Friday, May 20, 2011

Kelebihan Ayat Kursi

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Harini , saya nak kongsikan beberapa hadith berkenaan ayat kursi . Dimana ayat kursi ? ayat kursi berada dalam surah al-Baqarah ayat 255 .

direkodkan oleh Abu Umamah ;

" Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setelah solat fardhu yang lima , tiada benda yang dapat menghalang dia ni ke syurga melainkan mati ."

HR Imam Muslim nombor 810 .

Siapa Abu Umamah yang meriwayatkan hadith ni ?

Abu Umamah ni , sohabat nabi yang diantara paling banyak meriwayatkan hadith .
Beliau meninggal dunia pada 81 Hijrah . Ada riwayat mengatakan beliau meninggal dunia pada 86 Hijrah .

Mengapa tarikh meninggal pun tercatat ? sebab , kalau ada orang mendakwa berjumpa dengan Abu Umamah selepas 87 Hijrah kononnya meriwayatkan hadith , automatik tertolak hadith tu .

Berbalik kepada hadith , hadith ni senang faham , cuma yang dikaji ulama ialah bila yang nak kena baca ayat kursi ni , lepas bagi salam terus baca ke atau kena baca ayat lain dulu ?

Ayat Kursi dibaca selepas solat pada tangga ke enam . Ini saya akan kongsikan nanti Inshaallah .

Ubay Bin Kaab atau lebih dikenali sebagai Abu Munzir ditanya oleh Rasulullah ;

" ayat apa yang paling mulia ."

Apa Ubay jawab ? '' Wallahurasul hu 'alam "

Makna disini , kalau tak ada ilmu jawab jawab .

Nabi tepuk dada Ubay , " Allah sejahterakan kamu ." Kemudian , nabi bersabda ;

" Allahula ila hailla huwal hayyul qayyum ."

Hebat tak hebat Ubay ni , sampai nabi bagi ''lampu hijau'' untuk beliau menyampaikan fatwa .
Bukan calang - calang orang boleh bagi fatwa . Kira hebat la Ubay ni .


Saya teringat ada satu cerita berkenaan Ubay ni . Ubay ni satu hari , jaga bekalan kurma waktu malam .

Ubay hairan , 2 - 3 hari ni , ada bekalan hilang .

Tiba satu hari ni , Ubay terserempak dengan satu makhluq yang aneh , sedang mencuri bekalan tamar tersebut .

Ubay pun tegur ;

" Assalamu'alaikum , '' tanya Ubay .

" Waalaikumussalam . "

" Kau ni manusia ke jin ? "

" Aku jin ."

" Bak mai tangan hang . "

Jin pun menghulurkan tangannya .

" Hmm . Macam tangan anjing , badan berbulu pun macam anjing . "

" Kalau nak tau , aku ni kira dah ok la . Ada yang lebih teruk rupa dia daripada aku ."

" Apa tujuan kau kemari ? "

" Aku curi tamar ni nak ambil haq aku . "

" Ada tak cara aku nak menghalang kau ? "

" Bacalah surah al-Baqarah ayat 255 "

Ubay pun jumpa Nabi menceritakan peristiwa yang berlaku ;

" Benar ( tentang cara nak menghalang jin ) , tapi jin itu penipu . "

http://abuqawliy18.blogspot.com/2010/12/toyol-lagik.html

Wallahu'alam .

Thursday, May 12, 2011

Doa - Ustaz Muhammad bin Abdullah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Bila saya bukak FB ; group Tanyalah Ustaz TV9 , ramai yang mintak doa yang dibaca oleh Ustaz Amin . So , saya usaha mendapatkannya . Alhamdulillah , doa dalam bahasa sendiri ni semua orang Melayu faham . Jadi , amalkan lah . Inshaallah .




Ya Allah , ya Tuhan kami , kurniakan kekuatan , keimanan , kepada kami ya Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Ibrahim ya Allah .

Berikan kesembuhan didalam segala penyakit kami ya Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Ayub ya Allah .

Kurniakan kepada kami jalan keluar bagi segala permasalahan kami ya Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Yunus ya Allah .

Kurniakan kepada kami keluasan rezqi yang halal ya Allah , seperti mana yang telah Kau berikan kepada NabiMu Sulaiman ya Allah .

Ya Allah , ya Tuhan kami , berikan kepada kami bantuan didalam segala yang kami usahakan , seperti mana yang telah Kau berikan kepada NabiMu Musa ya Allah .

Berikan kepada kami , ketabahan didalam segala ujian hidup kami ya Allah , seperti mana yang telah Kau berikan kepada NabiMu Isa , ya Allah .

Ya Allah , ya Tuhan kami , kurniakan kepada kami akhlaq dan adab sopan yang baik ya Allah , seperti mana yang telah Kau berikan kepada junjungan kami , Nabi Muhammad ya Allah .

Kurniakan kepada kami , anak - anak yang soleh dan solehah , keluarga yang bahagia ya Allah ,
seperti mana yang telah Kau berikan kepada Saidina 'Ali dan Fatimah , ya Allah .

Ya Allah , ya Tuhan kami , ampunkan segala dosa kami , bantulah segala urusan kami ya Allah .

Tuesday, May 10, 2011

Menangkis Jin

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Anda diganggu makhluq yang agak ''comel'' dan agak halus ?

Jangan risau , harini saya nak kongsikan cara - cara bagi meredakan dan mengelakkan gangguan jin .


Bagi tuan-tuan yang tak nak cari pasal dengan jin dengan erti kata lain , nak elak gangguan jin , boleh beramal dengan ayat 21 surah ar-Rum ;


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Itu amalan nak mengelakkan dari mendapat gangguan , macam mana pulak kalau dah kena kerasukan jin ? Bagaimana cara nak meredakan pesakit ?

Baiklah , begini caranya ;

1 . Sediakan air .

2. Melaungkan Azan sebanyak 7 kali .

3 . Membaca surah al-Fatihah sebanyak 7 kali .

4 . Membaca surah al-Falaq dan an-Nas sebanyak 1 kali .

5 . Membaca ayat Kursi sebanyak 1 kali .

6 . Membaca surah at-Toriq sebanyak 1 kali .

7 . Membaca ayat 21 surah al-Hasyr ;

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


8 . Sekali lagi membaca ayat Kursi sebanyak 1 kali .

9 . Kemudian , renjiskan air pada pesakit .

Wallahu'alam bissawab .

7 Jamadil Akhir 1432 / 11 . 05 . 11
Selasa .

Saturday, May 7, 2011

Al-Khawarizmi Guru Ilmu Matematik Moden






Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi .

Selain itu , beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff .

Di barat , Al-Khawarizmi dipanggil dengan pelbagai ejaan nama seperti ; al-Cowarizmi , Al-Ahawizmi , al-Karismi , al-Goritmi , al-Gorismi dan pelbagai lagi .

Beliaulah yang menemukan al Jabru wal Mukobala ( Penjabaran dan Penyelesaian ) .



Lantas al-Jabar dalam disebut didalam sebutan Latin .

Beliau telah dilahirkan di Bukhara . Sumber lain menegaskan beliau lahir di Khawarizm , Uzbeskistan pada tahun 194H / 780M dan meninggal tahun 266H / 850M di Baghdad .


Pendidikan ;

Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh islam yang berpengetahuan luas . Pengetahuan dan kembahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang falsafah , logik , aritmetik , geometri , kejuteraan , sejarah Islam dan kimia .

Al-Khawarizmi dianggap sebagai guru aljabar di Eropah dan beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi .

Pada usia muda , beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun , bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad . Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi .

Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan Khalifah .

Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India kepada dunia Islam .

Juga , penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin .

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula- mula memperkenalkan aljabar dan ilmu hisab . Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang .


Peranan dan Sumbangan al-Khawarizmi

Antara hasil karya beliau ialah al-Jabr wa'l Muqabalah dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah .

Karya - karya agung beliau dalam bidang matamatik bukan sahaja terkenal pada zaman tamadun islam malah dikenali di Barat juga hingga ke hari ini .


Ketokohan al-Khawarizmi

Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi .

1 . Dalam bidang matematik , al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab .

Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam .

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan .

Antaranya ialah kos , sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan , teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan megira luas segitiga , segi empat selari dan bulatan dalam geometri .

Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan .

Banyaj lagi konsep yang dalam matematik yang telah diperkenalkan al-Khawarizmi .

2 .Bidang astronomi pula , Al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun islam .

Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq yakni ilmu pengetahuan berkenaan bintang - bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan , pergerakan , dan pemikiran serta tafsiran berkenaan bintang .

Seawal kurun ketiga lagi , al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah karya dan salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol Kristian .

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad . Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna dan geometri sahaja .

Wallahu'alam .

3 Jamadil Akhir 1432 ,
7 Mei 2011 ,
Sabtu