Monday, April 23, 2012

Tamadun

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad

Definisi

         Tamadun berasal daripada kalimah arab “maddani’’ yang membawa dua maksud iaitu peribadi akhlak yang baik dan pembukaan sebuah kota.

         Civilization yang bermaksud tamadun berasal dari bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar .


Ciri-Ciri Tamadun Islam

         Rabbani.

         Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.

-Wahyu al-Quran dan as-Sunnah sesuai dengan fitrah manusia.Jikalau ditanya kepada kita, apakah hukuman selayaknya diberikan kepada pembunuh.Maka jawapan kita ialah bunuh. Bunuh balas bunuh = Hudud.

         Tidak membebankan.

-Syariat Allah tidak membebankan dan kebiasaanya dan keadaan tertentu diberi rukhsoh. Sekiranya membebankan tidak melampau batas. Misalanya bab puasa. Tidak ada orang yan berpuasa mati. Bahkan yang banyak makan yang mati.

         Sempurna dan menyeluruh.

- Al-quran menceritakan daripada benda sekecil semut bahkan lebih kecil daripada nyamuk hingga ke alam semesta. Di dalam islam terkandung adab memasuki tandas hatta kepada pembinaan sebuah negara.

         Seimbang.

-Tidak meninggalkan urusan dunia disamping mementingkan urusan akhirat.

         Sesuai sepanjang zaman.
-Al-Quran yang ada pada zaman nabi adalah al-Quran yang sama ada pada tangan kita.

         Terbuka dan toleransi.
-Bebas mengamalkan adat budaya (cth: kain pelikat dll) yang tidak melanggar syariat.

         Kesatuan dalam kepelbagaian.
-Islam bukan milik individu, semua bebas menganutinya.Tidak kira warna kulit,bangsa,tutur bahasa berlandaskan konsep Ummah.

 

Perlaksanaan Ke Arah Kemajuan Tamadun

         Menghayati sirah Nabawi.

- Nabi seorang hakim yang adil,panglima peperangan, seorang suami yang romantik dan lain-lain.
- Salahudin Ayubi menakhluki beberapa tempat dari tentera salib berlandaskan sistem peperangan yang pernah dilaksanakan oleh Nabi.

         Menerapkan nilai-nilai agama.

         Membangunkan tradisi ilmu.
-Sultan al-Fateh memanfaatkan gerhana pada 22 Mei 1453 untuk mendapatkan Kota Konstatinopel. Tentera Salib menyifatkan, gerhana sebagai sesuatu yang malang.

         Peranan cerdik pandai.
- Cth: 23 orang termasuk ulamak dan hukamak berkumpul di sebuah hotel untuk menyelesaikan masalah. Pihak KUIM tempat saya belajar juga menghantar wakil melihat program tersebut.


Faktor Perkembangan Tamadun

         Kedudukan geografi yang strategik.
         Peranan agama.
         Komitmen dalam etika dan nilai moral.
         Ekonomi.
         Kesatuan masyarakat.
         Interaksi dengan tamadun lain.

Faktor Kejatuhan Tamadun

         Perpecahan organisasi pentadbiran.
-         Berlaku penyelewangan kuasa dalam kerajaan Melayu Melaka sehingga Portugis berjaya menguasai Melaka dengan mudah.

         Ketidaksamaan ekonomi.

         Keruntuhan nilai moral.

         Bencana alam.
-         Kaum Ad kaum Nabi Hud musnah disebabkan angin kencang.
-         Kaum Nuh musnah disebabkan banjir besar.
-         Firaun musnah ditenggelamkan dalam laut merah.

Sesi Soalan

1). Adakah tamadun lain mengikut tamadun Islam?

- Ya, misalanya sebagai contoh mereka mendakwa bahawa ilmu matematik seperti kubik dan algebra berasal daripada mereka. Tetapi perkara ini dapat disangkal kerana ilmu ini diasaskan oleh al-Khawarizmi.

2). Mengapa nabi Muhammad S.A.W tidak diturunkan membina bangunan?

Dalam satu majalah, Majalah “IMAN” isu nombor 2, mengapa nabi tidak diutus membina jambatan? Kerana orang jahiliyah sendiri mahir dalam bidang tersebut. Mereka hanya lemah dalam pembinaan kerohanian.

Tamadun terdahulu, kaum Thamud  hebat dalam mengukir rumah daripada bukit. Tetapi, mereka tidak ikut terhadap apa yang disampaikan oleh nabi mereka. Bukanlah nabi mereka yang mengajar dalam pembinaan rumah tersebut tetapi kaum itu sendiri.

Tambahan lagi, diwaktu sirah nabi Muhammad, sudah wujud tamadun besar iaitu Tamadun Parsi dan Tamadun Rom.

Ada satu hadith nabi kata kat sahabat;

"Kamu semua lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu."


Kesimpulan

         Tamadun dalam erti kata lain adalah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya yang bersumberkan al-Quran dan as-sunnah.

         Terdapat pandangan menyatakan tamadun Islam terletak pada keluasan empayar. Pendapat ini salah! Empayar merujuk kepada kawasan yang dijajah secara kasar dan secara rampasan. Sedangkan kita tahu, bahawa Islam itu bukannya “TERRORIST”.

Wallahu'alam

Friday, March 30, 2012

dr.Black Jack

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Seorang anak kecil yang dapat diselamatkan melalui pembedahan terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan bom. Namun tidak bagi ibunya, ibunya tidak dapat diselamatkan oleh doktor pakar yang bernama Dr.Honma .


Peristiwa yang menyayat hati inilah disamping membalas jasa Dr.Honma menjadi pendorong untuk dia menjadi seorang manusia yang berskapel dan menjadi permintaan orang ramai dalam pembedahan kerana dia bukan insan yang biasa, dia bukan Black Jack, tetapi dia Dr.Black Jack!



Hand of god


‘El pibe de oro’ (the golden boy) atau nama sebenarnya Diego Armando Maradonna, beliau seorang pemain bola yang hebat dalam World Cup 1986. Apa pula kaitan dengan animasi Dr.Black Jack? Kiranya, Madonna ni hebat kerana dianugerahkan nama gelaran. Dr.Black Jack juga tidak ketinggalan memiliki nama gelaran.


Kedengaran agak bodoh, tetapi itulah jalan ceritanya. Dr.Black Jack memiliki nama gelaran kerana dia tersangat hebat dalam bidang kedoktoran walaupun dia tidak memiliki lesen dalam bidang kedoktoran. Saya suka mengaitkan kisah Dr.Black Jack ini dengan pahlawan agung islam Khalid al-Walid.


Khalid al-Walid telahpun dipecat oleh khalifah Umar bin al-Khattab kerana mahu menukar pemikiran umat Islam bahawa mereka menang dalam peperangan kerana kehendak Allah dan bukan kerana makhluk iaitu Khalid al-Walid. Asal Khalid al-Walid masuk berperang je confirm menang. Asal menang je confirm sebab Khalid al-Walid jadi panglima peperangan.


Berbalik kepada kisah Dr.Black Jack, mengapa saya buka kisah Khalid al-Walid? Jalan kisahnya hampir sama, asal Dr.Black Jack masuk bilik pembedahan je, confirm pembedahan laksana dengan jayanya. Dari situ timbul gelaran untuk Dr.Black Jack; the hand of god.



Bayaran Pembedahan hand of god


Sewaktu nabi Muhammad menghantar Muadz bin Jabal menjadi gabenor, nabi ada memesan:


“Permudahkan jangan memayahkan, gembirakan jangan menakutkan.”


Lelaki yang hebat dalam bidang kedoktoran tanpa memiliki lesen yang sah ini juga terkenal dengan bayaran pembedahannya itu. Doktor bedah yang berwatakan pendiam tetapi cool ini mengenakan bayaran yang terlampau tinggi dan agak sukar dipenuhi tuntutan oleh orang awam.

Namun begitu, masih ramai orang yang bergantung harapan pada the hand of the god ini. Jangan ditanya mengapa, anda sudah tahu jawabannya. Seolah-olah dia mampu menyelamatkan nyawa setiap penyakit kritikal yang dibedahnya. Sepertinya dia malaikat maut yang kedua. Jadi tidak hairanlah mengapa dia digelar the hand of the god.


Nabi menyuruh kita permudahkan dan jangan memayahkan. Tetapi, lelaki bertangan tuhan ini seperti mahu ‘mencekik darah’.Disini, saya tampil untuk memberi pandangan.


Pandangan saya menyatakan, Dr.Black Jack sengaja meletakkan keadaan yang tertekan kepada yang orang yang mahu pesakit dibedah kerana mahu menguji kesungguhannya berkorban harta.


Kita seperti bola angin yang ditekan kedalam air, makin ditekan semakin sakit dan apabila dilepas, akhirnya bola itu akan naik keatas dengan lajunya. Itulah keupayaan manusia apabila dia tertekan.


Apabila kita belajar berkenaan syariah, akan ada salah satu prinsip umum syariah islam iaitu beban yang sedikit. Islam itu mudah tetapi jangan dipermudahkan. Tidaklah kerana islam itu mudah lantas tiada bebanan langsung. Bahkan dalam surah al-Baqarah, Allah kata Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang kita tak tertanggung. Bebanan itu nampak beban, tetapi ianya dapat dilaksanakan oleh kita. Misalanya puasa, tidak akan ada orang yang berpuasa mati kelaparan. Tetapi orang yang berbuka puasa makan banyak tu ada kes kematian.


Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah apabila sesuatu perkara itu apabila kita dapat melalui cabaran atau tekanan, maka mudah untuk kita hargai. Tetapi, jika sesuatu perkara itu kita dapat secara free atau turun temurun maka lihatlah pengabaian yang kita lakukan. Tidak payah pergi terlalu jauh, lihat sahaja pada agama anutan kita. Adakah secara warisan atau pencarian?



Jangan menonton animasi ini hanya berhibur dan kemudian mengkritik, “apalah Dr.Black Jack ni tamak!” tetapi hayatilah pengajaran disebalik cerita. Tidak semua orang yang dikenakan upah yang mahal. Malah, ada sesetengah keadaan Dr.Black Jack beri perkhidmatan secara percuma. Bukanlah bermaksud Dr.Black Jack sudah terlalu kaya sehingga tidak mahu menerima wang lagi tetapi atas dasar hubungan sesama manusia.



Kesimpulan


Wujudkah lelaki bertangan tuhan? Mampu melambatkan proses kematian? Oh tidak! Itu semua hanya disebabkan pengalaman dan mungkin anugerah tuhan. Malaikat sendiri belum tentu berupaya mengambil nyawa seekor semut tanpa keizinan Allah. Malaikat sendiri tidak mampu mempercepatkan proses kematian tanpa keizinan Allah . Malaikat tidak berupaya melambatkan proses kematian jika tidak diizinkan Allah. Dimana diri kita?


Sekiranya anda mengaku atau mempunyai sahabat yang bertangan tuhan, nyatakan kepadanya “mampukah anda menahan matahari daripada terbit atau terbenam?”

Saturday, March 10, 2012

Pantun Perlembagaan

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Assalamu’alaikum membuka perbincangan ,

Pantun dikongsi hasil penulisan ,

Undang Undang bertulis empat bahagian ,

Perlembagaan persekutuan kami persembahkan .


Nabi dilahirkan dibulan mulia ,

Rabiul awwal dimusim bunga ,

Perlembagaan persekutuan sumber utama ,

Undang-undang bertulis di Malaysia .


Di langit , Ahmad nama baginda ,

Muhammad nama dimuka bumi ,

Perlembagaan persekutuan terkandung kuasa ,

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri .


Sekiranya Rasulullah bersama kita ,

Melihat wajahnya tidak terkata ,

Duduk bersamanya indah belaka ,

Perlembagaan persekutuan boleh dipinda ,

Parlimen persekutuan meluluskan akta ,

Jika dewan bersetuju dua pertiga .


Nabi berasal dari kabilah terkemuka ,

Keturunan Quraisy kedua ibu bapa ,

Ada peruntukan yang boleh dipinda ,

Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja .


Baginda di bawa ke kubur bapa ,

Di usia muda bersama ibu tercinta ,

Perjalanan pulang ibu meninggal dunia ,

Ada peruntukan yang boleh dipinda ,

Hak orang melayu dan Bumiputra ,

Sensitif lain-lain perkara .


Nabi Muhammad seorang yang kacak ,

Indah wajahnya daripada bulan yang menghiasi ,

Pindaan kedudukan Sabah dan Sarawak ,

Persetujuan oleh YDP Negeri .


( i ) Perlembagaan sebagai undang-undang utama persekutuan


Rasulullah ikon tokoh negarawan ,

Tidak membunuh walaupun panglima ,

Undang-undang dibuat tetapi bertentangan ,

Adalah batal tidak diterima .


Jika ingin syafaat baginda ,

Banyakan selawat janganlah malas ,

Undang-undang dibuat sebelum merdeka ,

Tertakhluk kepada perkara 16 .


( ii ) Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan .


Sunnah nabi jadi ikutan ,

100 pahala syahid di kurnia ,

YDPA bertindak sebagai ketua Persekutuan ,

Jawatan setanding presiden dan raja .


Buah labu baginda gemari ,

Daging pula dibahagian kaki ,

YDP Agong melantik YDP Negeri ,

Wilayah Persekutuan YDPA mengetuai .


Balingan batu sehingga luka ,

Di Taif baginda bersedih duka ,

Ahli majlis terdiri oleh raja – raja ,

Termasuk YDP Negeri sahaja .


Rasulullah bukan manusia biasa ,

Baginda terpelihara melakukan dosa ,

Namun baginda melakukan kesilapan ,

Surah Abasa sebagai misalan ,

Keahlian majlis untuk YDPA ,

Jika majlis bersidang 2 perkara ,

(a) melantik YDPA dan timbalan ,

(b) Perbincangan isu polisi kebangsaan .


( iii ) Islam Sebagai Agama Persekutuan


Kita tergolong umat akhir zaman ,

Hanya menanti Qiamat tiba ,

Agama Islam agama persekutuan ,

Tertakhluk dalam perkara tiga .


Yahudi tua cacat penglihatan ,

Islam kerana akhlak yang nabi tonjolkan ,

Agama lain boleh diamalkan ,

Syarat dikenakan – tiada pendakyahan .


(iv) Kebebesan Asasi


Baginda seorang ketua keluarga ,

Mendidik keluarga menjadi berguna ,

Baginda seorang ketua negara .

Mentadbir negara kukuh beragama ,

Baginda ketua segala perkara ,

Contohi baginda perolehi pahala ,

Pahitnya hempedu , manisnya di syurga ,

Peruntukan di dalam bahagian dua ,

Kebebasan diri , pengabdian dan kerja paksa ,

Perlindungan dari dibicarakan atas tuduhan yang sama ,

Kebebasan bergerak dan hak sama rata ,

Kebebesan berhimpun , menubuh persatuan dan bersuara ,

Hak kebebasan dalam beragama ,

Hak terhadap pelajaran dan harta .


( v ) Hubungan Antara Persekutuan dan Negeri


( a ) Pembahagian kuasa pemerintahan dan perundangan


Yaasin dan Toha nama gelaran ,

Disisi Allah hamba ‘Abdihi ,

Kehakiman persekutuan sistem kehakiman ,

Mentadbir undang-undang persekutuan dan negeri .


Memilih miskin namun kaya pekerti ,

Memilih senyuman walau di hutang darah ,

Mahkamah dibawah pentadbiran negeri-negeri ,

Mahkamah Anak Negeri dan Syariah .


Hati Rasulullah tidak kan tewas ,

Pada nasfu yang pelbagai perihal ,

Senarai persekutuan tersangat luas ,

Keselamatan , siasatan dan lain-lain hal .


Lafaz ummati detik kematian ,

Mengingatkan umat yang tercinta ,

Pemergian Rasulullah satu kehilangan ,

Sahabat bercucuran air mata ,

Senarai 2 jadual 9 ,

Senarai negeri terkandung perkara ,

Hukum syarak , tanah pertanian dan perhutanan ,

Dan banyak perkara yang membina .


Di hadapan nabi suara rendahkan ,

Meninggikan suara satu larangan ,

Surah al-Hujurat didalam al-Quran ,

Jika berlaku percanggahan ,

Antara undang-undang negeri dan persekutuan ,

Undang-undang persekutuan lebih diutamakan .


Kepala baginda letak di riba ,

Sebelum wafat disisi Isteri kesayangan ,

Senarai tiga senarai bersama ,

Perkara tersenarai perkara kebajikan .


( b ) Kuasa Parlimen membuat Undang-Undang untuk Negeri .


Simpulan rambut tersembunyi dalam perigi buta ,

Rasulullah disihir Yahudi Laknatullah ,

Parlimen berkuasa undang-undang adat dan agama ,

Berkuasa juga bab hartanah .


Apabila Rasulullah “ditutupi” bumi ,

Perjuangan disambung khalifah yang mengetuai ,

Perihal hartanah terkecuali ,

Sabah dan Sarawak tidak terpakai .


( c ) Peruntukan Kewangan


Tanpa Rasulullah satu kehilangan ,

Ibarat rembulan tanpa mentari ,

Hasil negeri kuasa persekutuan ,

Kegunaan agama kuasa negeri .


Wallahu'alam


Muhammad Irfan Bin Abdul Rani , Diploma Undang-Undang dan Syariah , Kolej Universiti Islam Melaka 2012


Thursday, February 9, 2012

Pantun Manusia dan Masyarakat Islam

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Jahala jahil tidak memahami ,
Huru-hara hidup tidak selamat ,
Tiada utusan dan kitab suci ,
Rosak akidah pegangan sesat .

Bermula di Hijaz hadhari islam ,
Menukarkan corak kehidupan masyarakat ,
Zaman jahiliyah akhlak terbenam ,
Datang nabi memimpin dunia akhirat ,

Arab Jahiliyah dua kategori ,
Badwi digurun dan pedalaman ,
Dipersisiran pantai si puak hadhari ,
Perilaku yang jahat jadi amalan ,

Lelaki sejati lelaki berani ,
Meminum arak sehingga mabuk ,
Wanita tidak dapat mewarisi ,
Harta pusaka walaupun habuk ,

Menanam bayi sejurus dilahirkan ,
Bayi ditanam berjantina perempuan ,
Takut anak menari separuh pakaian ,
Menjatuh maruah menurut sangkaan .

Diinjak-injak maruah wanita ,
Dalam hal harta tak terkecuali ,
Berkahwin banyak dalam satu masa ,
Atau dengan orang yang digemari .

Kabilah merompak barang dagangan ,
Wajib merompak mencari makan ,
Peniaga hanya pentingkan keuntungan ,
Riba dan penindasan dijalankan .

Empat kepercayaan sesat beragama ,
Agama Wathani menyembah berhala ,
Agama Majusi api dipuja ,
Animesme pula menyembah dunia ,
Turut percaya bab karut belaka ,
Yahudi nasrani diubah manusia .

Waraqah Bin Naufal pendeta yang buta ,
Uthman bin Huwairith agama diturut ,
Abdullah bin Jahsh pengikut hunafa ,
Agama hanif mereka menganut .

Taksub terhadap kabilah kendiri ,
Syeikh dianggap menyatukan ahli ,
Ahli terdiri suku tersendiri ,
Memiliki peraturan dan identiti .

Syeikh dilantik ahli kabilah ,
Dilantik atas sepakat masyarakat ,
Fikiran matang berani dan gagah ,
Pandai berpidato antara syarat .

Semangat as-sobiah semangat kesukuan ,
Semangat melampau pencetus peperangan ,
Berstruktur dari sesebuah kumpulan ,
Sistem kabilah berasas keturunan .

Setiap puak tinggal dalam kelompok sendiri ,
Mempunyai peraturan yang kabilah tetapkan ,
Perasaan kesukuan sifat yang dikeji ,
Sifat kesukuan punca persengketaan .

Sifat yang keji faktor geografi ,
Bumi yang panas dan tanah yang tandus ,
Membela maruah kabilah dan diri ,
Hidup bekerjasama masalah dikambus .

Peperangan al-Basus penuh bahang ,
Antara bani Bakar dan bani taghlib ,
Sebab yang kecil 40 tahun berperang ,
Bani Bakar membunuh si bani taghlib .

Nabi Muhammad berketurunan pemerintah ,
Qusai Bin Kilab pemimpin dikenali ,
Lebih kurang 100 tahun mentadbir Makkah ,
Sebelum kelahiran nabi terpuji .

Telaga zam-zam wujud berkait rapat ,
Sirah nabi Ismail merengek kehausan ,
Berlari mencari air di merata tempat ,
Kerana si ibu tiada susu dibadan .

Insan kelahiran lembah Bakkah ,
Hari ke 12 di musim bunga ,
Tarikh termaktub pada Tahun Gajah ,
Muhammad terpuji dinamakan datuknya .

Abdullah ke Syams pergi berdagang ,
Singgah di Yathrib sebelum pulang ,
Sakit pula datang menyerang ,
Syaibah pun kurang anak seorang .

HalimatusSa'diah ibu sususan ,
Memelihara nabi satu harapan ,
Walaupun susu tiada dibadan ,
Mulut diputing susu berlebihan ,

Unta yang uzur pecut kehadapan ,
Membawa nabi ke kampung halaman ,
Halimatus Sa'diah tercengang kehairanan ,
Rahmat nabi keatas seluruh kehidupan .

Aminah Binti Wahab ibu baginda ,
Suratan ilahi meninggal dunia ,
Yatim piatu nabi menimpa ,
Ketika genap enam tahun usia .

Wallahu'alam :)