Thursday, June 17, 2010

Nabi Muhammad ; dalam Kitab Hindu




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Bukti kewujudan Nabi Muhammad ada berlambak lambak . Tapi fokus entri kali ni ...Nabi Muhammad dalam kitab Hindu ...Dalam kitab tua yang berusia beribu tahun iaitu Rig Veda ada disebut tentang akan kelahiran seorang pemimpin yang dipanggil Narashangsa ( susah jugak nak menyebut nama beliau ...haha ) . Bila diteliti oleh para penyelidik hari ini , didapati ciri - ciri yang ada pada Narashangsa itu mempunyai persamaan yang pelbagai Nabi Umat Akhir Zaman , Nabi Muhammad SAW . Mari kita lihat persamaannya .


1 . Narashangsa equal to ' Yang Terpuji ' ;

Di mana mana tempat dalam kitab Vedas disebut juga tentang nama Eelit . Dalam nota kaki pada salah satu daripada Rig Veda yang diterbitkan , Eelit bermakna ' Yang Terpuji ' ...kalau hangpa semua bukak kamus translate bahasa arab-Melayu... Muhammad itu sendiri bermaksud " Yang Terpuji " . Kesimpulannya , Eelit equal to Narashangsa dan equal to :" yang Terpuji '' ..yah! dah dapat pun formula Matematik..haha


2 . Tempat Narashangsa akan lahir di kawasan Padang Pasir ;

Kita sudahpun sedia maklum bahawa tempat kelahiran Nabi kita ini ialah dikawasan yang dikelilingi padang Pasir .. Mekah yang cuaca panas dan terletak dikawasan tengah padang pasir di Semenanjung Padang Pasir ... Nabi Muhammad dilahirkan oleh sepasang suami isteri yang bernama Abdullah dan Aminah...

3 . Kualiti Personaliti

Rig veda menjelaskan bahawa Narashangsa yang akan lahir itu mempynyai personaliti yang cukup hebat . Ia amat disayangi oleh ramai manusia . Stanley Lane Poole ( sila eja dengan betul ) menulis tentang Nabi Muhamnad dalam speeches of Muhammad menjelaskan bahawa siapa yang melihat baginda akan menghormatinya . Sesiapa yang mendekatinya akan menyayanginya . Mereka akan mengatakan ; " Aku tidak dapat melihat orang seperti dia ( Nabi Muhammad ) sebelum mahupun sesudah itu " .


Kita lihat Kisah Nabi Muhammad hijrah ke Madinah ... kalau tak silap saya , Abdullah ( saya tak ingat la Bin apa ..hehe ..tapi yang pasti dia masih kafir ketika itu ...) mengatakan " aku melihat cara dia menunggang kuda sahaja sudah 1 / 3 aku beriman kepada dia . " subhanallah .







4 . Wahyu

Djelaskan juga bahawa Nasrashangsa akan mendapat pengetahuan secara wahyu . Nabi Muhammad juga kita sedia maklum diturunkan wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril ...Bahkan Nabi Muhammad telah mengetahui sesuatu perkara yang belum berlaku sekiranya telah diwahyukan terlebih dahulu . Perkara ini boleh dirujuk dalam tafsir ayat Surah Al-Ruum Ayat 2 hingga 4 .

" Telah dikalahkan Bangsa Romawi . Di negeri yang terdekat dan mereka sudah dikalahkan itu akan menang . Dalam beberapa tahun , bagi Allah SWT adalah urusan sebelum dan sesudah mereka menang . Dan di hari itu ( Kemenangan bangsa Romawi ) itu gembiralah orang orang yang beriman . "

5 . Narashangsa sebagai penerima Informasi dari Tuhan .

Dalam Vedas pula menyatakan ; Narashangsa sebagai Kavi . Makna Kavi pula terbahagi kepada dua ; satu sebagai penyair dan satu lagi ialah mendapat pengetahuan daripada Tuhan . Ini juga ada pada Nabi Muhammad SAW . Maka nyatalah benar akan firman Allah itu pada ayat Quran surah As Saffat ayat 36 -37 ;

Dan mereka berkata ; " Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan - sembahan kami kerana seorang Penyair gila . Sebenarnya dia ( Muhammad ) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul rasul sebelumnya ."


6 . Personaliti yang lemah lembut ;

Fakta sejarah telah menjelaskan yang rupa paras Nabi Muhammad ini adalah segak dan lemah lembut . Bahkan amat menarik personalitinya . Penulis bukan Islam pun turut meraguinya . Aku tak tahu tajuk buku tu beserta penulisnya ,tapi penulis itu meletakkan Nabi Muhammad SAW ditempat yang pertama tokoh yang berpengaruh . Bahkan Nabi mereka yakni Isa A.S berada ditempat yang bawah . Subhanallah .


7 . Penegah melakukan dosa ;

Disebut juga bahawa Narashangsa adalah seorang yang menegah melakukan dosa . Seorang yang melakukan dosa , beliau akan menolong orang itu supaya tidak lagi melakukan dosa pada masa akan datang . Ini adalah sama dengan bai Muhammad SAW yang juga menegah manusia berbuat dosa dan mendorong manusia berbuat baik dan beribadat kepada Allah SWT .

8 . Mempunyai 12 orang isteri ;

Dalam Atharvaveda iaitu kitab suci Hindu juga menyebut tentang Narashangsa akan mempunyai 12 orang isteri . Ini juga betul betul berlaku pada Nabi Muhammad SAW , di mana baginda sebenarnya mempunyai dua belas orang isteri ;

1 . Khadijahh Binti Khuwalid
2 . Saudah Binti Zam'a
3 . Aishah Binti Sayyidina Abu Bakar
4 . Hafsah Binti Sayyidina Umar
5 . Zainab Binti Khuzaima
6 .Ummi Salma Binti Abu Umayyah
7 . Zainab Binti Jahsy
8 . Juwayria Binti Haarith
9 . Rayhana Binti Zaid
10 . Ummi Habibah Binti Abu Sufian
11 . Safiyah Binti Huyay
12 . Maimunah Binti Harith

Ini juga tepat dengan apa yang dinyatakan dalam kitab suci Hindu tentang Narashangsa yang dikatakan mempunyai dua belas isteri . Dr Ved Prakash Uppaday , Muhammad in the Hindu Scriptures menjelaskan selanjutnya bahawa tidak ada dalam sejarah dunia pemimpin agama yang mempunyai 12 isteri selain daripada Nabi Muhammad SAW .


Didalam kitab suci Hindu , Mahabharata terdapat satu karakteryangbersamaan dengan ciri ciri Nabi Muhammad SAW . Nama karakter tersebut ialah Kalki . Korang eja dengan betul kalau tak kena gam nanti mulut..Kalki ya bukan Kaki ..haha.Bukti Kalki ni ialah Nabi Muhammad ? nah , ambik kau ;

1 . Kalki sebagai pemimpin agama dan pemerintah ( King )

Nabi Muhammad bukan sahaja Pemimpin agama dan pemerintah , bahkan menurut Prof K.S Ramakrishna Roa , Kolej Kerajaan untuk Wanita di Mysore , Kartanaka , menulis dalam bukunya The Prophet of Islam menyatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Nabi , pahlawan , peniaga , negarawan , peniaga , pemidato , reformis , pembela anak yatim , reformis , pembela abdi , pembela wanita , qadi dan alam aspek kemanusiaan , baginda adalah jaguh istimewa .


2 . Kalki pemimpin peperangan

Nabi Muhammad sudah semestinya sebagai pemimpin paling Utama bagi agama Islam dan baginda juga pemimping peperangan seperti peperangan apa kawan - kawan ? peperangan salib ? ha ye lah tuh..nak dapat kaki terbang aku silakan la kata peperangan salib..haha..
Antara peperangan yang masyhur yang diketuai baginda ialah peperangan Badar , perang Uhud dan perang Khandaq .


3 . Kalki sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara

Dalam konteks ini Hindu , Yahudi dan Kristian yang begitu lama terdahulu darinya tidak mempunyai negara tersendiri tetapi Nabi Muhammad SAW ada negara Islam , dimana baginda adalah ketua pemerintah .


4 . Kalki mengalahkan musuh , kemudian menunaikan Hajji

Setelah Nabi SAW mengalahkan musuh di Mekah , baginda mengambil hajji dimana baginda wafat tiga bulan kemudiannya di Madinah .


5 . Kalki pergi pergi ke taman yang indah , ini akan diikuti oleh Pengikutnya .

Terbukti apabila Nabi Muhammad pergi ke Madinah yang mana tempat itu adalah merupakan tempat yang indah dan subur di tanah Arab . Di tempat ini dilawati penganut Islam selepas atau sebelum mengambil haji di Mekah .


6 . Kalki membawa kebenaran dan kepalsuan akan hilang

Ini juga terbukti apabila Nabi Muhammmad menawan Mekah , sebagaimana dilaporkan oleh Professor Sejarah Kristian , Hitti , pada Januari 630 , penakhlukan Kota Mekah selesai . Nabi Muhammad telah memusnahkan sehingga dikatakan sampai 369 patung disitu . Di samping itu , wujud peraturan zakat di mana golongan yang berada dikenakan 2.5 peratus daripada simpanan tahunan . Zakat ini adalah untuk kebajikan umat Islam .


7 . Kalki mewujudkan 6 prinsip .

ok , kali ni aku nak tanya hangpa semua ..apa dia rukun islam kita ? haha....kalau nak tanya korang ni sampai minggu depan pun tak ingat..haha..ok lah.. Nabi Muhammad memperjuangkan rukun Islam yang lima ; iaitu mengucap 2 kalimat syahadah ,Solat 5 waktu , Puasa , Zakat , Haji dan satu lagi ..Jihad Fi Sabilillah !!!!


8 . Kalki dari golongan Brahmin .

Dalam kalangan Hindu menyatakan Kalki adalah dari golongan Brahmin . Malah mengikut kajian Dr . Ved Prakash bahwa ada bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah dari kalangan Brahman . Proffesser dalam Vedas , Umeshchandra Vidyaranta pada introduksinya dalam Rig Veda Samshita menjelaskan bahawa orang orang Aryan datang dari India dan menetap di tanah Arab . Sri Thakur Anukulchandra dalam bukunya mengenai Islam menegaskan bahawa Muhammad adalah dari kumpulan Aryan dengan bukti yang diambil daripada New Popular Encyclopedia Vol 1 dan dari Islam and World Prophet vol 2 menjelaskan keadaan fizikal Nabi Muhammad SAW adalah bentuk orang Aryan . Malah para khalifah iaitu Abu Bakar , Umar , Uthman dan Ali juga berkerturunan orang Aryan . Sudah tentu keturunannya itu adalah daripada ketua kumpulan yang dihormati menjaga Kaabah dari beberaa generasi lagi .


9 . Kalki menaiki Kuda Putih .

Kalki dikenali sebagai Pahlawan yang menaiki Kuda . Yang best nya..kuda yang di naiki ialah Kuda bewarna Putih . Kuda putih ini amat jarang didapati di dunia . Sudah tentu ia tidak amat jarang di India . Hanya di negara Arab , banyak didapati kuda putih . Semasa Nabi Muhammad hampir dengan kewafatannya . Baginda dikatakan dengan mempunyai kuda putih , sedikit senjata dan sebidang tanah . Tanah ini kemudiannya didermakan untuk kebajikan .


10 . Kalki memusnahkan patung .

Dalam versi 2 dan 4 , Kalki Purana ada menyatakan bahawa ;

A . Apabila Kalki menjadi pemerintah , setiap orang akan suka kepadanya . Vedas , agama dan kebenaran terus hidup .
B . Patung -patung dimusnahkan , pemujaan dihentikan .
C . Amalan agama tanda "tilak" ( amalan Hindu di tanda di dahi ) juga tiada kelihatan lagi .


Maka , terbukti lah Narashangsa dalam kitab Vedas dan Kalki yang berusia ribuan tahun tidak lain tidak bukan Nabi kita Nabi Muhammad SAW .


Maka ternyatalah nabi Muhammad Nabi yang mulia dan terpuji..lepas ni janganlah pulak guna Nama Narashangsa kat anak kita..kesian anak kita nanti...yang lebih kesian lagi..kitalah ..nak sebut pun payah..haha

Monday, June 14, 2010

Nama 25 Rasul ; dalam Inskripsi Yahudi ???

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Anda semua tahukan rukun iman ke 4 ??? Apa dia ? apa ? tak jelas ? membayar zakat !??? membayar zakat rukun Islam ke 4 bukan rukun iman ke 4....haha..saja je nak test IQ readers semua..Harini , entri saya simple ...fasal nama 25 rasul ...Eh , fasal nama je ? kitorang kan dah tahu nama 25 Rasul ..dengar lah dulu...maksud saya fasal nama 25 rasul dalam kitab Yahudi ...



Sebutan Arab____Sebutan Yahudi
___________________________

01 . Adam ---------> Adam

02 . Idris ---------> Enoch

03 . Nuh ----------> Noah

04 . Hud ----------> Eber

05 . Saleh ---------> Shelah

06 . Ibrahim -----> Abraham

07 . Lut ------------> Lot

08 . Ismail --------> Ishmael

09 . Ishak ---------> Isaac

10 . Yaakob ------> Jaacob

11 . Yusuf ----------> Joseph

12 . Ayub ----------> Job

13 . Shuib --------- > Jethro

14 . Musa ----------> Moses

15 . Harun ---------> Aoran

16 . Zulkifili ------> Ezekiel

17 . Daud ---------> David

18 . Sulaiman ------> Solomon

19 . Ilyas ----------> Elijah

20 . Ilyasa --------> Elisha

21 . Yunus --------> Jonah

22 . Zakaria -----> Zechariah

23 . Yahya ---------> John the Baptist

24 . Isa ------------> Jesus

25 . Muhammad ---> Muhammad


Apamacam ? Lidah korang terbelit tak sebut nama Nabi dalam bahasa Yahudi ni ? kalau ye , sila ke Hospital dengan segera...haha

Monday, June 7, 2010

Hobi Anda Maki Memaki ?????




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


petikan dari gambar anime kegemaran remaja kini .


Jika kita mengharapkan Malaikat Rahmat selalu mengunjungi rumah dan keluarga kita , maka perliharalah lidah.. Akibat lidah seseorang bakal menjadi Penghuni Syurga atau akan diseret ke muka Neraka....ambik kau...Neraka pon ada muka..haha...Jika kata - kata hang yang lembut dan baik itu sedekah , senyuman kita kepada saudara seiman tu pun dikatakan sedekah.. Cumanya janganlah korang senyum sorang sorang dalam bilik gelap..nanti orang kata gila pulak..haha


Ok ok ..berbalik kepada entri....berlawanan kepada perbuatan baik tadi...seperti perbuatan sia sia seperti Ghibah , namimah ( fitnah ) dan caci maki , serta ucapan keji dan kasar yang penuh dengan dendam ..dan kedengkian merupakan jalan menuju kerugian..., mendatangkan seksa , dan menyingkirkan kita dari Rahmat Allah.. Oleh sebab itu , kita harus bersungguh - sungguh memelihara lidah . Basahilah lidah kita dengan Zikrullah...Maksud basah kat sini ialah Seringkali mengungkap perkataan.. jangan ingat basahi lidah tu..basahi lidah dengan air oren pulak..haha

Kendalilah gelojak nafsu kita sambil tetap mengadakan muhasabah diri sebelum kita memulai suatu pembicaraan sehingga kita mampu mengalahkan nafsu , bukan kita menuruti hawa nafsu . Kuasailah lidah dan tahanlah emosi kerana mengendalikan emosi dan hawa nafsu merupakan perkara yang sangat dianjurkan di dalam Al-Quran . Allah SWT telah menjadikan orang yang mampu mengendalikan hawa nafsu dan emosi sebagai orang orang yang bertaqwa sebagaimana firman Nya dari surah Ali Imran ayat 133 hingga 134 yang bermaksud ;

" Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan untuk orang orang yang bertaqwa iaitu orang orang yang menafkahkan (hartanya ) , baik diwaktu lapang mahupun sempit dan orang orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan ) orang. Allah mengakui orang orang yang berbuat kebajikan ."

( Ali Imran : 133 - 134 )



Kita pun harus mengiringi perbuatan menahan marah itu dengan tutur kata yang baik kerana perkara itu merupakan akhlak yang jelas keutamaannya . Kita boleh ambil contoh akhlak Nabi Muhammad...Kisah yang cukup famous ...
kisah dimana Nabi Muhammad menolong seorang nenek tua yang mengangkat bungkusan kayu api...Nabi Muhammad menjinjingnya sampai ke rumah..dalam perjalanan ke rumah.. Nenek tua itu mengejek , " anak...kau jangan percaya sama itu Muhammad ...dia penipu ...dia bla bla bla ( mengata ) " ... Nabi Muhammad diam ajer...bila dah sampai ke destinasi ..Nabi letak kayu lepas tuh terus pergi...( kalau kita dalam hati ...Nenek , kau nanti kau...aku pelangkung kepala kau pakai kayu ni nanti ..betul tak?haha ) ..Nenek tu bila Nabi Muhammad pusing belakang nak balik...Nenek tu berminat nak tau .." anak, ..siapa nama anak ni ? " ..maka bersabdalah Nabi Muhammad... " Aku.. Muhammad SAW " ... Nenek tu terkejut berok lantas berkata " Asyhaduanlaila haillallah wa asyhaduan na muhammadar rasulullah .."Maha suci Allah...


Okeh..berbalik kepada topik ...Kewujudan kita ini ditentukan dengan penetapan memilik organ tubuh yang kemungkinan sangat kecil ...iaitu lidah dan hati . Barangsiapa yang dikurniai Allah , hati yang bersih dan lidah yang yang suci dari ucapan kotor ... , bererti telah melapangkan untuknya taufik dan hidayah Allah . Ucapan yang baik dan manis dapat berfungsi sebagai "sihir" yang menjanjikan ketenangan jiwa , ketenteraman hati , dan kelapangan dada ...

Tidak dapat dinafikan lagi jika dikatakan tutur kata seseorang merupakan penterjemahan atau alibi kulaiti intelektual atau akal seseorang... Di dalam sebuah syair entah siapa penyair nya menyatakan ,...

" Ucapan itu ,tersimpan dalam hati ,
Lidah tidak lain ..
dijadikan sebagai buktinya!!! "


Okeh ..tadi tuh baru Muqaddimah ye.haha.. maka , mari kita masuk kepada Topik Memaki...

Perbuatan mengutuk dan mencela itu merupakan sesuatu perbuatan yang sangat dituntut..haha....sabar la..belum habis tulis lagi... Perbuatan maksiat ini memang sangat dituntut oleh Iblis laknatullah....perbuatan ini sangat merugikan sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda R.A ;

"Orang orang yang suka mengutuk tidak akan memberi syafaat dan tidak akan menjadi saksi pada hari Qiamat ."


Imam al-Hafiz al-Mundziri berkata ; "Makna kata melaknat ( mengutuk dan rakan kongsinya yang lain ) menurut bahasa adalah 'menjauhkan dan meninggalkan' , kemudian dalam praktikalnya , kata kata itu digunakan untuk menyumpah yang isinya menjauhkan seseorang dari Rahmat Allah ."

" Setiap Umat Islam bersaudara , " so..kenapa mesti kutuk mengkutuki ? Bukan kita mesti bersatu padu dibawah naungan syariat? syariat tak bagi mencarut so hang jangan la mencarut.. Mencarut hanya menjauhkan kita dari Rahmat Allah... Oleh kerana itu , jika kita menyumpah orang lain agar dijauhkan dari rahmat Allah , bererti dia telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syafaat , pembelaan , serta persaksian yang menuntut kelembutan dan kasih sayang . Padahal , itulah tujuan yang tengah dicanangkan oleh kaum kafir .

Ibnu Umar R.A mengatkan bahawa Rasulullah SAW bersabada yang bermaksud ;

"Orang yang beriman itu bukan orang yang suka mengutuk . "


Abu Hurairah R.A mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

" Tidak patut orang yang jujur itu menjadi pengutuk "

...orang jujur nak jadi pengutuk? ish3..banyak lagi kerja..macam jadi Juruwang ke..ni pilih jadi pengutuk...

Imam Nawawi pula mengatakan , " Pada Hadith diatas terdapat larangan perbuatan mengutuk . Doa mengatakan bahawa sifat sifat terpuji tidak akan ada pada seseorang yang suka mengutuk dan mencaci maki kerana mengutuk atau melaknat walaupun melalui doa itu dapat menjauhkan seseorang dari rahmat Allah .

Korang semua!..gerun tak dengan hadith kat atas ? Apa! tak cukup gerun...wah..ni kes berat nih!...

Okeh..kita pergi kepada hadith seterusnya ...

" Melaknat seseorang muslim itu sama dengan membunuhnya ." wah...best best!!! Orang yang membunuh orang lain dikatakan telah memutuskan kenikmatan duniawi dan yang mengutuk orang lain dikatakan telah memutuskan kenimkmatan ukhrawi dan Rahmat Allah .

Abu Zaid bin Tsabit bin Dhahhak al-Anshari R.A sebagai salah seorang yang ikut serta dalam baiatu -Ridwan mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ...

" Barangsiapa yang bersumpah dengan cara selain Islam secara sengaja dalam keadaan berdusta , maka dia menjadi seperti apa yang diucapkannya itu. Barangsiapa yang mebunuh diri dengan sesuatu , maka dia akan diazab pada hari Qiamat . Dan tidak boleh seseorang bernazar dengan sesuatu yang bukan hak miliknya . Dan mengutuk orang beriman itu sama dengan membunuhnya ."
( HR Muttafaq Alaihi )

Amacam ? dah rasa kejang kaki ? Perlu ke saya ulangi " Dan mengutuk orang beriman itu sama dengan membunuhnya ."?haha...
Hadith ini menunjukkan besarnya Dosa mengutuk orang beriman...

Adakah kita seorang mukmin yang sejati jika makian dah menjadi hobi harian ???

Nabi Muhammad menafikan kesempurnaan iman jika Hobi anda adalah makian ..makanan anda makian ..dan kentut anda juga makian?haha.

" Bukanlah dia seorang mukmin , jika suka mengutuk , mencaci maki , dan mengeluarkan kata kata keji yang menyakitkan " ...

Maaf ye ..tapi saya perlu sebut juga perkataan ni...Saya perhatikan..orang selalu sebut..FU*K ISRAEL ...boleh ke mencarut lagu tu? FU*K Israel bukan lagu..haha.. Berhati hatilah dengan kata kata anda... bukankah sudah dibincangkan bahawa ISRAEL itu ialah HAMBA ALLAH ? ..kalau kita translatekan ..maknanya FU*K HAMBA ALLAH ? wah ..sangat best!!!

Boleh ke kita panggil orang KAFIR laknatullah???Macam ni lah.. hangpa semua balik rumah ( bagi siapa yang ada kat siber cafe lah ..haha) hangpa cek quran...apa yang Allah laknat maka kita boleh panggil orang itu laknatullah..contohnya ? siapa lagi..Iblis dan konco konconya lah..haha
seperti Qarun ....Firaun... dan sebagainya... Kita tak boleh panggil jiran kita kafir laknatullah hanya sebab dia hidup masih kafir kerana mana la tahu , kalau kalau dia masuk Islam , Iman dia nanti lebih tinggi daripada kita . Tetapi , jika dia telah "arwah" maka Kafir Laknatullah layak baginya .

Macam mana nak teruskan nih..ada 5 helai lagi nih? haha..
okelah ..kita masuk sub-topic pertama ...


A. Mencaci Maki Para Sahabat

Sahabat adalah sepertimana diterangkan Nabi Muhammad SAW ...zaman " kurun terbaik " ..kalau bahasa kita .."terbaik dari ladang " atau english...FRESH..haha...
Sahabat ni pendukung Nabi , penolong Nabi...orang yang sama sama turut dalam Jihad Fi Sabilillah ..Tanpa mereka tiada kita ...Tapi mengapa ? Mengapa mereka menjadi Topik "kuliah" Jumaat anda ???
Sejumlah Hadith berisi larangan mencaci maki , apalagi mengutuk mereka ? diantaranya dari Abu Sa'id Al-Khudri R.A yang mengatakan ...Rasulullah SAW bersabda

" Janganlah kamu mencaci maki sahabatku . Demi Allah yang jiwaku di "tangan"Nya , seandainya salah seorang diantara kamu berinfaq dengan emas sebesar Gunung Uhud , nescaya perkara itu tidak akan menyamai satu mud slaah seorang dari mereka dan tidak pula setengahnya . "

Imam al-Khaththabi mengatakan : " Makna hadith diatas adalah bahwa infaq atau sedekah yang sedikit , yang mereka keluarkan fisabilillah , padahal mereka hidup dalam kesempitan ekonomi , jauh lebih bersih dan bernilai disisi Allah daripada infaq yang banyak yang dikeluarkan oleh seseorang muslim sesudah mereka ."

Didalam kitab Mu'jamal Kabir , Imam Thabrani mentakhrijkan hadith dari Ibnu Abbad bahawa Rasulullaj SAW telah bersabda , " Barangsiapa yang mencaci maki sahabatku , maka dia akan mendapat laknat laknat Allah , malaikat dan manusia seluruhnya ."


B . Mencaci Maki Orang yang sudah "Almarhum almarhumah"

Orang dah meninggal pun jadi kutukan... Mereka mengharap sebungkus doa bukanlah kutukan atau makian ...dan doa tu pulak bukanlah yang jahat jahat ..doa yang baik untuk meringankan bebanan dalam azab qubur ..bahkan untuk mendapatkan rahmat Allah ...untuk meningkatkan darjat dan kedudukan mereka ...

Riwayat dari Mughirah bin Syu'bah r.a yang mengatakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;
" Janganlah kamu mencaci maki orang yang telah hidup sehingga kamu menyakiti orang yang masih hidup "

Sabda Nabi diatas merupakan hikmah yang menyiratkan cinta kasih dan pelasterian jalinan hubungan antara orang beriman.. Sehubungan dengan itu...Aisyah R.A berkata ... " Janganlah kamu mencaci maki orang yang sudah meninggal kerana mereka telah melangsaikan tugasnya ( didunia ). "

C . Mencaci Maki Syaitan

Larangan mencaci maki syaitan berkaitan dengan sikap syaitan yang akan menyombongkan diri dan arogon . Dengan caci maki , syaitan yang HOTS ni akan bertambah sombong dan membusungkan dada ; justeru yang seharusnya kita lakukan adalah memohon perlindungan dari kejahatan Syaitan . Untuk itu , Abi Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ;

" Janganlah kamu mencaci maki syaitan , tetapi beristiadalah kepada Allah dari kejahatannya "


Korang tengok..maki syaitan yang kuffar ni pon tak boleh ..aptah lagi menghina orang islam ..sesuai dengan sabda Rasulullah , hadith dari Abdullah Bin Mas'ud ...

" Mencaci maki orang islam itu hukumnya Fasiq , sedangkan membunuhnya merupakan suatu kekufuran "


D . Mencaci Maki Orang Tua

senang sajer nak terangkan subtopic ni..satu hadith sudah memadai ..

Abdullah bin 'Amr mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ...yang bermaksdu ..

" Khabair yang terbesar adalah jika seseorang mengutuk kedua orang tuanya . Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah , apakah yang dimaksudkan dengan seseorang itu mengutk kedua orang tuanya sendiri ? Rasulullah SAW menjawab : Dia mengutuk atau mencela orang tua saudaranya , lalu saudaranya itu membalas dengan mengutuk dan mencela ayah atau ibunya "


E . Mencaci Maki Zaman atau Kejadian Alam

Mengutuk zaman atau kejadian alam telahpun dilarang oleh Rasulullah . Kaitannya dengan perkara ini terdapat beberapa hadith yang melarang kita mengutuk zaman . Abu Hurairah menyatakan bahwa Rasulullah SAW telah berpesan yang bermaksud ;

" Janganlah kamu mencaci maki masa kerana Allah adalah masa "


atau dalam hadith yang lain , Abu Hurairah R.A bersabda yang bermaksud ;

" Bani Adam mengutuk masa , padahal Aku adalah masa yang ditanganKU lah malam dan siang "

Syeikh Abu Muhammad bin Abu Jahrah berkata ; " tidaklah samar samar jika dikatakan bahwa orang yang mencela ciptaan bererti dia telah mencela Penciptanya . Barangsiapa yang mencaci maki dan mengutuk malam mahupun siang , bererti dia telah menjerumuskan dirinya kedalam lembah neraka ."

Sebahagian manusia berkata ; "Apa yang telah aku lakukan tidak akan berakibat dosa dan tidak akan apa - apa . " Padahal kaki sebelah dah hilang dah akibat perbuatan maksiat nya yang lalu..haha

Imam al-Khathtabi berkata ; Orang orang Arab zaman dahulu suka mengutuk masa kerana menurut mereka masa atau zamanlah yang menimpakan pelbagai musibah dan bencana yang enak enak kepada mereka . Lalu , mereka memaki Dzat yang telah mendatangkan musibah dan kejadian tersebut . Maka sesuai lah perkara ini dengan hadith tadi " Janganlah kamu mencaci maki masa kerana Allah adalah masa "

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Astqalani berkata ; " Dahulu , dalam kalangan bangsa arab terdapat kebiasaannya jika salah seorang dari mereka ditimpa musibah , mereka "wajib" mengutuk masa dengan keyakinan , bahawa masa lah yang menimpakan musibah kepadanya . Mereka juga berkeyakinan mengatakan , " Bintang anu telah menurunkan hujan untuk kami , " dengan keyakinan , bawa bintang tertentu telah menurunkan hujan . Celaan atau kutukan seperti itu seakan akan mengutuk atau mencela Pelaku Musbibah atau Hujan tersebut ."


F . Mencaci Maki Angin

Angin yang dimaksudkan bukannya angin yang keluar dari perut "bumi" ye..haha..tapi angin yang dimaksudkan ialah angin lah.. ..Angin ...kenapa kita dilarang mencaci maki angin ? apa , angin dah cukup hebat ? ya...angin memang hebat... tanpa angin ...kita tak boleh tahu mana utara , mana selatan , mana timur ..mana barat.... Tanpa angin...kita tak boleh rasa sejuk...
Tanpa angin ..angin yang keluar dari perut "bumi" susah nak dihilangkan..hahaha

Ubay Bin Ka'ab R.A mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ;

" Janganlah kamu mengutuk angin . Jika kamu mendapati suatu perkara yang kamu benci maka katakanlah ; Ya Allah , kami memohon perlindungan kepada-Mu akan kebaikan angin ini dan kebaikan yang dibawanya dan kami berlindung kepadaMu dari keburukan angin ini dan kejahatan yang dibawa olehnya , serta kejahatan yang di dalamnya . "

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

" Janganlah kamu mengutuk angin kerana angin itu berasal dari Allah yang berhembus membawa rahmat dan azab . Namun , mintalah kepada Allah akan kebaikannya dan berlindunglah kepadaNya dari keburukannya ."

Angin yang korang tak suka ? apa lagi? angin katrina dan seangakatan dengannya..oh ye ..satu lagi angin.. angin dari perut "bumi"..gagaga...anda masih tak paham lagi maksud BUMI tu ???haha


G . Mencaci Maki Ayam Jantan

Ni satu lagi hal...ayam jantan pun jadi mangsa...Kalau nak biasakan diri berzikrullah ..seharusnya baiklah dia menjauhkan diri dari setiap perbuatan yang dapat menjauhkan dirinya dari zikrullah , di antaranya adalah menjauhkan diri dari kebiasaan mengutuk dan mencaci maki makhluk Allah . Zaid bin Khalid R.A mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

"Janganlah kamu memaki ayam jantan kerana ayam jantan telah membangunkanmu untuk segera mendirikan solat "

Ayam jantan ni kira macam "Pak Bilal" lah..suaranya yang merdu berjaya membangunkan kita untuk menyahut " Assolaatukhairumminannaum... "

Oh ye..ada juga saya dengar dengar...orang kata Ayam mampu melihat malaikat...jadi dia berkokok bila terlihat malaikat..wah..menarik tuh..patutlah ramai orang kat KFC ...nak tunggu malaikat rupanya.haha

H . Mencaci Maki Penyakit

Setiap musibah yang Allah taala give..adalah nikmat..termasuklah penyakit ..Penyakit diturunkan kepada yang terpilih dalam rangka ( maksud saya bukan dalam tengkorak tau..maksud saya rangka itu adalah untuk ) meningkatkan darjat , menghapuskan dosa bahkan untuk uji kesetiaan Iman kita . Jabir Bin Abdullah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;

" Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam kerana demam dapat mengikis dosa sebagaimana api mengikis karat besi "

Kita bukannya maksum...banyak dosa kita..sama ada sedar atau separa sedar.. jadi , bila Allah taala bagi kita demam..sepatutnya kita bersyukur..demam memang dapat mengikis dosa ...( dan duit..hehe ) ..akan tetapi demam bola tidak terlibat ye..ingat tu..


oh ye..berita menarik untuk reader.. "I" adalah subtopic terakhir.haha

I . Mencaci Maki secara Umum ...

Hobi anda Mengumbar lidah untuk mencela orang seenak - enaknya ? Jabir Bin Sulaim R.A mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda ,

" Janganlah engkau mencaci maki seseorang , dan janganlah engkau meremehkan yang makruf sedikitpun sekalipun hanya pembicaraan dengan saudaramu yang disertai dengan muka manis dan ceria ( kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang makruf ) . Dan angkatlah kainmu hingga setengah betis . Jika keberatan turunkan sedikit hingga ke mata kaki , dan tidak boleh bagimu menghulurkannya ( melampaui mata kaki ) kerana perkara itu menunjukkan kesombongan . Jika ada seseorang mencela atau mencacimu dengan cela cacat yang engkau miliki , janganlah engkau membalas dengan mencaci maki melalui cacat yang engkau ketahui kerana perkara itu akan menimbulkan bencana "

Abi Hurairah R.A mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda ;

" Tahukah kamu siapakah orang yang bankrap itu ? Para sahabat menjawab ; Orang yang bankrap adalah orang yang tidak memiliki wang dan harta . Rasulullah SAW bertutur ; Orang yang bankrap dari kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat , puasa , dan zakat tetapi dia telah mencaci si anu , mencela si itu , memakan harta si anu , membunuh si anu , dan menyakiti si anu . Dengan begitu , kebaikannya ( amal soleh nya ) dibahagi bahagi ( diberikan ) kepada setiap orang yang pernah disakitinya . Kerana orang yang disakiti nya . Kerana orang yang disakitinya itu ramai sementara amal solehnya sudah habis , maka kejahatan dan dosa orang yang disakitinya pun ditimpakan kepadanya untuk membayar kejahatan yang pernah dilakukannya . Dia akan dilemparkan ke Neraka Jahannam kerana telah memikul banyak dosa ."

Siapa yang ajar mencarut barut ni? Rasulullah tak ajar...walaupun mencarut kat binatang..
Sebagaimana kisah Baginda SAW memerintahkan untuk menyingkirkan unta yang tealh dikutuk oleh hamba perempuan yang akan kita jumpai kisahnya didalam riwayat Abu Barzah R.A ini ;

" Ketika seorang hamba perempuan menunggang seekor unta dengan membawa sejumlah barang milik suatu kaum , dia melihat Rasulullah SAW dihadapannya , di jalan celah gunung yang sempit . Wanita itu berkata kepada untanya ; 'Ayuh jalan , semoga engkau dikutuk Allah . Mendengar ucapan wanita itu , Rasulullah berujar ; Janganlah engkau sertakan kami unta yang telah dikutuk . "

Dalam riwayat yang lain , Rasulullah SAW bersabda , " Ambillah bawaannya dan tinggalkan lah unta itu kerana telah dilaknat ."

Imam Nawawi berkata , " Rasulullah SAW mengucapkan kata kata itu sebagai larangan bagi wanita dan yang lainnya melaknat apa pun . Sementara larangan untuk melaknat apapun telah ditentukan . Hukuman bagi wanita yang melaknat itu pula adalah melepaskan atau membiarkan pergi unta nya .



Kita sebenarnya boleh kutuk orang..Eh , boleh ke tak nih? tadi kata tak boleh...bertenang kawan..sabar kejap..nak bagitau la ni.. Kita boleh kutuk orang tetapi dengan syarat tidak menyebutkan nama orangnya . Perkara ini disandarkan dari Firman Allah SWT yang bermaksud ;

" .... Ingatlah , kutukan Allah ( ditimpakan) atas orang -orang yang zhalim "
( Hud :18 )

Cara seperti itu pun telah Rasulullah tonjolkan dalam sabda baginda berikut ;

" Semoga Allah melaknat orang orang yang membuat gambar ( patung ) "

" Semoga Allah mengutuk orang yang menyambung rambut "

Para Alim Ulama menjadikan dalil dalil tersebut sebagai penegas bahawa perbuatan seperti itu termasuk dalam dosa besar dan mereka layak mendapatkan laknat dan kutukan Allah , malaikat , serta seluruh manusia .

Ada intisari hadith yang membawa maksud malaikat tak masuk rumah kalau sentiasa ada carut barut ni..maybe ..diorang fikir nanti tak ada Izrail lah datang ambil nyawa kat rumah..haha
memang betul..malaikat tak masuk rumah...tapi malaikat yang dimaksudkan ialah malaikat rahmat..Malaikat maut tak...kalau dah ajal korang ...tak kira kat mana ...dalam toilet pun jadi..tengah sedap sedap mengqada tuh..ha , ambik kau..sadaqallah hul azim ..ahaha

Semoga Allah memberikan Taufiq dan hidayat kepada manusia supaya mengerjakan amal yang dicintai dan diredai Allah .

Wallahualam

Makan kentucky lebih baik daripada Mencaci maki....kerana Mencaci maki bersamaan percuma satu kaki...sedangkan makan kentucky percuma mainan yang boleh dimain oleh anak anak kita...

Wednesday, June 2, 2010

Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kita seringkali "mengumpat" Yahudi Laknatullah...Boleh ke tak kita bercerita kan tentang Yahudi ni sebenarnya?????


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka".

Maka , jawabnya boleh …Cuma ..janganlah sampai nak kaji alat sulit diorang..itu melampaulah..haha

Diceritakan juga ..yahudi ni..hati dia ..pergh..sekeras titanium.haha..sebab memang tak nak dengar kata walaupun dah ada bukti yang sangat jelas...

Asal Yahudi ???
Kita asal dari kampung . Kampung kita , syurga. . Moyang kita ? Adam A.S
Kita satu keturunan dengan Yahudi… pecah keturunan kemudian…
Macam Nabi Muhammad , asal dari Nabi Ibrahim …Nabi Ibrahim lahir Nabi ismail lahir pula Nabi ishak … Nabi Ismail lahirkan bangsa arab …Nabi Ishak lahirkan bangsa Bani Israil ..bermakna ..kita dengan Yahudi itu bersaudara…

Apakah itu Yahudi ?
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

Apakah Israel ?
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Ada juga pendapat bahawa IS itu bermaksud Hamba dan RAEL itu pula bermaksud Allah …



Kisah kedatangan Yahudi ke Palestin

Ada kisah yang tercatat dalam Quran … ketika Nabi Musa dan Bani Israil lari dari Firaun … lalu mukjizat berlaku…laut merah atau ( persisiran ) teluk suez terbelah setelah Musa berdoa ……Nabi Musa dan Bani israil selamat menyeberangi laut tersebut dengan selamat . Lalu , ketika Firaun sudah sampai dipertengahan laut , laut merah bercantum semula…Firaun memohon taubat tapi sudah tidak diterima lagi taubatnya…

Dipendekkan cerita…

Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.
Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.


Dipendekkan cerita lagi… setelah kewafatan Nabi Musa …tampuk kepimpinannya diganti oleh anak muridnya yang bernama Yusha’ Bin Nun, juga seorang nabi . Kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel lah faktor mereka berjaya memasuki tanah Palestin.


Dalam Quran terdapat banyak cerita tentang Israil ni…

Contohnya ayat 122 surah yg ke2 … ayat yang selalu dilafazkan didalam solat oleh Imam Muhammad al-Hafiz

Ya baniii israaail laz kurunik’matiyallatiii an a’m tu alaikum ..
Wa anni Faddhol tukum a’lal a’lamin

Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).

Dan lain2…


Apakah layak Israel memerintah ?

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia. – Surah An Nisa ayat 53

Kita tengok sekarang..Ya Allah..bermacam macam jenis penderitaan makhluk Asing ni "mengusik" umat Islam diTanah Suci Palestin..setiap hari...mereka memang tak layak ,,..cukup tak layak mentadbir bumi ini!...

Kita seringkali tertanya tanya , kenapa Palestin yang dikecam Yahudi ???
Dalam persoalan ini , menurut kajian , Palestin dahulunya negara Islam yang melanggar syariat...maka Allah memberikan bala kepada negara mereka...Wallahualam...
Malaysia kemungkinan tak lama lagi jika keadaan sosial kita masih dalam keadaan sebegini teruk...
Apapun , jika kita dilanda musibah..maka...

Bismillahhirrahmanirrahim...

Allazi na iza asobathum musibatun qolu ; innalillah hi wa inna ilaihi rojiun...
Surah AlBaqarah ayat 156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Entri ni saya ceritakan secara ringkas ( banyak copy paste ..haha ) ..jadi.kalau nak lebih mendalam...maka .."membaca amalan mulia" haha...apapun..suka saya nak sebut..tajuk buku ni... Bani "IsRael Is not Real!!!"