Saturday, February 6, 2010

Syaitan , Seteru kita yang nyata


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Alhamdulillah , sudah agak lama saya tidak berblog... Hari ini diberikan sedikit ruangan oleh Allah untuk sya menyampaikan ilmu yang saya dapat di majlis majlis ilmu .
Walaupun agak sedikit , mari kita bersama - sama membacanya mudah-mudahan diberikan taufik oleh Allah dalam menyampaikan dakwah .Insyaallah.


Topik harini yang sudah saya tuliskan di tajuk bermaksud " Syaitan ( bekas Iblis , Jin ) adalah musuh kita yang nyata "

Iblis itu menurut sesetengah ulama ialah nama syaitan sewaktu berada di syurga.
Iblis merupakan ketua kepada Malaikat di langit , kalau tak silap saya.
Persoalannya , kenapa Iblis dihalau dari syurga ?

Berfirman Allah dalam surah Sod ayat 71-74

" Ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat - Malaikat : Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada Tanah ."-71

" Apabila Aku sempurnakan kejadian nya dan kutiupkan ruhku ( ruh ciptaan Ku ) kepadanya , maka meniaraplah mereka sujud kepadanya "-72

" lalu sujud malaikat semuanya , sekaliannya "-73

" Kecuali Iblis , ia sombong , lalu menjadi kafir " -74

dalam keempat-empat ayat ini ada 2 persoalan yang kita boleh kongsi bersama

1 . Bagaimanakah Iblis dikatakan kafir kerana tidak sujud kepada Adam sedangkan dalam ayat ke 72 , Allah hanya memerintah bahawa hanya Malaikat yang sembah kepada Adam .
Contohnya beginilah , orang cina yang duduk lama diperkampungan orang Melayu sehinggakan pakaiannya orang Melayu , minum pun macam orang Melayu sehinggakan pertuturan pun Melayu .

Bila ketua kampung panggil kesemua orang Melayu untuk bermesyuarat , orang Cina ni pun turut datang bermesyuarat kerana dia merasakan dia sudah jadi Orang Melayu .Tetapi hakikatnya dia masih orang cina dan masih mengamalkan agama berhala .


Macam tu jugak Iblis . Iblis menjadi ketua Malaikat di langit dan hidup dalam berkelompok Malaikat sehinggakan perwatakannya seakan-akan menjadi Malikat yang dijadikan daripada cahaya sedangkan Iblis lahir dari Api .


2 . Persoalan kedua ni sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Iblis sebenarnya tetapi kita kongsikan jugak bersama.

Persoalannya ialah bagaimanakah sujud yang digambarkan di surah Sod ayat 72 ini ? Ulama bersependapat sujud yang dimaksudkan ialah rukuk dan pendapat ulama yang paling kuat ialah sujud sebenar-benar sujud kerana ia dasar dari perintah Allah , wajib dilaksanakan .Wallahualam.




Allah berfirman lagi dalam ayat yang seterusnya surah Sod ;

" Berfirman Allah : Hai Iblis , mengapakah engkau tidak mahu sujud kepada orang yang Kuciptakan dengan kedua tanganKu ( kekuasaanKu ) , sombongkah engkau atau engkau termasuk orang-orang yang tinggi ? " -75

" Sahut Iblis : saya lebih baik daripadanya, saya Engkau ciptakan dari api dan dia engkau ciptakan dari Tanah . " -76

" Berfirman Allah : keluarlah engkau dari dalam syurga , sesungguhnya engkau terusir ( dibuang ) " -77

itulah sebabnya Iblis dibuang dari syurga , kerana sifat takbur dan bangga diri . Syaitan tak pikir tu bahawa Tanah boleh padam api...Kalaulah dia berfikir , nescaya takkan dia diusir dari syurga .
Wallahualam.


Syaitan juga berjanji kepada Allah untuk menyesatkan semua cucu cicit , semua keturunan Adam . Sesuai dalam surah Sod : ayat 82 .

" Berkata Iblis : Demi kekusaanMu , sungguh akan kusesatkan mereka ( Adam dan anak-anaknya ) semuanya " -82



Apakah Kelebihan Syaitan ?


1.Syaitan mampu menghiasi mata kita ;

dalam surah al Hajr ayat 39 yang bermaksud

" Berkata Iblis : Hai Tuhanku ! Demi , sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka ( kejahatan yang ada ) dibumi , ( sehingga mereka pandang baik ) dan demi , akan kesesatkan mereka semuanya . "


2. Syaitan mampu melihat manusia;


syaitan juga boleh melihat kita sedangkan kita tidak mampu untuk melihat mereka .

Dalam surah al A-raf ayat 27 yang bermaksud ;

" Hai anak - anak Adam , janganlah kamu terpedaya oleh Syaitan , sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapakmu dari syurga , sedang ia menanggalkan pakaian keduanya , supaya terbuka kemaluannya . Sesungguhnya syaitan itu dan belantaranya melihat kamu sedang kamu tiada melihatnya . Sesungguhnya syaitan - syaitan itu menjadi wali bagi orang - orang yang tiada beriman ."


3. Syaitan mencuri maklumat dari Malaikat ;

Dahulu , syaitan berupaya mencuri Maklumat dari langit ( malaikat di langit ) . tapi semenjak kelahiran Nabi Muhammad , Allah memuliakan baginda SAW dengan menjadikan petir untuk menghapuskan syaitan dari mencuri maklumat dilangit .Kalau tak percaya , tengok kat luar rumah bila kilat , kadang kala bila kilat petir tapi langit cerah je...

Ilmu apakah yang syaitan curi ?nak tahu ? jum kita baca;

malaikat Harut dan Marut adalah malaikat yang dikurniakan ilmu Sihir dari Allah dengan tujuan untuk menguji keimanan orang - orang Mukmin .
Maka , syaitan yang mempunyai kedengaran yang tajam pun mencuri ilmu tersebut , padahal Marut dan Harut tidak pernah sama sekali mengajarkan ilmu Sihir kepada syaitan .



4 . Syaitan berupaya berjalan dalam darah manusia ;

dalam hadis nabi yang bermaksud
" Sesungguhnya syaitan itu berjalan melalui pembuluh darah manusia"


5 . Syaitan senantiasa berdamping dengan semua manusia dari kecil ;

Nabi juga bersabda ;

"Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan didunia melainkan diganggu oleh syaitan kecuali Nabi Isa "

Syaitan ( khusus ) yang menganggu kita semenjak bayi digelar sebagai Qarin .
Qarin nabi SAW sudah diislamkan.



Kelemahan Syaitan ?

syaitan tidak mampu bertahan lama dalam menzahirkan diri kepada manusia
;

Tak percaya tengok lah kes histeria...muncul kan diri je..lepas tu rasuk dan larikan diri...

Macam kitalah , kita tak boleh ghaib tapi syaitan ghaib dan kita menzahirkan badan kita tetapi syaitan tidak mampu. Itulah sebabnya tak payah takut dengan diorang ni.



Bilakah syaitan datang ?

1. Solat

soalan ini pernah ditanya oleh Sahabat lalu bersabda Nabi SAW yang bermaksud ;

" Sesungguhnya syaitan dalam setiap urusan kamu "


jadi tak hairanlah kalau waktu solat pun dia kacau...


Orang yang suka akan ilmu hitam ni kenapa ? kan ilmu hitam itu ilmu yang dilarang oleh Islam kerana ia berunsurkan syaitan...orang yang jumpa bomoh ni nak apa dari bomoh ? nak kebal taknak mati... Ok , kalau badan kita kebal macam mana nak mati Syahid ?


2 . Menguap

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

menguap boleh menjatuhkan maruah kita , Syaitan akan datang untuk menjatuhkan maruah kita , bila kita menguap sampai terkeluar bunyi dari mulut maka syaitan akan ketawa berdekah -dekah .
Dikatakan juga, sukan yang menjatukan maruah adalah dilarang sama sekali didalam Islam.

3 . Muzik

berkata Imam Ghazali ,
" setiap benda yang HARUS kalau dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk "

Kalau kita asyik dengan bernasyid sampai Quran pun tak pegang maka apalah erti kita beribadat sepenuh hari ?

P/s : hati-hati ye... syaitan berada dibelakang anda..HEHE

Wednesday, January 27, 2010

Menutup Aurat menjauhi Zina


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Harini saya taknak bagi tahu hukum menutup aurat sebab saya rasa semua orang Islam dah tahu hukumnya ,,,
Wajib ye anak - anak sekalian, eh terbagitau pulak..haha


Yang saya nak kongsikan kepada READERS semua ialah Kenapa Islam menyuruh kita menutup aurat ?

Firman Allah dalam surah Al- isra' ayat 32 yang bermaksud ;

" Dan jauhilah kamu zina , sesungguhnya zina itu keji lagi menyesatkan "

bukankah menunjukkan ( membuka ) aurat tu menghampiri zina ?


Satu lagi firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59,

Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka , supaya mereka lebih mudah dikenali orang kerana itu mereka tidak diganggu .

Saya nak memfokuskan tajuk cerita ni kepada perempuan..
lelaki senang...aurat lelaki tutup dari pusat hingga lutut...tapi kalau boleh tutup sampai habislah..

Dimana aurat wanita ?
dalam gambar ini juga terdapat suruhan Allah terhadap aurat Wanita.

sumber gambar : Seleksi Buku


bersabda Rasulullah SAW ,

"...dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang- lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias) , mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..." (Sahih Muslim).
Satu lagi , adakah korang semua masih ingat akan peristiwa Isra' dan Mikraj ???
peristiwa dimana Rasulullah SAW melihat perempuan yang diganting rambutnya dengan otak yang mendidih dalam api neraka ....
sebab apa perempuan itu diazab sedemikian rupa ???
Ini kerana dia tidak menutup rambutnya semasa di dunia dari lelaki yang ajnabi .


Zaman sekarang ni dah ada dah benda - benda macam nie... aduhai , malang betul kita ...nampaknya jadi macam Marut dan Harut lah kita ni....

ok...berbalik kepada aurat perempuan...aurat perempuan ialah semua anggota kecuali muka dan tapak tangan...saya pasti semua perempuan dah tahu..tapi...
perempuan yang sempurna auratnya ditutup hanyalah sedikit...

Perempuan ada 3 jenis

1 . Tutup aurat sempurna
2 . Tutup aurat tidak sempurna
3 . langsung tidak tutup aurat

Dari iklan rejoice hingga ke program entah apa-apa di rangkaian televisyen , ketiga - tiga jenis perempuan ni kita dapat lihat...

macam - macam fesyen ada tapi adakah ianya dibenarkan syariat,,,?
yang nampak PUSAT MEMBELI BELAH lah..
yang nampak GUNUNG KINABALU la... ( istighfar )...

Tapi harini saya nak fokuskan kenapa memakai pakaian yang ketat , Islam melarangnya ?
Kan aku dah kata tadi ...ianya menghampiri zina...hehehe

Ok ok...

Pakai pakaian yang ketat boleh menyebabkan kita ;

1 . Tak selesa .
Apabila kulit tak mampu bernafas . Peluh yang keluar melalui pori pori menyebabkan korang kurang selesa untuk bergerak kerana pakaian ketat akan melekat pada kulit .

2 . Bakteria .
Pemakaian yang ketat boleh menyebabkan peluh terkumpul seterusnya memudahkan pembiakan bakteria.
Peluh yang banyak akan meningkatkan kelembapan kerana bakteria gemar berada di tempat yang lembap .

3 . Gatal -gatal .
Bagi yang kuat berpeluh ditambah pula memakai pakaian ketat , mudah akan mengalami kegatalan pada kulit . Byangkan saja peluh yang banyak mengalir dan lama kelamaan kulit menjadi kemerahan lantas melecet .

4 . Bau .

Baju yang ketat malah penuh dengan peluh yang terperangkap bakal mengundang bau- bau yang masyuk .
lama kelamaan , kawan korng pun hilang akibat bau korng yang " enak " tu...hehehe

5 . Jerawat .
Pemakaian ketat akan menutup liang liang minyak sehingga menimbulkan masalah jerawat terutamanya jerawat yang muncul di belakang tubuh .

6 . Pergerakan .

korang akan mengalami kejang otot , sakit pinggang , sakit dada kerana sukar bernafas dan sebagainya.Ini juga diakibatkan oleh pemakaian pakaian yang ketat.

7 . Kesuburan .
Pamakaian seluar yang ketat pula boleh merosakkan buah zakar ( kaum lelaki ) manakala kaum perempuan pula boleh menyebabkan masalah bau kelembapan .


Kita rehat tengok video ni kejap

Aurat - Ustaz Zaharudin Abdul Rahman



nah , baca juga Bicara Aurat

Ada lagi,...haha ..Apakah Suara kaum Hawa itu aurat ??? baca pula artikel ni Hawa : Aurat atau bukan???

Wallahualam bissawab,,..

P/S : saya ada pantun untuk orang yang tak tutup aurat nih

Anak pak Ali lidahnya kelat ,
Kerana lidahnya terputus urat ,
Pakai baju tak tutup aurat ,
Pahala kurang dosa yang melekat .

Penghinaan Islam didalam permainan Video


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


'Video Game' atau dalam Bahasa Melayu 'Permainan Video' makin mejadi kegilaan ramai kanak kanak dan remaja terutamanya permainan video PC, PS2 dan PS3,XBox dan bermacam macam lagi.Tapi tahukah anda ada terdapat permainan video yang secara secara terang-terangan menghina Islam??

Sebenarnya Game ni dah lama , cuma apa yang saya jumpa menerusi perbualan orang di laman web yang lain hanyalah gambar , kemungkinan gambar boleh di edit. Jadi saya kaji , dan telah terjumpa video di Youtube.Ternyata memang benar Game ni menghina Islam !!!

Berhati-hati dengan permainan2 ini!!! Benarlah firman Allah:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
( Suratul Baqarah : ayat 120 )





satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg
menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan
pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu
hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu

ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini
permulaannya...

" wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
[dalam bahasa inggeris]

dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya... klau tak
silap kitab bible... pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat
kemusnahan yg tercatit didalam bible...

Tujuh ayat kemusnahan dlm Bible:
1) Wrath ( Murka )
2) Sloth ( Kemalasan )
3) Lust ( Nafsu )
4) Gluttony ( Kerakusan )
5) Greed ( Ketamakan )
6) Pride ( Kebanggaan )
7) Envy ( Iri Hati )

Gambar pintu Kaabah yang sebenar dan bandingkan gambarnya di dalam permainan ini...


Perhatikan gamba dibawah ini

Pintu Kaabah:






Helah Penghinaan:












sumber : Petikan Buku




Bukti:


Devil May Cry 3 : Penghinaan Pintu Kaaba

Keterangan;
Video ini adalah benar dan disiasat sendiri oleh saya ( penulis blog surau ) untuk mengetahui benarkah permainan ini ada menghina Rumah Suci Allah .Ternyata benarlah pernyataan yang saya baca di http://petikanbuku.blogspot.com/ .

Berikut adalah Comment saya dengan Si Upload di Youtube.com ;


Narupan18 (saya) :

they open kaaba door?
Kaaba is holy
Allah will push them to Hell in the Last Day
I am Muslimes...

Terjemahan Narupan18 :

Mereka buka Pintu Kaaba?
Kaaba ini suci
Allah akan mencampakkan Mereka(yang mencipta permainan ini) ke dalam Neraka pada Hari Terakhir (kebangkitan)
Aku adalah Beragama Islam


rocketboy2011
(si Upload):

Its a flippin game retard.
allah aint guna do shit.


Terjemahan Rocketboy2011 :

Ini merupakan permainan ciptaan Filipina yang terbantut.
Allah tidak akan menggunakan kesialan.



Kawan kawan saya ada yang dah main game ni ( masa tak tahu game ni hina Islam ) ...

1 . Aku akui pernah main game ni tetapi aku tidak sampai ke tahap ni...
Subhanallah aku hampir terlalu taksub dengan game ni.
- Hamba Allah


Wallahualam


P/ S : Aku memang tak pernah main game ni...sebab time game ni keluar aku takde pon konsol Ps 2 / xbox...haha

Sains didalam Quran


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Alhamdulillah , dah lama ya saya tak update blog surau ni ,...
harini saya nak minta izin dari bloggers semua..saya nak lari sedikit dari isu di surau..
kita masuk topik Sains didalam Alquran..
Inilah dia sedikit sebanyak Sains dalam Al-Quran yang saya petik dari kitab SEDIKIT MENGENAI QURAN yang diterbitkan oleh Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Perak

Kehidupan Di Cakerawala

Firman Tuhan yang bermaksud,
"Dan di antara keterangan-keterangan Tuhan itu ialah terciptanya langit dan bumi dan makhluk hidup yang bertaburan di dalamnya, dan Tuhan itu Maha Kuasa mengumpulkan semuanya manakala dikehendaki".

( surah As-Syura Ayat 29 )



Kemungkinan Menjelajah Cakerawala

Firman Allah yang bermaksud,
"Wahai Jin dan manusia , jika kamu berupaya menembusi langit dan kamu dipersilakan,kamu tidak akan sanggup menembusinya melainkan dengan kekuasaan".

( Surah Ar Rahman Ayat 33 )

Allah dah terangkan kepada kita dah... Kalau kita nak jadi angkasawan ...kita kena pakai roket dan sedikit alat pernafasan...
Nabi Muhammad lain... Nabi Muhammad mendapat bantuan besar dari Allah dengan menaiki Buraq...
Ingat semua ... Nabi Muhammad adalah Angkasawan pertama DUNIA yang berjaya naik ke SYURGA ....





Gerakan Matahari dan Bulan

Firman Tuhan yang bermaksud,
"Dan matahari itu beredar mengikut ketetapan,itulah ukuran dari Tuhan yang Maha Kuasa dan Mengetahui."

"Dan bulan itu telah kami tentukan tempatnya sampai kembali seperti mayang yang telah tua.Matahari tidak sepatutnya mengejar bulan dan malam tidak sepatutnya mendahului siang,masing-masing berjalan di dalam peredarannya".

( Surah Yasin Ayat 38-40 )



Kuasa Elektrik

Firman Allah dengan maksudnya,
"Tidakkah engkau tahu bahawa Tuhan menghalau awan dan kemudian dikumpulkannya lalu menjadi satu tumpukan, engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya".

( Surah An-Nur Ayat 43 )

"Tuhan memperlihatkan kilat kepada kamu,menimbulkan ketakutan dan pengharapan".

( Surah Ar-Raad Ayat 12 )




Anak dalam Kandungan Ibu

Firman Allah yang bermaksud,
"kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah dan dari segumpal darah kami jadikan segumpal daging dan dari segumpal daging kami jadikan belulang kemudian tulang belulang itu kami tutup dengan danging sesudah itu kami jadikan makhluk yang lain.Maha berkat Tuhan pencipta yang Maha Baik".

( Surah Al-Mukminun Ayat 14 )

"Apakah manusia mengaku bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja ,bukankah dahulu berasal dari setitik air mani yang ditumpahkan kemudian itu menjadi segumpal darah dan Tuhan menciptakan bentuknya dan menyempurnakan kejadiannya , dan dijadikan oleh Allah dua jenis,laki-laki dan perempuan".

( Surah Qiamat Ayat 36 )



Pemecahan Atom

Firman Allah di dalam AlQuran yang bermaksud ,
"Tiada tersembunyi barang seberat zarah (atom) di langit dan di bumi tidak ada labih kecil atau yang lebih besar dari itu,tetapi semuanya ada di dalam kitab yang terang",

( Surah Sabak Ayat 3 )



Air Hujan

Allah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud,
"Dan engkau lihat bumi itu kering,tetapi apabila kami turunkan diatasnya hujan,ia bergerak dan menumbuhkan segala macam tanaman indah permai".

( Surah Al-Hajj Ayat 5 )



"Dan kami jadikan daripada air semua benda hidup".

( Surah Anbia Ayat 30 )




Dasar Lautan

Firman Allah dengan maksud,
"Dibiarkan mengalir kedua lautan itu bertemu satu sama lain,antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui, yang manakah dari kurniaan Tuhan yang hendak kamu dustakan dari keduanya keluar mutiara kecil dan besar".

( Surah Ar-Rahman Ayat 19-22 )


Tumbuh-Tumbuhan

Firman Allah dengan maksud,
"Tanam-tanaman dan pohon-pohon keduanya tunduk kepada Tuhan, dan bumi dibuat untuk makhluk, disitu ada buah-buahan, pohon kurma yang bercabang dan tanaman yang berbiji mempunyai daun-daun dan berbunga harum".

(Surah Ar-Rahman Ayat 10-12 )



Binatang

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud,
"Tuhan telah menciptakan setiap binatang daripada air dan diantaranya berjalan di atas perutnya , di antaranya berjalan dengan kedua kakinya dan di antaranya berjalan dengan empat kaki,Tuhan menciptakan apa yang dikehendakinya.Sesungguhnya Tuhan itu berkuasa tiap-tiap sesuatu".

( Surah An-Nur Ayat 45 )


Astronomi

Firman Allah yang bermaksud,
"Dan kami jadikan langit itu atap yang dijaga sedang mereka tiada memperhatikan keterangan-keterangan yang ada disana dan Tuhan yang mencipta siang dan malam ,matahari dan bulan ,semuanya terkawal ,bergerak terus di dalam lingkaran peredarannya".

( Surah Al-Anbiya Ayat 32-33 )


"Dan Tuhan yang menjadikan bintang buat kamu supaya kamu dapat mengetahui jalan di masa kegelapan di daratan dan dilautan ,Sesungguhnya telah kami jelaskan keterangan untuk kaum yang mengetahui".

( Surah An-Am Ayat 97 )


Wallahualam...