Tuesday, June 21, 2011

Syirik woO~ Aku tak mahu !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Yep , bagi muslim yang mukmin , confirm dia taknak syirik .

Syirik ni kat mana mana pun boleh jadi . Even dalam solat pun kita boleh jatuh syirik .

" Aku solat ni sujud kat tiang .. " ,

" Confirm ke Allah Taala tu wujud , tak pernah nampak pun . "

daripada Abdullah bin Mas'ud ;

Rasulullah SAW bersabda ;

" Sesiapa yang mati dalam keadaan syirik kepada Allah , Maka , ia akan dimasukkan ke neraka . "

Ada beberapa ciri orang yang syirik ,

mari kita tinjau dan check diri kita ;

1 . Bergantung atau percaya selain Allah ;

seperti cincin ancak , dan tangkal azimat .

2 . Menaruh perasaan takut selain pada Allah ;

ha , hmmm . takutnya .. pada siapa ? pada Allah atau pada makhluk halus

( semut api pun makhluk halus ??? )

3 . Menumpukan harapan selain Allah ;

ngangkung , pegang babi ambik nombor ekor ( pegang babi tak berdosa , yang berdosa pegang babi untuk nombor ekor ) , bagi oren lah apa la . syirik tu !

4 . Bersumpah selain dengan nama Allah atau sifatnya ;

Bersumpah dengan benda yang hebat hanya layak disumpah oleh Allah .

kalau bersumpah macam ni takpe :

" demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya . " , " demi Allah yang mencipta Matahari . "

5. Berkeyakinan bahawa yang membantunya ialah orang lain ;

" Kalaulah tak kerana sipolan tu , mesti aku dah lama mati . "

6 . Ibadah kerana tujuan lain , bukan kerana semata mata nak sahut seruan Allah .

7 . Riak ;

" Subuh tak nampak pun dia tadi , tengok aku lima- lima waktu aku ada kecuali waktu imsak . "

pun dah jatuh syirik ..

hmm . renung-renungkan dan selamat bertaubat .

Sunday, June 19, 2011

Pakcik Kayo!

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Kaya , apa itu kaya ?

dimana pula terletaknya kekayaan Hang Pa semua ?

A) pada Ferri
B) pada Nasi Kandar
C) pada Mutiara

Semua jawapan salah ! kekayaan Hang Pa semua mutlak terletak pada Allah .
Allah itu Maha Kaya , kita ini hanya dikayakan sahajakan !

Salahkah kaya ? Adakah sebagai orang islam , kita perlu duduk dalam keadaan jumud setiap masa ?

Bukanka ciri-ciri orang yang bertaqwa itu ialah orang yang membelanjakan sedikit hartanya ke jalan Allah .

Bagaimana kita mahu , kita mampu membelanjakan harta jika kita sendiri jumud kemudian tidak berharta ?

Amru bin Aus apabila meninggal dunia memiliki 300 dinar emas . Korang dengar macam sikit je tapi nak bagitau satu dinar emas pada masa tu boleh beli seekor kambing !

Saidina Uthman , apabila beliau meninggal dunia , memiliki hamba seramai 1000 orang . Kita nak cari sorang orang gaji pun payah , apatah lagi nak cari 1000 hamba .

Abdul Rahman bin Auf , kaya tak kayanya dia ni , setiap malam , dia akan bagi kepada para pekedai bagi membayar hutang yang dihutang oleh penduduk daripada pekedai . bukan 50 sen , tapi 50 juta dinar emas wei !

Ada tak nabi larang untuk menjadi kaya ?

Bila kita kaya , inshaAllah bertambahlah peluang kita untuk mengerjakan ibadat , kekhusukan kita pun tidak terganggu didalam solat .

Kalau kita ni orang yang miskin ? maybe itu lah punca menyebabkan kita ni lagi tak khusuk pasal kita asyik dok pikir mana nak cari duit ...

So , kaya tak salah , kalau diperoleh dari jalan yang betul , bukan dari Damacai .

Ada 2 dosa kalau kita berjudi .

First , dosa haram main judi . Dah terang - terang Allah kata haram dalam al-quran tentang judi ni .

Kedua , dosa membazir , walaupun kau main judi seringgit .

Daripada Abi Hurairah ;

bersabda Rasulullah ;

Akan datang suatu zaman , seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta , apakah dari sumber yang halal ataupun haram .

Orang zaman mutaakhir ni , bukannya peduli , batas hukum - hukum dalam islam . Yang penting sedap je .

diceritakan juga , Abdul Rahman Auf , adalah umat Muhammad yang kaya raya yang paling first masuk syurga . Beliau diceritakan masuk dalam keadaan merangkak seolah - olah tak akan dapat masuk syurga . dia ni lewat 500 tahun ke syurga berbanding sohabat nabi yang lain .

Adapun , banyak ulama mengkategorikan hadith ini sebagai hadith yang dhoif , tapi kalau kita fikir logik , yang dikatakan Abdul Rahman Auf ni seolah olah tak dapat masuk syurga ialah banyak hisab oleh Allah SWT . Semakin banyak harta , semakin banyak lah hisabnya .

Tetapi jangan khuatir , Innallaha sariul hisab ! Allah itu Maha Cepat hisabNya .

Sampan itu memerlukan air untuk berlayar , tetapi jangan sesekali biarkan air itu memasuki sampan . Kelak sampan itu akan karam .

Air itu perumpamaan bagi harta . Kita perlukan harta sebagai alat untuk beribadat kepada Allah . Tetapi jangan sesekali biarkan harta itu masuk kedalam hati . Jangan !

Saya ulang soalan pada permukaan artikel tadi ,

Kaya , apa itu kaya ?

Bukankah nabi bersabda ;

daripada Abi Hurairah ;

Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kaya jiwa .

Akhir kata , saya sudahi dengan satu patah patah ( tak tahu lah patah patah ke pepatah ke pepatung ke , yang penting ianya ada masej yang amat mendalam )

Al-fulus fid dunya , wal mampus fil akhirat !

Wallahu'alam

Friday, June 3, 2011

Ikhlaskan hatimu


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Harini saya nak kongsikan satu kisah berkenaan dengan ikhlas .


Ikhlas ni penting , Allah terima amalan yang ikhlas je . Amalan yang tak ikhlas , Allah tak pandang langsung .

Habib an-Najmi seorang murid kepada seorang Ulama' terkemuka yang bernama Hassan al-Basri .

Suatu hari , Habib an-Najmi ni menghidangkan makanan kepada Hassan al-Basri yang menziarahinya .

Tengah syok-syok Hassan al-Basri makan , ada seorang fakir miskin datang meminta makanan . Hassan al-Basri rilek je makan .

Habib an-Najmi ni lantas terus menyambar makanan yang dimakan Hassan al-Basri untuk diberikan kepada pengemis .

Hassan al-Basri terkejut ...

Tak lama lepas tu , ada sorang perempuan yang datang ke rumah Habib an-Najmi memberikan makanan . Allah Taala gantikan makanan yang diberikan pengemis .

Hassan al-Basri terdiam .

" Anda mungkin seorang Ulama' tetapi anda telah ketinggalan dalam kerohanian ." jawab Habib an-Najmi .

Hassan al-Basri tunduk berulangkali tanda setuju .

Suatu hari ketika Habib an-Najmi sedang solat , Hassan al-Basri berkebetulan sedang menziarahi . Timbul nawaitu nak jadi makmum kepada anak muridnya .

Hassan al-Basri kemudian terdengar bacaan Habib an-Najmi , banyak cacat celanya . Lantas , Hassan al-Basri terus cancel untuk bermakmumkan Habib an-Najmi .

Apabila Hassan al-Basri bermimpi pada malamnya ,

dia bermimpi mendapat firman Allah yang menyatakan jikalau dia mengikuti Habib an-Najmi lebih baik daripada solatnya seumur hidup kerana solat yang dilaksanakan adalah keikhlasan hati anak muridnya .

Ingat , Allah bukan hanya memandang luaran tetapi dalaman !

Wallahu'alam

Wednesday, May 25, 2011

Ciri-Ciri Orang yang Bertaqwa

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Siapakah orang yang bertaqwa ?

Yang boleh terbang je ke ? maknanya , si Superman tu bertaqwa ?


Siapakah orang yang bertaqwa ? Yang mintak apa saja dikabulkan doanya ? macam si "Mi" dalam filem Laksamana Doremi ?


Maka , harini , saya nak berkongsi sedikit berkenaan ciri-ciri orang yang bertaqwa .

Berdasarkan dalil dari surah al-Baqarah ayat 2-5 .

Rata - rata semua umat islam hafaz ayat ni . Tetapi berapa ramai yang mentadabbur maksud ayat ni ?



" Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; "


1 . Menjadikan al-quran sebagai petunjuk orang yang bertaqwa ;


Taqwa ertinya memelihara atau melindungkan diri dari sesuatu yang ditakuti atau yang dibimbangkan .
Kalau taqwa kepada Allah ?

Taqwa kepada Allah ialah memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada seksa , azab , dan kemurkaan Allah dengan menjadikan undang - undang Allah , sebagai pentadbiran dan menjalankan hukum-hukum Allah .

Nampak tak ? orang yang bertaqwa itu , dia nak jalankan undang-undang Allah walaupun tak logik dimata akal manusia.


Ayat ketiga pulak , ada 3 ciri Allah ceritakan tentang perihal orang yang beriman ,


2 . Beriman kepada perkara-perkara ghaib .

Apa benda perkara-perkara ghaib ni ?

benda - benda atau perkara-perkara yang ghaib ni ialah benda - benda yang kita tak nampak dengan mata kasar kita .

Kalau kita perhatikan , rukun iman kita tu hampir semua perkara ghaib . Beriman dengan Kitab-kitab ( Al-quran ) je bukan perkara ghaib .


Sebab tu , Allah turunkan ayat ni ,

walaupun kita tak pernah nampak Allah , kita tak pernah nampak nabi Muhammad , tak pernah nampak Malaikat , tak pernah nampak benda -benda ghaib ni , kita wajib percaya kerana ia ada dalil nas dari al-quran dan al-hadith .




3 . Mengerjakan Solat ;

Kalau mengaku wali sekalipun , dekat dengan Allah tetapi kat rumah , surau atau masjid , langsung tak solat , tak kena tu .


4 . Bersedekah atau Membelanjakan harta ke jalan Allah ;

Sedekah tu bahasa arab , bahasa melayu , kita panggil derma .


Kalau kita lihat , Umar al-Khattab sentiasa berlumba , race dengan apa yang dilakukan Abu Bakar as-Siddiq .
Umar sedekah sebahagian hartanya , tetapi Abu Bakr , beliau hanya tinggal Allah dan Rasul setelah bersedekah .

Kita tak boleh buat macam tu , tak sama iman kita dengan beliau .

Yang paling penting , bersedekah , sedikit ke banyak ke . Terpulanglah .


Saya teringat satu hadith ,
" barangsiapa yang mengajak kawannya berjudi , maka hendaklah dia bersedekah . "

Baik tak baik bersedekah ? baik la . Menghapuskan dosa . InshaAllah .


5 . Yaqin dengan kitab - kitab dan al-quran ;

Pertamanya , kita wajib menjalankan pentadbiran , hukum-hukum Allah yang termaktub dalam al-quran dan as-sunnah .


Bagaimana pula kalau kitab Injil kalau kita terjumpa Injil yang ori ?


Tidak , kerana ajaran Injil atau bible hanya sesuai digunakan pada zaman itu sahaja .

Kita tidak wajib mengikuti ajaran kitab kitab ,tersebut tetapi wajib mempercayai itu adalah kitab -kitab Allah .

6 . Yaqin dengan hari akhirat ;

Kita semasa di alam roh , mengaku bahawa Allah sebagai tuhan supaya Allah tak mengecop hati kita sebagai orang -orang yang lalai dihari hari akhirat kelak .
Persoalannya , adakah janji itu berkekalan didalam hati ?


Kita berada pada ayat yang terakhir ingin dibincangkan . Ayat kelima ada dua lagi ciri orang - orang yang bertaqwa ;


7 . Tetap mendapat hidayah ;

Iman kita bukan seperti iman nabi , bila iman menaik , ia akan terus menaik dan tidak akan menurun sebab para nabi , para rasul , mereka ni maksum .

Makcik makcik yang namanya Mak Som pun belum tentu maksum .

Kita ? iman kita berbeza , sekejap tinggi , sekejap rendah .

Bila pergi motivasi , iman naik sampai meletup termometer .

Bila habis motivasi , menurun balik .



8 . Orang yang berjaya ;

Berjaya dari segi apa ?

Berjaya dari segi akhirat lah .

Orang yang berjaya ni , sebenarnya dia ialah orang yang ikhlas dalam berilmu , beramal , dan menyebarkan ilmu ugama .

Paling penting , dia ialah orang yang berakhlaq .

Sesiapa yang berjaya mendapat akhirat , InsyaAllah , dunia pun menyertainya .

Perasan atau tidak , Allah menjelaskan dalam ayat ketiga tadi , Allah suruh dirikan solat . Bila tiba ayat kelima , baru berjaya . Nampak tak ?

Even dalam azan sekalipun , kalimat Hayya alas solah didahulukan sebelum kalimat Hayya alal Falah ..

Wallahu'alam