Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad 
Sewaktu berusia 14 tahun , dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah . Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran , termasuk Sheikh Maasyari al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy .
Qari kepada diRaja Arab Saudi , jawatan yang belum pernah ( ketika itu ) disandang oleh orang Melayu . Pengiktirafan keatas bangsa melayu secara keseluruhan nya . Siapakah lelaki yang dimaksudkan ?
itulah ; Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki , 29 Mac 1979 yang lahir dan dibesarkan di Kota Suci Makkah al-Mukaramah , Arab Saudi .
Tidak pernah lupa dengan asal usulnya yang mempunya kacukan darah Melayu di Malaysia dan Thailand .
Pendidikan :
Mendapat bimbingan agama dari ayahanda , sehingga mampu khatam al-quran beberapa kali sewaktu diusia muda .
Seusia 8 tahun , Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjid al-Haram .
Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif , Mekah .
Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif , Thailand . Mempunyai diploma jurusan Syariah , Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah ( MADIWA ) , Perak .
Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universtiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan sarjana muda nya di Universiti King Saud , Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis .
Sheikh Abdul Rahman Abdul Azizi al-Sudais , Imam besar Masjid al-Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur , Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dihadapan as-Sudais .
Tertarik dengan bacaan nya itu , as-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai as-Sudais kedua di Malaysia .
As-Sudais juga , pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di masjid al-Haram .Allahu'alam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? ( al-Fussilat 41: 53 )
Dua gambar yang saya postkan mungkin nampak sama , tetapi sebenarnya gambar pertama ialah gambar magnet . Subhanllah . Maka benarlah firman Allah pada surah al-Fussilat ayat 53 .Kaabah hanya sebuah batu , sebuah binaan yang biasa . Dibina sejak zaman berzaman , dan di-repair oleh nabi Muhammad SAW . Kalau tidak kerana dimuliakan oleh Allah , dimuliakan oleh nabi Muhammad , nescaya kita tidak boleh memuliakan nya .Umar al-Khattab berkata ;" kau hanya sebuah batu biasa , kalau aku tak tengok nabi cium kau , nescaya aku juga tidak akan cium kau . "sebab itu , kita kena muliakan Kaabah tetapi bukan sampai ke tahap syirik .Jika ditanya kepada kita , '' adakah sama Kaabah dengan bangunan hitam yang lain ? "Jawapannya tidak sama . Berdosa kalau kita kata sama .Kaabah hanya penunjuk arah kiblat . Mampu mengumpulkan seramai mungkin umat islam .Kalau kita lihat agama lain , ada yang bersembahyang membelakangi kiblat , ada yang mengadap kesitu , kesinun , tetapi agama islam ...hanya satu kiblat iaitu Kaabah . Bertujuan menyatupadukan umat islam .Seandainya Kaabah itu diangkat bawa lari dan di pindah ke tempat lain , misalannya Eskimo . Umat Islam tetap dan wajib menghadap kiblat di tempat asal Kaabah bukan berpindah kiblat ke Eskimo .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad bersambung dari kisah lalu dalam surah yaasin , masih lagi berkenaan Habib an-Najar ,
" Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk ".
Dan ( apabila ditanya : Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya ) : " Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah ( aku dan ) kamu semua akan dikembalikan ? "
" Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? ( Sudah tentu tidak patut, kerana ) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. "Berhala , benda yang disembah .
Ada satu lagi istilah , iaitu ''keberhalaan'' , apebenda keberhalaan ni ? keberhalaan ni sifat keji .
Sifat keberhalaan ni dia tak suka sesuatu kehinaan disandarkan kepada benda yang dia suka .Sebagai contoh , pasukan bola la . Kita sokong pasukan tut sampai apa apa jua komentar yang sampai kat pasukan bola kita , kita tentang habis-habisan . Kita jea yang betul walaupun salah . Sampai sanggup putus silaturrahim pun takpa , asal jangan ada walau satu kutukan pun untuk pasukan kita .Habib an-Najar ceramah kat bebudak yang tak nak ikut 3 orang nabi ni . Berhala yang disembah oleh orang kafir , tak boleh nak selamatkan dia . Berhala yang disembah oleh orang kafir tak boleh nak buat apa - apa , tak boleh beri syafaat , senang citer tak boleh beri manfaat , dan tak boleh juga beri mudharat .
" Sesungguhnya aku ( kalau melakukan syirik ) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata . "Kita kena faham , sesat tak semestinya sesat dalam hutan , sesat dalam kehidupan juga dikira sesat .kalimah '' ضَلَـٰلٍ۬ " yang bererti sesat dalam ayat ni ialah , benda tu ada tapi kita tak jumpa , dibentengi oleh sesuatu .macam math lah , jawab punya panjang tapi tak jumpa . Sama ada kita salah jawaban atau salah jalan kira .kalimah '' ضَلَـٰلٍ۬ " pulak terbahagi kepada dua .1 . Sesat sebab tak tahu , ( orang yahudi )2 . Sesat sebab tak tahu . ( orang nasrani )Kalau kita bukak surah al-fatihah ayat ke 7 . Apa kata Allah ?
" Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
Kalau bukak kitab Ibn Kathir misalannya dinyatakan bahawa ,
Kalimah " ٱلۡمَغۡضُوبِ " ( orang yang dimurkai ) disandarkan kepada orang yahudi .
Kalimah " ٱلضَّآلِّينَ " ( orang yang sesat ) disandarkan kepada orang nasrani .
Kalau perkataan '' ضَلَـٰلٍ۬ '' pun dah sesat , apatah lagi perkataan " ٱلضَّآلِّينَ " ?
lagi lah sesesat bebenor .
" Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku) ",.
Habib an-Najar , datang dari hujung kampung . Dah lah tak ada tauliah , tak fofular , datang entah dari mana , tiba-tiba nak bagi ceramah . Hangin la penduduk kaum tu .
Rupa-rupanya , ayat 25 adalah nasihat terakhir dari Habib an-Najar . Habib an-Najar lantas ditangkap , dan mati kat situ jugak dikerjakan oleh penduduk kampung tersebut .
Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang pemuda . seorang pemuda bernama Habib an-Najar .
Kalau kita bukak ayat seterusnya ,
dah mati pun Allah letak kata-kata an-Najar ni dalam al-quran .
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: " Masuklah ke dalam Syurga ". Ia berkata; " Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui " -
Subhanallah , mulianya sifat Habib an-Najar , dah mati pun an-Najar teringat lagi kat kaum-kaum yang dah bunuh dia .
Wallahu'alam .
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad Guruku oh Guruku , popular bebenor puisi traidisional ni . Didekelamasikan oleh Usman Awang .
Pepatah orang melayu ada berkata ;" Jaga seorang anak boleh jadi gilo , "Ha , korang bayangkan kalau jaga satu kelas anak murid ? gilo tak gilo ?Hargailah pengorbanan seorang guru . Artikel ni ditaip bukan pada 16 Mei . HUHU . Saja saja je tulis . Bersyukurlah kepada Allah , kerana kita dididik oleh guru , daripada kita stupid hatta kepada bijak pandai berhikmah .ceciter , siapa yang ajar kan nabi junjungan kita , Muhammad SAW , wahyu yang pertama ? aku tidak tahu ! , lantas nabi dipeluk oleh Jibrail A.S .disebalik kehebatan sultan Muhammad al-Fatih , ada pelbagai ulama' yang diambil sultan Murad II untuk mengajar dan mendidik anaknya sultan Muhammad al-Fatih . Antara yang ditugaskan mendidik al-Fatih ialah as-Syeikh Syamsuddin , seorang pakar dalam bidang botani , pertanian . Ada ulama' menyatakan , Syeikh Syamsuddin inilah sebenarnya al-Fatih maknawi yakni , al-Fatih yang sebenar , kerana tanpa beliau , Sultan Muhammad al-Fatih , hanyalah sultan Muhammad yang biasa .Korang kenal ,Ustaz Azhar Idrus ?dahulunya seorang guru dalam bidang muzik , tetapi kini , subhanallah , beliau menjadi seorang ulama' yang hebat . Bagaimana boleh menjadi sebegini ?jawabnya , beliau bertalaqqi dengan ramai Ulama' , antaranya yang saya ketahui ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin , Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai .Seterusnya ,Nobita Nobi , bagaimana beliau boleh menjadi seorang manusia yang matang ?
dalam satu fan-made komik yang dibuat oleh Nabuo Sato , setelah kehabisan bateri Doraemon , Nobita belajar dengan bersungguh-sungguh . Akhirnya Nobita menjadi seorang Doktor dalam bidang robot dan telah memperbaiki sendiri Doraemon . Cuba teka , siapa yang buat mesin masa ?
Saya ulang soalan , bagaimana Nobita boleh menjadi seorang manusia yang matang ? jawabannya , kerana seekor Doreamon disisinya , yang selalu menjadi Pakar Motivasi buat Nobita . Uzumaki Naruto , dimana beliau belajar mendapat teknik terhebatnya Rasengan ? bukankah dari seorang "ulama'' bernama Jiraiya , dan dimana pula Jiraiya mendapatkan teknik tersebut , bukankah dari bimbingan anak muridnya sendiri ? saling berkongsi ilmu .Son Goku , rata-rata semua orang kenal .hehe . Goku belajar dengan siapa ? bukankah dengan pelbagai tok guru yang hebat seperti Master Roshi ?israk mikraj , mengapa mesti pada waktu malam ?mengapa mesti menaiki Buraq ?dan mengapa pula mesti bersama Jibrail ?Itu semua simbolik , malam , adalah waktu yang paling sesuai untuk kita bermunajat kepada Allah , kita merintih dosa-dosa yang kita lakukan . Buraq , sebuah kenderaan , kita memerlukan kenderaan untuk kita pergi menuju Allah , untuk kita beribadat kepada Allah .dan yang paling penting , mengapa mesti bersama Jibrail ?Sebab , kita memerlukan seorang guru , seorang guru yang hebat , untuk membimbing kita , menyucikan hati dan rohani kita dalam perjalanan menuju Allah SWT .Wallahu'alam bissawab .