Net ) telah mengusahakan pandangan dari beberapa orang Ustaz- Ustaz tentang hukum berdemonterasi .
Bilamana Ali K.A.W datang jumpa Nabi untuk bertanya ,
" Kalaulah datang suatu perkara baru yang belum ada dalam al-Quran , so , bagaimana kita nak memutuskan perkara tersebut . " Masa tu , al-quran still sedang turun .
Soalan Ali , How ?

Dalam konteks ini , kata Ustaz Zaharudin sebagai Pengerusi Majlis ,
" Saya telah cuba kumpulkan ilmuwan yang menjadi tempat ruju' masyarakat . "
Ustaz yang menjayakan program ;01 . Ustaz Syed Muhammad NorHisyam Tuan Padang al-Idrus02 . Ustaz Zahazan Mohamed 03 . Ustaz Nidzam Abdul Kadir 04 . Ustaz Mazlee Malik05 . Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman 06 . Ustaz Aizam Mas'ud 07 . Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Abu Soif )08 . Ustaz Ashraf Ridzuan ( Imam Muda Unggul Musim Pertama )09 . Ustaz Zulkifli Mohammad al-Bakri ( Mursyid Liqa' )10 . Ustaz Wifaq Mokhtar11 . Ustaz Ramadan Fitri12 . Ustaz Khairuddin Aman Razali13 . Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( Pengerusi Liqa' )
" Hasil mesyuarat bersepakat , keharusan berdemonterasi , dan yang haramnya , adalah sesiapa yang menghalangnya , yang memprovokasi . "
Pemerintah tak boleh halang , dia kena bagi permit untuk berdemontrasi , dan dia kena jaga laluan pulak .
Even , kalau dari parti belah sana nak buat demonterasi ditempat belah sini , kita kena bagi buat jugak . Bila pemerintah gagal melaksanakan diskusi dengan rakyat , tu yang rakyat nak berdemonterasi .
Kalau pemerintah tak nak berdemonterasi , jumpa dengan pengajur , bincang baik baik .
" Kami nak ini , dan ini . " Tunaikan jika sesuai dengan syariat !Bukankah asal sesuatu perkara itu harus , menjadi hukum lain jika ada dalil .
Demonterasi itu harus , tetapi ada syarat-syarat nya , jangan maki orang , jangan menggangu ketenteraman orang , kena tutup aurat , jaga batas pergaulan dan lain lain lagi .
" Islam itu produk terbaik , tetapi penjualnya yang tidak pandai menjual , " Renungkan kata kata mutiara dari Dr.Daniel Zainal Abidin .
" Bodoh punya , Ulama' . "Hey , Tuan Guru Hadi Awang tu , kitab Tafsir dia , ulama luar pakai tau . Hina bukan main , tapi bila tiba nak kahwin pandai pulak cari Ulama' - Ulama' .
" Pihak belah sana patut lakukan provokasi , sebab demontrasi ni menyebabkan ianya menghalang perjalanan , melambatkan kerja . "
Provokasilah menyebabkan huru - hara , diorang yang tutup jalan , diorang yang sembur asap dan banyak lagi perkara yang ''mulia'' telah diorang buat . Itulah menyebabkan huru-hara .Kalau nak halang jugak demonterasi atas alasan menghalang jalan , maka , konsert besar-besaran , Lumba Basikal Le Tour ke tak tua ke , Sambutan Thaipusam , dan lain - lain tu pun menghalang jalan . Apsal tak halang ?
" Demonterasi harus kan ? Provokasi haram . Maka , elok lah elak harus, sebab ianya boleh mendatangkan haram . "
Makan minum tu harus , kan ? tetapi kalau makan minum sampai mendatangkan mudharat ... maka , tak payah lah makan kalau macam tu ! ???
Boleh tak ? kalau tak boleh , jangan membantah cakap Ulama' .
Bagi kita , kita tak tahu , kita tak tahu sebab kita bukan ahli ugama ...
" Ketua demontrasi ni kan agama lain ... "
Kalau dia nak lawan kita , kita tentang , tapi dia cuba untuk membawa kebenaran . Maka , bantulah .
Kalau dia islam sekalipun , tetapi dia membawa kejahatan , kecelakaan , kesesatan , maka , tentanglah dia !Berlaku dizaman nabi S.A.W , Tom'ah bin Ubairid , mencuri baju besi dimasukkan dalam karung .
Dia bawak balik rumah , dan terperasan karung tu bocor .
Karung tepung ... Maknanya , tepung yang bocor tu , menunjukkan jalan , siapa yang mencuri baju besi .
Tom'ah pun apa lagi , terus ke pintu belakang dan letak didalam rumah jirannya yang beragama Yahudi .
Tuan Baju Besi mengikuti kesan tepung , dan sampai ke rumah Tom'ah , Tom'ah tak mengaku , dan berpura-pura '' ikut kesan ni lagi , mungkin boleh jumpa ."
Tengok-tengok , jumpa baju tu kat rumah Yahudi , yahudi tak tau apa - apa , kena tangkap .
Dipendekkan cerita , saat nabi nak jatuhkan hukuman ke atas yahudi tersebut , Jibrail turun memberitahu perkara yang sebenar melalui wahyu . Tak percaya , ruju' surah an-Nisa' ayat 105 hingga 109 .
Terus tak jadi nabi jatuhkan hukuman hudud dan terus menghukum Tom'ah .
Dalam kes ni , yahudi ni dia tak islam tetapi , mengapa nabi bela dia ? sebab dia di pihak yang benar !
" Ustaz A ni kata lain , Ustaz B ni pulak kata lain . "
Ibnu Umar , anak Umar al-Khattab , dan jawapan nya tegas . "
Ibnu Abbas pulak , jawapan yang diberikan ada sedikit kelonggaran . "Sohabat keliru , nak ikut mana ?
Nabi bersabda ; "
Berfatwalah mengikut hati "
Nabi suruh pilih antara dua , berdasarkan hati . Wallahu'alam .
Berjuanglah untuk matlamat Islam ( BUMI )