Friday, January 14, 2011
ciri - ciri orang yang membela ?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , orang kata kalau nak tahu orang tu membela atau tak , tengok mata dia . Kalau mata dia merah . Confirm ! Sahih ke tak fatwa ni ?
Wallahu'alam .
Saya sendiri tak tahu sahih ke tak . Maafkan saya .
Saya pun ada dengar jugak ciri ciri tu .
Antaranya ialah ;
1 . Mata bewarna merah .
2 . Tak mahu pandang seseorang ( mata bertentang mata ) .
Ustaz Fauzi Mustafa mengatakan ;
" bukan dia yang tak pandang tapi makhluk dalam badang dia yang tak boleh pandang seseorag tu disebabkan amalan yang seseorang lakukan . "
Cumanya , saya menasihati . Jangan terlalu cepat menghukum orang tu ada bela atau tidak . Siasat sebelum menjadi sesat .Haha
mungkin mata dia merah sebab dia baru balik dari swimming pool .
yang ke dua , tak mahu pandang . Mungkin dia ada penyakit ? ya , ada jugak penyakit macam ni . Dia rasa segan kalau mata bertantang mata .
Wallahu'alam
Thursday, January 13, 2011
Al-Quran Al-Hakim
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad

Kita kalau diberi peluang berborak dengan Maher Zain . Tapi tak pandai bercakap dalam bahasa "omputih" . Rugi tak ? Ingat senang ke nak berborak dengan dia ? Jiran dia pun belum tentu dapat berborak dengan dia disebabkan masa dia yang agak padat .
Kalau reader baca topik entri saya .
Apa agak - agaknya yang reader pikirkan ? Yep , pandai anda meneka . Jap , jap .. apa yang anda teka ? haha

Al-quranil Hakim . Mengapa Allah panggil dengan nama sebegitu ?
ya , tak lain tak bukan . Al-quran , kalam Allah yang hebat ! Sesuai dipraktikan setiap zaman .
" Jika mahu berkata - kata dengan Allah , aqimussolah ! tunaikan solat ! Jika kamu mahu Allah berkata kata dengan kamu , recite , read the qoran ! baca al-quran . Iqra' ! "
Jadinya , apa yang hebat nya dengan al-quran al-hakim ? Reader , ada beza tau antara . cerdik , pandai atau bijak ( al-hakim ) .
Apa makna cerdik ? Cerdik , iaitulah tahu ambil peluang .
Kita lagi 2 saat nak bang magrib . baru kita datang kat surau nak berbuka .
Tak payah lah nak tolong masak masak ke apa ke .
Tinggal nak mencekik je .
inilah cerdik . Tahu ambil peluang .
Pandai apa pulak ?
Pandai ialah mengetahui , ada ilmu . Orang yang ada ilmu tak semestinya bijak . Kena paham tu . Orang yang sambung belajar jadi peguam , atau apa apa jawatan . Tu kira pandai la . Tapi sepandai pandai dia , dia pi ikut Ayah Pin .
Pandai tapi tak al-hakim . Ayah Pin tu dah confirm sesat . Antara 55 ajaran yang difatwakan sesat oleh jakim . yang kita pi ikut pasai apa . Pandai pandai !
Bijak , mampu menyelesaikan masalah . Sebab tu Peguam kita panggil Tuan Hakim . Kita tak panggil lain . Penyakit puan jauh sekali :D
Contoh satu soalan yang dikemukan ;
Ustaz , ada tak "bumi" lain , selain bumi ?
Reader boleh bukak sendiri siBijak kita ni .
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.( Surah Al-A'raf ayat 10 )
Dah tak boleh tukar . Allah tetapkan kita duduk diBumi . diBumi je .
No way to go .
Apa lagi yang kita nak . Baik , kalau rasa macam kurang puas hati , saya tambah lagi ,
Sampai sekarang orang dok kaji , macam mana mayat Firaun tu masih kekal dan tak rosak . Apa kah rahsianya ? apakah bahan awetnya ?
Allah dah jawab dah dalam firman nya ;
" Maka hari ini , kami biarkan engkau ( hai Firaun ) terlepas dengan badanmu , ( yang tidak bernyawa , daripada ditelan laut ) , untuk menjadi tanda-tanda orang dibelakangmu ( supaya mereka mengambil iktibar ) . Dan ingatlah , sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ( memerhati dan memikirkan ) tanda-tanda kekuasaan Kami . "
( Surah Yunus ayat 92 )
Al-Quran ni hebat . Tapi kalau kita hanya letak dialmari menjadi ''suci dalam debu" , amatlah merugikan .
Kita beli kamera . Paling canggih . Entah berapa megapixel tu . Kalau tangkap gambar , boleh nampak makhluk halus tengah peace . Kita pun beli . Beli , beli tapi tak pakai kamera sebab takut . Ada fungsi tak kamera tu ? tak ada bukan .
Serupa dengan al-Quran . al-Quran dah hebat , tapi kita tak guna . Ya , kita orang yang tak guna . hehe
Bak lagu analisa oleh Shoutul Amal .
" Quran dibaca tiada penghayatan , intipatinya tak di'amalkan..Analisa , analisa , adakah iman sempurna "
apapun , muhasabah diri ...Siapa diri kita ~
Label:
Al-Quran
Saturday, January 8, 2011
Tukku Paloh ; Generasi Wali diTerengganu
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , boleh tak cerita pasal Tukku Paloh . Salasilah dia dari keturunan saya . Serius , saya tak tipu .
Ok , kau keturunan dia ? Ustaz tak kesah . Ustaz punya keturunan lagi hebat . Nabi Adam kau kenal ? haha
ok , Siapa dia Tukku Paloh ni ?
Memang nama i/c dia Tokku Paloh Bin Tokku Tuan Besar ke ? oh tidak . Ini just nama gelaran sahaja .
Mana dia dapat gelaran Tukku Paloh ? dia dapat gelaran Tukku Paloh ni sebab di Paloh , beliau mempunyai kuasa penuh .
Nama sebenar Tukku Paloh ialah Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus .
Beliau dilahirkan pada tahyn 1817 Masihi atau 1236 Hijriah di Kampung Cabang Tiga , Kuala Terengganu .
Bernasab ke 32 sebelah bapa keluarga al-Idrus yang susur galurnya bertemu dengan Saidina Husin , cucu baginda Nabi Muhammad SAW .
Rupa parasnya , dia berjanggut tanpa berjambang . Tidak tinggi tapi berisi .
Pendidikan awalnya oleh bapaknya . Bapaknya mengajar anak - anak muridnya dan anak - anaknya termasuklah Sayid Abdul Rahman atau Tukku Paloh di Masjid yang didirikan di dalam Kampung Cabang Tiga .
Apabila beliau telah master dalam pelbagai ilmu ugama . Beliau pulang setelah 10 tahun menuntut ilmu di Makkah al-Mukarramah dan terus mengajar di masjid di kampungnya .

Dia ni ulama yang tersohor dan terkenal di Terengganu kerana berkecipung dalam arena pentadbiran dan politik di Terengganu .
Sememangnya , beliau berpengaruh kuat pada zaman Sultan Zainal Abidin III yakni sultan yang ke sebelas .
Kalau nak tahu , dia ni penasihat utama dan pertama sultan dalam pelbagai persoalan .
Bukan setakat tu , dia ni khalifah tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal dan memperluas syahadat Tukku yang disusun ayahnya Tukku Tuan Besar .
British ingin inginkan Terengganu . Maka , mereka berhadapan dengan Sultan .
Maka , sultan pun berkata ;
" Terengganu ini ada tuannya , maka , silalah berunding dengan tuannya "
Tukku Paloh lah tuan nya !
Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung diatas armada British terpaksa dibatalkan oleh British . Kapal Armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya ! wow !
ini merupakan salah satu karamah yang Adianugerahkan kepada Tukku Paloh .
British yang cuba menjajah tanah Terengganu sekitar awal abad ke20 atas alasan ingin memajukan Terengganu yang rata - rata 10 , ooo orang bekerja sebagai nelayan , tukang dan petani berhadapan dengan Tukku Paloh di rumah Tukku Paloh sendiri .
" Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami , saya menolak walau atas alasan apa sekalipun . Tetapi , kalau hendakkan tanah , silakan . Isilah ke dalam armada Tuan sebanyak mana pihak British mahu . Ambil-lah tanah ."
Pergh , British bila dengar ayat ni keluar dari mulut Tukku Paloh , diorang jadi bengang lah . Cepat - cepat diorang nak beredar tetapi dengan kuasa Allah kerusi tu melekat seketika dekat punggung diorang .
" Sudahlah tuan - tuan hendak ambil Tanah Terengganu , kerusi rumah saya pun tuan - tuan hendak ambil "
Diorang ( British ) ni pun " Aku bosan dengan katamu , aku rasa buang masa ." Eh silap .hehe
British pun pulang dengan perasaan berang dan takut akan kelebihan Tukku Paloh ni .
Tak berapa lama lepas tu , diorang datang lagi bawak geng ke persisiran pantai Kuala Terengganu . Tanpa memberitahu sebarang amaran diorang terus attack dengan cara melepaskan tembakan meriam dan senapang dan mengarah ke arah pantai dan ke udara .
Serangan yang bertujuan menggertak akhirnya mengorban seorang makhluk yang bernama kambing .
Kes ni Sultan Zainal Abidin serahkan kepada Tukku Paloh . Tukku Paloh bersama orang kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong , Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam dan pengikut - pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai dari pagi sampai malam .
Oleh sebab itu , British tak berani buat kacau lagi .
Mengikut laporan , angkatan perang British itu nampak " beribu - ribu pahlawan " Terengganu lengkap dengan senjata bersedia untuk melancarkan serangan balas .
Tokku Paloh berjuang menentang British habis-habisan . Beliau berpegang kepada firman Allah SWT bermaksud :
" Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba - hambaKu yang soleh ."
( Al-Anbia : 105 )
Beliau juga berpegang kepada falsafah :
" Perjuangan tidak kenal hidup atau mati "
Adik - Beradik Sayid Abdul Rahman :
* Sayid Zain - dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar yang memerintah dari 1839 sehingga 1875
* Sayid Ahmad - lebih dikenali sebagai Tuan Ngah Seberang Baroh .
* Sayid Mustaffa - Ulama' , ahli Majlis Mesyuarat Negeri . Salah seorang dari Empat pembesar yang pernah diwakilkan memengang tampuk pemerintahan negeri sewaktu Zainal Abidin III melawat Siam pada Ogos 1986 .
Pada 1 Zulhijjah 1336 Hijrah yakni pada tahun 1917 Masihi , beliau telah meninggal dunia pada usia 100 tahun .
Semasa hayatnya , Tukku Paloh meninggalkan 23 orang anak daripada lapan orang isteri . Semasa hayatnya , Tukku Paloh sentiasa berpoligami sebanyak empat orang , dan isterinya seramai 13 orang kesemuanya .

Friday, December 31, 2010
Cegah Kemugkaran !
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , apa cara untuk mengatasi maksiat ? saya benci lah tengok orang perempuan , dewasa tak tutup aurat .
Satu hadith yang saya kira cukup popular , dan boleh dibuat hujah .
Rasulullah SAW bersabda ;
" Apabila kamu nampak kemungkaran , maka cegahlah menggunakan tangan ( kuasa ) ,
jika tidak mampu , ( cegahlah ) dengan lisanmu , dan jika tidak mampu , ( cegahlah ) dengan hati , maka itulah selemah - lemah iman . "
( Hadith Riwayat Muslim )
Perlu diingatkan , bukan perempuan je ada aurat , laki pun sama . Kena tegur semua . Not fair la perempuan je kena . hehe
ok ,
Nabi kata cegah guna tangan ! apa itu tangan ? tangan itu bukan bererti pelempang ye .
Tangan disini bererti Kuasa . Dalam al-Quran sendiri pun banyak Allah menggunakan perkaataan '' tangan Allah " , kena faham uh, tangan Allah bererti qudrat , kekuasaanNya . Kuasa !
Orang yang ada kuasa , siapa ? semestilah pemerintah .Bukan Ultraman atau power Rangers
Besar tu tanggungjawab pemerintah . Kalau tak jalankan amanah , berdosa ooo .
Nabi Muhammad SAW bersabda :
" Tidak akan masuk syurga , orang yang tidak menjalankan amanah , sehingga unta boleh masuk ke dalam lubang jarum . "
Logik akal , unta boleh masuk dalam lubang jarum ? benang pun belum tentu dapat masuk dalam lubang jarum .
Kedua , menggunakan lisan .
Kita yang tahu ni , yang berani mesti bagitau mereka , barangkali mereka tak tahu ataupun mereka alpa . Sebahagian pendapat menyatakan menggunakan lisan hanya untuk ulama' .
Yang terakhir ialah , benci ! benci ! benci ! ini selemah iman .
Kalau tak ada perasaan benci dalam diri . Hati - hati !
Kaedah arab menyebut ;
" Reda dengan kekufuran dikira kufur ,
dan reda dengan maksiat dikira maksiat . "
Wallahu'alam
Label:
Akhir Zaman
Subscribe to:
Posts (Atom)