Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , mengapa 'alam ni mesti ditadbir dengan syariat Allah ?Soalan anda ni lebih kurang sama dengan soalan ;" ustaz , kenapa kita kena patuh syariat ? "Yang pertama sekali jawapan saya mestilah ianya ;1 . Perintah Allah ; Allah punya sukalah . Ini 'alam milik Allah , Allah yang cipta . Allah lebih tahu benda yang sesuai buat kita hambaNya .2 . Salah satu cara ibadat dan tanda syukur manusia dan jin .Allah berfirman ;
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
( Az-Dzariyat : 56 )
Untuk apa kita beribadat kepada Allah ? adakah Allah lemah dan perlu pertolongan kita ?
Oh tidak ! Allah itu bebas dari sifat yang tercela dan tidak sama lansung dengan makhlukNya .
Allah menyuruh kita beribadat untuk melihat sejauh mana ketaatan kita terhadapNya .
3 . Mempermudahkan tugas dan tanggungjawab menjadi khalifah dimuka bumi .
4 . Memakmurkan , memelihara dan memulihara 'alam .
Erti kata lain , bila kita disyariatkan untuk menjaga 'alam ni . Kita tadbir pula dengan betul . Inshaallah , akan terpelihara daripada kerosakan .
Firman Allah dalam surah al-'Araf ayat 85 . Ayat ni panjang tapi saya ambil point yang penting je .
" dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman. "
Jadi , di antara hikmah lain 'alam ni mesti ditadbir dengan syariat Allah adalah untuk ;
5 . Keselamatan dan keselesaan .
Bila bumi dipelihara , dijaga dan dipulihara , pemanasan global dapat dielakkan dan ini menyebabkan manusia hidup selesa tanpa panas yang melampau lampau .
Begitu juga dengan peraturan hudud dan yang lain - lain .
Bila Allah perintah suami atau isteri yang telah berzina direjam , kebetulan orang yang nak berzina tengok pulak hukuman tu dikenakan , jadi tak dia nak berzina ?
Maka , hal ini menyebabkan jenayah berkurangan justeru menyelamatkan anak - anak perempuan kita dirogol .
6 . Cara hidup beragama .
Apa agama kita ?
Islam .
Apa itu islam ?
Islam berasal dari perkataan ''aslama'' yang membawa maksud ;
Sejahtera , selamat , aman dan yang paling penting menyerah diri .
Islam dari segi istilah ?
Tunduk , patuh , menyerah diri sepenuh hati kepada Allah .
Jesteru , kalau kita tak pilih syariat yang Allah letakkan , kita tidaklah menyerah diri sepenuh hati kepada Allah . Paling dahsyat , kita kata islam itu selamat , kalau tak pilih syariat islam , maknanya ? tak selamat lah !
7 . Syariat yang Allah turunkan sesuai dengan fitrah .
" aku bengang lah , ada ke patut dia bunuh si polan ni . Aku rasa macam nak bunuh je dia balik cara yang dia bunuh sipolan ni "
Ok , saya tanya , bunuh balas bunuh tu apa ?
tu lah syariat Allah yang diberi nama "hudud" .
Cuma saya nak cakap , kalau kes perempuan kena rogol , kita tak perlu la rogol balik perogol tu . Ada hukuman lain .
Contoh lain ,
Hukuman diat , harga seratus ekor unta perlu diberi kepada keluarga orang yang telah dibunuh atau terbunuh ( dalam kemalangan ) untuk meringankan beban .
Diat perlu diberi walaupun keluarga tu kata ''tak apa"
sebab ?
Fitrah manusia suka kan hidup selesa . Duit yang kita bagi tu sekurang kurangnya buat diorang kurang rasa keluh terhadap kehilangan anak mereka .
Hidupnya 'Alam Bersyariat [ Part 2 ]
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Hidupnya 'alam bersyariat [ part 1 ]8 . Terdapat dalil daripada al-hadith yang hidup mesti berdasarkan al-quran .
Semasa Rasulullah SAW menghantar Muadz bin Jabal sebagai gabenor ke Yaman .
Rasulullah SAW bertanya kepada beliau ;
" Dengan apakah engkau menghukum ?"
Muaz menjawab ; Dengan kitab Allah
Rasulullah bertanya lagi ;
" Jika tidak didapati didalamnya ?"
Muadz menjawab ; " Dengan sunnah Rasulullah "
" Jika tidak didapati didalamnya ? "
Muadz terus menjawab ; " Saya berijtihad dengan fikiran saya sendiri ."
( Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Termidzi )
saya tanya anda semua , dalam Al-quran tu ada apa ? syariatkan ?
Syariat mula turun zaman Nabi Nuh . Sebab ?Zaman nabi Nuh baru start macam macam hal . Macam- macam perkara kufur yang berlaku .Juseru , syariat ,9 . memperbaiki aqidah .10 . Rujukan dalam mengatasi masalah .Firman Allah ;
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
11 . Meningkatkan iman , memperbaiki akhlak dan jati diri individu serta mendisiplinkan diri .
Solat , seperti yang termaktub dalam al-quran , ianya dapat mencegah kemungkaran .
Kalau solat tak dapat mencegah bererti ada yang tak kena dengan solat .
Solat juga dapat disiplinkan diri .
Kita dididik dengan solat awal waktu .
Solat awal waktu sebenarnya dapat membentuk individu yang menghargai masa .
Solat yang dilakukan juga dapat melatih diri menjadi seorang yang rajin . Tak caya , try sungguh - sungguh !
12 . Menjaga perpaduan sesama manusia , ( khusus umat islam ) ; untuk mengatur perhubungan hablum minannas .
Solat jemaah , cuba kita lihat . yang duduk saf depan tu ada yang setakat kelulusan spm . ada yang kulit hitam , ada sultan , ada yang baru lepas mumayyiz . Mana ada saf depan tu , peguam sahaja . Tak ! siapa cepat , dia dapat .
13 . Syariat itu bersama ibadat .
Solat yang kita lakukan tanpa syariat dapat ''kurang markah" , boleh jadi telur ayam .
kalau pepatah inggeris kata , '' no money no talk '' ,
syariat islam pula menyebut , '' tak ikut tak ada pahala ."
Contoh senang macam ni ,
kita kerja , hujung bulan nak dapat gaji . Kita ni daftar sebagai pekerja , tapi kita tak buat kerja dengan bersungguh , tak ikut peraturan , ingat boss nak bagi kita elaun lebih ? ingat boss nak simpan kita lama - lama ?
14 . Syariat Allah menyebabkan seseorang itu berasa sangat insaf dan ingin bertaubat .
Itupun kalau dia melihat syariat dengan mata hati dan mendengar melalui kalam nafsi Tuhan !
15 . Ketamadunan negara islam yang hadhari .
Hari ni , kita lihat , ramai tokoh - tokoh barat mengakui kehebatan syariat Allah ni .
Hadhari tu tamadun . Tamadun tu negara yang maju .
Bila maju , negara lain pun tunduk hormat .
Orang kristian menjadi masyarakat yang berjaya sebab apa ? sebab dia pakai al-quran .
Banyak "ulama'' kristian sendiri mengaku Bible adalah sebuah kitab yang lucah . Diorang ni suruh simpan lagi kitab tu dalam almari , jangan kasi baca kat anak - anak .
Saya ulang suara , diorang memperakui al-quran .
Kalau kita memperakui al-quran , buat sahaja perintah , jangan banyak tanya .
Wallahu'alam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , saya nak tahu sekarang ni kan wahyu dah tak ada . Habis , malaikat Jibril tu ape kerjanya ? Malaikat - malaikat yang lain jugak . Apa yang diorang buat selain yang telah kita umum ?Huk aloh , soalan mengancam . Tanyalah malaikat sendiri , mana la saya tahu .Malaikat Jibrail seperti yang saya tulis dalam artikel "malaikat Jibrail" , malaikat Jibrail ditugaskan untuk mengetuai malaikat - malaikat yang lain menurunkan lailatul Qadr ( malam qadar ) .Tugas - tugas malaikat yang lain tidak lah kita ketahui melainkan seperti yang ditulis didalam al-quran atau al-hadith .Wallahu'alam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Sebagai umat islam , masa perlu dimanfaatkan agar ianya tidak membazir , dan perlu bersedia untuk menjawab persoalan yang akan Allah tanya di yaumul Mahsyar kelak .didalam Surah al-'Asr , surah yang ke 103 menurut susunan al-quran .Allah bersumpah dengan masa .
" Demi masa ! "Apabila Allah bersumpah , Allah pasti bersumpah dengan sesuatu yang sangat hebat !Kenapa masa ni hebat ? sebab , masa yang berlalu telahpun berlalu dan masa yang mendatang inshaallah akan mendatang .Maknanya , manfaatkanlah masa sebaiknya supaya ianya tidak dibazirkan dengan diisi dengan benda yang tidak berfaedah .Sebab dihari akhirat nanti , kita akan ditanya kemanakah masa muda kita telah habiskan . Apa kita nak jawab depan Allah kalau kita rugikan masa hidup di dunia ?
" Sesungguhnya manusia itu pasti dalam kerugian "Allah menyatakan lagi bahawa umat akhir zaman ini PASTI dalam kerugian . Kenapa rugi ? sebab , masa ! kalau masa tidak dimanfaatkan ke arah memantapkan iman , memperbaiki akhlak dan memperjuangkan islam . Maka , sia - sia hidup didunia .Ada 3 perkara yang menyebabkan kita ni ditangguh masuk ke syurga walaupun kelayakan nak masuk syurga tu dah ada . Apa dia ?1 . Kita ada janji dengan orang ( tapi tak tunaikan ) , termasuklah hutang .2 . Bercakap benda yang lagha .3 . Membuang masa .Mahfum Hadith .Cuba renungi maksud nombor 3 tu . yang saya cakapkan ni hadith tau .
" Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "kecuali orang - orang yg beriman yang beramal soleh .Siapa dia ni yang Allah cakap beramal soleh ?Orang yang beramal soleh ialah orang yang taat kepada perintah Allah dalam melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya .Akhir sekali , untuk menjadi orang yang tidak rugi , Allah suruh kita menyampaikanda'wah dengan kebenaran dan penuh kesabaran .Sebab , Nabi SAW sendiri bersabda ;" Menyebarkan islam diakhir zaman seperti menggenggam bara api "Sebab apa ?bila kita genggam bara api dengan kuat semesttinya sakit dan apabila terlepasbara api itu , api itu akan terpadam .
Begitulah perumpaan da'wah kepada orang lain .Maknanya , kalau kita da'wah dah betul . Tetapi tak sabar dalam berda'wah .'' dah puas lah ustaz bagi nasihat , tapi dia tu degil . Tak mahu dengar . Sekarang ni , lantak lah dia . Pandai - pandai la cari hidayah ."Ada cara berda'wah . Kita nak berda'wah kena mula dari bawah . Sikit sikit lama - lama jadi bukit .Mana boleh sekali je da'wah lepas tu kita kata dah malas . Cuba kalau kita makan satu suap , lepas tu kita tak makan dah seminggu atas alasan malas . Renung- renungkan sejenak .Imam Shafie ketika mghuraikan surah ni berkata ;" Jika manusia memerhati dan mengambil pengajaran dalam surah ini , maka memadailah bagi mereka ."Wallahu'alam