Friday, January 21, 2011

Jubah Akatsuki



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/01/jubah-akatsuki.html

Ustaz,satu jubah ni diadaptasi dari anime. Jubah itu mempunyai gambar awan. Sedang jubah itu digunakan untuk meminta sesuatu selain daripada Allah. Saya syak benda tu sebagai jin . Wajarkah jubah itu digunakan didalam solat mahupun diluar solat? Ustaz boleh taip pada images "jubah akatsuki".




Jawapan;

Jika benar sebagaimana yang saudara katakan iaitu jubah itu dipakai oleh orang yang menjalankan upacara menyembah jin –dengan stail dan corak yang sama atau hampir sama-, tidak haruslah orang Islam memakainya –dalam solat atau diluar solat- berdalilkan hadis Nabi –SAW-;

من تشبَّه بقومٍ فهو منهم

“Sesiapa meniru satu kaum/golongan, ia dari kalangan mereka”

(HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Berkata Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Syarahnya (Faidhul-Qadier), hadis no. 8593).

Berkata Imam al-Qurthubi;

“Jika suatu pakaian telah khusus (menjadi identiti) orang-orang fasik dan orang-orang tidak berakhlak, dilarang orang lain selain mereka untuk memakainya kerana orang yang tidak mengenalinya akan menyangka ia (yakni si pemakai itu) adalah sebahagian dari mereka. Maka timbullah sangkaan buruk terhadapnya yang menyebabkan berdosa kedua-dua mereka iaitu orang yang menaruh sangkaan buruk dan orang yang menjadi sasaran sangkaan (kerana ia menjadi penyebab kepada sangkaan buruk itu)”.

(Faidhul-Qadier, hadis no. 8593).


Pada zahirnya pakaian itu kelihatan tiada sebarang lambang atau corak yang menyalahi Syarak. Namun jika benar dakwaan saudara bahawa ia dipakai oleh golongan yang meminta pertolongan dari jin , tidak selayaknya ia dipakai oleh orang beriman.

Adapun jika dakwaan itu tidak benar, ia kembali kepada hukum asal bagi perkara-perkara keduniaan dalam Islam (termasuk pakaian) iaitu harus.

Kaedah Fiqh yang diamalkan oleh para ulamak menyebutkan;

“Asal pada setiap perkara adalah harus selama tidak ada dalil Syarak yang melarangnya”.

Wallahu a’lam.


Rokok lagi !



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Alhamdulillah , saya nak share sikit cerita . Baru - baru ni , saya didatangi dengan seorang hamba Allah yang mengadu tak boleh berhenti merokok .

" Tolong aku , aku nak berhenti merokok , tolong aku . Tolong doakan aku . "

Errmmm , Alhamdulillah sekali lagi , ada keinsafan dalam diri insan ini untuk berubah ... saya tak ada masalah untuk doakan untuk kamu , bahkan untuk semua perokok tapi apa guna kalau saya berdoa tapi korang masih tidak mahu berganjak sendiri dari tompok yang lama .

Cuma , cuma ni la yang saya nak terangkan .

Macam saya kata , dah banyak kali saya sebutkan ,
untuk menjadi muslim yang mukmin ,

mesti ada 3 ,

apa dia 3 tu ?

1 . Ilmu .

2 . Yaqin .
3 . Amal .


Sekarang ni , kes hamba Allah yang merokok ni , kenapa susah nak berhenti . Nak mengamalkan budaya yang sihat . Tak tahu ke merokok tu haram ? Tahu dah .

Sebab apa kes macam ni boleh berlaku ?

Kita kurang yaqin dengan dosa pahala . Kalau kita yaqin sebenar benar yaqin . Inshaallah , benda ni boleh dielakkan . Masalah ni boleh diselesaikan .

Berapa ramai kita lihat , Ustaz - ustaz , imam - imam merokok . Bagaimana mahu memimpin para ma'mum sedangkan diri sendiri pun tidak terpimpin .

Sedangkan Fatwa Kebangsaan Malaysia 1995 kalau tak silap la telahpun mengharamkan rokok !

Antara kandungan yang terbaru rokok yang dijumpai oleh Profeser Sydney , Simon Chapmon ialah darah khinzir . wow ! Masih nak memakruhkan lagi ?
Bukankah daging khinzir itu haram dimakan ?

Nak hisap yang makruh , hisaplah rokok daun . Lagipun , hargapun murah .

Mereka yang merokok ni pun , saya paham , ada nawaitu untuk berhenti . Tetapi , apakala nafsu menjadi Tuhan , mereka terumbang ambing dalam kegelapan duniawi .

Maka , benarlah kata - kata Nabi Allah Sulaiman A.S ;

" Menjaga nafsu itu lebih sulit daripada membina sebuah kota ."

ni bukan Haji Leman sebut , Nabi Sulaiman yang sebut .


Saya nasihatkan dia , kalau sungguh kau nak berhenti , alhamdulillah , silakan .

Saya nasihatkan dia , kau jangan rapat dan lepak sangat dengan kawan - kawan kau yang berperangai negatif !

Cuba korang menguap , antara orang sekeliling kau pasti aku TERmenguap sekali . Wallahu'alam , Myth Buster kata benda ni palsu .

Kalau betul , Alhamdulillah , kalau salah pun alhamdulillah .

Makna kata , bila kawan kita buat jahat , kita pun pasti "nak try lah" .

Kebetulan , hamba Allah yang mengadu masalah ni pun berstatus remaja yang darahnya masih panassss dengan sifat ingin mencuba .

Kalau cara begini tak berjaya , kita ada alternatif lain .

Sekarang ni , ubat-ubatan banyak boleh membantu kita mengurangkan kita ghairah kepada rokok . Makan lah niQuitin .

" ustaz , niQuitin ni sesetengah orang kata ada unsur dadah . Bila makan satu nak lagi . Harga pun mahal "

Dadah pulak , macam macam hal lah .

Ok , kalau cara tu pon tak boleh ,

Saidina Umar ketika dilanda musibah kemarau , tak ada makanan , apa yang beliau buat ?


Saya bagitau ni , dan saya rasa , kita semua patut cuba ..

Apa yang Saidina Umar buat bila lapar tak ada makanan ?

Ikat perut .

simple but berguna dunia akhirat .

Kalau itu pun tak jalan , boleh jalan la . haha . Kalau tak boleh jalan cara tu ,

PUASA ! hanya puasalah mampu mengekang nafsu kita .

Kalau tu pon tak boleh , " there is no alasan tu change " .

Cuba , inshaallah Allah akan membantu perjuangan anda . Niat kena betul , kerana Allah bukan kerana yang lain .

Wallahu'alam bissawab .

Sunday, January 16, 2011

Relevenkah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Sebagai seorang muslim yang berwibawa , sejati luhur , mukmin dan sebagainya , apakah cara lain untuk kita mengatasi masalah sosial dikala akhir zaman ?


ya , kita diskala yang terakhir ,
sehinggakan ada sesetengah ulama' mengatakan kita tidak akan ada abad yang seterusnya yakni abad yang ke 22 . Ini hanya pendapat . Percaya sepenuhnya jangan , tolak sepenuhnya pun jangan !

" Ustaz , saya tak tahu solat ."

" ustaz , saya tak suka dengan hudud ."

" Ustaz , saya tak suka tu . tak suka ni ."

Mengapa tak tahu solat ?

syariat mula diturunkan semenjak zaman Nabi Nuh A.S lagi . turun tak berenti renti sehingga zaman nabi Muhammad . Tanda tanda Nabi Muhammad hendak wafat barulah wahyu tak diturunkan .

Mengapa tak suka tu tak suka ni ?

Islam itu syumul ! lengkap dengan segala bagai . Saya kata bagai bukan baghal ! islam itu indah . Bak kata pepatah ; " Lupakan yang lain " .

Islam itu cukup . Apa yang tidak ada dalam al-quran ? cakap !

140 ayat sahaja berkenaan ibadat , macam mana kata kita tak tahu solat ?
70 ayat berkenaan muamalat , mengapa kita tak mau bayar zakat ?
70 ayat berkenaan kekeluargaan , kenapa dengan orang yang lebih tua kita tak mau tunduk hormat ?
30 ayat berkenaan jinayat , mengapa pilih undang - undang British yang tak tepat ?

Cakap kat saya , apa yang tak cukup ?

Kalau bab sembelih , kita pilih yang islam . Kenapa bila time undang undang , kita pilih yang British ?

Kalau kita bukak bab agenda tentera salib ; apa dia nombor satu ?

Mereka nak kita lupakan dengan hukuman islam .

Realitinya , benda ni dah berlaku .

Kenapa jadi macam ni ?

Untuk menjadi umat islam yang professional mesti ada 3 benda ;

1 . Ilmu
2 . Amal
3 . Yaqin

Yaqin tanpa ilmu tak boleh .

Amal tanpa ilmu tak boleh .

Amal tanpa yaqin tak boleh .

3 benda ni mesti lengkap , mesti sekaligus .

Soalan saya tadi , mengapa realiti tu dah berlaku ? sebab mereka tidak pro !

Hudud , relevenkah ?

Relevenlah , mengapa tidak ? fitrah ni sesuai dengan kita . Hudud ni bukan datang dari Pak Dolah , tapi datang dari Allah !

Kes hudud ni yang tentang kebanyakan dari kalangan kita sendiri .

Apakah hudud ni tak bagus ?

Hudud , bila mencuri potong tangan .

Kita bukan bodoh , kesan hudud kepada kita , kita dah tak berani mencuri la . Bukannya , bila hudud dijalankan , kita berlumba - lumba mengejar nak mencuri . Tu bodoh namanya .

Kes bunuh yang banyak berlaku dalam negara Malaysia kita .

Bila ditemu ramah ;

" Saya rasa , orang yang yang bunuh polan bin polan nih patut kita bunuh dia balik ."

Sekarang saya tanya , bunuh balas bunuh tu apa dia ?

Hudud-lah !

Alhamdulillah , masyarakat kini ada kesedaran tentang hudud ni . Jangan nak mempermainkan lagi kes hudud , sup tangan la apa la . sekali aku tangan baru tau .

Kalau family dia kata , kita lepaskan dia . sila lepaskan pembunuh tu . Tapi kena lah pulak hukuman diat . Apa itu diat ? kompaun , dibayar kepada keluarga si mangsa . Tak banyak la murah je . Harga seratus ekor unta je . RM 500 000 . bahagi dua dengan sejuta . Tu la , sapa suruh cuai , bunuh orang ?

didalam hadith 40 akhir zaman , turut dimuatkan dengan satu hadith yang panjang . Saya ambil part ke lima ;

" dan apabila pemimpin kamu tidak menjalankan hukum islam dan tidak mahu memilihnya , maka tunggulah Allah akan menjadikan peperangan diantara kamu sendiri "

( Hadith Riwayat Ibn Majah )

Kita dapat lihat , suasana sebegini telahpun berlaku di Malaysia ... sadis sekali .

Sebagai umat islam , apakah tanggungjawab kita ?

Adakah hanya pandai menyalah ?

oh tidak !

Cebayangkan , nak makan pun kita mintak lindung dari neraka Allah . Tu tang makan , takkan time politik atau kehidupan harian kita , kita tak mintak lindung dari Allah ? cepikir sikit .


dalam al-quran , Allah Taala menggariskan untuk kita , apa yang perlu didakwah kan .

" Umat islam mesti pandai berda'wah bukan pandai menyalah "

dalam al-quran misalnya , banyak ayat yang diturunkan menyuruh kita berkempen . Berkempen apa ? pilihanraya kah ?

Oh tidak !

Kempen ;

1 . Hayya 'alas Solah .
2 . Membayar zakat .
3 . Amal ma'ruf .
4 . jauhi kemungkaran .

Saya tanya , diantara empat diatas , mana yang kita telah lakukan ? muhasabah diri .

Wallahu'alam

Friday, January 14, 2011

ciri - ciri orang yang membela ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , orang kata kalau nak tahu orang tu membela atau tak , tengok mata dia . Kalau mata dia merah . Confirm ! Sahih ke tak fatwa ni ?

Wallahu'alam .

Saya sendiri tak tahu sahih ke tak . Maafkan saya .

Saya pun ada dengar jugak ciri ciri tu .

Antaranya ialah ;

1 . Mata bewarna merah .

2 . Tak mahu pandang seseorang ( mata bertentang mata ) .

Ustaz Fauzi Mustafa mengatakan ;

" bukan dia yang tak pandang tapi makhluk dalam badang dia yang tak boleh pandang seseorag tu disebabkan amalan yang seseorang lakukan . "

Cumanya , saya menasihati . Jangan terlalu cepat menghukum orang tu ada bela atau tidak . Siasat sebelum menjadi sesat .Haha

mungkin mata dia merah sebab dia baru balik dari swimming pool .

yang ke dua , tak mahu pandang . Mungkin dia ada penyakit ? ya , ada jugak penyakit macam ni . Dia rasa segan kalau mata bertantang mata .

Wallahu'alam