Wednesday, February 17, 2010

Nabi Muhammad SAW ; Akhlak Rasulullah terhadap Yahudi Buta ;


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Hari ini kita berkongsi satu cerita ,
cerita ni adalah salah satu cerita yang diceritakan oleh Abang Hairi dan masih tersegar bugar dalam minda saya .
Jum , ikuti cerita ini .

"Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.


Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukanmerupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".


Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja"."Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.


"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.


Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai
menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."


"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" ,bantah si pengemis buta itu.


"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut melanjutkan perkataannya.


Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".


Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.


Hebat tak hebat Rasulullah,...Baginda dengan semua orang baginda baik hati...
Kita ???

P/s : Erm...tak tahulah nak cakap apa..Nabi Muhammad Is perfect...tapi kita kerepek...suka merepek..haha

Tuesday, February 16, 2010

Menghormati Orang tapi masuk Neraka???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Pelik tajuk diatas ? kita hormat kwan tu tapi kita masuk Neraka...Jum kita layan hadith ni..


Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.
(Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)


Anas bin Malik radhiyallahuanhu berkata,

Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah SAW Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah SAW(hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)


Ini adalah kerana para sahabat Rasulullah Radhiallaahu anhu yang sangat mencintai Rasulullah SAW pun apabila mereka melihat Rasulullah SAW masuk ke dalam sesuatu majlis, mereka tidak berdiri untuk beliau. Kerana mereka mengetahui bahawa Rasulullah SAW tidak menyukai perkara tersebut.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

Telah menjadi kebiasaan manusia untuk berdiri sebagai tanda penghormatan kepada manusia lainnya yang tertentu. Apatah lagi jika dia adalah seorang syaikh (tuan guru) masuk untuk membentangkan pengajian, atau untuk untuk tujuan tertentu. Juga jika seseorang pemimpin atau pembesar yang datang ke dalam sesuatu majlis, kebanyakan manusia akan bangun sebagai tanda penghormatan dan sebagai dasar memenuhi protokol-protokol tertentu. Sesiapa yang tidak mahu berdiri akan dikatakan sebagai tidak beradab, dan tidak menghormati orang lain dari tok gurunya atau para pemimpinnya.

Sewajarnya, seseorang guru atau pemimpin yang berilmu dan mengamalkan ilmuya perlu memberitahu permasalahan tersebut kepada masyarakat. Supaya dengan pemberitahuan tersebut masyarakat tidak akan melakukan perkara yang dibenci oleh Nabi Shallallahu alaihi wa Salam berulang kali. Malah, apabila seseorang pemimpin atau tok guru mendiamkan perkara tersebut, ia adalah seakan-akan mereka juga turut bersetuju dengan cara penghormatan seperti itu ke atas dirinya, sedangkan Nabi membencinya.

Membiasakan berdiri untuk menghormati orang alim atau orang yang masuk ke dalam sesuatu majlis, akan melahirkan di hati keduanya kesenangan untuk dihormati dengan cara berdiri. Malah jika seseorang tidak berdiri, ia akan merasa gelisah. Mereka yang berdiri itu menjadi penolong syaitan apabila mereka menyenangi penghormatan dengan cara berdiri untuk orang yang hadir. Padahal Rasulullah Shallallaahu ?alaihi wa Salam bersabda,

Janganlah kamu menjadi penolong syaitan atas saudaramu.(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sebahagian dari mereka menyatakan, kami berdiri kepada tok guru hanyalah sekadar bertujuan menghormati ilmunya.

Kita bertanya kembali kepada mereka, Adakah kamu meragui keilmuan Rasulullah Shallallaahualaihi wa Salam dan adab para sahabat kepada beliau, walau pun demikian, mengapa mereka tetap tidak berdiri untuk Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam?

Perlu kita fahami bahawa Islam tidak mengajarkan penghormatan dengan cara berdiri. Tetapi Islam mengajar dengan ketaatan dan mematuhi perintah, menyampaikan salam dan saling berjabat tangan.

Adakah makam seseorang tok guru dan pemimpin yang diberi penghormatan dengan berdiri itu lebih tinggi dari kedudukan Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam?

Sering kita lihat dalam sesuatu sesi pertemuan atau majlis, jika orang kaya yang masuk, semua berdiri menghormati. Tetapi giliran orang miskin yang masuk, tidak seorang pun berdiri menghormatinya. Perlakuan tersebut akan menumbuhkan sifat dengki di hati orang miskin terhadap orang kaya dan para hadirin yang lain. Akhirnya di antara umat Islam wujud perasaan saling membenci yang merupakan sesuatu yang amat dilarang di dalam Islam. Musababnya, berdiri buat menghormati. Padahal orang miskin yang tidak dihormati dengan berdiri itu, boleh jadi di sisi Allah dia lebih mulia dari orang kaya yang dihormati dengan berdiri.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
(Al-Hujurat: 13)


Mungkin ada yang berkata, Jika kita tidak berdiri untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang duduk.

Kita menjawab, Kita menjelaskan kepada orang yang datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati. Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk Neraka.?

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam,

Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.
(Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)



wallahualam

P/s : Kadang - kadang ada jugak Manusia yang duduk sahaja tapi itu disebabkan oleh seluarnya terkoyak..haha

Nabi Muhammad SAW ; Kenapa kamu , kamu dan kamu tidak rindu kepada Rasulullah ???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

kita ikuti pula hadith ni....

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallah anhu:

"Bahawa Rasulullah SAW pada hari Jumaat berdiri berkhutbah di sebatang pokok atau batang kurma.Maka berkata seorang perempuan Ansar,atau seorang lelaki, "Wahai Rasulullah!Biarkan kami mendirikan suatu mimbar untukmu?"Sabda Rasulullah,sekiranya kamu mahu,dirikanlah."

Maka mereka pun mendirikan sebuah mimbar untuk Baginda SAW.

Pada hari Jumaat,Rasulullah pergi ke mimbar tersebut.

Lantas berteriaklah batang kurma yang pernah menjadi tempat Rasulullah bersandar ketika berkhutbah seperti tangisan anak-anak.

Lalu Rasulullah turun dari dari mimbar dan memeluk batang kurma itu.

Maka hilanglah suara tangisan seperti tangisan kanak-kanak yang diredakan oleh Rasulullah dan baginda bersabda

"Ia menagis disebabkan zikir yang sering didengari disisinya telah hilang (sebab Nabi SAW tidak lagi berkhutbah di sisinya)."


Dalam riwayat lain menyatakan batang kurma tersebut menjerit sepeti suara lembu sehingga ia pecah dan terbelah.

Baginda SAW bersabda "demi diriku yang berada dalam kekuasaanNya, sekiranya aku tidak memujuknya,nescaya ia berterusan dalam keadaan sedemikian sehingga hari kiamat."

Berkata ABU al Qasim al Baghawi:Apabila Hasan Al Basri menceritakan batang kurma itu,beliau kan menangis seraya berkata ,

"wahai hamba Allah!Batang kayu merintih kerana rindu terhadap Rasulullah SAW setelah berpisah dengannya,maka
kalian adalah lebih berhak merindui pertemuan dengan Baginda SAW."


Pembaca Blog sekalian ; mari kita tonton kuliah Ustaz Ismail Kamus berkenaan Maulid Nabi ..
KLIK



P/s : korang selalu menangis tengok cerita orang mati ..itu cerita bukan betul , ..ni Nabi Muhammad dah wafat ...kenapa korang tak menangis ?jawab la ...haha

Sunday, February 14, 2010

Ikhtilat , menurut Islam ;


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Hukum dan Dalil


Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Adayang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pulamengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islamyang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' sertabeberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.


TAKRIF


'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapundari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanitabersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawakepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.


1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT


Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani olehmahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

keterangan ;

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

DariAisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untukberjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalahmenunaikan haji".


Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun,pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikansolat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinyadengan syarat:

* . Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
* · Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

"Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka."

Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islamtelah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketikamenunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antaralelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiriKa'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidakberlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah(keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan)sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersamalelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Disana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan,lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki danwanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Disana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yangdibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengantuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat'yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` sepertiurusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yangmemerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatupermasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yangberkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusantersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlahdengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiadadua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan darisaksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorangwanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupunberlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Danayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadisaksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harusbagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilahditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami ataumahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian)antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagiseseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suamiatau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Parawanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut sertabersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Merekamembantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan sertameniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang.Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalamsatu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitandengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapunwanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untukmenyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat-handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' sepertiini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawabentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidakbermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Inikerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanitawajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitandengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketikamenjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukanmahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanitamemandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupuserta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.

P/ S : Kalau berdua-duaan dalam chatting room macammana ek ? haha